AL-SALAMU'ALAI-KA YA BAQIYYATA ILAHI
AL-SALAAMU'ALAI-KA YA BAQIYYATA ILAHI
Hadis bagai mana memberi salam kepada imam zaman dengan salah satu daripada gelarannya.
(652)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad berkata :
Ishaq bin Ibrahim al-Dinuari telah memberitahu kepadaku daripada Umar bin Zahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata : Seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang al-Qaim dan memberi salam kepadanya dengan “Amir al-Mukminin”? Beliau telah berkata : Tidak, itu adalah nama yang telah diberikan oleh Allah kepada Amir al-Mukminin a.s. tidak ada seorang pun telah dinamakan dengannya sebelumnya dan selepasnya melainkan oleh orang kafir. Aku telah berkata : Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana diberi salam kepadanya? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata : Al-Salamu‘alai-ka ya Baqiyyata llahi [1], kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya : “Baqiyyatu llah adalah lebih baik bagimu jika kamu beriman” [2]
Catatan Kaki :
[1] 86. Sisa (keuntungan) dari Allah[734] adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu"
[2] [734]. Yang dimaksud dengan sisa keuntungan dari Allah ialah keuntungan yang halal dalam perdagangan sesudah mencukupkan takaran dan timbangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar