(B.A Aqidah dan Dakwah, Uni. Islam Madinah)
PENDAHULUAN
Di dalam hadis yang sahih Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya: "dan sesungguhnya Bani Israel telah
berpecah kepada 72 puak dan sesungguhnya umatku akan berpecah kepada 73
puak, semuanya di neraka melainkan satu puak sahaja". Ditanya kepada
baginda: "Apakah dia satu puak itu wahai Rasulullah?" Jawab baginda:
"Apa yang aku berada atasnya hari ini serta para Sahabatku".
[Al-Tarmizi, al-Hakim, al-Tabrani –Mukjam al-Kabir-, Ibn Battah
(alIbanah al-Kubra) dan lafaz ini di sisi Ibn Battah].
Di dalam hadis yang sangat penting ini, Rasulullah
s.a.w memberi peringatan bahawa selepas kewafatan baginda, akan muncul
ajaran-ajaran yang mendakwa diri sebagai Islam tetapi menyeleweng
daripada kebenaran yang sebenar dan jumlahnya amat banyak iaitu 73
golongan dan hanya satu golongan sahaja yang berada atas kebenaran dan
bertepatan dengan dakwaan dakwah yang dibawanya dengan apa yang di bawa
oleh Rasulullah s.a.w kerana mereka ini sahaja yang mengikut petunjuk
Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda.
Di zaman kita ini, puak-puak yang mendakwa Islam
dan mendakwa ajaran mereka sebenarnya ajaran yang hak amat banyak dan
yang paling popular di seluruh pelusuk Dunia Islam dewasa ini adalah:
al-Asya'irah dan al-Maturidiah; di mana majoriti pengkut Imam-imam yang
tiga (Abu Hanifah, Malik, dan al-Syafii) bernasab kepada salah satu
daripada dua firqah ini sedangkan mereka yang berpegang dengan mazhab
Hanbali pula terkenal dengan tuduhan ke atas mereka sebagai "Wahhabi".
Kebenaran tidak diukur dengan orang bahkan
sebaliknya, orang diukur dengan kebenaran dan kebenaran itu adalah apa
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda ridwanullahi
'alaihim, maka kita perlu meneliti sejuah mana kebenaran dan ketepatan
dakwaan al-Asya'irah dan al-Maturidiah bahawa merekalah firqah (puak)
yang terselamat antara 73 puak Umat Muhammad yang wujud dewasa ini.
Maka dalam kajian kecil ini, kami dengan kehendak
dan izin ALLAH akan mencuba untuk membentangkan sejauh mana dakwaan ini
dan menilainya dengan timbangan yang adil berdasarkan apa yang dibawa
oleh Rasul dan apa yang diwarisi daripada Ulama Muktabar di kurun
terbaik Umat ini, kurun Salafus Soleh.
PENGENALAN TERHADAP AL-ASYA'IRAH DAN AL-MATURIDIAH
Al-Asya'irah adalah golongan yang dinisbahkan
kepada Abul Hasan Al-Asy'ari manakala al-Maturidiah pula dinisbahkan
kepada Abu Mansur al-Maturidi.
Berikut kami bentangkan profil setiap dua orang tokoh tersebut:
Abu Hasan al-Asy'ari:
Nama Penuh : Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishaq bin
Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu
Musa al-Asy'ari. Maka beliau merupakan leluhur kepada Sahabat
Rasulullah s.a.w, Abu Musa alAsy'ari r.a.
Lahir : Pada tahun 260 Hijrah atau 270 Hijrah
Meninggal : 324 Hijrah.
Mazhab Fiqhi : Syafii
Perjalanan Hidup: Beliau dibesarkan sebagai
seorang bermazhab Muktazilah melalui gurunya; Abu Ali bin Abdul Wahab
al-Jubbaie sehingga beliau menjadi seorang tokoh dan 'alim dalam ajaran
Muktazilah. Kemudian, beliau bertaubat dan meninggalkan mazhab
Muktazilah setelah jelas kepada beliau mazhab ini membawa ajaran yang
menyeleweng daripada Wahyu yang suci. Al-Imam Ibn
Katsir r.h menaqalkan
bahawa beliau melalui 3 marhalah dalam hayatnya:
Pertama:
Marhalah Muktazilah dan beliau telah bertaubat daripada akidah ini.
Kedua:
Marhalah di mana beliau mengisbatkan bagi ALLAH sifat-sifat 'aqliah yang
tujuh yang terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai sifat maknawi:
mendengar, melihat, hayat, kalam, kudrat, iradat dan lainnya tetapi
mentakwilkan sifat khabariah seperti Istiwa', Tangan, dan seumpamanya.
Ketiga:
Marhalah Ahlus Sunnah wal Jamaah di mana beliau mengisbatkan sifat-sifat
ALLAH dan masalah akidah lainnya sesuai dengan mazhab Ahlus Sunnah wal
Jamaah sebagaimana beliau sarihkan (jelaskan) dalam kitab-kitab yang
terakhir beliau: al-Ibanah, al-Maqalat, dan Risalah Ila Ahli Tsughar.
Namun, sandaran marhalah ini kepada Abul Hasan al-Asy'ari r.h adalah
tidak benar dan berlawanan dengan apa yang jelas daripada
tulisan-tulisan Abul Hasan al-Asy'ari r.h di mana beliau tidak pernah
melakukan Takwil kepada mana-mana sifat sama ada 'Aqliah mahupun
Khabariah setelah rujuk daripada mazhab al-Muktazilah.
Jika mereka yang meriwayatkan marhalah ini
daripada Abul Hasan bersandarkan kepada kitab (Al-Luma') yang dinyatakan
oleh Ibn 'Asakir r.h sebagai antara kitab yang beliau karang sejurus
merujuk daripada mazhab
Iktizal kemudian diikuti dengan kitab al-Ibanah,
sebenarnya tidak ada perlawanan antara (al-Luma') dengan (al-Ibanah)
kerana walaupun Abul Hasan tidak membincangkan sifat-sifat Khabariah
dalam (al-Luma') tetapi beliau juga tidak menyatakan penafian
terhadapnya. Ulama Sirah dan Sejarah juga menyatakan bahawa Abul Hasan
setelah rujuk daripada mazhab Muktazilah, beliau mengikut mazhab
al-Kullabiah sebagaimana kata al-Imam al-Zahabi r.h dalam (al-Siyar,
11/174) semasa menterjemahkan Abdullah bin Sa'id al-Kullab: "dan
pengikut-pengikutnya (dinamakan) al-Kullabiah, telah bertemu dengan
sebahagian mereka Abul Hasan al-Asy'ari ketika dia membantah Jahmiah".
Kata al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani r.h dlm (Lisanul Mizan, 3/291) dalam
Terjemah Abdullah bin Sa'id al-Kullab: "dan atas jalannya (Ibn Kullab)
al-Asy'ari mengikut dalam (mengarang) alIbanah".
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h (Majmuk
al-Fatawa, 3/228): "adalah aku sentiasa menegaskan perkara ini terhadap
al-Hanabilah dan aku jelaskan bahawa al-Asy'ari walaupun asalnya adalah
anak murid kepada Muktazilah, dia adalah pada asalnya anak murid
al-Jubbaie lalu condong kepada jalan Ibn Kullab dan dia juga belajar
usul-usul hadis daripada Abu Zakaria al-Saji di Basrah, kemudian dia
datang ke Baghdad lalu belajar dengan para Hanabilah di Baghdad beberapa
perkara lagi dan itulah akhir peringkat hayatnya seperti mana yang
dinyatakan oleh dia sendiri dan para pengikutnya dalam kitab-kitab
mereka".
Maka apa yang jelas daripada peringkat hayat Abul
Hasan al-Asy'ari adalah beliau setelah meninggalkan ajaran Muktazilah,
beliau mengikut ajaran Kullabiah yang merupakan ajaran Ilmu Kalam yang
hampir dengan ajaran Salafiah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dalam menetapkan
Sifat-sifat ALLAH dan tidak mentakwilkannya sebagaimana kata para Ulama
Sirah dan Sejarah. Kata al-Imam al-Zahabi r.h dalam (Al-Siyar, 11/175):
"sedangkan lelaki ini (Ibn Kullab) adalah Ahli
Kalam yang paling hampir dengan Ahlus Sunnah bahkan dia dianggap para
pendebat mereka dan adalah dia berpendapat: al-Quran itu berdiri dengan
zat (ALLAH) tanpa berkait dengan kudrat dan kehendak (ALLAH) dan ini
adalah pendapat yang tidak pernah disebut sesiapa pun sebelumnya sama
sekali, dia menyatakan pendapatnya ini untuk melawan mereka yang
mengatakan alQuran Makhluk dan dia mengarang dalam masalah Tauhid,
menetapkan sifat, dan bahawa ketinggian al-Bari atas MakhlukNya adalah
tsabit dengan fitrah dan akal sesuai menurut nas dan demikian juga
al-Muhasibi (pengikut Ibn Kullab) dalam kitabnya (Fahmul Quran)".
Adapun persoalan adakah setelah mengikut ajaran Ibn
Kullab beliau rujuk lagi kepada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang
sebenar? Maka jelas bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari r.h berusaha
sedaya mungkin menyelami ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah setelah berada
di Baghdad namun beberapa fahaman dan akidah yang beliau anuti semasa
mengikut ajaran Kullabiah terus kekal dan dijadikan sebagai manhaj
beliau.
Jadi Abul Hasan al-Asy'ari selepas kembali taubat
daripada Muktazilah, beliau tidaklah mengikut ajaran Ahlus Sunnah wal
Jamaah sepenuhnya, bahkan masih ada beberapa kesalahan dan kekhilafan
dalam akidah beliau, namun beliau amat hampir kepada akidah Ahlus Sunnah
wal Jamaah dan menasabkan diri beliau kepada mereka dan tidak ada
sesiapa pun yang maksum kecuali Rasulullah s.a.w dan para Anbiya'.
Abu Mansur al-Maturidi:
Nama Penuh: Muhammad bin Muhammad bin Mahmud
al-Maturidi alSamarqandi dan Maturidi adalah nisbah kepada tempat
(Maturid) di negeri Samarqand.
Kelahiran: Tidak dinyatakan dalam terjemahan beliau tarikh lahir
Kewafatan: 333 Hijrah di Samarqand.
Mazhab Fiqhi: Hanafi
Perjalanan Hidup: Berbeza dengan Abul Hasan
al-Asy'ari yang memulakan kehidupan sebagai Muktazilah kemudian
berpindah kepada manhaj Kullabiah, Abu Mansur al-Maturidi memang seorang
yang terkesan dengan aliran alKullabiah.
Ini berdasarkan pendapat-pendapat beliau dalam
beberapa masalah yang jelas persamaannya atau manhajnya dengan aliran
al-Kullabiah, adapun dari segi menetapkan pengambilan al-Maturidi akidah
al-Kullabiah melalui perguruan, tidak dapat dipastikan sama sekali
kerana guru-guru Abu Mansur al-Maturidi tidak diketahui keadaan akidah
mereka dan tidak dipastikan sama ada dia mengambil ilmu kalam daripada
mereka atau hanya ilmu fiqh hanafi. Dari segi zaman dan suasana politik
pula menyokong bahawa al-Maturidi terkesan dengan al-Kullabiah kerana
beliau hidup di bawah kerajaan AlSamaniah yang memerintah kawasan
Khurasan, Samarqand dan sekitarnya di bawah naungan Khilafah Bani Abbas
yang bermula dengan zaman alMutawakkil 'ala ALLAH yang menyaksikan
kejatuhan Muktazilah dan muncul semula kekuatan Ahlus Sunnah wal Jamaah
menyebabkan sambutan terhadap aliran Ahli Kalam yang kelihatan dekat
dengan aliran Ahlus Sunnah amat hangat dan satu-satunya aliran Kalam
ketika itu yang terkenal dengan persamaan akidah dengan Ahlus Sunnah
adalah aliran Abdullah bin Sa'id alKullab (al-Kullabiah).
Nisbah Abu Mansur al-Maturidi kepada mazhab Hanafi
pula membuka ruang lebih besar untuk beliau terdedah dengan akidah Ilmu
Kalam dan Murjiah dan Muktazilah kerana golongan al-Ahnaf telah pun
berpecah dalam akidah mereka kepada:
1- Hanafi Murjiah
2- Hanafi Syi'ah
3- Hanafi Muktazilah
Kata Muhammad Abdul Haq al-Laknawi r.h dalam kitab beliau (Al-Raf'u wat Takmil fil Jarhi wat Takdil, 1/386):
"Secara jumlahnya maka Hanafiah mempunyai beberapa
cabang berdasarkan perbezaan akidah, ada antara mereka; Syi'ah, ada yang
Muktazilah, dan ada yang Murjiah".
Demikian juga, kesan cucu Imam Abu Hanifah; Ismail
bin Hammad bin Abu Hanifah yang menganut ajaran Muktazilah dan menjadi
pembesar Muktazilah di zaman Bani 'Abbas dan menisbahkan akidah ini
kepada bapa dan datuknya. Ini menunjukkan betapa kaum al-Ahnaf setelah
kewafatan Imam mereka dan pembesar mazhab mereka, berlaku perpecahan
dalam akidah mereka sedangkan Imam Abu Hanifah r.h adalah Ulama Ahlus
Sunnah wal Jamaah.
Namun, masih kekal pengikut Ahnaf yang membawa
panji Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h di
Mesir yang menulis kitab matan akidah beliau yang menjadi salah satu
matan akidah utama di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah: (al-Aqidah
al-Tahawiah). Tetapi tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan Abu
Mansur menemui Abu Jaafar dan jarak yang jauh antara Mesir dan Samarqand
serta berbeza kerajaan yang memerintah tidak memungkinkan sampainya
pengaruh Hanafiah Salafiah ke Samarqand.
Kesimpulannya adalah: al-Imam Abu Mansur
al-Maturidi bukanlah daripada pengikut ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah
yang sebenar tetapi beliau merupakan salah seorang Ulama Kalam dan turut
membina akidahnya atas manhaj al-Kullabiah sama seperti Abul Hasan
al-Asy'ari setelah beliau merujuk daripada ajaran Iktizal.
Tanbih:
Terjemah Abu Mansur al-Maturidi amat sedikit dan tidak sesuai dengan
kedudukan beliau sebagai seorang pengasas mazhab Ahli Kalam yang besar
dan mempengaruhi dunia Islam Barat dan Timur. Ini menunjukkan bahawa
Aliran Maturidiah tidaklah terkenal seperti mazhab al-Asya'irah
sehinggalah selepas kewafatan Abu Mansur dan di kurun-kurun terakhir
apabila beberapa kerajaan Islam menjadikan Akidah Maturidiah pegangan
rasmi baharulah ajaran Maturidiah muncul sebagai satu kuasa baharu dalam
aliran akidah.
Peringkat-peringkat Perkembangan Al-Asya'rah dan al-Maturidiah
Peringkat-peringkat Al-Asya'irah:
1- Kullabiah:
Sebagaimana yang telah kita jelaskan terdahulu
bahawa Abul Hasan al-Asy'ari r.h selepas beliau meninggalkan ajaran
al-Muktazilah, beliau mengikut ajaran Abdullah bin Sa'id al-Qattan
al-Kullab.
Maka ajaran al-Asya'irah pada peringkat awal
merupakan Ajaran al-Kullabiah yang diasaskan oleh Abdullah bin Sa'id
al-Qattan al-Basri al-Kullabi (wafat sekitar selepas 240 H).
Ibn Kullab terkenal dengan bantahan-bantahan
terhadap al-Muktazilah namun menggunakan Ilmu Kalam untuk membina
akidahnya. Kata al-Zahabi r.h:
Maksudnya:
"Pemilik karangan yang banyak dalam membantah Muktazilah dan kadang-kadang dia menyetujui mereka". [al-Siyar,11/174].
Kata Al-Syahrastani al-Asy'ari (wafat 548 H):
"dan adapun al-Salaf yang tidak melakukan Takwil
dan Tidak pula melakukan Tasybih antara mereka adalah Malik bin Anas r.h
di mana beliau berkata: "alIstiwa' itu diketahui (maknanya), Kaifiatnya
Tidak diketahui, beriman dengannya wajib dan bertanya (tentang Kaifiat)
adalah Bidaah". Demikian juga seumpama Ahmad bin Hanbal r.h, Sufian
al-Tsaury dan Daud bin Ali al-Asfahani.
Sehinggalah datang zaman Abdullah bin Sa'id
al-Kullabi, Abul 'Abbas al-Qalanisi, dan al-Haris bin Asad al-Muhasibi,
mereka ini adalah daripada kalangan Salaf (atas Manhaj Salaf dalam
menetapkan Sifat Tanpa Takwil dan Tasybih) tetapi mereka mengikut Ilmu
Kalam dan menguatkan Akidah Salaf dengan hujah-hujah Kalamiah serta
dalil-dalil Usuliah, ada antara yang mengarang kitab dan ada yang
mengajar sehinggalah berlaku perdebatan antara Abul Hasan al-Asy'ari
dengan Ustaznya dalam beberapa masalah daripada masalah (al-Solah) dan
(al-Aslah)[1]
lalu keduanya berdebat dan Al-Asy'ari condong
kepada golongan ini (al-Kullabiah) lalu dia menguatkan akidah-akidah
mereka dengan manhaj Ilmu Kalam …" [AlMilal wan Nihal, 1/93].
Pernyataan ini amat jelas daripada seorang pembesar
al-Asya'irah bahawa ajaran mereka merupakan kesinambungan daripada
ajaran al-Kullabiah dan para pembesar al-Asya'irah sendiri menyebut
Abdullah bin Sa'id al-Kullabi sebagai "Syeikh" mereka sebagaimana kata
al-Syahrastani sendiri:
Maksudnya: "Berkata al-Asy'ariah: Syeikh kami al-Kullabi Abdullah bin Said berpendapat …" (Nihayatul Iqdam, Kaedah ke-13)
Al-Subki (Taj al-Din) berkata dalam Tabaqat
al-Syafiiah al-Kubra dalam terjemah Ibn Kullab selepas membentangkan
akidah Ibn Kullab dalam masalah Kalam al-Nafsi:
Maksudnya: "Inilah maqalah (mazhab) Ibn Kullab yang diikuti oleh para Ashab kita (al-Asya'irah)". [2/300].
Kata Imam al-Zahabi r.h:
Maksudnya:
"dan para pengikutnya dinamakan
al-Kullabiah, Abul Hasan alAsy'ari ada bertemu dengan sebahagian mereka
ketika dia membantah Jahmiah (yakni setelah keluar dari Muktazilah)".
[al-Siyar, 11/174].
Maka, semua bukti menunjukkan mazhab al-Asya'irah
merupakan kesinambungan dan sambungan bagi mazhab al-Kullabiah yang
diasaskan oleh Ibn Kullab.
Al-Asya'irah yang melazimi Manhaj Ibn Kullab akan terserlah pada mereka:
Menetapkan Sifat Khabariyyah Zatiyyah Tanpa Takwil
Menetapkan Kalam al-Nafsi yang tidak berhuruf dan bersuara bagi ALLAH
Menafikan sama sekali Hulul al-Hawadis[2]
pada ALLAH.
Antara tokoh-tokoh al-Asya'irah al-Kullabiah adalah:
o Abu Bakr al-Baqilani, Muhammad bin al-Tayyib al-Qadhi, w.403 H
o Abul Hasan al-Tabari Abdul Aziz bin Muhammad bin Ishaq, w. 380 H
o Ibn 'Asakir, Abul Qasim Ali bin al-Hasan bin Hibatullah, w.571 H
2- Al-Jahmiah:
Al-Asya'irah al-Kullabiah amat menyerlah dalam
akidah mereka yang beriman dengan sifat-sifat Zatiah seperti Tangan,
Mata, Kaki, dan Sifat al-Uluww serta alIstiwa'.
Kemudian datang selepas itu sekumpulan al-Asya'irah
yang memilih jalan alMuktazilah dalam memahami nas-nas Sifat ALLAH
Ta'ala lalu mereka melakukan Takwil terhadap Sifat-sifat Khabariah
seperti: al-Istiwa', al-Nuzul, Tangan, Mata, Wajah dan lain-lainnya.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang dapat dijangka
berlaku kerana Mazhab alAsya'irah dibina atas dasar Ilmu Kalam dan
Falsafah yang kedua-duanya adalah "anak kandung" al-Muktazilah maka
lambat laun mereka yang mengambil dua jalan ini sebagai sandaran akidah
akan kembali kepada ibu asal mereka iaitu: al-Muktazilah.
Antara Ulama al-Asya'irah yang terawal dikesan
memasukkan aliran Takwil ke dalam al-Asya'irah adalah: Muhammad bin
al-Husain bin Furak (terkenal sebagai: Ibn Furak) wafat pada tahun: 406
H.
Kemudian, Abu Mansur Abdul Qahir al-Baghdadi (w.429
H) mengarang kitabnya, Usuluddin di mana dia menzahirkan Takwil
terhadap semua sifat-sifat Khabariah dan menyatakan bahawa Hadis Ahad
tidak memberikan faedah Ilmu (yakin).
Fahaman Takwil mendapat sambutan hangat dalam
kalangan Mutaakhirin alAsya'irah dan mencapai kemuncak yang tertinggi di
tangan: Fakhruddin al-Razi Muhammad bin Umar bin Hasan bin Husein
al-Taimi al-Bakri Ibn Khatib al-Ray (w.606 H), melalui kitabnya Asas
al-Taqdis, al-Matalib al-'Aliyah dan lain-lain.
3- Al-Tafwid
Beberapa para pembesar al-Asya'irah di akhir hayat
mereka cuba untuk kembali kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam
menetapkan sifat ALLAH Ta'ala atau sekurang-kurangnya kembali kepada
manhaj Mutaqaddimin al-Asya'irah (AlKullabiah) namun ada antara mereka
yang tersasar lalu terjebak dalam akidah yang dinamakan Tafwid atau
disebut (Ahlu Tajhil) yakni menurut mereka; Sifat-sifat Khabriah seperti
Istiwa', Nuzul. Yad, Wajh dll ditetapkan bagi ALLAH lafaznya namun
makna dan kaifiat diserahkan kepada ALLAH dengan iktiqad setiap lafaz
ini mempunyai makna yang menyalahi zahirnya yang hanya diketahui ALLAH.
Tokoh yang dikenali membawa Manhaj Tafwid ini
adalah Abul Ma'ali al-Juwaini Imamul Haramain (w.478 H) [Lihat: Tabaqat
al-Syafiiah al-Kubara, Taj al-Din alSubki, 5/191].
4- Al-Sufiah
Selain aliran Jahmiah, turut memberi kesan dalam
mengubah haluan Manhaj alAsya'irah adalah ajaran Tasawuf Falsafi dan
kesan ajaran ini juga boleh dijangka akan menguasai aliran al-Asya'irah
kerana kedua-dua aliran: al-Asya'irah dan Tasawuf ini terbit dari satu
punca iaitu: Falsafah dan Ilmu Kalam. (rujuk: Al-Tasawuf; al-Mansya' wal
Masdar oleh Syeikh Ihsan Ilahi Zahir).
Kemasukan Tasawuf ke dalam al-Asya'irah adalah
beriringan dengan masuknya Takwil apabila dibawa oleh Abul Qasim Abdul
Karim al-Qusyairi (w.465 H) dan dia merupakan anak murid kepada Ibn
Furak.
Al-Qusyairi dan anaknya Abdul Rahim, mempunyai
peranan utama dalam menzahirkan Akidah Tajahhum (Jahmiah) dalam aliran
al-Asya'irah melalui peristiwa fitnah yang masyhur berlaku antara
Al-Asya'irah dan Ahlus Sunnah wal Jamaah (yang diwakili ketika itu oleh
al-Hanabilah) di mana al-Asya'irah mula mencela alHanabilah dan menuduh
mereka sebagai Mujassimah dan Musyabbihah.
Tuduhan ini sudah dijangka akan terpacul keluar
daripada mulut al-Asya'irah kerana sudah menjadi simbol yang jelas
mereka yang melazimi jalan Tajahhum dan Ta'thil[3]
menamakan mereka yang menetapkan sifat sebagai musyabbihah seperti mana
yang dilakukan oleh al-Muktazilah terhadap Ahlus Sunnah wal Jamaah
bahkan kepada alAsya'irah al-Kullabiah.
Demikian juga kemasukan Tasawuf ke dalam aliran ini
merupakan kelaziman yang hampir pasti berdasarkan hubungannya dengan
aliran al-Kullabiah di mana salah seorang Ulama besar al-Kullabiah
(al-Haris bin Asad al-Muhasibi) merupakan antara orang terawal yang
berbicara berkenaan Tasawuf dan menulis kitab berkenaannya sehingga ada
para pengkaji menyenaraikan al-Haris adalah Sufi terawal dalam Islam.
Kemuncak Tasawuf Asya'irah berada di tangan seorang
lelaki yang diberi gelaran sebagai "Hujjatul Islam" iaitu al-Imam Abu
Hamid al-Ghazali r.h (w. 505 H) dan karya agung beliau adalah: Kitab
Ihya' Ulumiddin.
Apa yang dibawa oleh al-Ghazali dengan nama Tasawuf
ini sebenarnya adalah Ilmu Falsafah Yunani Greek yang lebih tinggi
sehingga membawa kepada Hulul (bersatu Tuhan dengan Makhluk) sedangkan
al-Asya'irah pada dasarnya mengingkari keberadaan Tuhan pada tempat.[4]
Aliran Tasawuf merupakan aliran yang mendapat
sambutan meluas dalam kalangan pengikut Asya'irah dewasa ini dan
kemuncak Tasawuf al-Asya'irah adalah mereka menjadi para penyembah kubur
sebagaimana fenomena ini disaksikan semua terutama di "Bandar suci"
al-Asya'irah; Mesir.
Rosaknya Tauhid al-Uluhiyah adalah natijah yang
pasti bagi setiap mereka yang menyeleweng daripada kebenaran dalam
Tauhid al-Asma' was Sifat kerana punca rosaknya Tauhid al-Uluhiyah/
al-Ibadah seseorang; rasa kurang hormatnya pada ALLAH dan rasa kurang
hormat ini timbul dari kegagalan memahami nama-nama dan sifat-sifat
ALLAH yang Agung dan Mulia.
Demikian juga penyelewengan dalam mentafsirkan
makna (ILAH) di sisi Ulama Kalam membawa kepada kerosakan ini yang kita
akan bahaskan insya-ALLAH dalam perbahasan berkenaan pandangan
al-Asya'irah terhadap Tauhid al-Uluhiyah nanti.
Perkembangan al-Maturidiah
Al-Maturidiah melalui beberapa peringkat
perkembangan yang disebut para pengkaji sebagai berikut (Al-Mausuah
al-Muyassarah, WAMY, 1/95, al-Maturidiah Rabibatul Kullabiah, Muhammad
bin Abdul Rahman al-Khamis):
1- Pengasasan dan Penubuhan: Peringkat ini
merupakan peringkat di zaman Abu Mansur al-Maturidi sehingga kewafatan
beliau pada 333 H dan ianya penuh dengan bantahan-bantahan Abu Mansur
terhadap al-Muktazilah dengan hujah-hujah Ilmu Kalam yang mana melalui
proses ini Abu Mansur membentuk akidahnya.
2- Pembentukan dan Perletakan usul dan kaedah [333
H-500 H]: Ini merupakan peringkat anak-anak murid Abu Mansur mula
menyebarkan ajaran beliau dan menulis kitab-kitab yang menjelaskan
asas-asas mazhab dan kaedah-kaedahnya. Antara tokoh utama di peringkat
ini adalah; Abul Qasim Ishaq al-Hakim al-Samarqandi (w. 342) dan Abdul
Karim al-Bazdawi (w.390 H).
Juga muncul pada peringkat kedua ini: Abul Yusr
al-Bazdawi (w.493 H) yang mengarang Kitab: Usuluddin, yang merupakan
kitab Akidah al-Maturidiah yang menjadi sandaran utama Mazhab.
3- Penulisan dan Karangan [500 – 700 H]: Pada
peringkat ini, giat dilakukan penulisan dan penyebaran buku-buku Akidah
al-Maturidiah sama ada yang membahaskan secara terperinci mahupun
matan-matan yang ringkas. Maka muncul tokoh utama dalam peringkat ini:
Abul Mu'in al-Nasafi (w.508 H) dan pada kitabnya: Tabsirah al-Adillah
menjadi rujukan dan sandaran utama akidah al-Maturidiah.
Juga tokoh utama pada marhalah ini adalah:
Najmuddin Umar al-Nasafi (w.537 H) pengarang al-Aqidah al-Nasafiah yang
merupakan matan akidah utama al-Maturidiah.
4- Peringkat Perluasan dan Pengembangan [700-1300
H]: Pada peringkat ini, alMaturidiah menjadi Akidah Rasmi Daulah
al-Usmaniah di Turki yang menguasai majority Negara-negara Islam, maka
al-Maturidiah menjadi kuasa besar aliran pemikiran Umat Islam dan ini
lebih lewat daripada al-Asya'irah yang telah pun menjadi kuasa besar
Aliran Pemikiran dunia Islam semenjak zaman al-'Abbasiah.
Tokoh utama pada peringkat ini antaranya: Al-Kamal
Bin al-Humam al-Hanafi, pengarang kitab Al-Musayarah fil Aqaid
al-Munjiah dan beliau merupakan tokoh besar mazhab al-Hanafiah melalui
kitabnya; Fathul Qadir.
Marhalah Tasawuf dan Keruntuhan Tauhid al-Uluhiyah di sisi Al-Maturidiah:
Sebagaimana yang telah menimpa nasib al-Asya'irah,
kegemilangan al-Maturidiah dengan akal yang mereka sanjung-sanjungkan
berakhir dengan kematian akal mereka lalu mereka menjadi penyembah
kubur.
Marhalah kemasukan Tasawuf dalam al-Maturidiah diperanankan oleh 3 madrasah berikut:
1- Deobandiah yang muncul pada 1783 H dan antara
kitab utama mereka: alMuhannad 'alal Mufannad oleh Khalil
al-Saharanfuri. Madrasah ini disandarkan kepada Jamiah Deobandi yang
diasaskan oleh Muhammad Qasim al-Nanatuwi dan terkenal dengan fokus
mereka terhadap Ilmu Hadis.
2- Madrasah Berelwiyah: 1272 H, diasaskan oleh
Ahmad Reda Khan al-Afghani yang digelar Abdul Mustafa (w.1340 H).
Berelwiyah mencapai kemuncak keruntuhan Tauhid al-Uluhiyah apabila
menjadi ajaran Penyembah Kubur Tulen.
3- Madrasah al-Kautsariah: Nisbah kepada Zahid
al-Kautsari (w.1371 H) yang bermarkaz di Universiti al-Azhar al-Syarif
dan madrasah ini terkenal dengan sikap 'panjang lidah' atas para Ulama
Salaf seperti al-Imam Ibn Khuzaimah r.h, Imam alDaraqutni r.h, Imam
Ishaq bin Rahuwaih r.h, Imam Ibn Battah r.h dan lain-lain Ulama Salaf.
Al-Kautsari seolah-olah mengiystiharkan perang ke atas Ulama Salaf dan
menzahirkan sejelas-jelasnya bahawa ajaran al-Maturidiah memang tiada
kaitan dengan Ulama Salaf disamping terkenal juga dengan syirik kubur
dan menyembah orang mati.
Ketiga-tiga Madrasah ini berhadapan dengan Ahlus
Sunnah wal Jamaah yang dihidupkan semula gerakannya oleh Al-Imam
Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arabiah, maka tidak
hairanlah ketiga-tiga madrasah ini mempunyai pendirian yang sangat dalam
kebenciannya terhadap apa yang mereka namakan sebagai: 'Wahhabi'.
Mazhab al-Maturidiah berbeza dengan Mazhab
Al-Asya'irah yang bermula sebagai Ahli Kalam yang menetapkan Sifat,
kemudian berpindah kepada menafikan sifat, almaturidiah sebaliknya telah
pun dipengaruhi unsur-unsur Tajahhum (jahmiah) semenjak zaman
pemgasasnya Abu Mansur al-Maturidi.
Hal ini jelas melalui kitab Abu Mansur yang
dinamakan Takwil Ahlus Sunnah di mana beliau melakukan takwil terhadap
ayat-ayat sifat [Lihat: al-Mausu'ah alMuyassarah.WAMY].
Demikian juga dalam kitab Al-Tauhid oleh Abu Mansur
al-Maturidi, beliau tidak menetapkan Sifat al-Istiwa' dengan makna yang
warid daripada Salaf, tetapi membolehkan Takwil padanya bahkan yang
zahirnya Abu Mansur melakukan Tafwid dalam masalah ini. [Rujuk: Kita
al-Tauhid, Abu Mansur al-Maturidi, 1/67].
Bahagian-bahagian al-Asya'irah dan al-Maturidiah
Dimaksudkan dengan perbahasan ini adalah; jenis-jenis manusia yang menisbahkan diri kepada dua aliran ini.
Para pengikut Manhaj al-Asya'irah dan al-Maturidiah terbahagi kepada:
1- Ahli Kalam: Mereka ini merupakan kepala dan
ketua kelompok ini yang membentuk mazhabnya, mengasaskan
kaedah-kaedahnya, menulis kitab-kitab untuk membela dan menyebarkannya
dan pada mereka ini lah berlegarnya mazhab dan merupakan tokoh-tokoh
sebenar aliran ini.
Antara mereka adalah:
Al-Asya'irah: Abu Bakr al-Baqilani, Abul Hasan
al-Bahili, Fakhru al-Razi, AlGhazali, al-Iji, Ibn Furak, Imam
al-Haramain, dan Al-Amidi.
Al-Maturidiah: Abdul Karim al-Bazdawi, Abul Yusr
al-Bazdawi, Abu Ma'in alNasafi, Najmuddin al-Nasafi, Zahid
al-Kautsari,dan Muhammad Abduh.
2- Ahli Hadis dan Fuqaha': Mereka ini merupakan
Ulama yang melibatkan diri dalam bidang Ahli Hadis tetapi mengikut
al-Asya'irah atau al-Maturidiah sebagai akidah dan mereka bukanlah
dianggap sebagai tokoh utama yang berlegar padanya mazhab walaupun
mereka mempunyai peranan besar dalam pengembangan mazhab.
Mereka ini terkenal dengan sikap sederhana dan
tidak ta'assub kepada mazhab mereka, maka didapati dalam kalangan mereka
ini, ada pendapat mereka yang menyalahi aliran mereka dan mereka
menyetujui aliran al-Salafiah dalam menetapkan beberapa akidah.
Antara mereka ini adalah:
Al-Asya'irah: al-Baihaqi, al-Khattabi, Ibn 'Asakir, Abu Bakr Ibn al-Arabi, Al-Qurtubi, dan al-Sayuti.
Al-Maturidiah: Mulla 'Ali al-Qari dan al-Kashmiri.
3- Sufiah: Mereka ini adalah yang paling jauh
daripada Islam dan mendekat kepada kekufuran dan syirik seperti; 'Alwi
al-Maliki, Habib Al-Jufri, Habib Omar, dan kaum Deobandiah dan
Berelwiyah.
Al-Asya'irah juga dapat dibahagikan kepada:
1- Mutaqaddimun: seperti al-Baqilani, al-Bahili,
dan Ibn Furak. Al-Mutaqaddimun amat terkenal dengan hampirnya mereka
kepada Manhaj Salaf dan kurang sikap Tajahhum (Jahmiah).
2- Al-Mutaakhirun: Yang dikehendaki adalah mereka
yang datang selepas Fakhr alRazi, al-Iji dan al-Taftazani sehinggalah di
zaman sekarang yang mana mereka ini terkenal denagn sikap Jahmiah yang
tebal dan permusuhan dengan Ulama Salaf yang kuat.
Kitab-kitab Sandaran:
Al-Asya'irah:
1) Kitab-kitab al-Baqilani seperti; Al-Tamhid dan al-Insaf
2) Kitab-kitab Ibn Furak seprti; Maqalat Abil Hasan al-Asy'ari
3) Kitab-kitab Imam al-Haramain seperti; Qawati' al-Adillah, al-Syamil, dan alNazzamiah
4) Kitab-Kitab Fakhr al-Razi seperti; Asas al-Taqdis, al-Matalib al-'Aliyah dan lainnya.
5) Kitab-kitab Al-Iji terutama: al-Mawaqif fi 'Ilmil Kalam.
Demikian juga antara matan Akidah terpenting dalam
akidah ini seperti Jauhirah alTauhid karangan Ibrahim al-Laqqani serta
syarah-syarahnya antara yang terutama; Syarah al-Baijuri dan
Syarah-syarah al-Laqqani sendiri.
Dalam Alam Melayu pula antara kitab-kitab Asya'irah
yang penting adalah seperti; Faridatul Faraid, Aqidah al-Najin, dan
al-Durrus Tsamin.
Al-Maturidiah:
Sebagaimana yang telah diterangkan dalam perbahasan
perkembangan mazhab ini. Matan utama akidah ini adalah; al-Aqidah
al-Nasafiah.
Terdapat juga Matan yang dianggap menjadi jembatan menghubungkan dua aliran ini seperti Matan Ummul Barahin oleh al-Sanusi[5]
.
Perbandingan Antara Mazhab Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah
Kedua-dua mazhab ini pada dasarnya adalah termasuk
daripada Ahli Kalam alSifatiah (yakni menetapkan Sifat bagi ALLAH)
seperti mana juga al-Kullabiah dan tidak jauh jika dikatakan kedua-dua
aliran ini adalah sambungan bagi al-Kullabiah kerana manhaj dan usul
keduanya diambil daripada asas-asas yang diletakkan oleh Abdullah bin
Sa'id al-Kullab.
Maka, Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah adalah firqah
yang satu walaupun berlaku khilaf dalaman antara kedua firqah ini yang
akan kami isyaratkan semasa menyatakan manhaj kedua-dua aliran ini dalam
akidah –insya-ALLAH-. (Rujuk: Naqdul Asya'irah wal Maturidiah oleh
Khalid al-Ghamidi).
Adapun dari segi jauh atau dekatnya dua firqah ini
dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah, maka ada di dalam beberapa bab,
Al-Asya'irah lebih hampir dengan Ahlus Sunnah terutama al-Mutaqaddimin
yang multazim dengan Manhaj al-Kullabiah, mereka ini lebih hampir kepada
Ahlus Sunnah dalam masalah Sifat ALLAH daripada alMaturidiah dan
Mutaakhirin al-Asya'irah.
Adapun dari segi masalah Syarak dan Qadar sebagai
contoh, al-Maturidiah lebih hampir kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah
manakala al-Asya'irah lebih kepada aliran Al-Jabariah.
Manhaj Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah Dalam Akidah:
Dalam Fasal ini, kita akan membentangkan Manhaj
yang diikuti oleh Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah dalam menetapkan Akidah
mereka dan perbandingannya dengan Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang
dipegang oleh Ulama Salafus Soleh.
Pertama: Manhaj Talaqqi
Manhaj Talaqqi dan Istidlal bermaksud: Methodologi
yang digunakan untuk berinteraksi dengan dalil dan menetapkan sesuatu
hukum atau iktiqad.
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah selaku aliran Ilmu
Kalam maka Manhaj mereka dalam mengambil dalil dan menetapkan akidah
adalah berdasarkan Akal bukan Wahyu.
1. Mendahului Akal ats Naqal
Apabila berlaku pertembungan antara akal dengan
naqal (Wahyu), maka menurut mereka hendaklah didahulukan akal
sebagaimana dinyatakan oleh Fakhr al-Razi dalam Asas al-Taqdis:
Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalil-dalil akal yang
pasti telah tegak (tsabit) dalam menetapkan sesuatu perkara kemudian
kita dapati ada dalil-dalil Naqli (Wahyu) yang menunjukkan seolah-olah
pada zahirnya menyalahi perkara itu (yakni yg telah tsabit dgn akal),
maka ketiku itu tidak dapat tidak daripada empat keadaan:
Sama ada dibenarkan setiap apa yang ditunjukkan
oleh Akal dan Naqal maka ini membawa kepada Pertentangan dan ini
mustahil dan sama ada dibatalkan keduaduanya dan membawa kepada
mendustakan kedua-dua yang berlawan, ini juga mustahil. dan sama ada
kita membenarkan zahir-zahir dalil Naqli dan mendustakan zahir
dalil-dalil akal, dan tindakan itu batil kerana kita tidak mungkin dapat
mengetahui kesahihan dalil-dalil naqli melainkan kita telah mengetahui
melalui dalil-dalil akal menetapkan Wujudnya Pencipta, sifat-sifatNya,
dan kaifiat petunjuk Mukjizat atas kebenaran Rasul s.a.w dan munculnya
mukjizat pada Muhammad s.a.w.
Jika kita mengharuskan mempertikai dalil-dalil akal
yang pasti, jadilah akal itu ditohmah tidak dapat diterima, dengan
sebab itu ianya terkeluar daripada penerimaan dalam menetapkan
prinsip-prinsip ini (menetapkan Kewujudan Tuhan dan Kebenaran Rasul) dan
jika kita tidak menetapkan prinsip-prinsip ini maka dalil-dalil naqli
juga tidak lagi memberi faedah maka tsabitlah bahawa mencela (dalil
Akal) untuk membenarkan dalil-dalil naqli membawa kepada mencela dalil
akal dan naqli sekaligus dan ianya juga batil.
Apabila telah batalnya empat perkara ini maka tidak
ada yang tinggal melainkan hendaklah dipastikan dengan dalil-dalil akal
yang pasti bahawa dalil-dalil Naqli ini sama ada tidak sahih atau ianya
sahih tetapi zahirnya bukanlah yang dikehendaki …" (1/130)
Hasil daripada perkataan Fakhr al-Razi ini adalah;
apabila berlawanan zahir nas-nas al-Quran dan al-Hadis dengan zahir
Akal, maka hendaklah yang disalahkan adalah zahir nas-nas al-Quran dan
al-Hadis dan dibenarkan dalil-dalil zahir akal lalu nas-nas zahir wahyu
tadi hendaklah ditakwilkan atau ditafwidkan atau dikatakan ianya tidak
sahih.[6]
Mendahulukan akal atas wahyu meruapakan asal segala
kefasadan dan kerosakan yang berlaku pada Iblis dan kaum musyrikin.
Iblis menolak untuk mematuhi arahan ALLAH yang jelas dengan syubhat akal
bahawa; Api lebih mulia daripada Air.
Kaum Musyrikin pula menolak untuk beriman dengan
dakwah Rasul dengan alasan tidak masuk pada akal mereka ALLAH
mengutuskan seorang manusia sebagai Rasul.
ALLAH berfirman dalam Surah al-Isra' ayat ke-61:
Maksudnya: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami
berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka
sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"
Maksudnya: "Daripada Ibn Sirin [7]
kata beliau: Yang terwal melakukan Qias adalah Iblis, dan tidaklah
disembah matahari dan bulan melainkan dengan sebab qias-qias". [Tafsir
Ibn Katsir, 3/393].
Kata al-Imam Ibn Katsir r.h: "dan dia (Iblis) melakukan qias yang rosak berlawanan dengan nas". [Tafsir, 3/392].
Mauqif Ahli Kala ini berbeza dengan Salaf Soleh di mana mereka menyatakan:
1- Aqal yang waras tidak akan berlawan dengan Naqal yang Sahih
2- Apabila berlaku pertembungan antara Wahyu dan
Aqal, ianya hanyalah pertembungan yang relative (nisbi) bukan hakiki dan
puncanya adalah kelemahan akal kerana Wahyu tidak datang dengan perkara
yang mustahil pada akal tetapi dengan perkara yang menghairankan akal.
3- Atas dasar itu hendaklah didahulukan wahyu dalam keadaan berlakunya pertembungan ini.
(Rujuk: Syarah al-Aqidah Al-Tahawiah, Ibn Abil Izz,
1/227 t. Al-Arnauth, Mukhtasar al-Sawa'iq al-Mursalah, m.s 95, cet
Darul Hadis)
Kata Saidina Ali r.a:
Maksudnya:
"Jika agama ini dibina atas pandangan
(akal) tentulah bahagian bawah Khuf lebih utama untuk disapu daripada
atasnya, sedangkan aku melihat Rasulullah s.a.w menyapu bahagian atas
khuf". [Sunan Abu Daud, sahih].
Kata Imam Ahmad bin Hanbal r.h dalam Usul Al-Sunnah
Maksudnya:
"dan Sunnah itu mentafsirkan al-Quran
dan ia adalah petunjukpetunjuk kepada Al-Quran dan tiada pada Sunnah itu
Qiyas dan Tidak dibuat padanya perbandingan dan tidak dicapai dengan
akal dan hawa nafsu tetapi ianya diperoleh dengan mengikut dan
meninggalkan hawa nafsu".
Kata Al-Imam Ibn Abi Zamanin r.h:
Maksudnya:
"Ketahuilah –semoga ALLAH merahmati
kamu- bahawa Sunnah adalah dalil al-Quran dan ianya tidak dicapai dengan
Qiyas dan tidak diambil dengan akal tetapi ianya diperoleh dengan
mengikut para Imam dan apa yang telah disepakati atasnya Jumhur Umat ini
(Salafus Soleh)".
Kata al-Imam Abul Muzaffar al-Sam'ani al-Syafii r.h:
Maksudnya:
"dan ketahuilah bahawa pembeza antara
kita (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dengan Ahli Bidaah adalah masalah: Akal,
kerana mereka (Ahli Bidaah) mengasaskan agama mereka atas akal dan
menjadikan al-Ittiba' (mengikut Rasul) dan al-Ma'thur (nas-nas wahyu)
sebagai ikutan kepada akal, sedangkan Ahlus Sunnah berkata: "Yang asal
adalah mengikut (kepada Wahyu)
dan akal adalah ikutan baginya, jika agama ini di
asaskan atas akal maka tentulah makhluk tidak memerlukan wahyu lagi dan
tidak perlu kepada para Nabi solawatullahi 'alaihim dan akan batal semua
makna perintah dan larangan dan akan berkata sesiapa sahaja akan apa
sahaja yang hendak dia katakana.." [al-Instisar li Ashabil Hadis, 82].
Kata al-Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h:
Maksudnya:
"dan semua yang datang daripada Hadis
yang sahih daripada Rasul s.a.w dalam perkara itu maka ianya sebagaimana
yang dikatakan oleh baginda dan maknanya sesuai dengan apa yang
dikehendaki oleh baginda, kita tidak memasuki padanya dengan mentakwil
berdasarkan pandangan-pandangan kita, tidak pula berwaham (syak
wasangka) dengan hawa nafsu kita kerana tidak sejahtera seseorang pada
agamanya melainkan mereka yang menyerahkan (urusan agamanya) kepada
ALLAH Azza wa Jalla dan kepada Rasul-Nya s.a.w dan mengembalikan ilmu
dalam perkara yang dia keliru kepada yang mengetahuinya dan tidak akan
tetap tapak kaki Islam melainkan atas belakang penyerahan dan menyerah
(kepada ALLAH dan Rasul)".
Demikian dalam perkara ini, jelas bahawa Manhaj
al-Asya'irah dan al-Maturidiah berlawanan dengan apa yang dinyatakan
para Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah. [8]
2. Nas-nas Wahyu Tidak memberikan Faedah Yakin dan Ilmu
Menurut al-Asya'irah dan Al-Maturidiah, Akidah
Islam hanya tsabit dengan akal, bukan dengan naqal kerana naqal di sisi
mereka adalah nas-nas yang bersifat zanni (sangkaan) bukan Yakin berbeza
dengan akal (yakni akal memberikan keyakinan).
Kata Fakhr al-Razi dalam Muhassilul Afkar (m.s 51):
Maksudnya:
"Dalil Lafzi (Wahyu) tidak memberikan keyakinan melainkan setelah diyakini ada padanya 10 perkara".
Lalu dia menyebut 10 perkara itu:
Terpeliharanya para perawi lafaz itu
Kesahihan I'rabnya Kesahihan tasrifnya
Tidak ada isytirak dan majaz
Tidak ada takhsis dengan tempat atau individu
Tidak ada idmar
Tidak ada taqdim dan ta'khir
Tidak ada dalil aqli yang melawannya yang jika ada maka dalil aqli itu akan dimenangkan atasnya.
Kemudian kata al-Razi:
Maksudnya:
"dan jika yang penghasilnya pun sudah
sesuatu yang zanni (sangkaan) maka bagaimana pula anggapan kamu terhadap
natijah itu sendiri?"
Yakni, jika 10 perkara yang diperlukan ini untuk
menjadikan dalil lafzi sesuatu yang meyakinkan adalah sebenarnya perkara
yang zanni maka lebih utama dalil lafzi itu sendiri zanni tidak
memberikan keyakinan dan hal ini disebut juga olehnya dalam alMatalib
al-'Aliyah (9/71).
Kata Saifuddin al-Amidi dalam Abkarul Afkar (1/280)
selepas mendatangkan nas-nas yang digunakan oleh Ashab (al-Asya'irah)
untuk menetapkan bagi ALLAH sifat alQuwwah (kekuatan):
Maksudnya:
"secara keseluruhanya, cara beristidlal
dalam bab ini (bab sifat ALLAH) dengan nas-nas yang disebutkan (yakni:
ayat-ayat al-Qur'an) tidak keluar daripada zan (sangkaan) dan tekaan dan
ianya tidak mencukupi dalam perkara-perkara Yaqiniyyat".
Kata Saad al-Taftazani al-Maturidi setelah
mendatangkan ayat-ayat dan hadis-hadis Sifat yang pada pandangannya
menimbulkan Tasybih:
Maksudnya:
"dan jawab atasnya adalah: Ianya adalah
perkara sam'ie yang zanni (sangkaan) yang berlawanan dengan
kepastian-kepastian akal maka ianya bukan dengan makna zahirnya …"
[Syarhul Maqasid, 2/67].
Bagaimana seorang muslim yang mempunyai sebesar
zarah Iman boleh mempertikaikan kata-kata Tuhannya dan Rasulnya?
Kemudian bersangka bahawa akalnya lebih benar daripada kata-kata Tuhan
yang menciptakan akal dan sekalian alam ini?
Berbeza dengan sikap Al-Salaf al-Soleh yang amat
memuliakan nas-nas wahyu sebagaimana telah kita sebutkan sebahagian
perkataan mereka di atas dan lihat pula perkataan Imam Ahmad berikut:
Maksudnya: "Kita menyembah ALLAH dengan
sifat-sifatNya seperti mana Dia sifatkan untuk diriNya dan Dia telah
menyebutkan sifat secara mujmal (tanpa Kaifiat) terhadap diriNya dan
kita tidak akan melangkau al-Quran dan al-Hadis maka kita berkata
seperti mana Dia berkata dan kita sifatkan seperti mana Dia sifatkan
diriNya dan kita tidak melebihi had ini" [al-Ibanah al-Kubra, 7/326].
Bagaimana mungkin kita menyatakan bahawa nas-nas
Wahyu tidak memberikan keyakinan sedangkan ALLAH Ta'ala berfirman dalam
Surah al-Nisaa ayat ke-87:
Maksudnya:
"dan Siapakah yang lebih benar daripada ALLAH perkataannya?"
Maksudnya:
"Aku meninggalkan pada kamu dua perkara
yang mana kamu tidak akan tersasar selama-lamanya selagi mana kamu
berpegang dengan keduanya: "Kitab ALLAH dan Sunnah Nabi-Nya" [Muwatta'
Malik].
ALLAH Ta'ala berfirman:
Sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
"Katakanlah: Telah membawa turun akannya
(al-Quran) Ruh alQudus (Jibril) daripada Tuhan kamu dengan benar untuk
menetapkan orang-orang beriman dan menjadi petunjuk dan khabar gembira
bagi kaum muslimin (yang menyerah diri patuh kepadanya)". [al-Nahl: 102]
Sifat kaum muslimin mukminin apabila mereka
mendengar Kalam ALLAH adalah; mereka membenarkannya kemudian hati mereka
tenang dan menerimanya dengan sepenuh jiwa (rujuk: Tafsir Ibn Katsir).
Maka bandingkan sikap Ahli Kalam dengan apa yang
sepatutnya seorang mukmin lakukan dengan ayat-ayat ALLAH dan hokum hakam
RasulNya, jelas mereka tidak berada di atas jalan yang benar.
3. Hadis Ahad Tidak Menjadi Hujjah Yaqini
Di sisi Ahli Kalam, al-Asya'irah dan al-Maturidiah;
Hadis-hadis Ahad tidak memberikan hujah dalam urusan akidah kerana ia
hanya memberikan dalalah (petunjuk) zanni (tidak pasti).
Kata 'Aduddin al-Ieji:
Maksudnya:
"Adapun Ashab kami (Al-Asya'irah) dalam
menetapkan wajib mengkaji yang menghasilkan pengetahuan mempunyai dua
cara: Yang pertama adalah dengan berdalilkan dengan zahir ayat-ayat dan
hadis-hadis yang menunjukkan wajibnya mengkaji dalam mendapat
pengetahuan ….. (sehingga dia berkata): dan cara ini tidak
mengeluarkannya sebagai zanni, dalalahnya tidak pasti (tidak meyakinkan)
kerana berkemungkinan perintah bukan atas bentuk kewajipan dan atas
dasar khabar yang dibawa adalah Ahad". [AlMawaqif, 1/148].
Maka menurut al-Ieji, tindakan menetapkan sesuatu
urusan akidah (yang mereka pegang) dengan menggunakan dalil-dalil wahyu
dan hadis-hadis Ahad tidak memberikan keyakinan dan kepastian.
Kata Fakhr al-Razi (Asas al-Taqdis, 1/127):
Maksudnya:
"Adapun berpegang dengan Khabar Ahad
dalam mengenal ALLAH Taala maka ianya Tidak dibolehkan dan menunjukkan
atas perkara ini beberapa wajah; yang pertamanya: Bahawa Khabar Ahad
Zanni (tidak meyakinkan) maka tidak boleh berpegang dengannya dalam
mengenal ALLAH Ta'ala dan Sifat-sifatNya".
Kata Sa'ad al-Taftazani (daripada al-Maturidiah) (Syarhul Maqasid, 2/198):
Maksudnya:
"…kerana sesugguhnya Khabar Ahad atas
anggaran mencukupi semua syarat-syaratnya (syarat hadis sahih) ia tidak
memberikan faedah melainkan secara za (sangkaan yg tidak meyakinkan) dan
tidak menjadi iktibar melainkan dalam urusan 'amaliah (Fiqh) tidak
dalam Iktiqad".
Cukuplah dibuktikan pendapat mereka ini berlawanan
dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w
menghantar utusan baginda untuk berdakwah secara Ahad (perseorangan);
baginda menghgantar Mus'ab bin Umair untuk berdakwah di Madinah dan
mengajarkan al-Ansar Islam, baginda menghantar utusan kepada para Raja
'Ajam berdakwah kepada mereka menyeru kepada Tauhid dengan seorang wakil
sahaja, dan baginda s.a.w menghantar Mu'az bin Jabal r.a ke Yemen
seorang sahaja untuk berdakwah kepada mereka dan Nabi s.a.w berpesan
kepada Mu'az: "Hendaklah perkara pertama yang engkau serukan kepada
mereka: supaya mereka mentauhidkan ALLAH".
Kata al-Imam Ibn Khuzaimah r.h:
Maksudnya:
"Kerana kita tidak menyifatkan Sembahan
kita melainkan dengan apa yang Dia sendiri sifatkan untuk diriNya sama
ada di dalam Kitab ALLAH atau melalui Nabi-Nya s.a.w dengan riwayat
seorang yang adil daripada seorang yang adil bersambung kepada baginda,
kita tidak berhujah dengan hadis yang terputus sanadnya dan tidak pula
dengan khabar-khabar lemah dan tidak juga kita berhujah dalam
sifat-sifat Sembahan kita dengan Pandangan-pandangan dan Qiyasan".
[al-Tauhid, 136].
Adapun Ahli Kalam, mereka menterbalikkan manhaj ini
di mana mereka tidak mahu berhujah dengan hadis yang diriwayatkan
seorang adil daripada seorang yang adil sehingga bersambung kepada
Rasulullah s.a.w tetapi mahu pula berhujah dengan akal dan qiyasan.
Manhaj al-Asya'irah dan al-Maturidiah Dalam Tauhid
1. Awal Wajib Atas Mukallaf
Para Rasul dan Nabi diutuskan ALLAH Ta'ala membawa
dakwah Tauhid yakni seruan supaya meng-Esakan ALLAH dalam 'Ibadah
kepada-Nya sebagaimana firman ALLAH Ta'ala:
Maksudnya: "Dan Telah Kami utuskan pada setiap Umat
seorang Rasul supaya menyeru mereka: Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan
menjauhi Thaghut.." [Al-Nahl: 36].
Firman ALLAH Ta'ala juga:
Maksudnya:
"Maka Kami utuskan kepada mereka Rasul
daripada kalangan mereka supaya mengajak mereka; Sembahlah ALLAH yang
tiada bagi kamu sembahan selain Dia maka apakah kamu tidak mahu
bertakwa?" [al-Mukminun: 32].
Dalam Hadis yang sahih dalam Sunan al-Sittah,
ketika Rasulullah s.a.w menghantar Mu'az bin Jabal r.a kepada Ahli Yemen
yang merupakan Ahli Kitab, sabda baginda:
Maksudnya:
"Maka hendaklah awal perkara yang kamu serukan kepada mereka; supaya mereka meng-Esakan ALLAH Ta'ala".
Dalam lafaz yang lain:
Maksudnya:
"Hendaklah awal perkara yang kamu serukan mereka kepadanya; Beribadat kepada ALLAH".
Dan sebahagian riwayat pula kepada Dua Kalimah Syahadah.
Maka Ahlus Sunnah wal Jamaah berkeyakinan penuh
yang wajib atas manusia adalah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi Syirik
berbeza dengan al-Asya'irah dan alMaturidiah[9]
yang menyatakan Awal kewajipan makhluk adalah mengenal ALLAH aau
mengkaji yakni kewujudan ALLAH dan ada yang menyatakan: Syak akan
kewujudan ALLAH[10]
berlawanan dengan Firman ALLAH:
Maksudnya:
"Berkata para Rasul mereka: Adakah masih
wujud keraguan berkenaan ALLAH, Pencipta Langit-langit dan Bumi?"
[Ibrahim: 10].
Kata Abu Jaafar al-Simnani [w.444], Ulama besar
al-Asya'irah dan anak murid besar al-Baqilani; Masalah mewajibkan
mengkaji untuk mengenal ALLAH adalah antara masalah yang berbaki
daripada Akidah Muktazilah yang ada pada Abul Hasan alAsy'ari. [Lihat:
Fathul Bari, 13/349 dan Dar-u Ta'arud al-Aql wan Naql, 7/407].
2- Jenis-jenis Tauhid
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah sering menuduh Ahlus
Sunnah wal Jamaah sebagai pengikut akidah: Triniti kerana membahagikan
Tauhid kepada 3 jenis (al-Uluhiyah, al-Rububiyah, al-Asma' was Sifat)
walaupun pembahagian Ahlus Sunnah wal Jamaah ini berdalilkan kepada
Istiqra' ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang sahih.
Namun, Al-Asya'irah dan al-Maturidiah sendiri
membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian dan pembahagian mereka ini tidak
bersandar kepada wahyu tetapi kepada akal serta membawa kepada menafikan
sifat-sifat ALLAH.
Kata Al-Syahrastani dalam Nihayatul Iqdam (m.s 31):
Maksudnya:
"Maka al-Bari Ta'ala itu Esa pada
Zat-Nya tiada bahagian baginya, Esa pada Sifat-Nya tiada seumpama
bagi-Nya, dan Esa dalam perbuatan-Nya tiada sekutu bagi-Nya".
Demikian juga pembahagian yang sama di sisi
al-Maturidiah seperti yang dijelaskan oleh al-Ghunaimi dalam Syarah
Akidah Tahawiah karangannya (m.s 47-48).
Menurut mereka, Tauhid dalam Zat melazimkan penafian terhadap:
Taqsim (pembahagian Zat)
Tarkib
Tab'idh
Maka dengan itu mustahil pada ALLAH itu mempunyai
sifat-sifat seperti; mata, tangan, kaki, betis, jari yang tsabit dalam
nas-nas yang sahih kerana ini melazimkan Taqsim, Tarkib, dan Tab'idh
pada zat ALLAH.
Tauhid pada Sifat pula mereka menafikan daripada
ALLAH sifat-sifat yang pada sangkaan mereka membawa Tasybih selain
sifat-sifat zatiah di atas, seperti Nuzul, Istiwa', Datang, Murka,
Ketawa, Reda dan baragsiapa yang mengisbatkan sifat-sifat ini di sisi
mereka adalah musyrik kerana menyamakan Tuhan dengan Makhluk. (rujuk:
Naqdul Asya'irah wal Maturidiah, Khalid al-Ghamidi, m,s 188-189)
Maka al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam perkara
ini bersama-sama dengan Muktazilah di mana Muktazilah dalam rukun mereka
yang Lima (5) salah satunya adalah Tauhid dan dimaksudkan dengan Tauhid
adalah menafikan Sifat-sifat ALLAH.
3. Sikap Mereka Terhadap Tauhid al-'Ibadah/ al-Uluhiyah
Menurut al-Asya'irah dan al-Maturidiah; Tidak ada
perbezaan di antara Makna alRabb dengan makna Al-Ilah, maka di sisi
mereka Tauhid al-Uluhiyah adalah Tauhid al-Rububiyah.
Kata Abdul Qahir al-Baghdadi dalam Usuluddin:
"Telah berbeza Ashab kita berkenaan makna al-Ilah;
ada antara mereka yang berkata ianya diambil daripada: al-Ilahiyah
iaitulah Kudrat-Nya untuk mencipta sesuatu dan ini adalah pilihan
al-Asy'ari". [m.s 123, cet. Istanbul].
Berkata al-Qusyairi dalam Syarah al-Asma' al-Husna:
"dan al-Ilahiah adalah Kudrat (kemampuan) untuk
mencipta dan ada antara mereka berkata: Dia adalah yang memiliki
Penciptaan dan Pemerintahan".[ Naqdul Asya'irah wal Maturidiah, 195].
Kata al-Sanusi dalam Matan Ummul Barahin:
Maksudnya: "Kerana makna al-Uluhiyah adalah:
Kekayaan Ilah daripada selainNya dan berhajatnya selain-Nya kepada-Nya
maka makna La ilaha IllALLAH adalah: Tidak ada yang terkaya daripada
selainnya dan berhajat kepadanya selainnya melainkan ALLAH".
Terdapat juga Tafsiran al-Asya'irah dan
al-Maturidiah terhadap kalimah Ilah sebagai al-Ma'bud (yang berhak
disembah) namun, membolehkan dua tafsiran terhadap Ilah dengan makna
Pencipta dan Yang disembah menunjukkan mereka tidak membezakan sama
sekali antara Tauhid al-Uluhiyah dan al-Rububiyah.
Tindakan keliru Ulama al-Asya'irah dan
al-Maturidiah ini menjerumuskan pengikut mereka dewasa ini ke lembah
Syirik Akbar yang lebih teruk daripada Syirik Abu Jahal dan Abu Lahab.
Menurut mereka, seseorang yang menyembah kubur,
sujud kepada kubur dengan ta'zim dan ijlal, memohon doa kepada orang
yang mati dan ghaib dan sebagainya tidak menjadi syirik selama mana
mereka tidak beriktiqad yang disembah dan diseur itu mempunyai kekuasaan
tersendiri yang bebas daripada kekuasaan ALLAH, adapun jika dia
beriktiqad yang memberi manfaat dan mudarat adalah ALLAH jua, wali-wali
dan mayat-mayat ini hanya sebagai wasilah maka tidak lah memberi mudarat
kepada akidah sedikitpun.
Kata Ibn Zaini Dahlan dalam Al-Durar al-Saniah fi Raddi 'alal Wahhabiah:
Maksudnya: "Adapun yang merosakkan Tauhid adalah
iktiqad adanya yang member kesan selain ALLAH dan beriktiqad al-Uluhiyah
dan hak ibadah kepada selain ALLAH, adapun semata-mata menyeru tanpa
beriktiqad apa-apa maka tiada apa-apa mudarat padanya". (Lihat: Naqdul
Asya'irah wal Maturidiah, m.s 200).
Kata Muhammad Abduh al-Maturidi dalam Risalah al-Tauhid:
Maksudnya: "Adapun Syirik adalah Iktiqad bahawa
selain ALLAH mempunyai kesan melebihi apa yang diberi ALLAH kepadanya
daripada sebab-sebab yang zahir dan bahawa bagi sesuatu itu kekuasaan
yang melebihi kekuatan makhluk …" (m.s 33).
Hasil daripada dua pembentangan daripada Ulama
Asya'irah dan Maturidiah Mutaakhirin ini, Syirik di sisi mereka adalah:
Iktiqad adanya kuasa selain ALLAH memberi kesan, adapun tanpa Iktiqad,
ianya tidak dikira Syirik.
Sebenarnya, isu ini juga berkait rapat dengan
manhaj al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam masalah Iman, di mana mereka
mengikut qaul Murjiah bahawa Iman adalah Tasdiq (membenarkan) dengan
hati sebagaimana yang akan kita bentangkan nanti insya-ALLAH.
Maka kita dapati ramai daripada Al-Asya'irah dan
al-Maturidiah hari ini yang terjebak dalam penyembahan kubur dan meminta
doa kepada orang mati dan ghaib bahkan lafaz-lafaz yang mereka gunakan
sarih menyatakan iktiqad memberi kesan seperti perkataan al-Busiri dalam
Qasidah al-Burdah:
Maksudnya:
"Maka sesungguhnya daripada kemurahan-mu
adalah Dunia dan madunya (Akhirat) dan daripada Ilmu engkau adalah Ilmu
Lauh dan Qalam".
Jelas perkataan al-Busiri ini menyatakan Dunia dan
akhirat milik Rasulullah s.a.w dan Ilmu Lauh Mahfuz adalah Ilmu
Rasulullah s.a.w , ini semua adalah Khususiah Rububiyah ALLAH yang
diberikan kepada makhluk.
Namun, kata Al-Asya'irah, Alwi al-Maliki dalam Mafahim m.s 25:
Maksudnya: "dan jika didapati pada kalam kaum
mukmin menyandarkan sesuatu kepada selain ALLAH Ta'ala wajib dibawak
kepada Majaz 'Aqli dan tidak ada ruang untuk mengkafirkan mereka".
[Lihat: Hazihi Mafahimuna, 127].
Ini menunjukkan betapa tebalnya akidah Murjiah di
sisi Al-Asya'irah di mana perkataan dan perbuatan kufur tidak menjadikan
pelakunya kafir selagi mana tidak ada Iktiqad.
Apa yang dipegang oleh al-Asya'irah dan
al-Maturidiah ini amat berlawanan sama sekali dengan nas-nas al-Quran
dan Hadis yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan Syirik Uluhiyah
seperti berdoa kepada orang mati walaupun tidak beriktiqad si mati itu
memiliki kuasa manfaat dan mudarat, perbuatannya ini sudah dianggap
syirik akbar (besar).
Ini kerana maksud al-Ilah di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah:
Maksudnya: "dan al-Ilahiah adalah: Keadaan di mana
para Hamba menjadikan Dia s.w.t sebagai yang dikasihi diabdikan diri
pada-Nya, meng-EsakanNya dengan cinta, takut, harap, tunduk, taubat,
nazar, taat, memohon, tawakkal, dan seumpama perkara ini". [Tajrid
al-Tauhid al-Mufid, al-Maqrizi al-Syafii, m.s 5].
AIlah di dalam bahasa Arab adalah al-Ma'bud (yang disembah). Kata Ibn al-Faris r.h dlm Maqayis al-Lughah:
Maksudnya: "Al-Hamzah, dan al-Lam, dan al-Ha', asal
yang satu iaitulah alTa'abbud (mengabdikan diri) maka al-Ilah adalah
ALLAH Ta'ala, dinamakan dengan itu kerana Dia lah yang disembah dan
dikatakan: Ta-ALLAHa al-Rajul: jika dia beribadat".
Kata Ibn Manzur r.h dalam Lisanul Arab:
Maksudnya: A-li-ha: al-Ilah: ALLAH Azza wa Jalla,
dan setiap yang dijadikan selain-Nya sebagai sembahan adalah Ilah di
sisi yang menyembahnya dan jamaknya adalah: Aa-Lihah.
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.huma kata
beliau: "ALLAH" yang memiliki al-Uluhiyah dan Yang perlu disembah oleh
sekalian makhlukNya". [Tafsir al-Tabari, 1/123]
Firman ALLAH Ta'ala:
Maksudnya: "dan Dial ah yang di langit adalah Ilah dan di bumi juga Ilah" [alZukhruf: 84].
Kata Ibn Jarir al-Tabari r.h:
Maksudnya: "dan ALLAH yang bagi-Nya al-Uluhah di
Langit Dia disembah, dan di bumi Dia disembah seperti mana Dia disembah
di langit, tiada suatu pun selain Dia layak disembah; berkata Ta'ala
Zikruh: Maka Esakanlah bagi Yang begini Sifatnya dengan Ibadah dan kamu
sekutukan dengan-Nya sesuatu pun". [21/652].
Tauhid al-Uluhiyah di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah
mengandungi Tauhid alRububiyah dan Tauhid al-Rububiyah melazimkan Tauhid
al-Ilahiah [Syarah alTahawiah, Ibn Abil Izz, 1/29].
Kaum Musyrikin Mekah di zaman Rasulullah s.a.w juga
mengakui ALLAH sebagai Rabb yakni: Pencipta dan Pentadbir 'Alam ini,
Menghidup dan Mematikan, Menurunkan Rezeki dan Hujan, mereka tidak
pernah beriktiqad bahawa berhalaberhala mereka mempunyai kuasa
tersendiri dalam member manfaat dan mudarat.
Ini sebagaimana yang ALLAH Ta'ala terangkan dalam surah Yunus ayat ke-31:
Maksudnya: "Katakanlah: Siapakah yang memberikan
kamu rezeki daripada langit dan bumi? Siapa pula yang memiliki
pendengaran dan penglihatan dan Siapa pula yang mengeluarkan yang hidup
daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan Siapa
pula yang mentadbir segala urusan? Maka mereka akan menjawab: ALLAH!
Maka katakana kepada mereka: Apakah tidak patut kamu bertakwa?!!".
Firman ALLAH dalam ayat ke-106 Surah Yusuf:
Maksudnya: "dan Tidaklah kebanyakan mereka itu beriman kepada ALLAH melainkan dalam keadaan mereka melakukan syirik".
Kata al-Baghawi r.h dalam Tafsir:
"Maka adalah antara Iman mereka: Jika ditanya:
Siapakah yang menciptakan Langit-langit dan Bumi? Mereka berkata ALLAH.
Jika ditanya siapakah yang menurunkan Hujan? Maka mereka menjawab:
ALLAH. Kemudian dalam keadaan iqrar itu mereka menyembah berhala syirik
kepada ALLAH" [4/283].
ALLAH berfirman dalam surah Yunus ayat ke-18:
Maksudnya: "dan mereka menyembah selain ALLAH apa
yang tidak memberikan mereka mudarat dan tidak memberikan mereka manfaat
lalu mereka berkata: 'Ini adalah para pemberi Syafaat untuk kami di
sisi ALLAH'. Katakan (kepada mereka): Adakah kamu hendak memberitahu
ALLAH perkara yang Dia tidak tahu di langit-langit dan tidak pula di
bumi? Maha Suci Dia dan Maha Tinggi daripada apa yang kamu sekutukan".
Jelas sekali bahawa kaum musyrikin Mekah dahulu
walaupun mereka beriktiqad yang memberi mudarat dan manfaat hanya ALLAH,
namun ALLAH menghukum mereka sebagai musyrik dan kafir semata-mata
dengan tindakan mereka beribadat kepada selain ALLAH.[11]
4- Al-Asma' was Sifat
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah berbeza dengan
al-Jahmiah Tulen dan al-Muktazilah kerana mereka secara umumnya
menetapkan bagi ALLAH nama-nama dan Sifat-sifat tetapi mereka juga
bersetuju dengan Jahmiah dan Muktazilah dalam menafikan sebahagian Sifat
ALLAH.
4.1. Manhaj Al-Asyairah dan al-Maturidiah dalam Menetapkan Nama Sifat ALLAH
Sebagaimana yang telah lalu dalam menjelaskan
manhaj Talaqqi al-Asya'irah dan alMaturidiah, mereka menjadikan Aqal dan
Ilmu Falsafah sebagai pendahulu dalam menetapkan Akidah terutama dalam
masalah Sifat-sifat ALLAH dan nama-namaNya.
Secara ringkasnya manhaj mereka dalam masalah ini adalah:
Hadis-hadis Ahad tidak menjadi Hujjah dalam menetapkan Akidah dan Sifatsifat ALLAH.
Hanya menetapkan Sifat yang dinamakan Sifat 'Aqliah yang ditetapkan oleh Akal menurut mereka.
Menggunakan Dalil-dalil Aqli (yang pada hakikatnya Falsafah Yunani) dalam menetapkan Sifat-sifat ALLAH
Menyangka berlakunya pertentangan antara Nas yang Sahih dengan Akal yang Sarih lalu dalam keadaan ini didahulukan akal.
Zahir-zahir Nas di sisi mereka mengandungi Tasybih dan Tidak dikehendaki maknanya maka perlu ditakwil atau ditafwid
Menggunakan alasan Majaz untuk mengalih makna Zahir Sifat
Ayat-ayat Sifat di sisi mereka adalah ayat-ayat mutasyabihat maka dalalahnya adalah zanni bukan qath'ie
Menyangka dalam menetapkan Sifat-sifat tertentu
kepada ALLAH adalah menyamakan ALLAH dengan makhluk dan membawa kepada
Hulul alHawadis.
[Lihat: Naqdul Asya'irah wal Maturidiah, m.s 265-266]
Di sisi Ulama Salaf pula:
Akidah adalah bersifat Tauqifi yakni Tiada ruang
bagi akal untuk menetapkan apa-apa masalah akidah secara bersendirian,
bahkan Naqal (wahyu) adalah asal dalam masalah ini dan akal hanya
sebagai alat yang diberikan ALLAH untuk memahami khitab (perintah) dan
akal yang sarih (yang bersih daripada syubhat dan sejahtera fitrahnya)
tidak akan berlawan dengan naqal sama sekali walaupun kadang-kadang
nas-nas Wahyu membawa kehairanan kepada akal dan dalam keadaan ini
hendaklah didahulukan Naqal atas Aqal kerana Wahyu adalah maksum
(terpelihara daripada kesalahan) sedangkan akal adalah makhluk yang
terdedah sepanjang masa kepada kesalahan.
Ulama Salaf juga tidak pernah membezakan antara
khabar ahad dan mutawatir dalam menetapkan Sifat-sifat ALLAH,
nama-namaNya, dan masalah akidah keseluruhannya bahkan yang menjadi
syarat di sisi mereka adalah khabar itu sahih.
Zahir nas pula di sisi Salaf tidak mengandungi
sebarang tasybih dengan makhluk kerana setiap sifat itu apabila
disandarkan kepada mausufnya maka sifat itu bersesuaian dengan keadaan
mausufnya.
Zahir nas di sisi Ulama Salaf maklum (diketahui)
maknanya melalui Bahasa Arab kerana ALLAH menurunkan Al-Quran dalam
bahas Arab demikian juga Rasul-Nya Muhammad s.a.w adalah seorang Arab
yang fasih diutuskan kepada kaum Arab yang Fasih tetapi Kaifiat
Sifat-sifat ALLAH adalah majhul (tidak diketahui) maka ianya diserahkan
(ditafwid) kepada ALLAH Ta'ala.
Nas-nas Sifat di sisi Ulama Salaf dengan itu adalah Muhkam dari segi makna tetapi Mutasyabih dari segi Kaifiat.
Nas-nas Sifat bukan Majaz kerana dengan
menyatakan wujudnya Majaz dalam Nas-nas Wahyu membuka pintu untuk
didustakan Kalam ALLAH dan RasulNya dengan alasan Majaz dan tiada dalam
kalangan Ulama Salaf yang menyatakan nas-nas ini sebagai Majaz.
Nukilan daripada Ulama Salaf yang menunjukkan kaedah-kaedah mereka di atas:
Kata Imam Ahmad bin Hanbal r.h:
Maksudnya: "Tidak disifatkan ALLAH melainkan dengan
apa yang Dia sifatkan dengannya diri-Nya atau Rasul-Nya s.a.w sifatkan
dengannya diri-Nya, Tidak dilangkaui Al-Quran dan Hadis" [Al-Ihtijaj bil
Atsar al-Salafiah, m.s 41].
Kata al-Imam Ibn Khuzaimah r.h:
Maksudnya: "Kerana kita tidak menyifatkan Sembahan
kita melainkan dengan apa yang Dia sendiri sifatkan untuk diriNya sama
ada di dalam Kitab ALLAH atau melalui Nabi-Nya s.a.w dengan riwayat
seorang yang adil daripada seorang yang adil bersambung kepada baginda,
kita tidak berhujah dengan hadis yang terputus sanadnya dan tidak pula
dengan khabar-khabar lemah dan tidak juga kita berhujah dalam
sifat-sifat Sembahan kita dengan Pandangan-pandangan dan Qiyasan".
[al-Tauhid, 136].
Kata al-Imam Ibn Battah al-'Akbari r.h:
Maksudnya: "Maka antara alamat (tanda-tanda) orang
beriman itu adalah; dia menyifatkan ALLAH dengan apa yang Dia sifatkan
bagi diri-Nya dan dengan apa yang Rasul-Nya s.a.w sifatkan bagi diri-Nya
berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh para Ulama, para perawi yang
tsiqah (dipercayai) daripada Ahli Riwayat (Ahli Hadis) yang mana mereka
itu adalah Hujjah dalam apa yang mereka riwayatkan dalam masalah Halal
dan Haram, Sunnah-sunnah dan atasr-atsar, dan tidak dikatakan kepada apa
yang telah sahih daripada Rasulullah s.a.w (daripada hadis-hadis
Sifat): Bagaimana? Dan tidak juga: Kenapa? Bahkan mereka mengikut
(Hadis) dan tidak mereka-reka, menyerahkan diri dan tidak membantah,
meyakini dan tidak ragu-ragu dan teragak-agak". [Al-Ibanah al-Kubra,
3/91].
Kata Imam Muhammad bin al-Husain al-Ajurry r.h:
Maksudnya: "Ketahuilah –semoga ALLAH memberikan
Taufiq kepada kami dan kamu kepada petunjuk yang benar daripada
Perkataan dan Perbuatan- Bahawa Ahli Haq menyifatkan ALLAH Azza wa Jalla
dengan apa yang Dia sifatkan bagi diri-Nya Azza wa Jalla dan dengan apa
yang Rasul-Nya s.a.w menyifatkan dengannya diri-Nya dan dengan apa yang
para Sahabat r.hum sifatkan bagi diri-Nya, dan inilah mazhab para Ulama
yang mengikut (sunnah) dan tidak melakukan bidaah, dan tidak dikatakan
padanya: "Bagaimana?" bahkan hendaklah menyerah diri kepadanya dan
beriman dengannya". [alSyari'ah, 2/1051].
Kata Imam Nu'aim bin Hammad r.h:
Maksudnya: "Barangsiapa yang menyamakan ALLAH
dengan makhluk-Nya maka dia kafir, barangsiapa yang ingkar apa yang
ALLAH sifatkan diri-Nya dengannya maka dia juga kafir".
Maksudnya: "dan tiada pada apa yang ALLAH sifatkan
dengannya diri-Nya dan tidak pula apa yang Rasul-Nya sifatkan bagi-Nya
Tasybih, maka barangsiapa yang menetapkan bagi ALLAH apa yang datang
daripada ayat-ayat yang sarih dan khabar-khabar (hadis-hadis) yang Sahih
atas wajah yang layak bagi Kebesaran ALLAH Ta'ala dan menafikan
daripada ALLAH Ta'ala segala kekurangan maka dia telah melalui jalan
Hidayah". [Tafsir Ibn Katsir: 3/427].
Kata al-Imam Sufyan bin 'Uyainah r.h:
Maksudnya: "Semua yang ALLAH sifatkan dengannya
diriNya dalam Al-Quran maka bacaannya adalah tafsirannya, tidak ditanya
Bagaimana? Dan tidak dibuat perumpamaan". [Syarah Usul Iktiqad, 3/478].
Pernyataan ini Nu'aim bin Hammad dan Ibn 'Uyainah
ini jelas menunjukkan bahawa di sisi ulama Salaf zahir nas ayat-ayat dan
hadis Sifat tidak mengandungi Tasybih dengan makhluk dan mereka beriman
dengan zahirnya tanpa membuat takwil menyalahi zahirnya.
Kata Rabi'ah al-Ra'yi r.h dan perkataan beliau ini menjadi kaedah jami'ah bagi akidah Salaf dalam Sifat-sifat ALLAH:
Maksudnya: "Al-Istiwa' itu tidak majhul (tidak
tersembunyi maknanya pada bahasa) sedangkan bagaimana itu tidak
diketahui dan daripada ALLAH alRisalah, atas RasulNya menyampaikan dan
atas kita wajib membenarkan" [Syarah Usul Iktiqad,3/441]
Kata murid beliau, Imam Malik bin Anas r.h:
Maksudnya: "Al-Istiwa' tidak majhul (yakni maklum
maknanya) sedangkan Kaif (bagaimana) tidak diketahui dan beriman
dengannya wajib dan bertanya (bagaimana) adalah bidaah". [Al-Atsar
al-Masyhur 'an al-Imam Malik fi Sifat alIstiwa', Abdul Razak al-Badr,
m.s 43].
Kata Imam Qiwamus Sunnah Ismail al-Taimi r.h:
Maksudnya: "Berbicara berkenaan Sifat-sifat ALLAH
Azza wa Jalla yang datang daripada Kitab ALLAH atau diriwayatkan dengan
sanad-sanad yang Sahih daripada Rasulullah s.a.w maka mazhab al-Salaf
rahmat ALLAH ke atas mereka sekaliannya adalah; menetapkannya dan
membiarkannya atas zahirnya dan menafikan kaifiat (ilmu berkenaannya)
daripadanya" [al-Hujjah fi Bayan alMahajjah, 1/188]
Berdasarkan nukilan-nukilan yang sedikit daripada
lautan perkataan Ulama Salaf dalam masalah ini rasanya sudah cukup bagi
pencari kebenaran untuk melihat dan meyakini bahawa mazhab al-Asya'irah
dan al-Maturidiah tidak berada atas kebenaran dan menyelisihi Salafus
Soleh.[12]
4.2 Pendirian al-Asya'irah dan al-Maturidiah terhadap Sifat-sifat ALLAH
al Khabariah
Sifat-sifat Khabariah bermaksud: Sifat-sifat yang
menurut Ulama Kalam hanya tsabit dengan nas-nas wahyu tetapi tidak dapat
dicapai oleh akal bersendirian seperti: Istiwa', Nuzul (turun ke langit
dunia), Datang ke Padang Mahsyar, Tangan ALLAH, Mata ALLAH, Kaki ALLAH,
Wajah ALLAH dan lainnya yang warid dalam ayatayat al-Quran dan
Hadis-hadis Sahih.
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam menghadapi Sifat-sifat ini mempunyai dua pandangan:
1. Takwil Mujmal (yang mereka namakan Tafwid)
2. Takwil Mufassal (yang mereka sebut "Takwil")
Takwil Mujmal bermaksud; hendaklah diisbatkan
lafaz-lafaz ini yakni jika ditanya: Adakah ALLAH bersifat dengan ada dua
tangan? Maka dijawab: Ya, tetapi maksud Tangan di sini hanya ALLAH
mengetahui dan bukanlah bermaksud tangan seperti yang dimaklumi dalam
bahasa.
Secara ringkas; Isbatkan Lafaz tetapi nafikan makna
Atau menurut penjelasan lebih ringkas dan terang:
Yakini bahawa Zahir maksud nasnas ini tidak dikehendaki tetapi maksud
yang dikehendaki adalah maksud yang lain namun maksud yang lain itu
tidak diketahui.
Adapun Takwil Mufassal pula, mereka menentukan
makna yang dikehendaki, jika ditanya: ALLAH ada Tangan? Jawab: Ya dan
maksud Tangan adalah Qudrat [13]
Apa yang dipegang oleh kedua-dua golongan ini jelas
berlawanan dengan apa yang dipegang Ulama Salaf al-Soleh ridwanullahi
'alaihim kerana mereka menetapkan bagi ALLAH makna Sifat tetapi
menafikan Kaif (bagaimana) yakni mereka tidak mencaricari bagaimana
sifat ALLAH itu.
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah seringkali
menyandarkan pendapat mereka yang pertama yakni al-Tafwid (takwil
Mujmal) kepada Ulama Salaf dan ini berlawanan dengan zahir perkataan
Ulama Salaf.
Pertama:
Ulama Salaf mentafsirkan makna nas-nas Sifat sesuai dengan makna bahasa
seperti mana dalam masalah Sifat al-Istiwa'. Kata Imam Abul 'Aliyah
alRayyahi r.h:
Maksudnya: "Daripada Abul'Aliyah berkenaan firman
ALLAH (maksudnya): kemudian Dia beristiwa' (bersemayam); kata beliau:
Irtafa'a (meninggi)". [Tafsir Ibn Abi Hatim, 6/1925]
Berkata Imam Mujahid r.h:
Maksudnya: "Istawa: 'Ala (meninggi) atas Arasy". [Sahih al-Bukhari, 9/124].
Demikian juga kata mereka berkenaan al-Istiwa':
Kata al-Imam Ibn Battah al-'Akbari r.h:
Maksudnya: "dan telah bersepakat kaum muslimin
daripada para Sahabat dan Tabiin dan seluruh Ahli Ilmu daripada kaum
mukminin bahawa ALLAH Tabaraka wa Ta'ala di atas 'Arasy, di atas
langit-langitNya, terpisah daripada makhlukNya sedangkan Ilmu-Nya
meliputi semua makhluk-Nya". [Al-Ibanah alKubra, 7/136].
Jelas menunjukkan bahawa Ulama Salaf r.hum
mentafsirkan makna Istiwa' sesuai dengan makna bahasa Arab dan memahami
maknanya tanpa tasybih dan takyif.
Kedua: Ulama Salaf menafikan kita mengetahui
Kaifiat Sifat ALLAH, dan ini menunjukkan mereka menetapkan makna, adapun
jika mereka tidak menetapkan makna tentulah mereka akan berkata: "ALLAH
lebih mengetahui akan maksudnya" seperti mana yang sebahagian mereka
lakukan dalam tafsiran Huruf Muqatta'ah di awal Surah.
Ketiga: Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan
anggota baginda ketika menyebut beberapa Sifat ALLAH dan tindakan ini
menurut Ulama adalah untuk menetapkan hakikat Sifat sebagai missal:
Maksudnya: "Daripada Abdullah bin Umar r.huma
bahawa beliau berkata: Aku mendegar Rasulullah s.a.w sedang baginda
berada atas Minbar berkata: "AlJabbar (ALLAH) mengambil langit-langit
dan bumi-Nya dengan tangan-Nya dan Dia menggenggam dengan tangan-Nya",
maka baginda mula menggenggam tangan baginda dan membukanya, kemudian
Dia berkata: "Aku lah al-Jabbar,
di mana Jabbarun (yang meninggi diri dalam kalangan
makhluk)? Di manakah mereka yang sombong? Kata Ibn Umar: Dan Rasulullah
sa.w bergerak ke kana dan kiri sehingga aku melihat minbar turut
bergerak hingga ke bawahnya sehingga aku berkata: Adakah minbar ini akan
jatuh bersama dengan Rasulullah?" [Ibn Majah, Hadis Sahih, dan asalnya
dalam al-Bukhari dan Muslim].
Kata Al-Imam Ibn al-Qayyim r.h:
Maksudnya: "dan apabila Rasulullah s.a.w
memberitahu kepada mereka baginda menggenggam tangannya dan membukanya
untuk mentahqiqkan (makna) sifat bukan untuk mentasybih". [Mukhtasar
al-Sawa'iq, m.s 391, Darul Hadis].
Keempat: Rasulullah s.a.w menyifatkan sifat-sifat
ALLAH dengan lazim sifat tersebut yang menunjukkan ianya sifat hakiki
bukan majazi seperti dalam hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya ALLAH mencipta tiga benda
dengan tanganNya (secara langsung): Dia mencipta Adam dengan tangan-Nya,
menulis Taurat dengan tangan-Nya, menanam Al-Firdaus dengan tangan-Nya
kemudian Dia berkata: "Tidak akan masuk ke dalamnya (Al-Firdaus) demi
Kemuliaan-Ku penagih arak dan dayus". [Masawi' al-Akhlak oleh
al-Kharaiti].
Nabi s.a.w juga bersabda:
Maksudnya: "Bumi pada hari Kiamat menjadi seperti
sekeping roti di mana AlJabbar akan mencanainya dengan tangan-Nya
seperti mana salah seorang kamu mencanai rotinya semasa musafir sebagai
hidangan bagi Ahli Syurga". [Sahih alBukhari, no. 6520].
Kelima: Rasulullah s.a.w mengiqrarkan kefahaman Sahabat secara makna zahir daripada nas-nas sifat.
Daripada Abu Razin al-'Uqaili r.a Rasulullah s,a,w bersabda
Maksudnya: "Tuhan kita ketawa kerana putus asa
hamba-Nya sedangkan perubahan nasibnya sudah dekat. Kata Abu Razin: Aku
berkata: Wahai Rasulullah adalah Tuhan ketawa? Kata baginda: Ya. Kata
aku (Abu Razin): Kita pasti tidak akan putus mendapat kebaikan dari
Tuhan yang ketawa" [Ibn Majah].
Hadis-hadis ini semuanya menafikan Takwil dan
Tafwid Ahli Kalam kerana jelas Rasulullah s.a.w mentafsirkan makna-makna
sifat dan memberikan isyarat yang kuat bahawa sifat-sifat ALLAH adalah
hakikat bukan majaz, dan tindakan Rasulullah s.a.w memberikan isyarat
sudah tentu bukan bermaksud Tasybih atau Tamtsil tetapi adalah untuk
mentahqiqkan makna sifat.[14]
4.3 Sifat Kalam ALLAH
Akidah al-Asya'irah dan al-Maturidiah berkenaan
Sifat Kalam ALLAH (kata-kata ALLAH) dan al-Qur'an merupakan cirri-ciri
yang paling ketara memisahkan alAsya'irah dan al-Maturidiah daripada
Ulama Salafus Soleh sama ada al-Asya'irah alMutaqaddimin mahupun
al-Mutaakhirin.
Menurut mereka, ALLAH bersifat dengan Sifat Kalam
(berkata-kata) namun perkataan ALLAH ini adalah KALAM NAFSI, tanpa huruf
dan suara, Qadim sebagaimana Qadimnya ALLAH, berdiri dengan zat ALLAH,
tidak terpisah daripadaNya, tidak berjuzu' dan tidak berbahagian, ianya
satu sahaja, dan tidak pula arab atau ibrani atau suryani (tidak
berbahasa). Adapun al-Qur'an di sisi mereka; Huruf yang berbahasa Arab
itu adalah Makhluk dan merupakan ibarat kepada Kalam ALLAH[15]
, adapun al-Qur'an yang bukan makhluk itu adalah Kalam ALLAH yang Nafsi yang ada dalam Zat ALLAH.
Bagi mereka, Al-Qur'an yang berbahasa Arab, Taurat
yang berbahasa Ibrani, dan Zabur yang berbahasa Suryani itu adalah Kalam
ALLAH yang sama tetapi ibarat sahaja berbeza, maka jika AL-Qur'an
dibaca dengan bahasa Ibrani misalnya maka jadilah ianya Taurat.
Dalil mereka yang sangat "kukuh" dalam masalah ini
adalah Sya'ir seorang "Nasrani" yang "Tidak Sahih Sanadnya" bernama
al-Akhtal:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kalam itu adalah di dalam Hati dan sesungguhnya dijadikan Lidah itu untuk hati sebagai dalilnya".[16]
Mazhab mereka dalam masalah Kalam ALLAH ini
merupakan bidaah yang direkacipta oleh Abu Muhammad Abdullah bin Sa'id
al-Kullab sebagaimana yang telah terdahulu disebutkan dan pendapat ini
tidak pernah didengari sebelum dia daripada Ulama Salafus Soleh[17]
. Ini sudah cukup menjadi bukti yang kuat bahawa Akidah mereka dalam masalah ini bukan akidah Salafus Soleh.
Ini kerana, semua Anak Adam telah bersepakat, apa
yang terlintas dalam jiwa daripada ucapan dan perkataan bukanlah KALAM
selagi mana tidak diucapkan dengan lisan yang dapat didengari dengan
suara dan huruf.
Adapun Kalam Nafsi, orang bisu juga mempunyai KALAM
Nafsi dalam jiwanya dan hadis-hadis Sahih menunjukkan bahawa apa yang
berada dalam diri daripada lintasan perkataan bukanlah KALAM sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH Azza wa Jalla
mengampunkan bagi Umatku apa yang dibicarakan dalam dirinya selama mana
dia belum bercakap dengannya" [Ahmad].
Hadis ini adalah sejelas-jelas dalil bahawa apa
yang berada dalam diri daripada lintasan-lintasan bukanlah KALAM. Maka
apa yang didakwa al-Asya'irah dan alMaturidiah sebagai wujudnya Kalam
Nafsi adalah batil dan dalil mereka dalam menetapkan wujudnya Kalam
Nafsi lebih rapuh daripada sarang labah-labah.
Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam Sifat Kalam ALLAH berkata:
"Bahawa ALLAH sentiasa bersifat dengan KALAM sejak
Azali, Dia berkata-kata bila Dia kehendaki, dengan apa yang Dia
kehendaki, dan dengan cara yang Dia kehendaki, dan KALAM ALLAH itu Qadim
jenisnya tetapi Perincian KALAM itu Baharu, Dia berkata-kata dengan
huruf dan suara yang didengari tanpa ada persamaan dengan makhluk-Nya,
dan Al-Qur'an adalah Kalam ALLAH yang Hakiki Huruf dan Maknanya".
Dalil ALLAH mempunyai Suara adalah Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: "ALLAH menghimpunkan para Hamba (di
padang Mahsyar) lalu Dia menyeru mereka dengan Suara yang dapat
mendengar akannya orang yang jauh seperti mana yang didengari orang yang
dekat: "Aku lah Al-Malik (Raja), Akulah Yang Menghukum, Tidak boleh
bagi Ahli Syurga untuk masuk ke syurga dalam keadaan ada di antara Ahli
Neraka menuntutnya haknya daripada dia atas kezaliman" [Al-Bukhari,
Khalq Af'al al-'Ibada no 463].
Kata Imam Al-Bukhari r.h:
Maksudnya: "dan pada ini terdapat dalil bahawa
Suara ALLAH tidak menyerupai suara Makhluk kerana Suara ALLAH Jalla
Zikruh didengari dari jauh sama seperti didengari dari dekat, dan para
Malaikat pengsan mendengar suara-Nya sedangkan apabila sesama Malaikat
saling menyeru antara mereka, mereka tidak pengsan dan berkata ALLAH
Azza Wa Jalla (maksudnya): "Maka janganlah kamu jadikan bagi ALLAH
sekutu" [al-Baqarah: 22], maka Tiada bagi Sifat ALLAH itu setara dan
tiada seumpama, dan tiada suatu pun daripada sifat-sifatNya berada pada
makhluk". [Khalq Af'al al-'Ibada, m.s 182].
Adapun Huruf adalah Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Barangsiapa yang membaca satu huruf
daripada Kitab ALLAH maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan
bersamaan sepuluh kali gandanya, Aku tidak kata Ali Laam Miim satu
huruf, tetapi; Alif satu Huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf".
[Al-Tirmizi, sahih].
Berkata Imam Ahmad bin Sinan al-Wasiti (w.256 H)
dan beliau merupakan Imam Ahli Zamannya dan guru kepada lima orang Ashab
Sunan Sittah (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Nasaie, dan Ibn Majah)
Maksudnya: "Barangsiapa menyangka bahawa al-Quran
itu dua benda (yang berbeza) atau Al-Qur'an adalah Hikayat maka dia,
Demi ALLAH yang Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, adalah
seorang Zindiq Kafir dengan ALLAH, Al-Qur'an ini adalah Al-Quran (yang
sama) yang ALLAH turunkan atas lisan Jibril kepada Muhammad, Tidak
diubah, tidak ditukar, tidak datang padanya batil sama ada dari depan
mahupun belakang, Tanzil (yang diturunkan) daripada al-Hakim al-Hamid
seperti mana kata ALLAH Azza wa Jalla (maksudnya): "Katakanlah: Jika
manusia dan jin berkumpul untu mendatangkan seumpama alQur'an ini mereka
nescaya tidak akan mampu mendatangkan seumapamanya" [alIsraa': 88] dan
jika seorang lelaki bersumpah untuk tidak bercakap selama sehari
kemudian dia membaca al-Quran atau bersolat dan membaca al-Quran atau
memberi Salam dalam Solat maka dia tidak melanggar sumpahnya, tidak
diqiyaskan dengan Kalam ALLAH sesuatu pun, al-Quran adalah Kalam ALLAH
daripada Dia ia bermula dan kepada Dia ia kembali, tiada suatu pun
daripada ALLAH Ta'ala itu makhluk, tidak sifat-sifatNya, tidak
nama-namaNya, dan tidak pula Ilmu-Nya". [Ikhtisas al-Quran, Dhiyauddin
al-Maqdisi, m.s 16].
Kata al-Imam Abu Sa'id al-Asyaj r.h (w.257 H) dan
beliau merupakan Syeikh di zamannya dan guru kepada semua Ashab Sunan
al-Sittah:
Maksudnya: "Al-Qur'an Kalam ALLAH bukan Makhluk, dan Lafaz kita dengannya bukan Makhluk, dan ia dengan lafaz kita bukan makhluk[18]
, dan ia berada dalam dada-dada kita bukan Makhluk, dan yang kita baca
di Mihrabmihrab (dalam Solat) bukan Makhluk, maka Jauhilah Ahli Bidaah
dan Kesesatan" [Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/421].[19]
Masalah Iman
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam Masalah Iman
adalah Murjiah di mana mereka berpendapat cukuplah Iman itu: Membenarkan
dalam Hati.
Kata Fakhr al-Razi dalam Kitabnya, Ma'alim Usuluddin (m.s 133):
Maksudnya: "Al-Iman itu adalah ibarat berkenaan
Iktiqad, sedangkan perkataan (menuturkan Syahadah) adalah sebab bagi
zahirnya dan amalan pula terkeluar daripada penaman Iman".
Berkata Abu Mansur al-Maturidi:
"Iman itu pada hakikatnya adalah membenarkan dengan
Hati, akan tetapi memandangkan hati itu sesuatu yang tersembunyi tidak
dapat diketahui maka Syarak menjadikan Iqrar (dengan lisan) sebagai
dalil atasnya dan syarat untuk dilaksanakan hukum hakam di dunia,
sedangkan jika dia membenarkan dengan hatinya dan tidak mengucapkan
dengan lisannya jadilah dia mukmin di sisi ALLAH … " [Syarah al-Ghaznawi
atas al-Tahawiah, m.s 119].
Kata al-Ghaznawi (m.s 120):
"dan amalan tidak masuk ke dalam Hakikat Iman …"
Atas akidah mereka yang sangat batil ini mereka
menyatakan bahawa Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mati
dalam keadaan Kafir dengan nas hadis yang sahih dalam (Sahih al-Bukhari)
sebagai mukmin [Rujuk: Tabsitul Aqaid oleh Hasan Ayyub]
Demikian juga mereka tidak menghukum kafir mereka
yang meminta kepada orang mati, menyembah kubur, dan menyeru makhluk
ghaib selagi mana tidak beriktiqad yang menafikan Rububiyah ALLAH
walaupun lafaz yang diucapkan jelas mengandungi Syirik yang Sarih
sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini.
Adapun Mazhab Salafus Soleh, Iman itu adalah:
Maksudnya: "Membenarkan dengan Hati, beramal dengan
anggota, dan mengucapkan dengan lidah, dan sesungguhnya ia bertambah
dan berkurang". [Taudih al-Maqasid, 2/139].
Amalan jelas masuk ke dalam penamaan Iman sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Iman itu sebanyak 70 lebih cabang atau
60 lebih cabang, maka yang paling Afdal adalah ucapan: La Ilaha
IllALLAH, dan serendah-rendahnya adalah membuang kesakitan di jalanan
dan malu itu satu cabang daripada Iman" [Al-Bukhari & Muslim].
Kata al-Imam al-Syafii r.h:
Maksudnya: "dan adalah Ijmak daripada para Sahabat,
Tabiin, dan mereka yang selepas itu yang kami temui bahawa Iman itu;
Qaul (perkataan), Amalan, dan Niat, tidak cukup satu daripada tiga ini
tanpa yang selebihnya" [Syarah Usul Iktiqad al-Lalikaie, 5/956].
Dengan nukilan ini, sudah cukup untuk membuktikan
kepada mereka yang mahu mengikut kebenaran bahawa al-Asya'irah dan
al-Maturidiah menyalahi Ulama Salaf al-Soleh dalam mentakrifkan Iman.
Masalah al-Qada' dan al-Qadar : Perbuatan Hamba
Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah bersepakat dengan
Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa Perbauatan Hamba adalah makhluk ALLAH
yakni manusia tidak mencipta perbuatan dirinya sendiri, tetapi ianya
adalah ciptaan ALLAH dan tertakluk di bawah Qudrat dan Iradat ALLAH
Ta'ala berbeza dengan al-Qadariah.
Dalilnya adalah firman ALLAH Ta'ala:
Maksudnya: "dan ALLAH yang menciptakan kamu dan amalan perbuatan kamu" [al-Saffat: 96].
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH mencipta setiap pelaku dan perbuatannya" [Al-Bukhari dalam Khalqu Af'al al-'Ibad]
Namun, menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, makhluk
mempunyai kudrat (kemampuan) dan iradat (kehendak) yang hakiki yang
diciptakan ALLAH untuk mereka dan kudrat dan iradat Makhluk ini
tertakluk kepada kehedak dan kudrat ALLAH Ta'ala.
Dalilnya firman ALLAH Ta'ala:
Maksudnya: "Dan katakanlah: Kebenaran itu daripada
Tuhan kamu, maka barangsiapa yang hendak maka berimanlah dan barangsiapa
yang hendak maka kufurlah …" [al-Kahf: 29].
ALLAH juga berfirman dalam surah Al-Takwir ayat ke-28 dan 29:
Maksudnya: "Bagi sesiapa yang hendak beristiqamah
dari kalangan kamu. Dan tidaklah kamu berkehendak melainkan ALLAH Tuhan
sekalian 'Alam juga mengkehendaki (untuk kamu berkehendak)".
Ayat ini menjelaskan bahawa kehendak manusia itu
tertakluk di bawah kehendak ALLAH Ta'ala, jika mereka berkehendak namun
ALLAH Ta'ala berkehendak yang sebaliknya maka tiada siapa dapat melawan
kehendak ALLAH kerana kehendak-Nya lah yang akan terlaksana bukan
kehendak hamba.
Demikian juga makhluk adalah pelaku perbuatan
mereka secara hakikat, kerana ALLAH telah
mensabitkan bagi mereka amalan
sebagaimana firman ALLAH Ta'ala:
Maksudnya: "dan katakanlah: Ber'amALLAH nescaya
ALLAH, Rasul-Nya, dan orang-orang beriman akan melihat amalan kamu dan
kamu akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan yang
dapat disaksikan lalu Dia akan memberitakan kepada kamu apa yang kamu
telah perbuat". [Al-Taubah: 9].
Maka, makhluk yang melakukan amalan-amalan mereka
yang ikhtiari dengan kehendak dan kuasa yang ALLAH ciptakan kepada
mereka dan kuasa dan kehendak mereka terbatas kerana tertakluk di bawah
keizinan ALLAH, hanya yang ALLAH izinkan akan berlaku sesuai dengan
kehendak dan kuasa ALLAH.
Kata Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h:
Maksudnya: "dan perbuatan hamba itu adalah ciptaan ALLAH dan usaha daripada hamba".
Menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, maksud perbuatan hamba itu adalah الكسب daripada hamba:
Maksudnya: "Perbuatan yang kembali kepada Pelakunya
manfaatnya atau mudaratnya". [Syarah al-Tahawiah, Ibn Abil Izz
al-Hanafi, m.s 448, Tahqiq: Ahmad Syakir].
Maka di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah; hamba itu
memiliki perbuatan; kudrat dan iradat dan memberi kesan atas
tindakannya, namun semua ini tertakluk di bawah kehedak dan kudrat ALLAH
Ta'ala dan ianya ciptaan ALLAH bagi hamba-Nya.
Adapun di sisi al-Asya'irah, mereka tidak dapat
memberikan makna yang tepat berkenaan maksud الكسب ini sehingga
dimasukkan dalam salah satu daripada 3 perkara yang tidak masuk akal
dalam Ilmu Kalam adalah: Kasbul Asy'ari.
Hasil perbezaan dan percanggahan pendapat yang
panjang antara al-Asya'irah dalam menentukan makna al-Kasbu di sisi
mereka adalah sebagaiman kata al-Razi dalam Muhassilul Afkar (m.s 194):
"Abul Hasan al-Asy'ari berpendapat bahawa Tiada
kesan bagi kekuasaan hamba dalam perkara yang dia lakukan sama sekali
bahkan kudrat dan apa yang dilakukan itu adalah berlaku dengan kudrat
ALLAH Ta'ala".
Pendapat al-Asya'irah ini sebenarnya adalah
"menafikan sebab" kerana pada mereka kudrat manusia yang merupakan sebab
tidak memberi kesan sama sekali bahkan yang memberi kesan adalah ALLAH
sahaja, ini bermaksud pembuat yang hakiki adalah ALLAH; ini adalah
akidah Jabariah Jahmiah.
Al-Baijuri menaqal daripada al-Dasuqi katanya:
"Barangsiapa yang melihat kepada hamba dengan
pandangan hakikat maka dia akan memaafkan mereka, dan barangsiapa yang
melihat kepada mereka dengan pandangan syariat maka dia membenci mereka,
maka hamba itu "majbur" (terpaksa) dalam rupa mempunyai pilihan".
[Tuhfatul Murid, m.s 118 Tahqiq Abdullah al-Khalili]
Al-Maturidiah pula menetapkan perbuatan hamba
adalah ciptaan ALLAH dan Kasb daripada hamba, dan al-Kasb di sisi mereka
adalah kehendak hamba yang juz'ie yang tidak termasuk di bawah ciptaan
ALLAH, bahkan makhluk itu sendiri berkehendak dengan kehendaknya itu
lalu ALLAH menciptakan untuk mereka perbuatan dengan sebab kehendak itu.
[Lihat: Mauqif Ibn Taimiah min al-Asya'irah, 3/1335, Abdul Rahman
al-Mahmud].
Dalam hal ini, Al-Maturidiah lebih dekat dengan
mazhab al-Qadariah di mana mereka berpendapat makhluk mempunyai iradah
khusus yang tidak masuk di bawah takluk kehendak ALLAH Ta'ala. [Ibid].
[20]
Ini lah sebahagian daripada usul-usul Akidah
al-Asya'irah dan Al-Maturidiah yang menyalahi Akidah Ahlus Sunnah wal
Jama'ah, yang mana jika kita mendalami lebih lagi masih banyak masalah
akidah yang mereka menyelisihi Ahlus Sunnah namun cukup sekadar
perselisihan ini untuk kita membuat hukuman yang adil berkenaan
kedudukan al-Asya'irah dan al-Maturidiah di sisi Ahlus Sunnah wal
Jamaah.
namun mereka tidak mendiamkan diri daripada apa
yang para Sahabat dan Tabiin (yang mengikut para Sahabat) dengan baik
mendiamkan diri akannya". [Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/114].
Kedua: Imam al-Syafii (rh):
Kata beliau:
Maksudnya:
"Aku telah mendapati Ahli Kalam berada
atas sesuatu yang aku tidak sangka sama sekali, jika seseorang itu diuji
dengan (terjebak) ke dalam apa yang ALLAH larang semuanya kecuali
Syirik dengan ALLAH adalah lebih baik baginya daripada dia diuji dengan
(terlibat) dalam Ilmu Kalam". [Ibid, ms 115].
Ketiga: Imam Abu Hanifah (rh):
Nuh al-Jami' berkata:
Maksudnya: "Aku berkata kepada Abu Hanifah (rh):
Apakah perkataan kamu berkenaan apa yang diada-adakan oleh manusia
berkenaan Ilmu Kalam, alA'radh, dan Jisim? Maka jawab beliau: "Ini semua
perkataan-perkataan Ahli Falsafah, wajib atas kamu berpegang dengan
ayat dan jalan para Salaf dan jauhilah kamu semua jenis rekaan kerana
ianya adalah bidaah". [Ibid, m.s 116].
Keempat: Imam Abu Yusuf (rh):
Maksudnya: "Mengethaui Ilmu Kalam itu adalah suatu Kejahilan". [Ibid, m.s 116].
Ini sebahagian kecil daripada kecaman Ulama Salaf
atas Ilmu Kalam dan Ahlinya, dan tidak syak lagi kecaman ini merangkumi
Ilmu Kalam yang dibawa al-Asya'irah dan al-Maturidiah kerana Ilmu Kalam
mereka seperti yang disifatkan Imam Malik dan Abu Hanifah tidak terlepas
daripada perbincangan masalah-masalah sifat ALLAH dengan menggunakan
akal dan melebihi had yang ditetapkan syarak dan melibatkan
2. Kedudukkan Firqah al-Asya'irah dan al-Maturidiah
Setelah diketahui kedudukan Manhaj Al-Asya'irah dan
Al-Maturidiah di sisi Ulama Salaf, maka kita lihat pula kedudukan
Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah di sisi Ulama Salaf secara khusus, adakah
termasuk dalam golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah atau tidak?
Perlu difahami: Hukum ke atas sesuatu Firqah
sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah atau terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal
Jamaah adalah hukum 'aam yang tidak melazimkan ke atas setiap individu
yang terlibat dengan kumpulan ini seperti mana juga hukuman Takfir.
Telah kita jelaskan bahawa al-Asya'irah dan
al-Maturidiah mengambil akidah mereka daripada aliran al-Kullabiah, maka
dengan mengetahui kedudukan aliran al-Kullabiah sama ada termasuk Ahlus
Sunnah atau tidak sekaligus memberikan hokum atas alAsya'irah dan
al-Maturidiah.
2.1 Kedudukkan al-Kullabiah di sisi Ulama Salaf:
Al-Kullabiah muncul di zaman Imam Ahmad bin Hanbal
(rh) dan telah tsabit Imam Ahmad menghukum tokoh-tokoh Kullabiah sebagai
Ahli Bidaah di antaranya al-Haris al-Muhasibi.
Kata Abul Qasim al-Nasrabazi:
"Telah sampai (khabar) kepadaku bahawa al-Haris
al-Muhasibi bercakap berkenaan Ilmu Kalam lalu Ahmad bin Hanbal
memboikotnya sehingga dia (alHaris) bersembunyi di sebuah rumah di
Baghdad sehingga dia meninggal padanya dan tidak mensolatkan jenzahnya
kecuali empat orang sahaja .." [Tarikh Baghdad, 9/104, tahqiq Basyar
'Awad].
Demikian juga Imam Ahmad juga memulaukan dan
mentahzir Daud bin 'Ali al-Zahiri setelah sampai kepadanya khabar bahawa
Daud mengikut mazhab al-Kullabiah dalam masalah al-Qur'an dan melarang
Daud masuk ke rumahnya walaupun Daud menafikan dia beriktiqad
sedemikian. [Mizan al-I'tidal 2/15].
Kata Syeikhul Islam (rh): "Adalah Imam Ahmad
mentahzir al-Kullabiah dan memerintahkan supaya memulaukan al-Haris
al-Muhasibi kerana dia daripada mereka".[Majmuk al-Fatawa, 5/553].
Kata Imam Abu Tahir al-Silafi al-Salafi (rh) dalam Nazamnya mentahzir Ahli Bidaah:
Kedudukkan al-Asya'irah dan Al-Maturidiah di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah
1. Kedudukkan Manhaj Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah:
Berdasarkan prinsip-prinsip Al-Asya'irah dan
Al-Maturidiah yang begitu banyak bercanggah dengan Ahlus Sunnah wal
Jamaah, maka Manhaj Al-Asya'irah dan AlMaturidiah bukanlah Manhaj yang
sahih, bahkan ianya termasuk Manhaj Bidaah yang tercela.
Manhaj al-Asya'irah dan al-Maturidiah berasaskan
kepada mazhab dan manhaj Ahli Kalam dan para Ulama Salaf telah
bersepakat mencela Manhaj Ahli Kalam sebagaimana yang warid daripada
Imam-imam kaum Muslimin:
Pertama : Imam Malik bin Anas (rh):
Daripada Ashab bin Abdul Aziz bahawa Imam Malik (rh) berkata:
Maksudnya: "Hati-hatilah kamu akan Bidaah-bidaah".
Dikatakan kepada beliau: Wahai Abu Abdullah, apakah yang kamu maksudkan
dengan bidaahbidaah? Jawab beliau: "Ahli Bidaah adalah mereka yang
bercakap berkenaan Nama-nama ALLAH, sifat-sifatNya, Kalam-Nya, Ilmu-Nya,
dan Qudrat-Nya, Maksudnya: "dan pengikut Ibn Kullab adalah
Anjing-anjing atas tahqiqnya mereka itu adalah sejelek-jelek pengikut".
[Siyar, 21/35].
Imam Ibn Khuzaimah (rh), Imam di zamannya telah
masyhur pengingkaran beliau terhadap mazhab al-Kullabiah dan mentahzir
anak-anak muridnya yang terjebak dalam mazhab ini. Abu 'Ali al-Tsaqafi
salah seorang anak murid Ibn Khuzaimah bertanya kepadanya: "Wahai Ustaz,
apakah yang kamu ingkari berkenaan mazhab kami supaya kami rujuk
kembali daripadanya?"
Jawab Ibn Khuzaimah (rh): "Kecenderungan kamu
kepada mazhab al-Kullabiah sedangkan adalah Imam Ahmad bin Hanbal adalah
antara orang yang sangat keras (menentang) Abdullah bin Sa'id bin
Kullab dan atas pengikut-pengikutnya seperti al-Haris dan lainnya …"
[Siyar, 14/380].
Adalah Syeikhul Islam Abul 'Abbas al-Siraj (rh)
tidak akan bercakap dengan anakanak orang Kullabiah dan beliau
memerintahkan mereka yang hendak belajar dengannya berkata: "Aku
berlepas diri kepada ALLAH daripada al-Kullabiah" [Siyar, 14/395].
2.2 Kedudukkan al-Asya'irah dan al-Maturidiah Sendiri
Para Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah sepakat
bahawa al-Asya'irah dan alMaturidiah tidak termasuk dalam Ahlus Sunnah
wal Jamaah dan mereka mentahzir dua firqah ini.
Pendirian ini jelas daripada pendirian mereka terhadap Ilmu Kalam dan pendahulu dua firqah ini; al-Kullabiah.
Terdapat juga perkataan-perkataan Ulama Ahlus
Sunnah wal Jamaah yang langsung mentahzir aliran al-Asya'irah ini di
zaman kemunculannya seperti berikut:
Pertama: Kata Imam Abu Abdullah Muhammad bin Khuwaz Mindad r.h, seorang Ulama Mazhab Maliki menyatakan:
Maksudnya: "Ahli Hawa Nafsu (Bidaah) di sisi (Imam)
Malik dan seluruh pengikut kita (Malikiah) adalah Ahli Kalam, semua
Ahli Kalam adalah Ahli Hawa Nafsu dan Bidaah sama ada seorang Asy'ari
atau bukan Asy'ari dan tidak diterima penyaksiannya dalam Islam dan
hendaklah dia di boikot dan dihukum atas bidaahnya, jika masih
berterusan, hendaklah disuruh bertaubat daripadanya". [Jami' Bayan
al-'Ilmi wa Fadlih, Ibn Abdul Barr, 2/942].
Pernyataan ini menunjukkan di sisi Ulama Salaf
seperti Imam Malik bin Anas r.h, semua Ahli Kalam adalah Ahli Bidaah,
bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah sama ada dari aliran Asya'irah atau
lainnya.
Kedua: Al-Imam Abul Abbas bin Suraij r.h (digelar sebagai Imam al-Syafii Kedua) [w.306 H], beliau berkata:
Maksudnya: "Kami tidak berkata dengan Takwilan
Muktazilah, al-Asy'ariah, alJahmiah, al-Mulhidah, al-Mujassimah,
al-Musyabbihah, al-Karramiah, dan alKaifiah bahkan kami menerimanya
(sifat-sifat ALLAH) tanpa takwil dan kami beriman dengannya tanpa
melakukan tamtsil". [Ijtima' al-Juyush al-Islamiah, Ibn al-Qayyim, m.s
174].
Ketiga: Imam Abu Hamid al-Isfirayini al-Syafii r.h
[w.406 H], beliau adalah Syaikh Ulama Syafiiah di zaman beliau, Abul
Hasan Al-Karaji al-Syafii menyatakan:
Maksudnya: "Adalah Syaikh Abu Hamid sangat keras
mengingkari al-Baqilani (yakni Abu Bakar al-Baqilani, Ulama Besar Mazhab
al-Asya'irah –pent-) dan Ahli Kalam dan sentiasalah para Imam-imam
Al-Syafiiah itu tidak suka disandarkan kepada al-Asy'ari dan berlepas
diri daripada apa yang dia (alAsy'ari) bina atasnya mazhabnya dan
melarang pengikut mereka dan orangorang yang mereka kasihi daripada
berlegar-legar di sekitarnya". [Syarh alAqidah al-Asbahaniah, Syeikhul
Islam Ibn Taimiah, m.s 36].
Pernyataan-pernyataan ini menunjukkan bahawa
Ulama-ulama Mazhab al-Syafii rahimahumullah sentiasa mentahzir daripada
Akidah al-Asya'irah dan mereka tidak mengiktiraf beberapa pengikut
al-Asya'irah yang menyandarkan diri kepada mazhab al-Syafii dalam Feqah
seperti Abu Bakar al-Baqilani sebagai pengikut al-Syafii yang sebenar
kerana mereka ini menyalahi al-Syafii dalam Akidah.
Demikian juga beberapa Ulama telah mengarang
kitab-kitab khusus untuk membantah mazhab al-Asya'irah ini antara yang
terkenal adalah:
1. Risalah Imam Ubaidullah al-Sijzi r.h [w.444 H]
kepada Ahli Zabid menjawab persoalan masalah Suara ALLAH dan Huruf
al-Quran di mana beliau telah membantah mazhab al-Asya'irah dalam
masalah ini.
2. Risalah al-Radd 'ala al-Mubtadi'ah oleh Ibn
al-Banna al-Hanbali r.h [w.471 H] di mana beliau membantah mazhab
al-Asya'irah secara khusus dalam kitab beliau ini.
3. Al-Risalah al-Wadihah fi al-Raddi 'Alal Asya'irah oleh Ibn al-Hanbali r.h [w.536 H].
Fakta menunjukkan bahawa ajaran Asya'irah dan
Maturidiah dikekang oleh para Ulama dan tidak dapat disebarkan melainkan
secara sembunyi-sembunyi seperti mana yang dinyatakan Imam Abul Hasan
al-Karkhi al-Syafii r.h bahawa Abu Bakar alBaqilani r.h tidak dapat
keluar untuk ke tempat mandi melainkan dalam keadaan menutup wajahnya
kerana takut akan para Ulama Islam terutama Abu Hamid alIsfirayini r.h.
[Syarh al-Aqidah al-Asbahaniah, m.s 36].
Namun, ajaran al-Asya'irah ini hanya berkembang
melalui kekuasaan pemerintah dan pemaksaan ke atas rakyat oleh pihak
pemerintah sebagaimana yang berlaku di Maghrib (Maghribi) melalui
kekejaman Muhammad bin Tumart yang mendakwa dirinya Imam Maksum dan
memaksa rakyat Maghrib mengikut akidahnya yang dikarang bernama:
al-Mursyidah, dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang mengikut Manhaj Salaf
dan menghalalkan darah mereka. [rujuk kekejaman Ibn Tumart ini dalam
Siyar A'lam al-Nubala', 19/540-541].
Demikian juga perkembangan Asya'irah di Iraq adalah
melalui pemerintah dan sultan berbangsa 'ajam seperti kerajaan Zankiah
dan Ayyubiah, sedangkan Khalifah 'Abbasiah menolak ajaran Asya'irah ini
sehingga dikarang akidah al-Qadiriah oleh Khalifah al-Qadir billah
[w.422 H] untuk menetapkan Akidah Salafiah sebagai Akidah Rasmi kerajaan
Khilafah Abbasiah. [Lihat berkenaan Khalifah al-Qadir billah dalam
Tarikh al-Islam oleh al-Zahabi, 5/61 Tahqiq Basyar Awwad, Darul Gharb
dan Lihat berkaitan al-Iktiqad al-Qadiri dalam al-Muntazim fi al-Tarikh,
Ibn al-Jauzi, 15/279-282].
Namun, pada zaman Ayyubiah, mereka telah menukar
akidah dan mewajibkan rakyat Mesir mengikut mazhab al-Asya'irah di mana
Sultan Salahuddin al-Ayyubi r.h [w.598 H] telah mewajibkan
sekolah-sekolah kerajaan untuk mengikut mazhab ini. [Lihat alKhutat oleh
Imam al-Muqrizi, 4/166-167].
Cukuplah menjadi bukti bahawa al-Asya'irah dan
al-Maturidiah ini terkeluar daripada jalan Ahlus Sunnah wal Jamaah
berdasarkan kewujudannya selepas zaman Salafus Soleh kerana Rasulullah
s.a.w bersabda:
Maksudnya: "dan sesungguhnya Bani Israel telah
berpecah kepada 72 puak dan sesungguhnya umatku akan berpecah kepada 73
puak, semuanya di neraka melainkan satu puak sahaja". Ditanya kepada
baginda: "Apakah dia satu puak itu wahai Rasulullah?" Jawab baginda:
"Apa yang aku berada atasnya hari ini serta para Sahabatku".
[Al-Tarmizi, al-Hakim, al-Tabrani –Mukjam al-Kabir-, Ibn Battah
(al-Ibanah al-Kubra) dan lafaz ini di sisi Ibn Battah].
2.3 Kedudukkan Beberapa Tokoh Islam Yang Terlibat dengan Akidah Asya'irah dan Maturidiah
Beberapa Tokoh Islam yang terkenal dan banyak
sumbangan mereka dalam menegakkan Sunnah terlibat dalam mentakwilkan
beberapa Sifat ALLAH Ta'ala antaranya:
Imam al-Nawawi [w.676 H]
Al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani [w.852 H]
Namun, jika kita mengkaji akidah tokoh-tokoh ini
secara keseluruhannya, kita dapati mereka juga menyelisihi al-Asya'irah
dalam banyak perkara Usul Akidah al-Asya'irah seperti dalam masalah Iman
di mana al-Imam al-Nawawi r.h menolak pendapat Ahli Kalam bahawa Iman
tidak bertambah dan berkurang demikian juga al-Imam Ibn Hajar r.h
menolak prinisp asas Asya'irah menolak Hadis Ahad dan mendahulukan akal
atas Khabar Ahad. [Lihat: Mawaqif al-Salaf fil Aqidah wal Manhaj wat
Tarbiah, al-Maghrawi].
Kaedah dalam Manhaj Salafi dalam menghukum
seseorang itu sebagai Ahli Bidaah pula adalah; Tidak semua orang yang
melakukan Bidaah adalah Mubtadi'. Telah kita jelaskan bahawa kedudukan
al-Asya'irah terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah hukum 'am
atas manhajnya bukan atas individu-individu yang terlibat di dalamnya,
maka tidak semua mereka yang terlibat dengan Manhaj al-Asya'irah atau
al-Maturidiah dianggap sebagai Ahli Bidaah kerana hukum 'am berbeza
dengan hukum ta'yin.
Kata Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin r.h
berkenaan dua tokoh Islam ini (alNawawi & Ibn Hajar) bahawa Tidak
Benar kita menisbahkan mereka kepada mazhab al-Asya'irah hanya kerana
mereka terjebak dalam mentakwilkan Sifat-sifat ALLAH Ta'ala sedangkan
dalam banyak usul yang lain mereka menolak Manhaj al-Asya'irah, ini
seumpama jika seorang bermazhab Hanbali kemudian dalam satu dua masalah
dia menyetujui pendapat al-Syafii, maka tidak wajar kita mengatakan dia
telah menjadi Syafii bahkan dia masih seorang Hanbali walaupun dalam
beberapa masalah dia mengikut al-Syafii. [Lihat: Syarah al-Arba'in
al-Nawawi, oleh Ibn Utsaimin, Hadis ke-28].
Kita boleh melihat ketidak laziman mentakwilkan
sifat dengan al-Asya'irah pada manhaj Imam Ibn al-Jauzi [w.597 H] di
mana beliau juga terlibat dalam mentakwilkan beberapa sifat namun beliau
juga amat memusuhi al-Asya'irah dalam masalah Kalam ALLAH dan Al-Quran
di mana Ibn al-Jauzi r.h berpegang dengan akidah salafiah dalam masalah
Kalam ALLAH dan al-Qur'an.
Maka, kesimpulan yang boleh kita katakan bahawa
Imam Ibn Hajar al-'Asqalani r.h dan al-Imam al-Nawawi r.h pada mereka
berdua terdapat pengaruh al-Asya'irah namun mereka bukanlah al-Asya'irah
dengan erti kata sebenar kerana banyak lagi usul-usul akidah seperti
Khabar Ahad, Masalah Iman bertambah dan berkurang, Masalah Awal Wajib
dan lainnya, mereka menyalahi Manhaj Ahli Kalam, dan mereka berdua
mempunyai jasa yang besar dalam mempertahankan Sunnah Rasulullah s.a.w
dan kebaikan mereka yang banyak ini melebihi beberapa kesalahan mereka
yang mereka lakukan atas dasar ijtihad.
Ini berbeza dengan mereka yang mengikut
al-Asya'irah dan al-Maturidiah pada manhaj dan cabang-cabangnya serta
mendukung mazhab ini dan membelanya, maka mereka ini lah yang dihukum
sebagai Asy'ari dan setelah tegaknya hujah dihukum sebagai Ahli Bidaah
seperti Abdullah al-Harari al-Habsyi, Hasan Saqqaf, Ali Jumaah, Ahmad
Tayyib, dan sekutu-sekutu mereka.
2.4 Adakah Salafi Mengkafirkan Al-Asya'irah?
Fitnah yang selalu dicanangkan oleh musuh-musuh
Dakwah Salafiah adalah kononnya Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mereka
gelar sebagai Wahhabi mengkafitkan al-Asya'irah, namun dakwaan ini tidak
benar dan fitnah yang besar, di mana berikut fatwa daripada Lajnah
Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi (3/220):
Terjemahan:
Soalan ke-7: Apakah hukum orang yang mati atas
Tauhid al-Asy'ari sebelum sampai kepadanya (dakwah) tauhid al-Asma' was
Sifat (Manhaj Salaf) dan dia tidak pula mendengar daripada sesiapa dan
tidak memahaminya dan dia telah berikrar dengan Tauhid Rububiyah dan
Ilahiah namun tiada yang memberikannya peringatan maka dia
mengingkarinya (Tauhid al-Asma' was Sifat) adakah baginya uzur atau
tidak?
Jawapan ke-7: Urusannya dikembalikan kepada ALLAH
s.w.t; kerana al-Asya'irah BUKAN KAFIR, tetapi mereka tersalah dalam
melakukan Takwil terhadap beberapa Sifat.
Fatwa ini menjelaskan bahawa Al-Asya'irah demikian
al-Maturidiah kembarnya Asya'irah adalah masih dalam kalangan 73 firqah,
namun mereka ini menyelisihi jalan al-Salaf maka mereka bukan daripada
Kelompok yang Selamat (al-Firqah al-Najiah) namun dalam kalangan 72 yang
DIANCAM dengan nereka dan mereka ini semuanya adalah muslim dan
kedudukan mereka di akhirat diserahkan kepada ALLAH sama ada diampunkan
atau diazab namun mereka tidak akan kekal di dalam neraka kerana mereka
semuanya Mukmin. WALLAHua'lam.
PENUTUP
Akhir perbahasan berkenaan al-Asya'irah dan
al-Maturidiah ini, diharap bahas yang kecil dan tidak seberapa ini dapat
merungkai beberapa kekeliruan yang timbul berkenaan isu al-Asya'irah
dan al-Maturidiah serta konflik yang berlaku antara keduanya dengan
Dakwah Salafiah dan menjelaskan betapa pentingnya usaha Dakwah Salafiah
digencarkan untuk memperbetulkan Akidah Umat.
Risalah kecil ini juga diharap dapat memberikan
jawapan kepada mereka yang meremeh-remehkan isu al-Asya'irah dan
al-Maturidiah dan mengajak Umat bersatu dengan memejam mata akan masalah
ini kerana jenayah yang paling besar adalah jenayah dalam Akidah, maka
tidak wajar isu ini dianggap enteng oleh mereka yang mengaku bersandar
kepada Dakwah Salafiah yang mulia.
Daftar Isi :
AL-ASYA'IRAH & AL-MATURIDIAH 1
Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri 1
(B.A Aqidah & Dakwah, Uni. Islam Madinah) 1
PENDAHULUAN 2
PENGENALAN TERHADAP AL-ASYA'IRAH & AL-MATURIDIAH 4
Abul Hasan al-Asy'ari: 5
Abu Mansur al-Maturidi: 9
Peringkat-peringkat Perkembangan Al-Asya'irah & al-Maturidiah 12
Peringkat-peringkat Al-Asya'irah: 12
1- Kullabiah: 12
2- Al-Jahmiah: 15
3- Al-Tafwid 16
4- Al-Sufiah 16
Perkembangan al-Maturidiah 20
Marhalah Tasawuf dan Keruntuhan Tauhid al-Uluhiyah di sisi Al-Maturidiah: 22
Bahagian-bahagian al-Asya'irah dan al-Maturidiah 24
Kitab-kitab Sandaran: 26
Perbandingan Antara Mazhab Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah 27
Manhaj Al-Asya'irah & Al-Maturidiah Dalam Aqidah: 28
Pertama: Manhaj Talaqqi 28
1. Mendahulukan Akal atas Naqal 28
2. Nas-nas Wahyu Tidak memberikan Faedah Yakin dan Ilmu 34
2. Jenis-jenis Tauhid 41
4. Al-Asma' was Sifat 49
4.1. Manhaj Al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam Menetapkan Nama dan Sifat ALLAH 50
4.2 Pendirian al-Asya'irah dan al-Maturidiah terhadap Sifat-sifat ALLAH alKhabariah 57
4.3 Sifat Kalam ALLAH 62
Masalah Iman 67
Masalah al-Qada' dan al-Qadar: Perbuatan Hamba 69
2. Kedudukan Firqah al-Asya'irah dan al-Maturidiah 75
2.1 Kedudukan al-Kullabiah di sisi Ulama Salaf: 75
Kedudukan al-Asya'rah dan Al-Maturidiah di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah 77
1.Kedudukan Manhaj Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah: 77
Pertama: Imam Malik bin Anas (rh): 77
2.2 Kedudukan al-Asya'irah dan al-Maturidiah Sendiri 79
2.3 Kedudukan Beberapa Tokoh Islam Yang Terlibat dengan Akidah Asya'irah & Maturidiah 84
2.4 Adakah Salafi Mengkafirkan Al-Asya'irah? 87
PENUTUP 89
Catatan:
[1]
Yakni Adakah wajib atas ALLAH menciptakan Yang Baik dan Terbaik?
[2]
Yakni: Menafikan Sifat-sifat Af'al (perbuatan) yang berkait dengan
kehendak dan kekuasaan ALLAH. Maka menurut mereka ALLAH Turun tanpa
kehendak dan kudrat, ALLAH berkata-kata tanpa kehendak dan kuasa dan
seterusnya.
[3]
Menafikan Sifat
[4]
Untuk Kajian lebih terhadap Tasawuf al-Ghazali, sila rujuk kajian kami di http://bahayasufi.blogspot.com
[5]
Matan Ummul Barahin merupakan asas kepada akidah al-Asya'irah
Mutaakhirin di Alam Melayu di mana matan ini antara yang pertama
menetapkan bagi ALLAH 20 Sifat wajib, hasil pentarjihan antara mazhab
al-Asya'irah dan al-Maturidiah.
[6]
Al-Maturidiah juga mentaqrirkan kaedah yang sama dengan al-Asya'irah. Rujuk Akidah mereka dalam:
*al-Musamarah fi Syarhil Musayarah, m.s 31 Usuluddin lil Bazdawi, m.s 23
[7]
Muhammad bin Sirin, Tabiin wafat pada 110 H. Imam Hujjah
[8]
Bagi menjelaskan syubhat-syubhat mereka dlm masalah ini, menjadi keutamaan untuk merujuk:1- Syarah Akidah al-Tahawiah oleh Ibn Abil Izz al-Hanafi, Bab Rukyah (Melihat ALLAH)
2- Al-Sawa'iq al-Mursalah oleh Ibn al-Qayyim juz ke-3 Fasal ke-24, Thaghut ke-2
[9]
Lihat Mazhab mereka dalam: al-Mawaqif oleh al-Ieji, juz 1 m.s 165-166, al-Maqsad ke-7
[10]
Ini adalah Qaul Abu Hamid al-Ghazali dalam Mizanul 'Amal: "memandangkan
syak-syak yang menyampaikan kepada kebenaran maka barangsiapa yang tidak
syak dia tidak akan mengkaji".
[11]
Rujuk: Kajian berkenaan Tawassul dan Tabaruk yang disediankan oleh Ustaz Fathan Adi
[12]
Rujuk Kajian Berkenaan Tauhid al-Asma' was Sifat yang disediakan Ustaz Abdul Aziz Abbas
[13]
Lihat: Syarah al-Baijuri atas Jauhirah al-Tauhid, m.s 156-159, Tahqiq:
Ali Jum'ah, Dar Al-Salam & Syarah al-Ghaznawi atas al-Tahwiah, m.s
83-84 & Lihat juga: Bahrul Kalam oleh Maimun al-Nasafi.
[14]
Lihat perbahasan lanjut masalah Tafwid ini: Kitab Syeikh Ahmad al-Qadi;
Mazhab Ahli Tafwid dan Artikel kami di: http://mashoori.wordpress.com
serta Kitab: al-Ihtijaj bil Atsar al-Salafiah 'ala Isbat alSifat
Al-Ilahiah, 'Adil Al Hamdan.
[15]
Al-Asya'irah menggunakan kalimah 'Ibarat sedangkan Al-Kullabiah
menggunakan kalimah Hikayat dan kedua-duanya dengan maksud yang sama
iaitu: Al-Quran yang ada dalam mushaf adalah Kalam ALLAH yg majazi
makhluk.
[16]
Rujuk: Syarh al-Baijuri atas Jauhirah al-Tauhid, m.s 129-131, Dar
al-Salam, Al-Musamarah Syarh alMusayarah m.s 69 – 84, Syarah al-Tahawiah
oleh Al-Ghaznawi, m.s 74-77.
[17]
Lihat perkataan Imam al-Zahabi r.h yang telah disebutkan pada perbahasan berkenaan al-Kullabiah
[18]
Dimaksudkan dengan Lafaz di sini adalah: al-Malfuz iaitu huruf-huruf
al-Quran itu sendiri bukan Makhluk, adapun al-Talaffuz iaitu perbuatan
Qari melafazkan al-Quran maka ianya makhluk.
[19]
Beberapa karangan Khusus telah ditulis Ulama Salaf untuk membantah
Al-Asya'irah dan alMaturidiah dalam masalah Lafaz al-Qur'an ini dan
Ulama menamakan mereka sebagai Al-Lafziah. Antara karangan itu adalah:
1- Risalah Al-Sajazi Ila Ahli Zabid, Imam Al-Sajazi
2- Juz Fi Zikri I'tiqad al-Salaf, Imam Al-Nawawi,
alRisalah al-Wadihah, Ibn al-Hanbali, Al-Tis'iniyyah oleh Syeikhul
Islam Ibn Taimiah, dan Risalah fil Istiwa' wal Fauqiah, oleh Muhammad
al-Juwaini (Ayah Imam al-Haramain).
[20]
Namun, al-Maturidiah bersetuju dengan Ahlus Sunah wal Jamaah dalam
menetapkan bagi hamba ada qudrat yg memberi kesan dan Iradat ALLAH
terbahagi kepada 1- Kauni Qadari dan 2- Dinie Syar'ie.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar