Pengantar Penterjemah
Bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya kami
dapat juga menyelesaikan penterjemahan buku Mengapa Aku Memilih Ahlul
Bayt AS? karangan Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin an-Antaki, seorang bekas
Qadhi Besar Mazhab Syafi'i di Halab, Syria, meskipun menghadapi
beberapa kesulitan. Dengan ini ianya akan memberi pendedahan secara
akademik terhadap permasalahan yang dipertikaikan di antara Sunnah dan
Syi'ah berdasarkan buku-buku Ahlus Sunnah sendiri. Apatah lagi di
akhir-akhir ini, lebih 20 buah buku yang bersifat anti Syi'ah telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Buku-buku tersebut telah ditulis
oleh musuh-musuh Syi'ah terutamanya dari kalangan Wahabi yang menyamar
sebagai Ahlus Sunnah.
Buku-buku tersebut telah meracuni fikiran orang
ramai dan sebahagian para ulama yang tidak luas wawasan dan pemikiran
dengan mengkafirkan Syi'ah secara umum kerana mencaci para sahabat,
Syi'ah mempunyai al-Qur'an yang lain?, ketiga-ketiga khalifah telah
merampas jawatan khalifah daripada Ali AS dan lain-lain.
Sebenarnya "aqidah" bahawa para sahabat yang
meyalahi perintah Allah dan RasulNya dengan melakukan pencurian,
perzinaan, peminuman arak, perjudian, penipuan, pembohongan, pengamalan
rasuah dan pencacian terhadap Nabi dan lain-lainnya, sebagai adil,
thiqah boleh dipercayai dan menjadi contoh, adalah "aqidah" yang
bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah RasulNya. Oleh itu Allah dan
RasulNya menolaknya, para sahabat sendiri menolaknya; al-Bukhari dan
Muslim menolaknya. Kerana mereka berdua telah mencatat keburukan
sebahagian para sahabat di samping kebaikan mereka di dalam Sahih-sahih
mereka.
Tetapi kita Ahlus Sunnah kurang mengetahuinya. Dan
apabila dikemukakan kepada kita catatan tersebut, kita menakwilkannya
atau menolaknya kerana aqidah "keadilan atau kekebalan para sahabat di
sisi hukum Allah dan Sunnah RasulNya" dengan alasan ijtihad telah
menular di dalam pemikiran kita.
Justeru itu al-Bukhari dan Muslim umpamanya, telah
mencatat para sahabat yang menyalahi perintah Allah dan RasulNya. Malah
mereka juga mencatat para sahabat yang mencaci Nabi SAWAW. Tetapi jika
difahami bahawa catatan mereka itu sebagai perbandingan di antara Sunnah
Rasul dan Sunnah sahabat dan bukan sebagai cacian terhadap sahabat,
maka ianya juga mesti dilakukan terhadap Syi'ah. Justeru itu Syi'ah
tidak mencacu sahabat sebaliknya menerangkan hakikat sesuatu berdasarkan
nas. Justeru itu penyelesaian mengenai sahabat boleh dilakukan secara
akademik yang berteraskan nas. Tetapi kita Ahlus Sunnah tidak ingin
menyelesaikannya kerana kita menyedari bahawa setiap kajian yang
dilakukannya, akan mendedahkan percanggahan "aqidah" kita mengenai
sahabat umpamanya dengan hakikat sebenar. Bagi menutup hakikat ini,
sebahagian kita meneruskan propaganda "Syi'ah mencaci sahabat". Dengan
ini mereka dapat menyemarakkan sentimen dan kemarahan orang ramai serta
pihak penguasa supaya membenci dan menentang Syi'ah dengan pelbagai
cara.
Mereka tidak lagi menghormati ilmu. Oleh itu adakah
sentimen dan kemarahan yang berasaskan "aqidah" yang bertentangan
dengan al-Qur'an itu patut dilayani atau pemikiran yang berasaskan
keilmuan menurut al-Qur'an itu harus ditentangi? Adakah sama orang yang
mengkaji dengan fikiran yang terbuka dengan orang yang tidak mahu
mengkaji dengan fikiran asabiyahnya? Lantaran itu sebahagian kita terus
memandang Syi'ah Ja'fariyyan sebagai kafir atau sesat dan ianya disokong
pula oleh sebahagian pegawai-pegawai agama. Sepatutnya kita memandang
orang Islam bersaudara serta memberi hak yang sewajarnya.
Apatah lagi Rektor-rektor Universiti al-Azhar
seperti Syaikh Syaltut, Salim al-Busyra, Muhammad al-Fahham, dan Abdul
Halim Mahmud telah memberi fatwa-fatwa mereka yang masyhur tentang
sahnya berpegang kepada mazhab Syi'ah Imamiah Imam 12 atau dikenali
dengan mazhab Ja'fari. Perhatikanlah sebagai contoh, hak-hak yang
diberikan oleh saudara-saudara kita Syi'ah kepada mazhab Ahlus Sunnah
kita dan lain-lain sekalipun banyak hukum-hukum dan aqidah-aqidah di
dalam mazhab-mazhab tersebut menyalahi nas.
Perkara 12 di dalam Perlembagaan Republik Islam
Iran menyatakan: "Ugama rasmi bagi Republik Islam Iran ialah Islam dan
mazhab Ja'fari Imam 12. Adapun mazhab-mazhab Islam yang lain yang
terdiri dari mazhab Hanafi, Syafi'i, Maliki, Hanbali dan Zaidi semuanya
menikmati kehormatan sempurna. Dan pengikut-pengikut mazhab-mazhab
tersebut pula bebas mengerjakan upacara-upacara keislaman mereka menurut
fiqh mereka.
Malah mazhab-mazhab tersebut diambil kira secara
rasmi di dalam pengajaran, pendidikan Islam, undang-undang keluarga
(perkahwinan, talak, pusaka, dan wasiat) dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan penghakiman. Dan setiap kawasan pengikut-pengikut salah
satu dari mazhab-mazhab tersebut menikmati suara majoriti. Kerana
hukum-hukum tempatan bagi kawasan tersebut menurut kemuslihatan
majlis-majlis syura tempatan adalah sejajar dengan mazhab tersebut. Di
samping menjaga hak-hak pengikut-pengikut mazhab-mazhab lain." Ini
menunjukkan kemampuan mazhab Ja'fari menjadi induk kepada mazhab-mazhab
lain kerana tradisi ilmu dan aliran pemikiran mazhab-mazhab lain
dihormati oleh para ulama mereka, dengan memberi kebebasan yang
sewajarnya.
Kita belum dapati di dalam dunia Sunni kita sebuah
negara yang mengamalkan sistem satu mazhab, memberi kebebasan kepada
mazhab-mazhab (Sunni) yang lain di dalam pelajaran, nikah kahwin, talak,
undang-undang keluarga dan lain-lain sebagaimana telah diberikan oleh
mazhab Ja'fari di Iran. Ini disebabkan oleh kesempitan pemikiran
kebanyakan para ulama kita apatah lagi mereka terlalu fanatik kepada
mazhab yang dianuti tanpa kajian yang jujur dan mendalam meskipun
terhadap mazhab sunni yang lain.
Lantaran buku ini akan menerangkan hakikat sebenar
secara akademik dan ianya sebagai perbandingan di antara buku-buku
karangan musuh-musuh Syi'ah dan buku-buku karangan Syi'ah sendiri. Dan
iannya juga ditulis berdasarkan pengalamannya, di samping hujah-hujah
dari al-Qur'an, Sunnah dan Sejarah.
Rujukan-rujukan utamanya adalah diambil dari
buku-buku Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Oleh itu sekiranya para ulama Ahlus
Sunnah kita berbohong di dalam catatan mereka mengenai keburukan
sebahagian sahabat atau sahabat menyalahi nas, maka merekalah yang
berdosa, dan mereka pula tidak boleh dipercayai lagi. Dan sekiranya apa
yang dicatatkan oleh mereka itu benar, kenapa kita tidak mahu menerima
hakikatnya? Dan kenapa cacian dan kemarahan pula ditujukan kepada
Syi'ah? Semoga saudara-saudara kita Ahlus Sunnah dan saudara-saudara
kita yang bermazhab Wahabi yang bermusuhan dengan Syi'ah membaca buku
ini sehingga selesai kemudian membuat penilaian yang adil. Dan kepada
mereka kita ingin mengungkapkan kata-kata khalifah Ali AS: "Manusia
menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya."
Baqir al-Sadr RH berkata:"Sekiranya saudara-saudara
kami Ahlus Sunnah membaca buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat
dengan kami dan perselisihan dapat diselesaikan semenjak awal lagi." Dan
kami berkata:"Apa salahnya tahu, kerana kalian bukan semestinya beramal
dengan apa yang kalian tahu." Oleh itu tujuan penterjemahan buku ini
adalah untuk akademik yang tinggi bagi mencapai matlamat wawasan 2020
dan ianya bukanlah untuk kita bertukar mazhab kerana apa yang penting
ialah mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW dengan hakikat yang
sebenarnya.
Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa
bahasa utama di Eropah dan telah dibaca oleh berbagai lapisan
masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Semoga ianya akan memperluaskan
wawasan pemikiran Islam di Nusantara berdasarkan keilmuan yang tinggi.
Akhir sekali, kami bertawakkal kepada Allah yang Maha Perkasa dan Maha
Adil di dalam segala-galanya
Penghargaan
Pertamakali aku menghadiahkan buku ini kepada Sahib
al-Risalah dan penamat para Rasul Sayyidina Muhammad SAWAW. Kedua,
kepada Sahib al-Wilayah dan khalifah selepas Rasul, Ali Amiru l-Mu'minin
AS. Ketiga, kepada para imam yang suci daripada keluarganya.
Keempat, kepada pengganti-pengganti mereka yang
terdiri daripada ulama mujtahidin. Kelima, kepada setiap orang yang
insaf dn peka terhadap mazhab dan ugama supaya mengkajinya dengan teliti
dan membebaskan dirinya dari 'asabiyah.
Akhir sekali aku mengharap pahala yang sewajarnya
dari Allah SWT dan mematikanku di atas Wila' Ali Amiru l-Mu'minin dan
Ahlu l-Baitnya yang suci. Semoga Dia menjadikan buku ini sebagai bekalan
pada hari keperluanku iaitu di hari yang tidak ada guna harta kekayaan
dan anak-anak melainkan orang-orang yang datang kepadaNya dengan hati
yang sejahtera.
Oleh: Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki
Bekas Qadhi Besar Mazhab Sayfi'i
Halab, Syria.
Pengantar
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Pencipta
segala makhluk. Pengutus para Rasul kepada makhlukNya bagi memberi
petunjuk kepada mereka supaya mereka mengenali Pencipta mereka serta
beramal dengan syariatNya.
Dia melantik para Wasi bagi mengukuhkan syariatNya.
Salawat dan salam ke atas Muhammad dan itrahnya yang suci dan keridhaan
ke atas sahabatnya yang terpilih.
Wahai Tuhanku! Laknati musuh-musuh RasulMu dan
musuh-musuh Ahlul Baitnya yang suci. Seksalah mereka dengan neraka
jahannam. Dan ambillah (nyawa) mereka dengan pengambilan yang keras. Wa
ba'd: Sesungguhnya Allah SWT telah memberi hidayah kepada kami dan
"mentakdirkan" kami memilih mazhab yang benar iaitu mazhab Ahlul Bait
AS. Mazhab cucu RasulNya Imam Ja'far bin Muhammad al-Sadiq AS. Dari
beliaulah datangnya mazhab yang empat. Justeru itu ia adalah asal,
sementara mazhab empat merupakan cabang. Kerana Abu Hanifah Nu'man bin
Thabit adalah orang yang pertama mengambil (ilmu) daripada Ja'far bin
Muhammad al-Sadiq AS.
Abu Hanifah berkata: Jikalau tidak ada dua tahun
(sanatani) nescaya binasalah al-Nu'man. Maksudnya dia menghadiri kuliah
Imam Ja'far al-Sadiq selama dua tahun dan mengambil ilmunya.
Kemudian Malik mengambil (ilmu) daripada buku-buku
Abu Hanifah. Syafi'i mengambil (ilmu) daripada Malik dan mengkaji apa
yang diambil oleh Malik daripada buku-buku Abu Hanifah daripada Ja'far
al-Sadiq AS. Begitu juga halnya dengan Ahmad bin Hanbal.
Lantaran itu semua mazhab empat adalah cabang
kepada Imam Ja'far al-Sadiq AS. Semua buku rujukan sejarah Sunnah dan
Syi'ah bersepakat mengenainya. Justeru itu apa yang didapati di dalam
buku-buku mazhab empat yang sejajar dengan mazhab Ja'fari, adalah
daripada Ja'far bin Muhammad AS. Dan apa yang menyalahinya adalah
daripada ijtihad mereka sendiri.
Apabil kami berpegang kepada mazhab yang mulia ini
dan mengisytiharkannya kepada orang ramai, berlakulah "malapetaka" yang
besar keatas kami sebagaimana aku menerangkan nya nanti.
Berbagai golongan di seluruh meminta supaya
menerangkan sebab-sebab yang mendorongkan kami berpegang kepada mazhab
Ahlu l-Bait AS berserta latar belakang kami.
Lalu kami menyahuti permintaaa mereka dengan
mengarang buku ini meskipun kami telah mengarang sebelum dan selepas
berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS beberapa buah karangan. Ada yang
panjang dan ada yang pendek. Ada yang telah dicetak dan ada yang belum
dicetak.
Ianya tersebar dengan pesat di seluruh negara-negara Islam.
Kami telah memperkuatkan hujah-hujah kami tanpa meninggikan diri. Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki.
BAB SATU: SEJARAH RINGKAS HIDUPKU
Aku dilahirkan pada tahun 1344H/1894M di kampung
Unsu di Wilayah Antakiyah. Sebuah kampung yang cantik, udaranya nyaman
dipenuhi oleh bermacam-macam tumbuhan seperti zaitun, anggur dan
lain-lain. Di sana terdapat seorang Syaikh yang mengajar membaca dan
menulis al-Qur'an kepada kanak-kanak. Bapaku meletakkanku di sisinya
supaya aku belajar membaca dan menulis al-Qur'an. Selepas aku selesai
membaca dan menulis, bapaku mengambilku supaya aku menolong sebahagian
daripada kerja-kerjanya.
Apabila umurku meningkat remaja, aku mulai
mencintai ilmu pengetahun dan para ulama. Lantaran itu apabila aku
melihat sahaja seorang ulama, aku dengan segera melakukan khidmatku
kepadanya menurut kemampuanku.
Kemudian terbenam dihatiku perasaan cinta kepada
ilmu dan ianya makin memuncak. Pada masa itu seorang syaikh bernama
Syaikh Rajab adalah seorang alim tinggal berhampiran dengan kampung
kami. Maka di sanalah aku dan saudaraku Ahmad belajar darinya hampir
tiga tahun. Kemudian kami berpindah ke bandar Antakiyyah dan kami
memasuki madrasah melalui Syaikh Nazif. Kami belajar darinya dan bapanya
Syaikh Ahmad Afandi al-Tawil hampir tujuh tahun. Pada masa itu juga
datang seorang alim yang dihormati bernama Syaikh Muhammad Sa'id
al-'Urfiyy dari daerah Dair al-Zur. Dia telah dibuang daerah oleh pihak
kerajaan Perancis sepanjang penjajahan negara Syria selepas tamatnya
peperangan dunia yang pertama pada tahun 1919M. Kami sempat belajar
darinya semasa dia berada di Antakiyyah.
Di Universiti al-Azhar
Kemudian aku sampai juga di Mesir sekalipun
saudaraku Ahmad telah sampai lebih awal daripadaku. Hampir sebulan kami
belajar di Universiti al-Azhar, Syaikh Sai;d al-'Urfiyy pun datang. Dan
kedatangannya ke Mesir banyak memberi faedah kepada kami. Dan di
Universiti al-Azharlah kami menuntut berbagai-bagai ilmu pengetahun
daripada Syaikh -syaikh al-Azhar yang termasyhur.
Guru-guruku di Universiti al-Azhar
1. al-Allamah al-Akbar Syaikh Mustafa al-Maraghi, Rektor Universiti al-Azhar dan Ketua Majlis Islam.
2. al-Allamah al-Kabir Syaikh Muhammad Abu Taha al-Mihniyy.
3. al-Allamah al-Kabir Syaikh Rahim dan syaikh-syaikh al-Azhar yang lain.
Pencapaian Ijazah dari Universiti al-Azhar
Manakalah kami tamat belajar, kami telah
memperolehi beberapa ijazah yang tinggi dari Universiti al-Azhar. Dan
apabila kami ingin pulang ke tanah air, beberapa orang yang terkemuka di
Mesir meminta supaya kami menjadi Pensyarah di Universiti al-Azhar.
Tetapi disebabkan negara kami lebih memerlukan kami apatah lagi Mesir
sebuah negara ilmu yang mempunyai para ulama yang masyhur, tidak begitu
memerlukan kami sedangkan negara kami hampir tidak mempunyai ulama yang
berwibawa di dalam ilmu Fiqh, Tafsir dan Hadith.
Kembalinya kami ke tanah air
Kami kembali ke negara kami dan bertugas sebagai
imam sembahyang jama'ah dan juma'at, mengajar, memberi fatwa dan
syarahan selama lima belas tahun.
Perselisihan di kalangan mazhab empat
Selama lima belas tahun kami mengkaji tentang
perselisihan (Khilaff) di kalangan empat mazhab. Aku dan saudaraku Ahmad
merasai suatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku di
dalam satu masalah di dalam mazhab yang sama. Lebih-lebih lagi
perselisihan yang berlaku di antara satu mazhab dengan tiga mazhab yang
lain. Sehingga kami dapati satu mazhab menghalalkan satu masalah
sementara mazhab yang lain pula mengharamkannya. Begitu juga satu mazhab
mengatakan ianya makruh sementara mazhab yang lain pula mengatakan
ianya sunnat. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh Syafi'i berpendapat
bahawa menyentuhi perempuan ajnabi membatalkan wudhuk sementara Hanafi
berpendapat ianya tidak membatalkan wudhuk.
Malik pula berpendapat bahawa sentuhan jika dengan
syahwat atau sengaja membatalkan wudhuk. Jika tidak maka ia tidak
membatalkan wudhuk.
Syafi'i mengharuskan seseorang mengahwini anak
perempuan zinanya, sementara Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal
mengharamkannya.
Hanafi berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar
dari tubuh badan adalah membatalkan wudhuk. Sementara yang tiga lagi
berpendapat bahawa ianya tidak membatalkannya.
Hanafi berpendapat bahawa wudhuk harus dilakukan
dengan Nabidh (air kurma umpamanya) dan susu yang bercampur dengan air.
Sementara tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Malik berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ianya tidak harus.
Syafi'i berpendapat bahawa memakan daging serigala
(Tha'lab), daging musang (dhab') dan daging belut (jar'y) adalah harus.
Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa memakannya adalah haram.
Syafi'i berpendapat bahawa landak (qunfuz) adalah
halal sementara yang tiga lagi berpendapat ianya haram. Dan banyak lagi
perselisihan-perselisihan yang berlaku di kalangan mereka bermula dari
bab fiqh hinggalah ke akhirnya.
Subhanallah! Adakah syariat Islam itu tidak lengkap
sehingga mereka melengkapinya dengan perselisihan di kalangan mereka?
Satu mazhab menghalalkannya, dan satu lagi mengharamkannya. Sementara
yang lain pula mengharuskannya dan yang lain pula berpendapat
sebaliknya.
Perhatikanlah bagaimana Syafi'i telah menyusun
mazhabnya yang lama (Qadim) dan menyebarkannnya di kalangan kaum
Muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman, dan Syria. Kemudian dia berpindah ke
Mesir kerana sebab-sebab tertentu. Di sana dia bergaul dengan orang
Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia berpindah dari
mazhabnya yang lama dengan menyusun mazhabnya yang dia menamakannya
dengan mazhab jadid (baru). Sehingga beberapa masalah sahaja tinggal
pada mazhabnya yang pertama.
Aku berkata: Sekiranya mazhab pertamanya betul
kenapa dia mencipta mazhab yang kedua dan sebaliknya. Begitu juga kita
perhatikan Abu Hanifah memberi pendapatnya di dalam satu-satu masalah,
murid-muridnya, Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar menyalahinya. Kadangkala
seorang daripada mereka sependapat dengannya. Sementara dua lagi
menyalahinya. Atau ketiga-tiga menyalahinya atau bersetuju dengannya.
Begitu juga Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku di kalangan
mereka dalam semua masalah dan ia tentu sekali membuatkan kita berada
di dalam keraguan.
Fahaman Wahabi1
Kami mendengar daripada orang Wahabi bahawa mereka melaksanakan hukum hudud dan hukum-hukum syarak yang lain dengan sepenuhnya.
Akhirnya kami berpindah ke Hijaz dan bersahabat
dengan mereka beberapa kali. Tetapi sayangnya kami dapati berita-berita
yang telah sampai kepada kami dahulu dari Hijaz adalah bertentangan
dengan hakikat sebenar. Kerana Wahabi adalah lebih membahayakan Islam
daripada yang lain. Mereka telah mengkaburkan imej Islam dengan
perbuatan-perbuatan dan fatwa-fatwa ulama mereka serta layanan mereka
yang jahat terhadap itrah tahirah dengan merosakkan makam-makam mereka.
Malah mereka telah mencuba untuk merosakkan makam Nabi yang suci SAWAW.
Tetapi ianya ditentang oleh kebanyakan Mukminin di Timur dan di Barat.
Justeru itu mereka tidak melaksanakannya kerana takut fitnah dan
pemberontakan. Perhatikanlah fatwa-fatwa mereka yang pelik. Wahabi
berkata:
"Apabila seorang haj atau seorang meletakkan
tangannya di atas kubur, maka dia adalah musyrik (Dia dihampiri oleh
seoran gpolis Saudi seraya berkata: Angkatlah tangan anda wahai
musyrik). Dan apabila seorang memegang kubur atau mengucupnya, atau
mengambil berkat dengannya, maka dia adalah seorang musyrik (polis akan
memukulnya dan menengkingnya sambil berkata kepadanya: Jangan anda
melakukannya wahai musyrik).
Demikianlah di antara fikiran-fikiran cetek yang
tidak sejajar dengan syariat Islam yang mulia malah ianya mentertawakan.
Di dalam khutbah-khutbah, mereka mengkeji amalan suci tersebut dengan
perkataan: Wahai musyrik, wahai kafir, itu adalah pada peringkat pertama
jika tidak, darahnya halal dan ia wajib dibunuh sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Wahabi di Hijaz, di Iraq, dan lain-lain. Apakah pendapat
kalian wahai kaum Muslimin di Timur dan di Barat tentang mazhab kotor
yang baru direka yang menentang Islam hakiki dan Muslimin selain
daripada mereka? Maka kepada Engkaulah wahai Tuhan rayuan kami terhadap
mereka.
Ringkasnya, apabila kami telah melihat
perlakuan-perlakuan mereka, maka kamipun kembali ke negara kami. Dan
meneruskan kerja kami dahulu. Maka berpanjanganlah keadaan kami sehingga
bila wahai Tuhanku?
Disebabkan kami sentiasa di dalam keadaan syak
kepada apa yang kami lihat tentang perselisihan-perselisihan yang
berlaku di kalangan mazhab empat bersama mereka sendiri. Kemungkinan ia
adalah di antara sebab-sebab yang membawa kepada terjalinnya hubungan
kami dengan golongan Syi'ah.
Siapakah Syi'ah?
Mereka itulah golongan yang benar dan yang terpilih
daripada makhluk Allah. Golongan yang berjaya yang berpegang kepada
wila' Allah, RasulNya dan para imam yang suci daripada Ahlu l-Baitnya
SAWAW. Mereka mengetahui hak para imam mereka dengan sebenar-benarnya;
mengetahui orang yang memusuhi mereka. Lalu memberikan setiap mereka hak
mereka pula. Mereka menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu dan
tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya.
Mereka beriman dengan risalah Nabi yang teragong Muhammad bin 'Abdullah SAWAW. Mereka beriman dengan:
1. Imam Amiru l-Mukminin Abu l-Hasan Ali bin Abi Talib, al-Murtadha. (Lahir 23 tahun sebelum Hijrah, wafat 40H./601-661M)
2. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Mujtaba (3-50H/625-670M)
3. Abu 'Abdullah Husain bin Ali, Saiyyidu sy-Syuhada' (4-61H/626-680M).
4. Abu l-Hasan 'Ali bin Husain, Zaina l-'Abidin (38-95H/658-713M)
5. Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali, al-Baqir (57-114H/478-732M)
6. Abu 'Abdillah J'afar bin Muhammad, al-Sadiq (83-148H/702-765M)
7. Abu l-Hasan Musa bin Ja'far, al-Kazim (128-183H/745-799M)
8. Abu l-Hasan 'Ali bin Musa, al-Ridha (148-203H/732-818M)
9. Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali, al-Taqiyy al-Jawad (195-220H/810-835M)
10. Abu l-Hasan 'Ali bin Muhammad, al-Hadi al-Naqiyy (212-254H/827-868M)
11. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Zakiyy al-'Askari (232-260H/846-870M)
12. Abu l-Qasim Muhammad bin Hasan, al-Mahdi al-Muntazar (256H/870M)
Syi'ah mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
khums, mengerjakan haji, berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa
mereka sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak
takut kerana Allah (di atas) celaan orang yang mencela. Menyuruh perkara
baik dan menegah kemungkaran. Bersegera kepada kebaikan, melakukan
kewajipan dan menegah segala yang diharamkan.
Syi'ah adalah golongan yang berjaya
Sebab kejayaan golongan ini di samping apa yang
telah disebutkan, ialah keistimewaannya daripada semua golongan Islam
sebagaimana sabda Nabi SAWAW yang bermaksud:"Umatku akan berpecah kepada
73 golongan semuanya ke neraka melainkan satu golongan sahaja."
Kita dapati bahawa umat Islam semuanya mengucap:
La-illaha illa lah Muhammadun Rasulullah. Sekiranya kita berkata:
Semuanya berjaya, nescaya kita membohongi hadith ini. Dan jika kita
berkata: Semuanya binasa, nescaya kita membohongi hadith tersebut.
Lantaran itu golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada
Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Dan dalil kejayaannya ialah wujudnya
dalil-dalil daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWAW dikedua-dua pihak
Sunnah dan Syi'ah.
Lantaran itu golongan yang berjaya mesti mempunyai
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh semua golongan iaitu al-Wila'
(mewalikan Ahlu l-Bait AS) dan al-Bara' (membersihkan diri dari musuh
Ahlu l-Bait AS). Mereka juga percaya kemaksuman para imam mereka.
Dengan nama Tuhan wahai pembaca yang insaf, mulia
dan mukmin. Adakah dikatakan kepada orang seperti itu kafir, musyrik,
murtad dan halal darah mereka? Dikaitkan kepada mereka dengan segala
tohmahan yang penuh dengan kebatilan,pembohongan yang diciptakan dan
kata-kata yang bohong dan keji sebagaimana yang telah dilakukan oleh Ibn
Taimiyyah, Ibn Hajr al-Haithami, al-Qusaimi, al-Hafnawi, Musa Jarullah,
Ahmad Amin, al-Jabhani dan lain-lain.
Begitu juga dengan Syaikh Nuh yang telah memberi
fatwa kekafiran Syi'ah, pembunuhan mereka, perampasan harta mereka dan
lain-lain. Dia mengakhiri fatwanya yang panjang dengan kata-katanya:
Sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Lihatlah fatwanya yang ditulis
oleh Imam Syarafuddin di dalam bukunya Fusul al-Muhimmah2 bab sembilan.
Tidakkah anda mengetahui wahai pembaca yang budiman
apakah dosa Syi'ah? Adakah disebabkan mereka tidak mengiktiraf khilafah
selain dari para imam mereka atau kerana mereka berkata: Khilafah
adalah untuk mereka dari awal kerasulan Muhammad SAWAW hinggalah
keakhirnya dunia. Maka dengan nama Tuhan kalian katakanlah: Adakah dosa
ini menyebabkan kekafiran dan kemurtadan? La haula wala Quwwata illa bi
llah.
Selepas kajian yang mendalam, kami dapati bahawa
bilangan Syi'ah hari ini lebih daripada seratus juta. Dan jikalaulah
mereka tidak menghadapi pembunuhan, permusuhan daripada musuh-musuh
mereka, serta berbagai-bagai kezaliman dan tekanan sepanjang abad-abad
yang lalu, nescaya bilangan mereka hari ini sekurang-kurangnya seribu
juta. Mereka berkembang di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, utara
dan selatan.
Kebanyakan mereka berada di dalam negara-negara
Islam. Mereka menyebarkan dakwah Islam menurut mazhab mereka. Mereka
telah melakukan perkhidmatan yang besar di mana orang-orang Islam
bermegah dengan khidmat mereka. Buku-buku mereka melimpahi dunia
sehingga tidak terhitung banyaknya. Untuk tujuan ini lihatlah buku
al-Dahri'ah ila Tasanif al-Syi'ah karangan Syaikh Bazrak al-Tahrani. Dan
ini merupakan sebahagian kecil daripada senarai buku-buku tersebut.
Di kalangan Syi'ah terdapat para ulama Islam,
Fuqaha', Failasuf dan ahli-ahli fikir. Sultan-sultan, menteri-menteri,
sasterawan-sasterawan, penyair-penyair, penulis-penulis, pakar-pakar
ilmu bintang, matematik, falak, arkitek-arkitek, doktor-doktor,
ahli-ahli seni dan lain-lain. Mereka memenuhi bumi Allah yang luas
dengan ilmu dan amal. Mereka mempunyai pusat-pusat pengajian tinggi,
masjid-masjid yang besar yang dipenuhi oleh orang-orang yang datang
bersembahyang, baik di Timur mahupun di Barat. Sebagai contoh Imam
al-Akbar al-Sayyid Abu l-Hasan al-Musawi al-Asfahani (RH) telah membina
masjid-masjid dan madrasah-madrasah di merata tempat di dunia. Begitu
juga al-Imam al-Burujurdi (RH) telah menghantar pendakwah-pendakwah ke
seluruh dunia dan membina masjid-masjid di Amerika, Jerman, London dan
Paris. Adakah anda benar-benar mengenali Syi'ah wahai pencaci?
Apa yang mendukacitakan ialah kami tidak dapati di
dalam buku-buku sirah, dan sejarah di kalangan Ahlus Sunnah selain
daripada cacian, malah pengkafiran terhadap Syi'ah secara
terang-terangan. Kenapa? Sebabnya kerana mereka (Syi'ah) adalah
Musyrikin! Begitulah ditulis di dalam buku al-Sawa'iq am-Muhriqah
(petir-petir yang membakar) oleh Ibn Hajr al-Haithami. Semoga Allah
membakar penulisnya di akhirat kelak.
Jika dikatakan kerana mereka tidak hadir sembahyang
juma'at dan jama'ah, ini adalah tuduhan yang besar. Adakah harus
mengkafirkan muslim yang meninggalkan juma'at dan jama'ah wahai
Muslimun?
Sebab-sebab yang mendorong kami berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS.
1. Aku fikir beramal dengan mazhab Ahlu l-Bait AS
diberi ganjaran yang sewajarnya di samping mendapat kebersihan jiwa
tanpa sebarang syak. Apatah lagi ramai di kalangan ulama Ahlus Sunnah
yang terdahulu dan sekarang telah memberi fatwa-fatwa mereka tentang
keharusan berpegang kepada mazhab Syi'ah Ja'fariyyah seperti sahabat
kami Syaikh al-Akbar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan
fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l-Islam
yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib al-Islamiyyah
atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat
di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
"Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu
atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya
untukmengikuti salah satu mazhab yang manajua yang telah sampai
kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang
berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam
kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya.
Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara
mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang
lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam
perbuatannya itu....."
Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab
Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna
Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan
berpegang kepada aturan-aturannya seperti jgua mazhab-mazhab yang
lain...."
"Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini,
dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam
membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."
2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh
dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah
menyakinkan kami bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar
yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dasn
daripada datuk mereka Rasulullah SAWAW daripada Jibrail AS daripada
Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga
mereka berjumpa dengan Allah SWT.
3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul
l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah
daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan
meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil
dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
4. Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menyokong dakwaan kami dan kami akan menerangkannya kepada kalian nanti.
5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi
SAWAW yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus
Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku kami Syi'ah Wa Hujjahtu-hum
al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku
al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ianya
akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jiika tidak,
keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
Dialog di antaraku dan para ulama Syi'ah
Ianya juga merupakan sebahagian daripada
sebab-sebab yang mendorongku menjadi seorang Syi'ah. Manakala berdialog
dengan mereka, aku dapati diriku dikalahkan oleh hujah-hujah mereka,
tetapi aku tetap berdegil. Aku cuba mempertahankan hujah-hujahku yang
lemah walhal aku mempunyai keilmuan yang tinggi di dalam mazhab Syafi'i
dan mazhab lain. Kerana aku telah menuntut di universiti al-Azhar
sehingga aku memperolehi ijazah yang tinggi sebagaimana aku telah
menyebutkannya.
Dialog kami mengambil masa tidak kurang daripada
tiga tahun. Kemudian aku mula mengsyaki mazhab empat kerana perselisihan
sesama sendiri begitu ketara sekali.3
Mengkaji buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah)
Akhirnya aku mengkaji buku al-Muraja'at (Dialog
Sunnah - Syi'ah) karangan Ayatullah al-'Uzma Sayyid Syarafuddin. Aku
mengkajinya dengan teliti. Gaya bahasa dan kemanisan lafaznya
mengkagumkanku dan membuatkan aku berfikir bagaiman dia dapat memberi
hujah-hujah yang kuat di dalam dialognya dengan Syaikh al-Akbar Syaikh
Salim al-Busyra, Rektor Universiti al-Azhar ketika itu.
Aku dapati pengarangnya ketika berhujah tidak
berpegang kepada buku-buku Syi'ah, malah dia berpegang kepada buku-buku
Sunnah wal-Jama'ah. Lantaran itu ianya menjadi sukar bagi lawannya untuk
menolaknya. Pada malam itu aku tidak dapat tidur sehingga aku puas hati
bahawa kebenaran adalah bersama Syi'ah. Mereka berada di atas mazhab
yang benar sabit daripada Rasulullah SAWAW dan Ahlu l-Baitnya AS. Tidak
ada syubhat sedikitpun padaku. Aku percaya bahawa mereka tidaklah
sebagaimana apa yang diperkatakan kepada mereka oleh tuduhan, celaan,
dan kata-kata batil yang diciptakan.
Buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah Syi'ah) untuk saudaraku
Pada keesokannya, aku memberi buku tersebut kepada
saudaraku Ahmad. Dia berkata kepadaku: Apakah ini? Aku menjawab kitab
Syi'ah oleh pengarang Syi'ah. Lantas dia berkata kepadaku: Jauhkanlah
buku itu dariku, sebanyak tiga kali. Ia adalah daripada buku-buku yang
sesat, aku tidak perlu kepadanya. Aku benci kepada Syi'ah dan perkara
yang berkaitan dengan Syi'ah. Aku berkata: Ambillah dan bacalah sahaja
kerana kita tidak perlu beramal dengannya. Ia tidak akan merosakkan anda
jika anda membacanya. Lalu diapun mengambil buku tersebut, mengkajinya
dengan teliti. Dan akhirnya dia mengakui kebenaran mazhab Syi'ah. Dia
berkata: Syi'ah di atas kebenaran. Selain daripada mereka adalah
bersalah (Khati'un).
Kemudian aku dan saudaraku meninggalkan mazhab
Syafi'i dan kami berpegang kepada mazhab Syi'ah Ja'fariyyah. Ini
disebabkan oleh dalil-dalil yang banyak dan terang. Hati kecilku
menikmati ketenangan dengan berpegang kepada mazhab Ja'fari, mazhab Ahlu
l-Bait Rasulullah SAWAW kerana aku mengetahui bahawa aku telah sampai
kepada matlamat yang paling jauh iaitu berpegang kepada mazhab yang
paling suci iaitu berpegang kepada mazhab keluarga suci (al-Itrah
al-Tahirah).
Justeru itu aku mempercayai suatu keyakinan yang
tidak dicampuri syak bahawa aku telah berjaya daripada siksaan Allah
SWT. Aku bersyukur kepada Allah SWT di atas kejayaan semua keluargaku
dan kebanyakan kaum kerabatku, sahabat-sahabatku dan lain-lain. Ini
adalah satu kurniaan dan nikmat daripada Allah SWT yang tidak dapat
dinilainya selain daripada Dia; Wilayah keluarga Rasul SAWAW kerana
tidak ada kejayaan kecuali dengan mengangkat mereka sebagai auliya'.
Sebuah hadith Rasul SAWAW yang dipersetujui oleh Sunnah dan Syi'ah yang
bermaksud:"Umpama keluargaku sepertilah bahtera Nuh, sesiapa yang
menaikinya ia akan berjaya dan sesiapa yang tidak menaikinya akan
tenggelam dan binasa." Aku memohon kepada Allah SWT agar merestui kami
kerana mengangkat wilayah Ahlu l-Bait AS dan mencintai mereka.
Beberapa kumpulan menjadi Syi'ah bersama-sama kami
Sebilangan besar daripada saudara-saudara kami
Ahlus Sunnah dari Syria, Lubnan, Turkey dan lain-lain telah turut
menjadi Syi'ah bersama kami. Segala puji bagi Allah yang telah memberi
hidayat kepada kami dan kami tidak akan mendapat hidayah sekiranya Allah
tidak memberi hidayah kepada kami.
Apabila tersebarnya berita mengenai kami, orang
ramai berpusu-pusu datang kepada kami, bertanya kami sebab-sebab yang
mendorong kami berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait dan meninggalkan
mazhab Syafi'i. Kami memberikan jawapan kepada mereka bahawa dalil-dalil
yang kuat bersama kami. Maka sesiapa yang ingin supaya kami menerangkan
kepadanya mazhab al-Haqq, maka hendaklah ia datang kepada kami.
Orang ramai membuat rujukan kepada kami
Dalam masa yang singkat saja, orang ramai telah
datang kepada kami. Mereka terdiri daripada para ulama, guru, pegawai,
peniaga dan lain-lain. Kami menjelaskan kepada mereka kebenaran mazhab
Ahlu l-Bait AS berdasarkan rujukan Ahlu s-Sunnah yang muktabar. Di
kalangan mereka ada yang mendengar dan berpuas hati, kemudian berpegang
kepada mazhab Ahlu l-Bait AS, dengan meninggalkan mazhab yang terdahulu.
Di kalangan mereka ada yang fanatik, dan terus berpegang kepada
mazhabnya. Keuzurannya adalah kejahilannya, dan fanatiknya adalah
kesedarannya bahawa dia tidak mampu mempertahankan mazhabnya.
Demikianlah berlalunya hari-hari, kami terus berdakwah sehingga ramai
orang berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS di Syria, dan di Turkey,
al-Hamdu Lillah.
Muzakarah di antaraku dan saudaraku
Untuk menambahkan keyakinan, aku dan saudaraku
bermuzakarah tentang mazhab Ja'fari. Kadang-kadang dia jadikan dirinya
sebagai seorang Syi'ah dan aku menjadikan diriku seorang Sunnah.
Kemudian kami memulakan perbincangan. Aku mengemukakan kepadanya
beberapa persoalan, maka dia memberi jawapan kepadaku mengenainya
berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah. Di dalam perbincangan itu, aku melihat
diriku dikalahkan olehnya, lalu aku melihat kebenaran bersama Syi'ah.
Dan pada masa yang lain aku jadikan diriku sebagai seorang Syi'ah dan
saudaraku sebagai seorang Sunnah, maka kami pun bermuzakarah di dalam
beberapa masalah. Dia ketawa dan melihat dirinya dikalahkan dan berkata:
Kebenaran adalah bersama Syi'ah. Demikianlah berulangnya muzakarah di
antara kami. Dan dengan cara ini kami dapati bahawa sesungguhnya
kebenaran bersama Syi'ah kerana kebenaran adalah tinggi dan tidak ada
sesuatu yang lebih tinggi daripadanya.
Sebagai contoh manakala dia jadikan dirinya sebagai
seorang Syi'ah, dia meminta dalil daripadaku kerana berpegang kepada
salah satu daripada mazhab yang empat seraya berkata:"Apakah dalil anda
berpegang kepada mazhab Syafi'i atau Hanafi, Maliki atau Hanbali? Adakah
anda dapati dalil daripada ayat al-Qur'an seperti maksud firmanNya (di
dalam Surah al-An'am (6): 153 yang bermaksud:" dan bahawa (yang Kami
perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus,maka ikutilah dia dan
janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain) kerana jalan itu
menceraiberaikan kami dari jalanNya." Lihatlah bagaimana Allah SWT
menyuruh orang-orang Mukminin supaya berpegang kepada jalanNya yang
lurus, dan melarang kami daripada mengambil jalan-jalan (Subul) yang
bermacam-macam supaya kami tidak sesat daripada jalanNya.
Dia bertanya lagi: Adakah anda mendapati hadith Sahih yang menyokong pegangan anda kepada salah satu daripada empat mazhab?
Aku menjawab: Ijmak. Maka dia berkata kepadaku:
Tidak ada ijmak, kerana mereka berselisih faham pada mazhab-mazhab
tersebut bagaimana pula ijmak dapat dilakukan.
Apabila dia bertanya kepadaku, aku jadikan diriku
sebagai seorang Ja'fari, aku memberikan dalil-dalil daripada al-Qur'an
dan Sunnah RasulNya. Aku berkata: Sebuah hadith Rasulullah SAWAW yang
bermaksud:"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga, kitab
Allah dan Itrah Ahlu l-Baitku selama kalian berpegang kepada
kedua-duanya, kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya.
Kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di
Haudh. Justeru itu jagalah baik-baik, bagaimana kalian memperlakukan
kedua peninggalanku itu." Dan sabda Rasulullah SAWAW yang
bermaksud:"Umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh,
sesiapa yang menaikinya berjaya, dan sesiapa yang tidak menaikinya
tenggelam." Dia menyerah kalah dan berkata kepadaku: Kebenaran bersama
anda.
Begitulah kami melihat kebenaran itu tetap di samping Ahlu l-Bait 4 Rasulullah SAWAW.
Pengisytiharan Sebagai Syi'ah
Sebagaimana kalian telah mengetahui bahawa
dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang terang terdapat di dalam
buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah tentang kebenaran berpegang kepada
mazhab Ja'fari kerana ianya merupakan salsilah keemasan yang tersusun
rapi dan tidak dapat dipisahkan sebagaimana firmanNya dalam (Surah
al-Baqarah (2): 256 yang bermaksud:"Tidak ada paksaan untuk (memasuki)
agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan
yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan
beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul
tali yang amat kuat yang tidak akan putus."
Sebagaimana sebuah hadith muktabar yang
diriwayatkan oleh Ali AS daripada Nabi SAWAW bersabda:"Kamilah al-Urwah
al-Wusthqa (buhul tali yang amat kuat)."
Di dalam riwayat yang lain beliau bersabda:"Kamilah
al-Sirat al-Mustaqim kamilah subul jalan-jalan kepada Allah."
Contoh-contoh hadith seperti ini adalah banyak. Semuanya menjelaskan
kepada kita sabil (jalan) untuk berpegang kepada mazhab Syi'ah. Maka
kami menerimanya dengan penuh kegembiraan kerana inginkan kejayaan dan
kemenangan di akhirat kelak. Semoga Allah juga memberi petunjuk kepada
kalian.
Sebagaimana seorang penyair bernama al-Kumait berkata dalam puisinya:
"Aku adalah Syi'ah Ahmad dan mazhabku adalah mazhab al-Haqq.
Imam Syafi'i berkata: Manakala aku melihat manusia
berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan
kejahilan.
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka adalah Ahlu l-Bait al-Mustafa.
dan penamat segala Rasul
Aku berpegang kepada tali Allah dengan mewalikan mereka sebagaimana Dia memerintahkan kita berpegang kepada taliNya.
Telah berpecah di dalam agama tujuh puluh golongan lebih sebagaimana tercatat di dalam hadith.
Semuanya tidak berjaya kecuali satu golongan maka katakanlah kepadaku mengenainya wahai orang yang mempunyai fikiran dan akal.
Adakah golongan yang binasa itu Ali Muhammad?
atau golongan lain yang berjaya? Katakanlah kepadaku.
Sekiranya anda berkat mengenai orang-orang yang
berjaya, maka jawapannya ialah satu (keluarga Muhammad dan
pengikut-pengikutnya).
Dan sekiranya anda berkata tentang golongan yang binasa nescaya anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Dan sekiranya maula mereka adalah daripada mereka
(Ahlu l-Bait AS) maka sesungguhnya aku telah meredhai mereka dan
sentiasa berteduh di bayangan mereka.
Kalian tinggallah Ali untukku sebagai Wali dan Keturunannya.
Dan kalian termasuk orang-orang yang tinggal di dalam kesenangan (abadi di akhirat kelak).
Dan dia berkata lagi:
Jikalau anda ingin mencari untuk diri anda satu mazhab yang akan menyelamatkan anda di hari kiamat daripada jilatan api
Maka tinggallah pendapat Syafi'i dan Malik dan Ahmad dan apa yang diriwayatkan oleh Ka'ab Ahbar
Maka perwalikanlah orang-orang dimana kata-kata dan
percakapan mereka telah diriwayatkan oleh datuk kami daripada Jibra'il
daripada Allah SWT."
Dan aku akan kemukakan kepada anda
kelebihan-kelebihan al-itrah al-Tahirah dari buku-buku rujukan
saudara-saudara kami Ahlus Sunnah di dalam buku ini nanti Insya Allah.
Rancangan-rancangan jahat bagi menentang kami
Apabila kami mengisytiharkan bahawa kami telah
berpegang kepada mazhab Syi'ah, maka ianya tersebar cepat ke seluruh
negara. Orang ramai mulai berpegang kepada Syi'ah, secara kumpulan dan
ada yang secara individu. Pada masa itu beberapa kumpulan yang menentang
mazhab Ahlu l-Bait AS kerana kejahilan mereka mengenai mazhab tersebut,
menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak tahu. Lantaran itu mereka
telah melakukan perbuatan-perbuatan serta layanan yang keji terhadap
kami di mana kami merasa mahu untuk menyatakannya disebabkan
kekejiannya.
Sesungguhnya kebanyakan daripada mereka menghukum
kami dengan kekafiran, dan kemurtadan.5 Lantaran itu kami menentang
tuduhan mereka. Lalu mereka menggalakkan orang-orang yang bodoh mereka
Sufaha'u-hum menentang kami. Mereka juga menggalakkan kanak-kanak mereka
supaya menyakiti kami dengan kata-kata keji dan melontar kami dengan
batu seraya berkata kepada kami: Wahai penyembah al-Qarmidah. Mereka
maksudkan: Wahai penyembah turbah Husainiyyah. Mereka mulai mengingatkan
orang ramai melalui mimbar-mimbar masjid tentang "pergaulan kami"
dengan tuduhan kekufuran dan kemurtadan. Mereka memotong mata pencarian
kami. Sekiranya kami mahu menyewa rumah untuk didiami, mereka akan
datang kepada tuannya dan mengugutnya pula seraya berkata: Mereka itu
adalah Musyrikun. Mereka mencaci sahabat. Jangan sekali-kali anda
menyewakan rumah anda kepada mereka. Dan jikalau anda menyewakannya,
nescaya kami akan menyakiti anda."
Ianya sungguh menghairankan seolah-olah kami telah
keluar dari agama Islam dengan berpegang kepada mazhab ahlu l-Bait AS.
Begitu juga dengan sekumpulan syaikh-syaikh di Halab, mereka telah
menubuhkan persatuan yang mereka namakan "Persatuan dakwah Muhammadiyyah
ke jalan yang lurus." Seorang daripada mereka bernama Amin Airudh telah
mengarang sebuah buku dengan nama persatuan tersebut. Dia menulis di
dalam kata-kata yang keji bagi menentang kami di antaranya:" Tasyayyu'
telah berkembang di seluruh Halab di tahap yang menakutkan. Justeru itu
kami menentang golongan tersebut." Ia telah menjadi riuh rendah kemudian
ia padam kerana suara kebenaran menjadi tinggi menjulang dan suaranya
sentiasa kedengaran sehingga ia berkembang dengan pesat, sehingga tidak
boleh didiamkannya oleh gegaran.
Walau apapun terjadi kami tetap cekal seperti
gunung yang kukuh, tidak dapat digerakkan oleh ribut taufan. Kerana kami
berpegang kepada kebenaran. Kami menyeru kepada jalan Allah dengan
hikmah dan nasihat yang baik dan berbincang dengan cara yang lebih baik
dan perkataaan siapakah yang lebih baik daripada orang yang menyeru
kepada Allah dan beramal salih dan berkata:"Sesungguhnya aku adalah
daripada orang-orang Islam."Sesungguhnya Allah telah menolong kami
menghadapi mereka dengan berkat Ahlu l-Bait AS. Sebenarnya merekalah
yang gagal dan rugi, malah "perbuatan" mereka di hari kiamat nanti akan
dibalas.
Suatu keluhan
Terlintas di hatiku untuk menulis satu tajuk yang
mendukacita dan memalukan tentang ahli agama yang sentiasa mencari
keaiban Muslimin salihin terutamanya mengenai keaiban Syi'ah yang baik,
pengikut Ahlu l-Bait AS. Mereka adalah kuman kejahatan yang berusaha
untuk melakukan kerosakan di bumi. Mereka tidak hidup dengan jiwa yang
bersih bersama golongan-golongan Islam, dan menjamin hak-hak mereka.
Malah mereka menaburkan fitnah di kalangan barisan
Muslimin untuk menyebarkan sebab-sebab kefasadan bagi menangguk di air
yang keruh bagi mengecapi kesenangan duniawi sebagaimana yang telah
dilakukan oleh orang-orang sebelum mereka. Seolah-olah berpegang kepada
mazhab Ahlu l-Bait AS menurut pandangan mereka yang jahat, telah
terkeluar daripada agama Islam. Darahku pada masa itu menjadi halal dan
penghormatan tidak ada lagi untukku.
Jikalau mereka kembali kepada pendapat yang betul
dan berdiri di atas mazhab Ahlu l-Bait AS, nescaya mereka mengetahui
sesungguhnya Syi'ah berada di pihak yang benar. Sesungguhnya orang yang
memperkuatkan mazhab ini adalah Nabi Muhammad SAWAW sendiri. Dan orang
yang menetapkan tiang-tiangnya ialah Ali dan anak-anaknya yang disucikan
oleh Allah daripada kekotoran dosa. Dialah yang menjaga mereka dari
melakukan dosa kecil ataupun besar. Lantaran itu hadith mereka ialah
hadith anak daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAWAW
daripada Jibra'il daripada Allah SWT.
Begitulah Syi'ah telah mengambilnya dari tangan ke
tangan, kebenaran dari kebenaran dan yang akhir mereka tidak
membelakangi yang awal mereka. Adalah menghairankan sekali, orang yang
benar itu dibunuh dan orang yang batil itu dilepaskan? Adakah orang yang
berpegang kepada mazhab ini dicela? Dan orang yang beribada menurut
cara mereka dianggap sesat, ia dikafir dan dilontarkan dengan batu?
Adakah hartanya dirampas, anak-anaknya dibunuh dan
semua manfaat ditegah untuknya? Adakah dikatakan kepadanya wahai
penyembah berhala sedangkan dia menyembah Allah SWT dengan kebenaran dan
keyakinan. Hatinya tersimpul kepada wilayah Allah, RasulNya dan para
imam yang suci dan siapa yang mewalikan Allah, RasulNya dan orang-orang
yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah yang mendapat kemenangan
(Surah al-Maidah (5): 56). Tetapi sudah menjadi lumrah bahawa pendusta
dimuliakan sementara orang yang benar dihina.
Lihatlah apa yang dlakukan oleh Bani Umaiyyah
terhadap Rasul SAWAW, itrahnya AS dan Syi'ah mereka yang terpilih. Abu
Sufyan telah menentang Rasul SAWAW, Muawiyah menentang Amiru l-Mukminin
Ali AS, Yazid menentang Sayyid Syuhuda Husayn AS, Bani Marwan menentang
Syi'ah yang baik. Begitulah keadaannya sehingga Allah memotong belakang
mereka.. Begitulah keadaannya di hari kami memilih mazhab Syi'ah dan
meninggalkan mazhab Syafi'i. Berlakulah 'kiamat" dan penentangan mereka
terhadap kami.
Kami tidak mencela orang yang mempunyai akhlak
seperti ini. Kerana itulah cara mereka dididik. Mereka menjadi talibarut
Bani Umaiyyah dan kuncu Bani Marwan. Pertalian yang rapat di antara
satu sama lain di mana tidak ada perbezaan di antara akhir mereka dengan
yang awal mereka sehingga tiba suatu hari orang yang zalim diberikan
balasan dan orang yang dizalimi diselamatkan. Kezaliman lebih dikenali
oleh orang yang cekal menghadapinya.
Sikap Imam Akbar Ayatullah al-Burujurdi terhadap kami
Apabila berita kesulitan hidup kami sampai kepada
Sayyid Syarafuddin RH, dia mengutus surat kepada Ayatullah al-'Uzma
Sayyid al-Husain al-Tabataba'i RH menerangkan keadaan kami. Lalu
Ayatullah Burujurdi menolong kami. Pada hakikatnya dialah yang menyokong
kami di dalam menyampaikan mazhab yang benar daripada Allah, Rasul dan
itrahnya yang disucikan AS. Begitulah juga Sayyid Syarafuddin RH yang
telah memainkan peranan yang tidak kurang juga pentingnya. Lantaran itu
kami membuat keputusan untuk melawat Iraq dan Iran kerana sebab-sebab
tertentu.
Lawatanku ke Iraq
Pada tahun 1370H/1950M, dengan taufik Allah SWT aku
dapat menziarahi makam-makam yang suci di Iraq. Aku juga diberi
kesempatan untuk bertemu dengan para ulama dan para mujtahid yang mulia,
dengan penuh kemesraan yang aku tidak dapat membayangkannya.
Bandar Baghdad
Di Baghdad aku menjadi tetamu kepada Sayyid
al-Sadr, Perdana Menteri Iraq. Sepanjang aku di Baghdad, aku berjumpa
dengan kebanyakan ulama di Baghdad seperti Allamah Sayyid Hibat al-Din
al-Syarastani, Sayyid Ali Naqiyy al-Hadiri, Ustaz Ahmad Amin, pengarang
buku al-Takamul fi l-Islam dan lain-lain.
Bandar Kazimiyyah yang mulia
Aku juga berjumpa dengan para ulama di Kazimiyyah
seperti al-'Allamah Ahmad al-Kisywan, al-'Allamah al-Sayyid 'Ali
al-Sadr, al-'Allamah al-Sayyid Muhammasd al-Mahdi al-Isfahani al-Kazimi,
al-'Allamah Syaikh Marzah Ali Zanjani dan lain-lain.
Bandar Karbala al-Muqaddasah
Di bandar ini aku menjadi tetami kepada al-'Allamah
al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani. Aku juga sempat berjumpa mujtahid
Sayyid Mirza Hadi al-Khurasani, Mujtahid al-Sayyid al-Hasan Aghamar,
Mujtahid Syaikh Muhammad al-Khatib, Mujtahid Mahdi Syirazi, Mujtahid
Muhammad Ridha al-Asfahani al-Hai'ri, Mujtahid Sayyid Muhammad al-Tahir
al-Bahrani, Sayyid Murtadha daripada keluarga Tabataba'i, al-'Allamah
Syaikh Muhammad 'Ali daripada keluarga Sibawaih, Sayyid al-Milani,
Syaikh Ja'far al-Rasyti dan lain-lain.
Bandar Najaf al-Asyraf
Di Najaf aku menjadi tetamu kepada Ayatullah
al-'Uzma Sayyid al-Muhsin al-Hakim al-Tabataba'i. Semasa di Najaf aku
berjumpa para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah al-'Uzma Sayyid
Mirzah 'Abdu l-Hadi Syirazi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mahmud
al-Syahrudi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abu l-Qasim al-Khu'i.6Ayatullah
Sayyid al-Husain al-Hamami, Ayatullah Sayyid Mirzah Agha al-Istahbanani,
Ayatullah al-'Uzma Syaikh Muhammad al-Hasan al-Muzaffar, Ayatullah
Syaikh Muhammad al-Baghdadi, Ayatullah Agha Bazrak al-Tahrani,
Al-'Allamah 'Abdu l-Muhsin Ahmad al-Amini, Syaikh Nasrullah al-Khalkhali
dan lain-lain lagi. Mereka menghormatiku sesuai dengan kedudukanku.
Kemudian aku pulang dengan penuh kegembiraan.
Lawatanku ke Iran
Aku meninggalkan Iraq menuju ke Iran untuk
menziarahi malam imam Ridha AS dan bertemu dengan Marja' Taqlid
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Agha Husain al-Tabataba'i al-Burujurdi. Aku
berjumpa dengannya di bandar Qom al-Muqaddasah. Aku mendapatinya seorang
yang tenang, mempunyai kehebatan dan keistimewaan tertentu. Dia
menghormatiku sejajar dengan kedudukanku. Dan aku kembali dengan senang
hati. Aku menyedari bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan
individu-individu yang masyhur datang menziarahinya. Walaupun begitu
mereka tidak dibenarkan berjumpa dengannya secara terus. Ini disebabkan
kesibukannya melayani urusan Muslimin. Dia telah memberi kepadaku hadiah
yang sesuai dengan kedudukannya dan kedudukanku. Selamat sejahtera di
hari dia dilahirkan dan selamat sejahtera di hari dia dimatikan dan
selamat sejahtera di hari dia dibangkitkan.
Bandar Qom al-Muqaddasah
Sepanjang aku berada di sini, aku sempat berjumpa
dengan para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah Sayyid Muhammad
al-Hujjah, marja' taqlid Ayatullah Sayyid Sadr al-Din Sadr, Ayatullah
Sayyid Muhammad Taqi al-Khunsari, Ayatullah Sayyid Syahabuddin Najafi
al-Mar'asyi, Ayatullah Sayyid Kazim Syariat Madari, Ayatullah Sayyid
Muhammad Ridha Gulpaigani, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ruhullah al-Musawi
al-Khumaini.7Ayatullah Syaikh Mirzah Ahmad Isytiani, Ayatillah Syaikh
Muhammad al-Ghurawi Kasyani dan lain-lain.
Bandar Khurasan
Di Khurasan aku menziarahi makam imam Ridha AS. Aku
berjumpa marja' taqlid yang termasyhur Ayatullah al-'Uzma Muhammad
al-Hadi al-Milani dan lain-lain. Aku begitu gembira dengan layanan dan
sambutan mereka yang begitu mesra yang layak dengan kedudukanku. Aku
meneruskan khidmatku untuk menyebarkan mazhab Ahlu l-Bait AS. Meskipun
aku menghadapi berbagai-bagai ugutan dan tekanan yang menyedihkan. Aku
menyerahkan urusanku kepada Allah SWT. kerana Dia sebaik-baik wakil,
sebaik-baik maula dan sebaik-baik pembantu. La haula wala Quuwata
illabillahi l-'Azim.
Nota Kaki:
1. Wahabi adalah golongan yang dinisbahkan kepada
Muhammad bin 'Abdu l-Wahab yang lahir pada 1111H. Di antara ajarannya
ialah pengharaman perayaan terhadap orang yang telah meninggal dunia
termasuk para Nabi dan para imam. Pengharaman pembinaan di atas kubur,
tawasul, syafa'at melalui para Nabi dan para wali. Untuk mengetahui
aqidah-aqidah Wahabi yang menyalahi nas, lihat Tauhid dan Syirik oleh
Syaikh Ja'far Subhani, Mizan, 1987.
2. Telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia dengan jodol Isu-isu Penting Ikhtilaf Sunnah Syi'ah.
3. Sila lihat lampiran D
4. Untuk mengetahui dialog Imam Ridha AS dengan para ulama Baghdad dan Khurasan mengenai Ahlu l-Bait AS, sila lihat Lampiran A.
5. Untuk mengetahui aqidah Syi'ah tentang al-Qur'an, sila lihat lampiran C.
6. Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abu l-Qasim al-Musawi
al-Khu'i adalah seorang Marja' Taqlid yang mempunyai ramai pengikut di
seluruh dunia. Beliau adalah dari keturuan Imam Musa al-Kazim AS, Imam
Ketujuh Mazhab Ahlu l-Bait (wafat pada 8hb. Ogos 1992). Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas ruhnya yang mulia.
7. Ayatullah al-'Uzma Imam al-Khomaini adalah
pengasas Republik Islam Iran. Pemimpin yang begitu unik di abad ini.
Beliau adalah dari keturunan Imam Musa al-Kazim AS (wafat pada 3hb. Jun
1989). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya yang mulia.
BAB KEDUA: SYI'AH DAN AL-QUR'AN
Syi'ah mengambil hukum-hukum agama mereka selepas
Nabi SAWAW daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah. Adapun daripada
al-Qur'an para mujtahid mereka mengambil hukum-hukum daripada nas-nas
yang terang. Adapun nas-nas yang memerlukan penafsiran, mereka
merujukkan kepada penafsiran al-Itrah yang suci. Bagi orang yang bukan
mujtahid, sama ada dia seorang muhtat yang memilih hukum untuk dirinya
sendiri atau seorang muqallid yang mentaklidkan kepada seorang mujtahid
yang adil menurut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam buku-buku
mereka. Apa yang paling penting baginya ialah mujtahid tersebut mestilah
mengambil fiqhnya daripada Nabi SAWAW dan Ahlu l-Baitnya yang suci
bersama al-Qur'an dan membuat kesimpulan dengan cahaya akal: Syi'ah
mempunyai hujah-hujah yang kuat di dalam buku-buku mereka. Justeru itu
aku kemukakan kepada kalian sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an dan
hadith-hadith Nabi SAWAW yang menunjukkan sabitnya hak dan dakwaan
mereka. Di sini dikemukakan ayat-ayat al-Qur'an yang menyokong dakwaan
Syi'ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama Ahlu l-Sunnah yang sejajar
dengan pentafsiran Syi'ah seperti berikut:
1. Ayat al-Wilayah
FirmanNya di dalam (Surah al-Maidah (5):
55):"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang
beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat dalam keadaaan rukuk."
Telah sepakat semua Ahlu l-Bait AS, para ulama Tafsir dan Hadith dari
golongan Syi'ah dan kebanyakan para ulama tafsir Ahlu s-Sunnah, malah
keseluruhan mereka bahawa ayat ini telah diturunkan pada Amiru
l-Mukminin Ali AS, ketika beliau memberi sadqah cincinnya kepada si
miskin di dalam keadaan beliau (Ali AS) sedang solat di Masjid
Rasulullah SAWAW. Peristiwa ini telah diakui oleh para sahabat pada
zaman Nabi SAWAW, para tabi'in dan penyair-penyair yang terdahulu
sehingga mereka memasukkan peristiwa ini ke dalam syair-syair mereka.
Di sini diperturunkan kenyataan para ulama Ahlu
s-Sunnah mengenai perkara tersebut seperti berikut: Al-Suyuti di dalam
al-Durr al-Manthur1 berkata: al-Khatib telah mengeluarkannya di dalam
al-Muttafaq daripada Ibnu Abbas, dia berkata:'Ali AS telah menyedekahkan
cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka Nabi SAWAW bersabda: Siapakah yang
memberikan kepada anda cincin ini? Lelaki ini menjawab: Lelaki yang
sedang rukuk itu. Maka Allah SWT menurunkan ayat "Sesungguhnya wali kamu
adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan
solat dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk (Surah al-Maidah(5): 55).
Al-Tabrani telah menulisnya di dalam al-Ausat.2 Ibn
Mardawaih daripada 'Ammar bin Yassir berkata: Seorang peminta sadqah
berdiri di sisi Ali yang sedang rukuk di dalam sembahyang sunat. Lalu
beliau mencabutkan cincinnya dan memberikannya kepada peminta tersebut.
Kemudian dia memberitahukan Rasulullah SAWAW mengenainya. Lalu ayat
tersebut diturunkan. Kemudian Nabi SAWAW membacakannya kepada para
sahabatnya. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya,
maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang
memperwalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang
orang mencintainya, bencilah orang yang membencinya, tolonglah orang
yang menolongnya, tinggallah orang yang meninggalkannya dan penuhilah
kebenaran bersamanya di mana saja dia berada."
Begitu juga Abdu l-Razzaq, 'Abd b. Hamid, Ibn Jarir
dan Abu Syaikh telah mengesahkan bahawa Ibn Mardawaih meriwayatkannya
daripada Ibn Abbas, dia berkata: ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah
Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.....(Surah al-Maidah
(5):55) telah diturunkan ke atas 'Ali bin Abi Talib.
Hadith ini telah dikeluarkan juga oleh Ibn Abi
Hatim, Abu Syaikh dan Ibn 'Asakir daripada Salmah bin Kuhail. Dia
berkata: Ali menyedekahkan cincinnya dalam keadaan rukuk. Kemudian ayat
(Surah al-Ahzab (33): 33) diturunkan. Begitu juga Ibn Jarir, daripada
Sudi dan 'Atbah bin Hakim telah mengeluarkan hadith yang sama, sementara
Abu Syaikh dan Ibn Mardawaih meriwayatkan hadith ini daripada 'Ali bin
Abi Talib. Dia berkata: Ayat (Surah al-Maidah (5):55) "Sesungguhnya wali
kami adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman....." adalah
diturunkan kepada Rasulullah SAWAW di rumahnya. Lalu Rasulullah SAWAW
keluar dari rumahnya dan memasuki masjid. Orang ramai bersembahyang di
antara rujuk dan sujud, malah ada yang berdiri. Tiba-tiba datang seorang
peminta sadqah, adakah seseorang telah memberikan kepada anda sesuatu?
Dia menjawab: Tidak, selain daripada lelaki yang sedang rukuk iaitu 'Ali
bin Abi Talib telah memberikan cincinnya kepadaku.
Ibn Mardawaih telah mengeluarkan hadith ini melalui
al-Kalbi daripada Abi Salih daripada Ibn Abbas dia berkata: 'Abdullah
bin Salam dan beberapa orang Ahlu l-Kitab datang kepada Nabi SAWAW di
waktu zuhur. Mereka berkata: Sesungguhnya jarak rumah-rumah kami jauh
sekali. Kami tidak dapati orang yang ingin duduk bersama kami dan
bergaul dengan kami selain di masjid ini. Dan sesungguhnya kaum kami
apabila mereka melihat kami telah membenarkan Allah dan RasulNya, dan
meninggalkan agama mereka, lalu mereka melahirkan permusuhan mereka dan
bersumpah supaya mereka tidak bergaul dengan kami, mereka tidak makan
bersama-sama kami. Lantaran itu ianya menimbulkan kesulitan kepada kami.
Dan di kalangan mereka ada yang merayu perkara itu kepada Rasulullah
SAWAW. Dan kemudian ayat yang bermaksud: Sesungguhnya wali kami adalah
Allah, RasulNya dan orang yang beriman..[al-Maidah (5): 55] diturunkan.
Kemudian azan diadakan bagi menunaikan solat Zuhr.
Kemudian Rasulullah SAWAW keluar ke masjid,
tiba-tiba beliau melihat peminta sadqah lalu beliau bersabda: Adakah
seseorang telah memberikan anda sesuatu? Dia menjawab: Ya. Beliau
bertanya: Siapa? Dia menjawab: Lelaki yang sedang berdiri itu. Beliau
bertanya lagi: Di dalam keadaan manakah dia memberikannya kepada anda?
Dia menjawab: Dalam keadaan rukuk. Beliau bersabda: Itulah 'Ali bin Abi
Talib AS. Lalu Rasulullah SAWAW bertakbir dan di masa itu beliau membaca
ayat al-Qur'an (Surah al-Maidah (5): 55):"Sesiapa yang mewalikan Allah
dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah
itulah yang pasti kemenangan."
Al-Kanji al-Syafi'i telah menyebutkannya di dalam
Kifayah al-Talib3 daripada Anas bin Malik: Sesungguhnya ada seorang
peminta sadqah di masjid bertanya: Siapakah yang akan memberikan sadqah
kepadanya. 'Ali yang sedang rukuk memberikan isyarat kepadanya supaya
mencabutkan cincin di tangannnya. Rasulullah SAWAW bersabda: Wahai
'Umar! Sesungguhnya telah wajib baginya ('Ali) syurga kerana Allah tidak
mencabutkannya daripada tangannya sehingga Dia mencabutkan segala dosa
dan kesalahan daripadanya. Dan ayat (Surah al-Maidah (5):55) diturunkan.
Kemudian penyair Hasan bin Tsabit memperkatakan
syairnya: Wahai Abu l-Hasan! Jiwa ragaku berkorban untukmu dan setiap
pencinta petunjuk
Adakah akan sia-sia orang yang memujimu?
Orang yang memuji pada zat Allah tidak akan sesat
Kaulah yang telah memberi di dalam keadaan rukuk
seluruh jiwa ragaku berkorban untukmu
wahai sebaik-baik orang yang rukuk.
Di antara perawi-perawi yang menegaskan bahawa ayat
ini telah diturunkan pada Amiru l-Mukminin Ali AS ialah Fakhruddin
al-Razi di dalam tafsirnya.4 Dia telah meriwayatkannya daripada 'Ata'
daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya ayat ini diturunkan pada 'Ali bin
Abi Talib AS. Dia meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Salam berkata:
Manakala ayat ini diturunkan, aku bertanyakan Rasulullah SAWAW wahai
Rasulullah SAWAW! Aku melihat Ali memberikan cincinnya kepada seorang
yang memerlukannya di dalam keadaan rukuk, maka kamipun mewalikannya.
Dia juga meriwayatkan daripada Abu Dhar RH bahawa
dia berkata: Pada suatu hari aku menunaikan solat Zuhr bersama
Rasulullah SAWAW. Maka seorang peminta sadqah di masjid meminta
(sesuatu), tidak seorangpun memperdulikannya. Lantas peminta itu
mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku persaksikanlah
sesungguhnya aku telah meminta di masjid Rasulullah SAWAW, tetapi tidak
ada seorangpun yang memberi sesuatu kepadaku. Dan 'Ali AS pada ketika
itu sedang rukuk lalu beliau memberikan isyarat kepadanya dengan anak
jari tangan kanannya yang bercincin. Maka lelaki tadi datang mencabutnya
dan ianya dilihat oleh Nabi SAWAW lalu beliau bersabda: Sesungguhnya
saudaraku Musa telah meminta kepada Engkau dan berkata:(Surah Taha (20):
25): Wahai Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku dan jadikanlah dia
sekutu di dalam urusanku. Maka ayat (Surah al-Qasas (28): 35)"Kami akan
membantumu dengan saudaramu dan kami berikan kamu berdua kekuasaan yang
besar" diturunkan.
"Wahai Tuhanku, aku adalah Muhammad Nabi kalian dan
pilihan kalian, maka lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku
dan jadikanlah untukku seorang pembantuku (wazir) daripada keluargaku
'Ali dan perkukuhkanlah dengannya kekuatan." Abu Dhar berkata:"Demi
Allah sebaik saja Rasulullah SAWAW selesai membaca doa itu, Jibra'il
turun dan berkata: Wahai Muhammad "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah,
RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan
memberikan zakat di dalam keadaan rukuk (al-Maidah (5): 55).
Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh
al-Syablanji di dalam Nur al-Absar5 sanadnya sampai kepada Abu Dhar. Di
antara orang-orang yang meriwayatkan hadith ini diturunkan pada Amiru
l-Mukminin 'Ali AS ialah al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul,6
al-Zamakhsyari di dalam tafsirnya al-Kasysyaf 7 bahawa ayat ini
diturunkan kepada 'Ali ketika peminta sadqah meminta kepada beliau di
dalam keadaan rukuk di dalam solatnya, maka beliaupun mencampakkan
cincinnya. Ibn Hajr al-Asqalani, di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij
Ahadith al-Kasysyaf 8 ketika mengeluarkan hadith ini, dia berkata:
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Salmah bin Kuhail
dia berkata: 'Ali bersadqah dengan cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka
ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang
beriman" [al-Maidah (5): 55] diturunkan.
Hadith ini juga diriwayatkan daripada Ibn Mardawaih
dan Sufyan al-Thauri daripada Ibn Sinan daripada al-Dhahak daripada Ibn
'Abbas, dia berkata:"Ali AS sedang menunaikan solat di dalam keadaan
berdiri, tiba-tiba datang seorang peminta sadqah ketika 'Ali sedang
rukuk. Maka beliaupun memberikan cincinnya kepada orang itu. Lalu ayat
yang bermaksud:"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah,
RasulNya....."[al-Maidah (5): 55] diturunkan.
Abu Bakar Ahmad bin 'Ali al-Razi al-Hanafi di dalam
Ahkam al-Qur'an 9 mengeluarkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa
ayat ini diturunkan mengenai hak 'Ali AS. Sanad-sanadnya berakhir
kepada Mujahid, Sudi, Abu Ja'far, 'Atbah bin Abi Hakim dan lain-lain.
Al-Qurtubi al-Andalusi di dalam al-Jami' li Ahkam
al-Qur'an,10 memindahkan hadith ini daripada Imam al-Baqir AS bahawa
ayat ini diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS dan keluarganya. Dia
berkata: Mereka memberi zakat di dalam keadaan rukuk menunjukkan bahawa
sadqah sunat dinamakan zakat kerana 'Ali AS telah bersadqah sunat
dengan cincinnya semasa rukuk.
Rasyid Ridha yang bermazhab Wahabi di dalam
tafsirnya al-Manar,11 al-Alusi di dalam Ruh al-Ma'ani 12menyatakan
bahawa ayat ini diturunkan kepada hak Amiru l-Mukminin 'Ali AS dengan
berbagai riwayat yang berakhir setengahnya kepada Ibn 'Abbas dan
setengahnya kepada Abdullah bin Salam.
Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir
al-'Uqba,13 telah meriwayatkan beberapa riwayat yang sahih di dalam bab
ini. Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz.14
Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Gha'ib,15
mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa imam selepas Rasulullah
SAWAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS. Justeru itu untuk mengukuhkannya, aku
berkata: Bahawa sesungguhnya ayat ini menunjukkan bahawa apa yang
dimaksudkannya ialah seorang imam. Dan apabila ianya menunjukkan
sedemikian maka imam tadi mestilah 'Ali bin Abi Talib AS.
al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram 16 telah
mengemukakan hadith-hadith yang menunjukkan ayat ini telah diturunkan
kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Dia meriwayatkan sebanyak dua puluh
empat hadith menurut saluran Ahlu s-Sunnah dan dua puluh hadith menurut
saluran Syi'ah.
Begitu juga al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir
17 telah mencatat enam puluh enam nama-nama ulama Ahlu s-Sunnah yang
masyhur yang telah menyebutkan hadith ini dan mereka pula menegaskan
bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS dengan
menyebutkan perawi-perawinya sekali.
Aku berkata: Ini sahajalah peluang yang mengizinkan
kami menyebutkan kata-kata Ahlu s-Sunnah di dalam bab ini. Adapun
sahabat-sahabat kami Imamiyyah, Syi'ah keluarga suci, mereka bersepakat
di dalam buku-buku Hadith, Tafsir dan ilmu l-Kalam bahawa ayat tersebut
diturunkan pada hak 'Ali AS. Sesungguhnya beliaulah yang dimaksudkan
dengan ayat ini. Tidak seorangpun menyalahinya. Kadangkala mereka
mendakwa bahawa hadith ini telah sampai ke peringkat kemutawatirannya.
Lantaran itu tidak ada ruang dan helah bagi seseorang itu untuk
mengesyaki dan menolaknya melainkan ianya seorang pemarah, penentang
ataupun terlalu rendah daya pemikirannya.
Aku berkata: Ayat ini menentukan bahawa
sesungguhnya imam dan khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin
Abi Talib AS kerana Allah SWT mengiringi wilayah 'Ali dengan wilayahNya
dan wilayah RasulNya.
Perkataan innama (bahawa sesungguhnya) di dalam
ayat tersebut memberi maksud al-Hasr dengan persetujuan ahli bahasa.
Lantaran itu wilayah adalah ditentukan untuk mereka. Dan maksud dengan
wali di sini adalah orang yang paling utama (aula) untuk mengurus
sesuatu dan seseorang itu tidak dikatakan aula (lebih utama) melainkan
apabila dia adalah khalifah dan imam. Ini adalah pengertian yang masyhur
menurut ahli bahasa.
Dari segi syarak mereka berkata: Sultan adalah wali
kepada orang yang tidak mempunyai wali. Dan mereka berkata: Wali darah
dan wali mayat, si anu adalah wali urusan rakyat dan si anu adalah wali
bagi orang yang kurang daya kecerdikan. Nabi bersabda: Mana-mana
perempuan yang mengahwini dirinya tanpa keizinan walinya, maka nikahnya
adalah batil. Apa yang dimaksudkan dengan wali di dalam contoh-contoh
tadi ialah al-Aula sebagaimana kata Mibrad di dalam buku al-'Ibarah
tentang sifat-sifat Tuhan bahawa wali ialah aula.
Wali sekalipun sah dikaitakan dari segi bahasa
dengan al-Nasr (pembantu) dan muhibb (pencinta) tetapi kedua-kedua
pengertian itu tidak sesuai di tempat ini kerana kedua-duanya adalah
umum, tanpa terbatas kepada orang yang dikehendaki di dalam ayat yang
mulia ini iaitu firmanNya di dalam (surah al-Taubah (9):71):"Dan
mukminin dan mukminah setengah mereka menjadi Auliya' ke atas setengah
yang lain."
Jika ditanya bagaimana dikehendaki dengan al-Ladhi
na amanu (orang-orang yang beriman) itu Imam Amiru l-Mukminin AS seorang
sahaja, sedangkan perkataan itu adalah umum? Maka kami menjawabnya:
1. Banyak terdapat di dalam percakapan Arab
penggunaan perkataan jamak tetapi dikehendaki seorang sahaja berserta
Qarinah dan sebaliknya. Ini adalah masyhur di kalangan mereka. Di dalam
al-Qur'an firmanNya (Surah Ali Imran(3): 173):"Orang-orang (yang
mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang
mengatakan sesungguhnya "manusia" telah mengumpulkan pasukan untuk
menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada "mereka." Apa yang
dimaksudkan dengannya ialah Nu'aim bin Mas'ud al-Asyja'i sahaja dengan
ijmak ahli Tafsir dan Hadith.
2. Sesungguhnya Allah SWT telah mensifatkan
al-Ladhi na amanu di dalam ayat yang mulia ini dengan sifat yang tidak
menyeluruh kepada semua iaitu yuqimu s-Solah wa yu'tuna z-Zakat wa hum
raki'un (yang mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan
rukuk).
3. Ahli bahasa menggunakan perkataanjamak kepada
seseorang adalah untuk ta'zim (penghormatan) sebagaimana disebutkan oleh
al-Tabarsi di dalam Tafsirnya 18 mengenai ayat ini dengan menerangkan
bahawa penggunaan perkataan jamak kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS adalah
untuk tafkhim (kemuliaan) dan penghormatan. Dia berkata: Cara ini
adalah paling masyhur di dalam percakapan mereka tanpa memerlukan dalil
lagi.
4. Apa yang pasti jika dikehendaki dengan "semua"
jami' ialah penyatuan wali dan mutawalli tetapi yang lazimnya ialah
menyalahi kedua-duanya.
Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf 19 mengatakan
bahawa ayat ini diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Jika anda
bertanya: Bagaimana boleh ianya untuk 'Ali AS sedangkan perkataaan di
dalam ayat tersebut adalah jamak? Aku menjawab:Ianya dibawa dengan
perkataan jamak sekalipun sebabnya seorang lelaki sahaja adalah untuk
menerangkan kepada orang ramai supaya mengikuti perbuatannya ('Ali AS).
Maka dengan ini, mereka akan mendapat pahala setanding dengan pahalanya.
Dan menyedarkan bahawa tabiat Mukminin mestilah mempunyai matlamat bagi
melakukan kebaikan, ihsan, dan melayani faqir miskin sehingga tidak
menangguhkannya meskipun di dalam solat sehingga selesai solat.
Jika ditanya: Sesungguhnya Amiru l-Mukminin 'Ali AS
telah menunaikan solat menghadapi Tuhannya dengan sepenuh hatinya tanpa
merasai sesuatu di luar solatnya. Maka bagaimana beliau "merasai"
perkataan peminta sadqah dan memahaminya. Maka jawapannya: Fahamannya
tentang percakapan peminta sadqah tidak menafikan kekhusyukannya di
dalam solat kerana ianya ibadah di dalam ibadah. Tidak ada jawapan yang
lebih baik daripada apa yang telah dijawabkan oleh Abu l-Faraj al-Jauzi
ketika ditanya mengenainya:
Dia menuang dan meminum tanpa dilalaikan oleh kemabukkannya daripada minuman dan tidak melupai gelasnya.
Kemabukan yang mematuhinya sehingga membolehkannya (melakukan) perbuatan orang yang segar, maka ini seunik-unik manusia.
Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul mencatatkan wa
man yatawalla iaitu sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya dan
al-lladhina amanu iaitu 'Ali, fa inna hizballah (sesungguhnnya parti
Allah) iaitun Syi'ah Allah dan RasulNya dan walinya hum al-Ghalibun
(mereka yang pasti menang) iaitu merekalah yang mendapat kemenangan.(Di
dalam naskhah yang lain) al-'Alimun (mengetahui) sebagai ganti
al-Ghalibun yang mendapat kemenangan. Dan di dalam perkiraannya
(al-Hisab);"Sesungguhnya wali kami adalah Allah, RasulNya dan
orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat di
dalam keadaan rukuk penilaiannya ialah Muhammad SAWAW selepasnya 'Ali
bin Abi Talib dan itrahnya AS.
Di dalam al-Kafi daripada Ja'far bin Muhammad
daripada bapanya daripada datuknya AS, beliau berkata: Manakala ayat
innama wa liyyukumu llah wa Rasuluh diturunkan beberapa orang sahabat
Rasulullah SAWAW berkumpul di Masjid Madinah. Sebahagian mereka berkata
kepada sebahagian yang lain: Apa pendapat kalian tentang ayat ini?
Sebahagian mereka menjawab: Sekiranya kita mengingkari ayat ini nescaya
kita mengingkari kesemuanya (al-Qur'an). Dan sekiranya kita
mempercayainya, maka ianya merupakan satu kehinaan kepada kita manakala
'Ali menguasai ke atas kita. Mereka menjawab: Sesungguhnya kalian telah
mengetahui bahawa Muhammad adalah benar apa yang diucapkannya. Justeru
itu kita menjadikannya wali tetapi kita tidak akan mematuhi 'Ali tentang
yang diperintahkannya. Maka turunlah ayat (Surah al-Nahl (16):
83):"Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya"
iaitu wilayah Muhammad SAWAAW (dan kebanyakan mereka mengingkarinya)
iaitu wilayah 'Ali AS. Al-Saduq di dalam al-Amali berkata:"Umar bin
al-Khattab berkata:Aku telah bersadqah cincin dalam keadaan rukuk supaya
diturunkan (ayat) sebagaimana telah diturunkan kepada 'Ali bin Abi
Talib AS, tetapi ia tidak juga turun.
Aku berkata: Apabila anda mengetahui dalil-dalil
Sunnah dan Syi'ah yang telah aku kemukakan, maka aku berkata:Tidak harus
mendahului selain daripada 'Ali ke atas 'Ali sebagaimana tidak harus
mendahului seseorangpun ke atas Nabi SAWAW kerana sesungguhnya Allah SWT
telah menjadikan Muhammad dan 'Ali bersamaNya di dalam ayat al-Wilayah.
Adapun orang-orang yang bertentangan dengan kami sekalipun mereka
mengetahui sesungguhnya ayat al-Wilayah telah diturunkan pada 'Ali AS
secara Qat'i sebagaimana telah aku kemukakan tadi, mereka sengaja
mengubah maknanya menurut mazhab mereka dan hawa nafsu mereka.
Nota Kaki:
1. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.
2. al-Ausat, hlm. 89-90.
3. Kifayah al-Talib, hlm. 106.
4. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417.
5. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105.
6. Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422.
7. al-Kasysyaf, I, hlm. 422.
8. al-Kafi al-Syafi, hlm. 56.
9. Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 543.
10. al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, VI, hlm. 221.
11. Tafsir al-Manar, VI, hlm. 442
12. Ruh al-Ma'ani, VI, hlm. 149.
13. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 88.
14. Tadhirah al-Huffaz, hlm. 18.
15. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 156.
16. Ghayah al-Maram, hlm. 103-107.
17. al-Ghadir, III, hlm. 156
18. Majma' al-Bayan, I, hlm. 148.
19. al-Kasysyaf, I, hlm. 422
2. Ayat at-Tathir
FirmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33):
33):"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari
kamu ('an-kum) wahai Ahlu l-Bait, dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya."
Menurut tafsir-tafsir Syi'ah, ayat ini diturunkan
secara khusus kepada Ahlu l-Bait AS sahaja. Sementara orang lain tidak
termasuk di dalam ayat-ayat tersebut. Manakala tafsir-tafsir Ahlu
s-Sunnah pula, ada yang mengakui bahawa ayat tersebut dikhususkan untuk
Ahlu l-Bait AS sahaja, ada yang menyatakan ayat tersebut termasuk
isteri-isteri Nabi (SAWAW), dan ada yang mengatakan ianya dikhususkan
kepada isteri-isterinya (SAWAW) sahaja. Lantaran itu ianya bertentangan
dengan kaedah Bahasa Arab yang tidak menggunakan Dhamir Ta'nith
(gantinama perempuan) untuk perempuan di dalam ayat tersebut. Malah
Allah SWT menggunakan Dhamir Tadhkir (gantinama lelaki) iaitu perkataan
'an-kum (daripada kamu) dan perkataan yutahhira-kum membersihkan kamu
(lelaki).
Kaedah ini memang diketahui oleh penuntut-penuntut
yang kecil dan kebanyakan orang awam. Di dalam ertikata yang lain,
jikalau Allah SWT di dalam ayat tadi menghendaki isteri-isteri Nabi
(SAWAW), nescaya Dia menggunakan dhamir Ta'nith, 'an-kunna (daripada
kamu isteri-isteri) dan yutahhirakunna Dia membersihkan (kamu
isteri-isteri) sebagaimana Dia menggunakan dhamir Ta'nith sebelumnya
(Surah al-Ahzab (33):32. Lantaran itu Allah telah menggunakan dhamir
tadhkir untuk mengeluarkan isteri-isteri daripada ayat tersebut.
'Ali bin Ibrahim di dalam Tafsirnya 20 daripada
Zaid bin 'Ali AS dia berkata: Sesungguhnya orang-orang yang jahil
mengatakan bahawa Allah menghendaki dengan ayat ini isteri-isteri Nabi
SAWAW. Pada hakikatnya mereka berbohong dan mereka berdosa. Demi Allah
sekiranya Dia maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW, nescaya Dia akan
berkata: an kunna al-Rijs (daripada kalian isteri-isteri) dan
yutahhira-kunna (membersihkan kalian isteri-isteri dengan
sebersih-bersihnya. Dan Dia menggunakan perkataan muannathan (ganti nama
perempuan) sebagaimana Dia berfirman: Wazkurna mayutla fibuyuti-kunna,
wa la Tabarrajna, wa lastunna Kaahadin min l-Nisa.' Oleh itu ayat Tathir
(Surah al-Ahzab (33):33) tidak harus pada isteri-isteri Nabi SAWAW
sekalipun ianya ditafsirkan sebagai berkongsi dengan Ahlu l-Bait AS.
Kerana Allah SWT telah mengancam mereka sebelum ayat Tathir dalam
firmanNya (Surah al-Ahzab (33): 28-30).
Dan Dia juga telah mengancam mereka dengan
firmanNya (Surah al-Tahrim (66):4-5):"Jika kamu berdua bertaubat kepada
Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima
kebaikan); dan jika kamu berdua bantu membantu menyusahkan Nabi, maka
sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan
orang-orang Mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat
adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya
akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik
daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang
mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan."
Inilah adalah menurut apa yang difirmankanNya
(al-Mantuq). Adapun mafhumNya: Wahai-wahai isteri-isteri Nabi kalian
tidaklah mukminat, qanitat, ta'ibat, sekiranya kalian masih menyakitinya
SAWAW. Dan diriwayatkan bahawa Nabi SAWAW tidak mencampuri mereka
selama sebulan kerana mereka menyakiti hatinya SAWAW. Rujuklah kepada
tafsir-tafsir Ahlu s-Sunnah mengenai ayat ini.
Dan apa yang jelas terdapat di kalangan
isteri-isteri tersebut yang telah memerangi Khalifah 'Ali, Hasan dan
Husain AS. Memerangi mereka bererti memerangi Allah menurut hadith
Rasulullah (SAWAW): Jangan anda melupai bahawa 'Aisyah telah mengetuai
angkatan bersenjata kerana memprotes jenazah Hasan untuk disemadikan di
samping datuknya Rasulullah SAWAW.21 Jikalau 'Aisyah masih hidup di hari
peperangan Husain AS di Karbala, nescaya dia akan memerangi Husain bin
'Ali AS pula kerana sifatnya yang sentiasa memerangi Ahlu l-Bait AS.
Justeru itu tidak hairanlah jika Ibn 'Abbas berkata kepada 'Aisyah: Anda menaiki unta, menaiki baghal,
dan sekiranya anda hidup anda akan menaiki gajah.
Bagi anda sepersembilan daripada seperlapan tetapi
anda memiliki kesemuanya.Iaitu anda memiliki rumah anda sedangkan anda
memiliki sepersembilan daripada seperlapan dan bakinya adalah untuk
isteri-isterinya (SAWAW). Dan tujuh perlapan adalah untuk Fatimah
kemudian untuk anak-anaknya.
Jikalau setengah daripada isteri-isteri beliau
bertindak begitu keadaannya, bagaimana mereka termasuk di dalam ayat
at-Tathir yang disucikan daripada segala dosa? Telah diriwayatkan bahawa
'Aisyah RD berkata kepada Nabi SAWAW di dalam keadaan marah:"Tidakkah
anda sahaja yang menyangka anda seorang Nabi Allah?"22
Adakah mereka layak dengan tindakan mereka yang
menyalahi peradaban sebagai isteri, lebih-lebih lagi suami mereka itu
adalah Rasulullah SAWAW, dimasukkan ke dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab
(33):33) daripada dosa sedangkan mereka berlumuran dengannya? Jikalau
ayat itu termasuk "isteri-isteri" khususnya 'Aisyah, nescaya dia
berpesta dan memberitahukannya kepada orang yang masih hidup dan orang
yang telah mati. Dan tentu sekali Umm Salmah lebih berhak untuk
dimasukkan di dalam ayat tersebut. Kerana kedudukannya di sisi
Rasulullah SAWAW dan ayat Tathir telah diturunkan di rumahnya. Manakala
mereka tidak dimaksudkan di dalam ayat tersebut, Rasulullah SAWAW
mengeluarkannya (Umm Salmah) dengan menarikkan al-Kisa' daripada
tangannya lantas Umm Salmah bertanya: Tidak. Berdirilah di tempat anda.
Mudah-mudahan anda berada di dalam kebaikan.
Sebagaimana juga beliau menegah 'Aisyah dan Zainab
dari memasuki bersama mereka dan memberi jawapan kepada mereka berdua
sebagaimana jawapan beliau terhadap Umm Salmah.
Rasulullah SAWAW telah menutup ke atas 'Ali,
Fatimah, Hasan dan Husain dengan al-Kisa'(pakaian) dan mengangkatkan
tangannya ke atas mereka sambil membaca ayat Tathir yang
bermaksud:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa
dari kami ('an-kum) wahai Ahlu -Bait, dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya" adalah semata-mata untuk memisahkan mereka daripada
isteri-isteri dan orang-orang Islam yang lain, dan sabdanya aku
bermaksud: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlu l-Baitku.
Di dalam riwayat yang lain (Ahli) keluargaku iaitu
tidak ada selain daripada mereka. Penafsir kepada ayat ini ialah
Rasulullah SAWAW sendiri. Manakah penafsiran yang diterima selepas
penafsirannya? Adakah orang yang datang dengan al-Qur'an (Nabi SAWAW)
yang mengeluarkan isteri-isterinya daripada ayat al-Tathir lebih
diterima penafsirannya? Atau sebaliknya orang yang tidak mengetahui
takwilannya sehingga memasukkan isteri-isterinya atau sebaliknya di
dalam ayat tersebut?
Dan juga dalil yang lebih kuat bahawa isteri-isteri
Nabi SAWAW tidak termasuk Ahlu l-Baitnya ialah Nabi SAWAW tidak membawa
mereka keluar di Hari Mubahalah dengan Kristian Najran kerana beliau
menjanjikan mereka untuk membawa wanita-wanitanya bersama sebagaimana
firmanNya di dalam (Surah Ali Imran (3):61):"maka katakanlah
(kepadanya):Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu,
wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu;
kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya
laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."
Sebagaimana ketua Kristian Najran berpidato kepada
kumpulannya: Sekiranya Muhammad keluar dengan Ahlu l-Baitnya, maka
jangan kalian lakukan mubahalah. Dan sekiranya beliau keluar dengan
sahabat-sahabatnya, maka lakukanlah mubahalah. Semua ahli tafsir dan
sejarah bersepakat bahawa Nabi SAWAW tidak keluar bersamanya untuk
mubahalah selain daripada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Justeru itu
merekalah Ahlu l-Baitnya bukan orang lain. Sekiranya ada orang lain
selain daripada mereka nescaya Nabi SAWAW akan mengajak mereka keluar
untuk "bermubahalah" bersama di sa'at yang paling genting bagi menentang
kebatilan.
Oleh itu orang yang Nabi SAWAW bermubahalah bersama
mereka bagi menentang Nasara Najran ialah orang yang Allah telah
menghilangkan daripada mereka kekotoran di dalam al-Qur'an yang mulia.
Lagipun apabila perkataan Ahlu l-Bait AS diucapkan secara langsung
bererti al-itrah al-Tahirah AS;'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain Ali tidak
termasuk isteri-isteri. Justeru itulah Nabi SAWAW memaksudkan mereka
semenjak beliau mewasiatkan mereka dan menerangkan kelebihan-kelebihan
mereka di dalam hadith-hadithnya yang mutawatir di dalam buku-buku Sahih
"mereka." Dan tidak seorang pun memasukkan "isteri-isteri" di dalam
hadith-hadith tersebut. Di antaranya dua hadith yang muktabar yang
diriwayatkan oleh jumhur Muslimin"
1. Hadith Thaqalain: Sabda Nabi SAWAW yang
bermaksud: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga; Kitab
Allah dan 'Itrahku (Ahlu l-Baitku) selama kalian berpegang kepada
kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya.23
2. Hadith al-Safinah: Sesungguhnya yang bermaksud:
Umpama Ahlu l-Baitku sepertilah Bahtera Nuh, siapa yagn menaikinya akan
berjaya, dan siapa yang tidak menaikinya akan sesat selama-lamanya.24
Adapun menjadi kebiasaan kepada kaum Muslimin apabila mereka menyebutkan
Ahlu l-Bait di dalam majlis-majlis mereka, mereka tidak maksudkan
isteri-isteri Nabi SAWAW. Begitu juga penyair-penyair Ahlu s-Sunnah dan
Syi'ah apabila mereka menyusun syair memuji Ahlu l-Bait AS mereka
maksudkan lima Ahlu l-Kisa': Muhammad SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan
Husain AS. Perhatikanlah kenyataan yang dibuat oleh Imam Syafi'i
mengenai Ahlu l-Bait AS:
Wahai Ahlu l-Bait Rasulullah cintamu suatu fardhu daripada Tuhan di dalam al-Qur'an telah diturunkan.
Memadailah kebesaran Nabimu sesungguhnya kami siapa yang tidak bersalawat ke atas kamu tidak sah sembahyangnya.
Dimaksudkan dengan Ahlu l-Bait AS ialah 'Ali,
Fatimah, Hasan, dan Husain AS. Demikianlah juga beribu-ribu karangan
para ulama Ahlu s-Sunnah menjelaskan bahawa maksud Ahlu l-Bait ialah
Nabi SAWAW dan keturunan 'Ali yang disucikan.
Ya, memang terdapat orang-orang seperti 'Ikramah
al-Barbari, Muqatil dan lain-lain yang terkenal dengan pembohongan ke
atas Rasulullah SAWAW telah membuat hadith-hadith palsu. Rasulullah
SAWAW bersabda maksudnya: Akan banyak pembohongan ke atasku, siapa yang
membohongi ke atasku dengan sengaja maka hendaklah ia duduk di tempatnya
di neraka.
Oleh itu mengkhususkan "isteri-isteri" atau
meletakkan mereka bersama Ahlu l-Bait AS di dalam ayat Tathir (Surah
al-Ahzab (33): 33) adalah rekaan musuh-musuh Ahlu l-Bait. Malah mereka
mencipta perkara-perkara yang berlawanan dengan Ahlu l-Bait AS, perkara
ini adalah jelas. Lantaran itu menolak hadith-hadith palsu dan
membersihkan buku-buku sirah dan sejarah daripadanya adalah perkara yang
wajib dilaksanakan.
Justeru itu ianya suatu kepastian bahawa ayat
Tathir dan pembersihan kekotoran daripada mereka adalah istimewa untuk
para imam Ahlu l-Bait AS. Mereka adalah zuriat Rasulullah SAWAW dan
mereka lebih berhak dengannya. Justeru itu perkataan innama di dalam
ayat tersebut bermaksud al-Hasr (pengkhususan kepada mereka sahaja).
Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan bersihnya
"itrah Nabi SAWAW daripada keaiban dan kemaksuman mereka daripada
dosa-dosa. Dan aku akan menerangkan dalam bukuku ini bahawa imamah tidak
layak melainkan bagi mereka yang bersih daripada segala keaiban dan
dosa. Justeru itu sabitnya imamah 'Ali dan anak-anaknya AS sama ada
mereka memegang jawatan itu ataupun tidak disebabkan orang ramai tidak
menyokong mereka sebagaimana sabdanya:"Hasan dan Husain kedua-duanya
imam sama ada mereka memegang jawatan ataupun tidak" kerana kedua-duanya
telah dilantik oleh Allah SWT. Dan sesiapa yang mempunyai kedudukan
sedemikian, keimamahannya tidak akan dicacatkan oleh penentangan orang
ramai terhadapnya. Kerana imamah bukanlah melalui perlantikan orang
ramai, malah melalui nas daripada Allah SWT.
Imam al-Bahrani di dalam Ghayat a-Maram25 telah
mencatat lebih daripada satu ratus dua puluh hadith mengkhususkan Ahlu
l-Bait AS dengan "mereka" bukan isteri-isteri Nabi SAWAW dan lebih
sepertiga daripada hadith-hadith tersebut adalah menurut saluran Ahlu
s-Sunnah. Oleh itu buatlah rujukan kepada buku-buku tersebut wahai
pembaca yang budiman.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur26 menegaskan
bahawa ayat tersebut diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa melalui
dua puluh saluran. Al-Tabari di dalam Jami' al-Bayan27 menyatakan ianya
diturunkan kepada Nabi SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain melalui
enam belas saluran. Al-Sayyid Syihabuddin dan al-Mar'asyi al-Najafi di
dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq karangan Qadhi Nur Allah al-Tastari
RH telah menyebutkan riwayat-riwayat dan hadith-hadith yang banyak
semuanya menurut saluran Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah bahawa ayat tersebut
telah diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa';Muhammad, Fatimah,'Ali,
Hasan dan Husain AS.
Di sini diperturunkan beberapa riwayat Ahlu
s-Sunnah yang menunjukkan bahawa ayat Tathir diturunkan kepada lima
orang Ashabu l-Kisa' seperti berikut:
1. Ahmad bin Hanbal telah mencatat dalam
Musnadnya29 daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW telah melalui
rumah Fatimah AS selama enam bulan. Apabila beliau keluar untuk
sembahyang Subuh, beliau bersabda: wahai Ahlu l-Bait! Sesungguhnya Allah
menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu kekotoran Ahlu l-Bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Al-Wahidi di dalam Asbab
al-Nuzul30 telah menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan bahawa
ianya diturunkan kepada lima orang Ashabu l-Kisa'.
2. Ibn Jarir telah mencatat di dalam Tafsirnya
begitu juga Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih,al-Tabrani, dan
lain-lain. Al-Turmudhi dan al-Hakim menyatakan kesahihan hadith
tersebut. Begitu juga al-Baihaqi di dalam Sunannya dengan bermacam-macam
saluran. Umm Salamah berkata: Ayat Tathir telah diturunkan di rumahku.
Di dalam rumah itu ada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka Rasulullah
SAWAW menyelimutkan mereka dengan al-Kisa' (kain berwarna hitam) dan
bersabda: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlu l-Baitku. Justeru itu
hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan
sebersih-bersihnya.
3. Muslim di dalam Sahihnya31 bab 'Fadhl Ahlu
l-Bait AS' meriwayatkan daripada 'Aisyah dia berkata: Rasulullah keluar
di waktu pagi, di atasnya kain hitam, maka datanglah Hasan bin 'Ali,
maka beliau memasukkan ke dalamnya. Kemudian datang Husain, maka dia
memasukkan bersamanya, kemudian datang 'Ali, maka beliau memasukkannya.
Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah menghendaki untuk
menghilangkan daripada kamu kekotoran dosa Ahlu l-Bait dan membersihkan
mereka dengan sebersih-bersihnya." Hadith ini telah dikeluarkan oleh
Ahmad daripada hadith 'Aisyah di dalam Musnadnya. Dan ianya juga telah
dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, al-Hakim pengarang al-Jami'
baina al-Sahihaini, dan pengarang al-Jami' Baina al-Sihah al-Sittah. Dan
sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hendaklah membuat
rujukan kepada Rasyfah al-Sadi karangan Abu Bakar Syahabuddin dan
Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah) karangan Sayyid Syarafuddin tentang
pengkhususan ayat Tathir kepada lima Ahlu l-Kisa'.Dan ianya sudah
mencukupi bagi orang yang mempunyai mata hati.
Di sini aku akan mengemukakan sebahagian daripada
nas-nas yang menerangkan tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW
dari ayat al-Tathir dan ianya tidak bertentangan dengan nas-nas yang
telah lepas yang mengkhususkan ayat tersebut kepada lima orang AS.
Sesungguhnya apa yang dikemukakan di sini adalah berdasarkan kepada
penerangan Nabi SAWAW sendiri bahawa isteri-isterinya adalah terkeluar
daripada ayat tersebut di antaranya: Ahmad bin Hanbal di dalam
Musnadnya32 daripada 'Abdu l-Malik daripada 'Ata ibn Abi Rayah dia
berkata: Orang yang telah mendengar Umm Salmah meriwayatkan kepadaku
bahawa dia berkata: Sesungguhnya Nabi SAWAW berada di rumahnya. Maka
Fatimah mendatanginya dengan cerek yang berisi makanan, maka dia
memberikan kepadanya. Lalu beliau bersabda: Panggilkan suami anda dan
dua anak lelaki anda. Dia berkata: Maka datanglah 'Ali, Hasan dan
Husain, maka merekapun masuk dan memakan makanan tersebut. Nabi SAWAW
berada di atas tempat tidurnya di penjuru di bawah al-Kisa' Khaibar. Dia
bersabda: Aku sedang sembahyang di dalam kamarku, maka Allahpun
menurunkan ayat (Surah al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Maka dia berkata: Beliau (Nabi SAWAW) mengambil
al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka. Kemudian beliau
mengeluarkan tangannya mengangkat ke langit sambil berkata: Wahai
Tuhanku mereka itulah Ahlu l-Bait dan orang istimewaku. Hilanglah
daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan
sebersih-bersihnya. Dia berkata: Aku memasukkan kepalaku di dalamnya
maka aku berkata: Aku bersama kalian wahai Rasulullah. Beliau bersabda:
Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Ahmad berkata
selepas meriwayatkan hadith ini,"Abdu l-Malik berkata: Abu Laila telah
meriwayatkan kepadaku daripada Umm Salmah seperti hadith 'Ata. 'Abdu
l-Malik berkata: Daud bin Abi 'Auf al-Jahaf telah meriwayatkan kepadaku
daripada Hausyab daripada Umm Salmah seumpamanya.
Ibn Kathir di dalam Tafsirnya33 telah meriwayatkan
hadith ini. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul34 daripada 'Ata. Ibn
al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul al-Muhimmah35 meriwayatkannya
daripada al-Wahidi.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur,36 Ibn Jarir,
Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, al-Tabari dan Ibn Mardawaih daripada Umm
Salmah RD isteri Nabi SAWAW: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW berada di
rumahnya (Umm Salmah) di atas tempat tidur dan di bawahnya al-Kisa'
Khaibar. Maka Fatimah membawa kepadanya cerek yang berisi makanan. Maka
Rasulullah SAWAW berkata: Panggillah suami anda dan dua anak lelaki
anda, Hasan dan Husain. Maka beliaupun memanggil mereka dan ketika
mereka sedang makan, tiba-tiba diturunkan ke atas Rasulullah (Surah
al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan
segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya."
Maka Nabi SAWAW mengambil al-Kisa' dan
membentangkannya ke atas mereka kemudian beliau mengeluarkan tangannya
daripada al-Kisa' dan memberi isyarat ke langit sambil bersabda:"Wahai
Tuhanku! Mereka itulah Ahlu l-Baitku dan orang istimewaku. Oleh itu
hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan
sebersih-bersihnya. Beliau berkata sebanyak tiga kali. Umm Salmah
berkata: Aku memasukkan kepalaku ke dala al-Kisa' maka aku berkata;
Wahai Rasulullah! Aku bersama kalian? Beliau menjawab: Sesungguhnya anda
akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Beliau mengulanginya
sebanyak dua kali.
Hadith ini telah juga diriwayatkan oleh Sayyid
Muhsin al-Amini di dalam A'yan al-Syi'ah37 daripada Usd al-Ghabah.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur juga mengatakan: Al-Tabrani telah
mengeluarkan hadith ini daripada Umm Salmah RD, sesungguhnya Rasulullah
SAWAW bersabda kepada Fatimah AS: Panggillah suami dan dua anak lelaki
anda. Maka beliaupun datang bersama mereka semua. Kemudian beliau
bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itulah Ali Muhammad. Di dalam perkataan
lain: Jadikanlah salawat Engkau ke atas Ali Muhammad sebagaimana Engkau
telah menjadikannya untuk Ali Ibrahim Innaka hamidun majid.
Maka Umm Salmah berkata: Akupun mengangkat al-Kisa'
supaya aku memasuki bersama mereka. Tetapi beliau menariknya daripada
tanganku dan bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di
akhirat kelak). Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di
dalam Musnadnya38 daripada Umm Salmah. Al-Kanji al-Syafi'i di dalam
Kifayah al-Talib39 daripada Ahmad di dalam Manaqib 'Ali AS dan daripada
Syahr bin Hausyab daripada Umm Salmah RD.
Al-Tabrani di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,40
al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,41 Ibn Kathir di dalam
Tafsirnya,42 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,43
al-Turmudhi di dalam Sahihnya,44 al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah,45 al-Syablanji al-Syafi'i di dalam Nur al-Absar,46 Syaikh
Muhammad al-Siban di dalam As'af al-'Raghibin Hamisy Nur al-Absar,47 dan
lain-lain pembesar-pembesar ulama Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan
hadith tersebut dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz.
Nas-nas yang sahih dan mutawatir yang dikemukakan
adalah diriwayatkan oleh semua lapisan Muslimin dan ianya merupakan
bukti-bukti yang jelas dan hujah-hujah yang kuat tentang terkeluarnya
isteri-isteri Nabi SAWAW daripada ayat tersebut dan iannya diturunkan
kepada lima manusia suci Ashabul l-Kisa' dssan iannya tidak dapat
diingkari melainkan oleh orang-orang yang fanatik (muta'assib) kepada
kebatilan.
Apa yang telah aku kemukakan tentang terkeluarnya
'isteri-isteri' daripada ayat al-Tathir dan turunnya ayat tersebut ke
atas lima manusia suci Ahlu l-Kisa' AS, adalah mencukupi untuk menolak
sangkaan yang menyatakan ianya diturunkan ke atas 'isteri-isteri' secara
khusus atau secara perkongsian (al-Isytirak). Dan sekiranya anda ingin
mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang telahku kemukakan,
maka buatlah rujukan kepada bukuku yang berjudul al-Syi'ah wa hujjatu
hum fi al-Tasyayyu' (Syi'ah dsan hujah mereka tentang Tasyayyu').
Oleh itu aku ingin menegaskan bahawa apa yang
telahku kemukakan adalah menunjukkan bahawa ayat al-Tathir adalah
dikhususkan kepada lima Ashab al-Kisa' dan juga menunjukkan bahawa
mereka adalah maksum daripada segala dosa. Dan ianya menunjukkan bahawa
khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara terus ialah 'Ali bin Abi Talib
AS. Selepas beliau ialah Hasan, kemudian Husain, kemudian sembilan
daripada anak-anak Husain AS secara berturut-turut menuruti nas-nas yang
wujud dalam buku-buku Sunnah dan Syi'ah.
Dalilku di atas dakwaan tersebut ada dua perkara:
1. al-'Ismah adalah menjadi syarat pada seorang
imam menurut Syi'ah kerana imam yang diikuti selepas Nabi SAWAW bila
tidak maksum, tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu sabitnya
'ismah imam seperti sabitnya 'ismah Nabi SAWAW. Ayat tersebut telah
menunjukkan kemaksuman Amiru l-Mukminin Ali dan dua anaknya Hasan dan
Husain AS. Justeru itu, terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk
mereka bukan selain daripada mereka. Mereka itulah para imam dan
khalifah-khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Setiap orang daripada mereka
mengnaskan kepada imam selepasnya. Begitulah seterusnya sehingga sampai
kepada Imam Mahdi al-Muntazar AS. Oleh itu berpegang kepada pendapat
mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum. Dan apabila tidak
wujudnya 'ismah maka berlakulah kesalahan. Oleh itu ianya tidak sah
untuk menjadi khalifah yang mengendalikan syariat Rasulullah SAWAW tanpa
'ismah.
2. Imam Amiru l-Mukimin telah berulang-ulang kali
menuntut jawatan khalifah untuk dirinya di tempat-tempat yang
bermacam-macam. Di antaranya beliau berkata di dalam khutbah
al-Syiqsyiqiyyah48 yang dicatat oleh jumhur Muslimin Sunnah dan Syi'ah
seperti berikut:
" Demi Allah Ibn Abi Qahafah (Abu Bakar ibn Abi
Qahafah) telah mengenakan pakaian khalifah itu, padahal ia mengetahui
dengan yakinnya bahawakedudukanku sehubungan dengan (kekhalifahan) itu
sama seperti hubungan pasak dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan
burung tidak dapat terbang kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap
kekhalifahan) dan melepaskan diri daripadanya."
" Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan
menyerangnya atau aku harus menanggung cubaan sengsara kegelapan yang
membutakan itu hingga orang dewasa menjadi daif, orang muda mejadi tua,
dan mu'min yang soleh hidup dalam kongkongan sehingga ia menemui Allah
(di saat kematiannya). Aku pun berpendapat bahawa adalah lebih bijaksana
untuk menanggungnya dengan tabah. Aku lalu menempuh jalan kesabaran,
walaupun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkong rasa tercekik. Aku
menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu
Bakar) menemui ajalnya; namun ia menyerahkan kekhalifahan itu kepada Ibn
Khattab (Umar al-Khattab) sendiri. (Lalu Ali mengutip syair A'sya:) "
Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku
bersama Jabir, saudara Hayyan."
" Sungguh aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas
dari jawatan khalifah, tetapi ia mengukuhkannya kepada yang lain itu
(Umar) setelah kematiannya. Tidak syak lagi kedua orang ini hanya
berbahagi puting susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (Umar)
mengunci kekhalifahan rapat-rapat, di mana ucapannya sombong dan
sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak, dan kerana itu maka
dalihnya pun sangat banyak. Orang yang berhubungan dengan kekhalifahan
itu ibarat menunggang unta yang degil. Apabila penunggang itu menarik
kekangnya maka muncung unta itu akan robek; dan apabila penunggang itu
membiarkannya maka ia sendiri akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya,
demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam ketidakpedulian, kejahatan,
kegoyahan dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar
dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, hingga ketika (Umar)
menemui ajalnya ia menyerahkan urusan kekhalifahan itu kepada satu
kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripada mereka."
" Tetapi, Ya Allah! Apa urusanku dengan syura ini!
Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama dari
antara mereka (Abu Bakar) sehingga sekarang aku harus dipandang sama
dengan orang-orang ini? Namun, aku terus merendah sementara mereka
merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang
dari mereka berpaling menentangku kerana hubungan kekeluargaannya,
sedangkan yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana hubungan
iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini
berdiri dengan dada membusung di antaranya (Bani Umayyah) pun bangkit
menelan harta Allah, bagaikan unta memakan dedaunan musim semi, sampai
talinya putus, tindak tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya
menyebabkan ia terguling."
" Pada saat itu tiada yang mengejutkan aku lebih
daripada (tindakan) orang ramai yang berpusu ke arahku dari segala
penjuru seperti serbuan sekumpulan rubah (hyena) sehingga Hasanain
(Hasan dan Husayn, dua putra Fatimah dan Ali) terinjak dan kedua
bahagian bahu pakaianku terkoyak. Mereka berkumpul di sekelilingku
seperti kawanan domba dan kambing. Ketika aku memegang tampuk
pemerintahan sebahagian memutuskan bai'ahnya (nakatsa) dan sebahagian
lagi mengingkarinya (maraqa) dan yang lain bertindak salah (qasata),
kerana mereka tidak mendengar firman Allah SWT yang berbunyi
[bermaksud]: " (Kebahagian) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka
yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dan
kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang bertaqwa." [Surah
al-Qasas(28):83]
Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan
memahaminya tetapi dunia terlihat berkilau di mata mereka dan hiasan
dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan biji-bijian
dan menciptakan makhluk hidup, apabila orang-orang tidak datang kepadaku
dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam bentuk penolong
itu (pasukan yang membantu Ali) dan bila tidak ada perjanjian Allah
dengan ulama bahawa mereka tidak boleh bungkam terhadap kerakusan
seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan
melemparkan tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum
kepada yang terakhir dengan piala yang aku gunakan untuk orang yang
pertama. Maka akan kamu lihat bahwa dalam padanganku duniamu tidak lebih
dari bersinnya seekor kambing.” 49
Begitu juga anak perempuan Rasulullah, dan
kedua-dua anaknya Hasan dan Husain dan sembilan anak-anak Husain AS
menuntut khalifah untuk Amiru l-Mukminin AS. Lantaran itu, ianya menjadi
kewajipan kepada umat membenarkan mereka kerana kemaksuman mereka. Dan
tidak harus ke atas mereka pembohongan kerana pembohongan adalah suatu
kekotoran (rijsun) yang dinafikan daripada mereka oleh ayat tersebut.
Oleh itu jelaslah sabitnya khalifah selepas
Rasulullah SAWAW bagi 'Ali bin Abi Talib AS. Dan ianya bukanlah
mencukupi dengan ayat-ayat at-Tathir sahaja, malah banyak dalil-dalil
dan hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan 'Ali AS berhak menjadi
khalifah selepas Rasulullah SAWAW sehingga diakui oleh musuh-musuhnya
dan diketahui oleh yang terdekat dan yang jauh.
Dan buku-buku mengenainya telah ditulis dengan
banyak. Di antaranya buku karangan Ayatullah al-'Uzma Muhammad bin Yusuf
bin al-Mutahhar dikenali dengan al-'Allamah al-Hulli RH. Dia telah
menulis dua ribu dalil menyokong 'Ali AS. sebagai khalifah selepas
Rasulullah SAWAW. Satu daripadanya mengandungi dalil-dalil aqliyyah dan
seribu lagi mengandungi dalil-dalil naqliyyah. Dan dia menamakan bukunya
al-Faini.
Nota Kaki:
20. Tafsir 'Ali bin Ibrahim, hlm. 531.
21. Hasan AS disemadikan berjauhan dari datuknya
SAWAW sebagai menyahuti protes 'Aisyah RD; Sibt Ibnu Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwas, hlm. 122.
22. Ihya' 'Ulum al-Din, II, hlm. 20.
23. Muslim, Sahih, VII, hlm. 123; Turmudhi,
al-Sunan, II, hlm. 307; al-Darimi, al-Sunan, II, hlm. 332; Ibn Hanbal,
al-Musnad, III, hlm. 14,17, dan 36.
24. al-Mustadrak, II, hlm. 343.
25. Ghayat al-Maram, hlm. 150.
26. al-Durr al-Manthur, V, hlm. 18.
27. Jami' al-Bayan, XXII, hlm. 198.
28. Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq, II, hlm. 502.
29. al-Musnad, II, hlm. 259.
30. Asbab al-Nuzul, hlm. 251.
31. Sahih, hlm. 331.
32. al-Musnad, VI, hlm. 292.
33. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 484.
34. Al-Wahidi, op.cit. hlm. 268.
35. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 8.
36. al-Sayuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198.
37. A'yan al-Syi'ah, II, hlm. 433.
38. al-Musnad, VI, hlm. 32.
39. Kifayah al-Talib, hlm. 228.
40. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 21.
41. Kanz al-Ummal, VII, hlm. 103.
42. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 484.
43. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 7.
44. Sahih, II, hlm. 308.
45. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 78.
46. Nur al-Absar, hlm. 104.
47. As'af al-Raghibin, hlm. 104.
48. Seramai dua puluh lapan orang para ulama Ahlu
s-Sunnah memperakui kesahihan Khutbah al-Syiqsyiqiyyah. Lihat al-Amini,
al-Ghadir, I, hlm. 82-85.
49. Nahj al-Balaghah, hlm. 48-50.
3. Ayat al-Mubahalah
Iaitu firmanNya yang di dalam (surah Ali Imran (3):
61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah 'Isa) sesudah datang ilmu
(yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita
memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan
wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita
bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan
kepada orang-orang yang dusta."
Semua ulama Tafsir Sunnah dan Syi'ah bersepakat
bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan kepada lima manusia suci; Muhammad,
'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Di sana terdapat para sahabat lelaki
tetapi beliau tidak memanggil seorang pun daripada mereka selain
daripada 'Ali, Hasan dan Husain. Kemudian di sana juga terdapat Ummahat
al-Mukminin dan wanita-wanita Bani Hasyim, tetapi beliau tidak memanggil
seorangpun daripada mereka selain daripada anak kandungnya Fatimah
al-Zahra' AS.
Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi
oleh orang yang mempunyai pandangan yang tajam bahawa maksud Anfusa-na
(diri kami) di sini ialah saudara Rasulullah SAWAW yang kedudukannya di
sisi Rasulullah SAWAW samalah dengan kedudukan Harun di sini Musa.
Beliau ialah Imam Amiru l-Mukiminin 'Ali AS kerana Allah menjadikannya
('Ali AS) di dalam ayat ini nafs Muhammad SAWAW (diri Muhammad itu
sendiri).
Demi Allah sesungguhnya itu adalah keistimewaan
yang besar yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada mereka dan tidak ada
orang lain selain daripada mereka dari umat ini. Ibn Hajr telah
menyebutkannya di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah di dalam bab kesebelas
riwayat daripada al-Dar al-Qutni bahawa 'Ali di majlis Syura ('Umar)
telah berhujah dengan menyatakan: Aku menyeru kalian dengan nama Allah
adakah kalian seorang yang lebih hampir kepada Rasulullah dari segi
kekeluargaan selain daripadaku? Dan siapakah yang telah dijadikan
dirinya oleh beliau seperti dirinya sendiri? Anak-anaknya seperti
anak-anaknya dan wanita-wanitanya seperti wanita-wanitanya selain
daripadaku? Mereka menjawab: Allahuma la. Wahai Tuhanku! Tidak ada
seorang pun selain daripada anda sekeluarga. Seorang penyair yang memuji
Imam 'Ali AS mengemukakan syairnya: Dia di dalam ayat al-Tabahul adalah
diri Nabi sendiri
Tiada selain daripadanya ('Ali) yang dimaksudkan dengannya.
Kemudian hadith al-Mubahalah adalah masyhur dan
disebutkan oleh Ahli Tafsir, Hadith dan Sirah. Mereka menulis peristiwa
itu pada tahun kesepuluh Hijrah iaitu tahun Mubahalah. Fakhruddin
al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib50 berkata: Ketahuilah, sesungguhnya
riwayat ini adalah seperti disepakati kesahihannya di kalangan Ahli-ahli
Tafsir, Hadith dan lain-lain.
Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf51 mengenai ayat
al-Mubahalah berkata: Ianya diriwayatkan manakala Rasulullah SAWAW
menyeru Kristian Najran untuk bermubahalah, mereka berkata: Kami akan
pulang dan kami akan membuat keputusannya. Manakala mereka pergi, mereka
berkata kepada 'Aqib seorang yang pintar mereka, wahai hamba al-Masih
apa pandangan anda? Dia menjawab: Demi Allah sesungguhnya kalian telah
mengetahui bahawa sesungguhnya Muhammad adalah seorang Nabi yang
diutuskan. Dia telah mendatangi kalian dengan keterangan daripada Tuhan
kalian. Demi Allah tidak ada satu kaumpun yang pernah bermubahalah
dengan seorang Nabi sehingga yang kecil dan besar mereka dapat hidup.
Sekiranya kalian lakukan, nescaya kalian akan binasa. Dan sekiranya
kalian enggan bermubahalah maka dia akan membiarkan agama kalian dan
kalian kekal dengan agama kalian. Lantaran itu ucaplah selamat tinggal
kepada lelaki itu dan kembalilah ke tempat kalian.
Maka merekapun datang kembali menemui Rasulullah
SAWAW pada ketika itu beliau sedang mendukung Husain, memegang tangan
Hasan, Fatimah berjalan di belakangnya dan 'Ali di belakang Fatimah AS.
dan bersabda:Tidakkah aku telah menyeru kalian maka berimanlah. Lalu
Bisyop Najran menjawab: Wahai kaum Nasara! Sesungguhnya aku sedang
melihat kepada muka-muka mereka, sekiranya Allah mahu menghilangkan
bukit dari tempatnya, nescaya Dia akan menghilangkannya melalui
kemuliaan muka-muka mereka. Justeru itu janganlah kalian bermubahalah,
nanti kalian akan binasa, dan tidak tinggal lagi seorang Nasranipun di
bumi ini hingga di Hari Kiamat. Mereka berkata: Wahai Abu Qasim, kami
fikir kami tidak akan bermubahalah dengan anda sebaliknya kami mengakui
anda di atas agama anda sementara kami kekal di atas agama kami. Nabi
SAWAW menjawab:"Sekiranya, kalian enggan bermubalahah, maka masuklah
Islam. Kalian akan dilayani dengan baik dan mendapat hak seperti
mereka."
Lantas mereka menolaknya, kemudian beliau SAWAW
bersabda: Aku melepaskan kalian. Mereka menjawab: Kami tidak mampu untuk
memerangi Arab, justeru itu kami membuat perdamaian dengan anda supaya
anda tidak memerangi kami, menakut-nakutkan kami dan memaksa kami supaya
meninggalkan agama kami. Sebagai balasan kami akan memberikan kepada
anda setiap tahun dua ribu Hillah, seribu pada bulan Safar, dan seribu
pada bulan Rajab, dan tiga puluh baju besi biasa.
Maka beliau SAWAW mengadakan perdamaian dengan
mereka dengan syarat-syarat tersebut. Beliau bersabda: Demi diriku di
tangannya sesungguhnya kebinasaan telah jelas ke atas ahli Najran. Dan
sekiranya mereka bermubahalah, nescaya mereka bertukar menjadi kera dan
babi serta lembah ini menjadi api membakar mereka. Allah SWT akan
melenyapkan Najran dan penduduk-penduduknya sekali sehingga burung yang
hinggap di atas pokok." Manakala genap setahun mereka dibinasakan
(kerana tidak menepati janji mereka).
Daripada 'Aisyah RD: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW
keluar dengan meletakkan kain hitam di atasnya. Maka Hasan pun datang,
lalu beliaupun memasukkannya, kemudian Husain maka beliau memasukkannya,
kemudian Fatimah, kemudian 'Ali, lalu beliau membaca ayat at-Tathir
(Surah al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan
kamu sebersih-bersihnya."
Ini menunjukkan tidak ada dalil yang lebih kuat
daripada ini tentang kelebihan Ashab al-Kisa' AS. Aku berkata: Ianya
suatu kemuliaan yang sejati dan penghormatan yang agung di mana Dia
tidak akan mengurniakan seorangpun dengannya sebelum dan selepas mereka.
Dan ketahuilah sesungguhnya hadith-hadith muktabar yang diriwayatkan
adalah mutawatir tentang turunnya ayat ini mengenai Ahlu l-Bait AS,
'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Ianya telah dicatat oleh Ahli-ahli
Tafsir, Hadith dan Sirah. Semuanya mencatat peristiwa-peristiwa tahun
kesepuluh Hijrah iaitu Tahun Mubahalah.
Di sini aku ingin mengemukakan kepada pembaca yang
budiman, sebahagian daripada nama-nama para imam Ahlu s-Sunnah
wal-Jama'ah yang menulis mengenai seperti berikut:
Muslim di dalam Sahihnya52 mengatakan bahawa
Qutaibah bin Sai'd dan Muhammad bin 'Ubbad telah memberitahukannya
kepada kami dengan lafaz yang hampir sama. Mereka berdua berkata: Hatim
telah memberitahukan kami (iaitu anak lelaki Ismail) daripada Bakir bin
Miswar daripada 'Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqas daripada bapanya dia
berkata: Muawiyah bin Abu Sufyan memerintahkan Sa'ad bahawa dia berkata:
Apa yang menegah anda dari mencaci Abu Turab ('Ali AS)? Maka dia
menjawab: Aku mengingati tiga perkara di mana Rasulullah SAWA
mengucapkan kepadanya. Justeru itu aku sekali-kali tidak akan mencacinya
kerana jikalaulah aku mempunyai satu perkara sahaja adalah lebih aku
cintai daripada segala nikmat; sehingga dia berkata: Manakala turun ayat
al-Mubahalah: Maka katalah:"Marilah kita memanggil anak-anak kami dan
anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu." Maka
Rasulullah SAWAW menyeru 'Ali, Fatimah, Hasan, dan Husain. Dia bersabda:
Allahumma Haula' Ahli (Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah keluargaku).
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya53
berkata:'Abdullah telah memberitahukan kami dia berkata:Bapaku
memberitahuku dia berkata: Qutaibah bin Sa'id dan Hatim bin Isma'il
telah memberitahukan kami daripada Bakir bin Mismar daripada Amir bin
Saad daripada bapanya dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW
bersabda kepadanya: Dia berkata: Manakala turun ayat al-Mubahalah maka
beliau SAWAW menyeru 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dan bersabda:Wahai
Tuhanku, mereka itulah keluargaku.
Al-Tabari di dalam Jami' al-Bayan54 telah
mengeluarkan banyak hadith-hadith mengenai ayat al-Mubahalah dengan
saluran yang bermacam-macam daripada Zaid bin 'Ali al-Sudi, Qatadah,
Thana bin Zaid dan daripada al-Yasykari.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur55 daripada
Jabir dia berkata di akhirnya: Jabir berkata: Anfusa-nawa anfusa-kum
(diri kami dan diri kamu):Rasulullah SAWAW dan 'Ali AS wa abnaa-na
(anak-anak lelaki kami):Hasan dan Husain dan Nisaa-ana(wanita-wanita
kami): Fatimah.
Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul56 berkata pada
akhirnya:Sya'bi berkata: Abnaa-na (anak-anak lelaki kami):Hasan dan
Husain dan Nisaa-na (wanita-wanita kami):Fatimah, Wa anfusa-na
(diri-diri kami):'Ali bin Abi Talib AS.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah57
meriwayatkan bahawa 'Ali bin Abi Talib AS adalah nafs Rasulullah (diri
Rasulullah sendiri) sejajar dengan nas tersebut.
Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar58 menyatakan
bahawa maksud Nisaa-na (wanita-wanita kami) ialah Fatimah, Abnaa-na
(anak-anak lelaki kami) ialah Hasan dan Husain, Anfusa-na (diri-diri
kami) ialah nafsu-hu dirinya sendiri dan diri 'Ali AS.
Muhibbudin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba.59
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.60
al-Hakim di dalam al-Mustadrak.61
Abu Nu'aim di dalam Dala'il al-Nubuwwah.62
al-Baghawi di dalam Ma'alim al-Tanzil.63
Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib.64
Al-Dhahabi di dalam al-Talkhisnya.65
Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah.66
Sibt al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz.67
Al-Qurtubi di dalam Jami' li Ahkam al-Qur'an.68
Al-Baidhawi di dalam Anwar al-Tanzil.69
Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam al-Isabah.70
Syaikh Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam
Matalib al-Su'ul,71 menyatakan bahawa ayat al-Mubahalah telah
diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah bahawa ianya diturunkan pada
'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.
Dan ramai lagi bilangan para imam Ahlu s-Sunnah
yang aku tidak dapat menyebutkan nama mereka di dalam buku ini. Semuanya
menegaskan bahwa ayat ini diturunkan kepada lima manusia yang suci.
Imam Bahrani telah menyatakan di dalam Ghayah al-Maram72 bahawa ayat ini
telah diturunkan kepada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. melalui
sembilan belas hadith menurut Ahlu s-Sunnah dan lima belas hadith
menurut Syi'ah. Ayatullah al-Najafi telah menyebutkan nama-nama para
ulama Ahlu s-Sunnah yang menyatakan bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan
kepada lima manusia yang suci di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq.73
Justeru itu aku membuat kesimpulan bahawa khalifah
yang wajib selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS kerana
'Ali di dalam ayat tersebut ialah nafs Muhammad SAWAW. Dengan ilmunya,
akhlaknya, kemuliaannya, keberaniannya, lemah lembutnya, kasihan
belasnya terhadap orang-orang yang lemah, garangnya terhadap orang yang
zalim dan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah selain daripada
kenabian, bersandarkan sabda Nabi SAWAW maksudnya:"Anda di sisiku
sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tiada Nabi selepasku."
Lantaran itu seorangpun tidak harus mendahuluinya kerana 'mendahuluinya'
sepertilah mendahului Rasulullah SAWAW. Oleh itu berwaspadalah anda dan
insaflah wahai pembaca yang budiman.
Nota Kaki:
50. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20.
51. al-Kasysyaf, I, hlm. 482.
52. Sahih, VII, hlm. 120.
53. al-Musnad, I, hlm. 185.
54. Jami' al-Bayan, III, hlm. 192.
55. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38.
56. Asbab al-Nuzul, hlm. 47.
57. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 43.
58. Nur al-Absar, hlm. 101.
59. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 25.
60. KIfayah al-Talib, hlm. 54.
61. al-Mustadrak, III, hlm. 150.
62. Dala'il al-Nubuwwah, hlm. 297.
63. Ma'alim al-Tanzil, I, hlm. 302.
64. Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 85.
65. al-Takhis, III, hlm. 150.
66. Usd al-Ghabah, IV, hlm. 25.
67. Tadhkhirah al-Huffaz, hlm. 17.
68. Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 104.
69. Anwar al-Tanzil, II, hlm. 22.
70. Al-Isabah, II, hlm. 503.
71. Matalib, al-Su'ul, hlm. 7.
72. Ghayah al-Maram, hlm. 300.
73. Ta'Liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq, hlm. 46.
4. Ayat al-Muwaddah
Iaitu firmanNya dalam (Surah al-Syu'ara (42):
23):"Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas
seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa
yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan Kami tambahkan baginya
kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mensyukuri."
Ahli Tafsir Syi'ah bersepakat bahawa ayat tersebut
diturunkan secara khusus kepada Ahlu l-Bait; 'Ali, Fatimah, Hasan dan
Husain. Demikian juga kebanyakan Ahli Tafsir Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah
di dalam buku-buku Sahih dan Musnad mereka mengakui bahawa ayat tersebut
diturunkan kepada 'itrah yang suci. Tetapi terdapat sebilangan kecil
daripada mereka yang membuat pentafsiran yang menyalahi apa yang
diturunkan Allah SWT.
Ahlu l-Bait AS dan para ulama Syi'ah bersepakat
bahawa perkataaan al-Qur'ba di dalam ayat tersebut ialah kerabat
Rasulullah SAWAW; 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Merekalah orang yang
paling rapat dengan Rasulullah SAWAW. Dan perkataan al-Hasanah
(kebaikan) bererti kasih sayang kepada mereka dan menjadikan mereka
imam, kerana Allah amat mengampuni orang yang mewalikan mereka.
Dan ini adalah satu perkara yang disepakati oleh
kami kerana ianya merupakan suatu kepastian kerana banyak hadith-hadith
muktabar mengenainya. Kami akan kemukakan kepada pembaca kami yang
budiman beberapa hadith yang muktabar menurut Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah
seperti berikut: Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan di dalam Manaqib,
al-Tabrani, al-Hakim dan Ibn Abi Hatim daripada 'Abbas sebagaimana telah
diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam pentafsiran ayat 14 daripada
ayat-ayat yang telah dinyatakan di dalam fasal pertama daripada bab
sebelas daripada al-Sawa'iqnya dia berkata: Manakala turunnya ayat ini
mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan
ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAWAW menjawab: 'Ali, Fatimah dan
dua anak lelaki mereka berdua.
Hadith ini juga telah dicatatkan oleh Ibn
Mardawaih,74 diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas oleh Ibn Mundhir,
al-Muqrizi, al-Baghawi, al-Tha'labi di dalam tafsir-tafsir mereka.
Al-Suyuti di dalam Durr al-Manthur, Abu Nu'aim di dalam Hilyahnya,
al-Hamawaini di dalam al-Fara'id, al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul dan
Ibn Maghazili di dalam al-Manaqib, al-Zamakhsyari di dalam
al-Kasysyaf,75 Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,76
Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib Su'ul,77 Abu Sa'id di dalam
Tafsirnya,78 al-Nasafi di dalam Tafsirnya,79 Abu Hayyan di dalam
Tafsirnya,80 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,81 al-Hafiz
al-Haithami di dalam al-Majma',82 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah
al-Talib.83 Al-Qastalani di dalam al-Mawahib, berkata: Allah memastikan
kasih sayang kepada semua kerabat Rasulullah SAWAW dan mewajibkan kasih
sayang sebahagian daripada Ahlu l-Baitnya AS dan zuriatnya. Justeru itu
Dia berfirman dalam (Surah al-Syura'(42):23)....."Katakanlah: Aku tidak
meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang
kepada kekeluargaan." al-Zurqani di dalam Syarh al-Mawahib,84
al-Syablanji di dalam Nur al-Absar,85 Ibn Hajr di dalam Sawa'iq
al-Muhriqah,86 al-Suyuti di dalam 'Ihya al-Mayyit di Hamisy al-Ithaf.87
Al-Bukhari di dalam Sahihnya,88 daripada Ibn 'Abbas
RD bahawa dia ditanya mengenai firmanNya:..."kecuali kasih sayang
kepada kekeluargaan." Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah
SAWAW. Al-Tabari di dalam Tafsirnya,89 daripada Sa'id bin Jubair tentang
firmanNya, Surah al-Syura'(42):23)....."Katakanlah: Aku tidak meminta
upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang kepada
kekeluargaan." Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAWAW.
Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam al-Kafi al-Syafi fi
Takhrij Ahadith al-Kasysyaf,90 berkata: al-Tabrani, Ibn Abi Hatim dan
al-Hakim telah meriwayatkannya di dalam Manaqib al-Syafi'i daripada
Husayn Asyqar daripada Qais bin al-Rabi' daripada A'masy daripada Sa'id
bin Jubair daripada Ibn 'Abbas ditanya: Wahai Rasulullah! Siapakah
kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau
menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah,91 berkata: Ahmad telah meriwayatkan di dalam Musnadnya
dengan sanadnya daripda Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas RD bahawa
ayat ini diturunkan kepada lima orang. Al-Tabrani di dalam Mu'jam
al-Kabirnya menyatakan ayat ini diturunkan kepada lima orang.
Ibn Abi Hatim di dalam Tafsirnya dan al-Hakim di
dalam al-Manaqibnya menyatakan ayat ini diturunkan kepada lima orang.
Al-Wahidi di dalam al-Wasit, Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya',
al-Tha'labi di dalam Tafsirnya, al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin,
Abu Bakar bin Syahabbuddin al-Syafi'i dalam Rasyfah Sadi92 semuannya
meriwayatkan bahawa ayat tersebut di turunkan kepada lima orang.
Al-Mulla di dalam Sirahnya meriwayatkan sebuah
hadith:"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kalian kasih sayang
terhadap kerabatku dan aku bertanyakan kalian tentang mereka di hari
esok." Ahmad di dalam Manaqib dan al-Tabrani di dalam al-Kabir
meriwayatkan daripada 'Abbas RD dia berkata: Manakala turunnya ayat ini
mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAWAW siapakah kerabat kamu yang
diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab: 'Ali,
Fatimah, dan kedua-dua anak lelaki mereka.
Al-Baghawi dan al-Tha'labi meriwayatkan di dalam
Tafsir mereka daripada 'Ibn Abbas RD dia berkata: Manakala turunnya ayat
(Surah al-Syu'ara'(42):23), sebahagian orang ramai pula berkata: Beliau
hanya menghendaki supaya kita mengasihi kerabatnya. Lantas Jibrail
memberitahukan Nabi SAWAW tentang tuduhan mereka. Maka turunlah ayat
(Surah al-Syu'ara'(42):24) "Bahkan mereka mengatakan: Dia (Muhammad)
telah mengada-adakan dusta terhadap Allah." Maka sebahagian mereka pula
berkata: Wahai Rasulullah kami menyaksikan sesungguhnya anda adalah
seorang yang benar. Maka turunlah pula (Surah al-Syu'ara'(42):25): "Dan
Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan
kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Kabir telah
meriwayatkan daripada Abu Tufail sebuah khutbah Hasan AS:Kami daripada
Ahlu l-Bait yang telah difardhukan Allah untuk mengasihi mereka dan
menjadikan mereka pemimpin. Maka beliau berkata:Di antara apa yang telah
diturunkan ke atas Muhammad SAWAW ialah:Katakanlah:"Aku tidak meminta
kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan." Di dalam riwayat yang lain:Kami adalah daripada Ahlu
l-Bait yang telah fardhukan Allah ke atas setiap Muslim mengasihi
mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syu'ara(24):23):"Aku tidak meminta
kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan
baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mensyukuri."
Al-Sudi meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas mengenai
firmanNya:"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan
baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mensyukuri" dia berkata: al-Muawaddah (cinta) terhadap
kerabat keluarga Muhammad SAWAW.
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak93 dengan membuang
sanad-sanadnya daripada 'Umar bin 'Ali daripada bapanya daripada 'Ali
bin Husain dia berkata:Hasan bin Ali berpidato ketika pembunuhan 'Ali
AS. Beliau memuji Tuhan hingga akhirnya beliau berkata:"Kami adalah
daripada Ahlu l-Bait yang dihilangkan kekotoran mereka oleh Allah dan
membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Dan kamilah Ahlu l-Bait
yang difardhukan Allah ke atas setiap Muslim supaya mengasihi mereka.
Maka beliau berkata: Allah berfirman kepada NabiNya: Katakanlah 'Aku
tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun....."
Al-Dhahabi juga meriwayatkan hadith tersebut di
dalam al-Talkhisnya.94 Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf95 berkata:
Manakala ayat tersebut diturunkan, ada orang bertanya: Wahai Rasulullah,
siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka?
Beliau menjawab:'Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak lelaki mereka.
Dan diriwayatkan daripada 'Ali AS: Aku merayu
kepada Rasulullah SAWAW tentang hasad dengki manusia terhadapku. Maka
beliau menjawab: Tidakkah anda meridhai bahawa anda di kalangan empat
orang yang pertama akan memasuki syurga? Aku, anda, Hasan dan
Husain.....
Al-Karimi meriwayatkan daripada 'Aisyah dengan
sanadnya daripada 'Ali RD. al-Tabrani meriwayatkannya daripada Abi Rafi'
di dalam Takhrij al-kasysyaf daripada Nabi SAWAW: Diharamkan syurga ke
atas orang yang menzalimi Ahlu l-Baitku dan menyakitiku pada itrahku.
Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh al-Tha'labi di dalam al-Takhrij
al-Kasysyat. Al-Khawarizmi di dalam Maqtal al-Husain,96 Ibn Batriq di
dalam al-Umdah97 daripada Musnad Ahmad dengan membuang beberapa sanad
daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas bahawa ayat tersebut telah
diturunkan kepada lima orang.
Muhammad bin Talhah al-Syafi'i dalam Matalib
al-Su'ul98 berkata: Merekalah dhawi l-Qurba di dalam ayat tersebut,
ianya telah diterangkan dan diperakui oleh perawi-perawi hadith di dalam
musnad-musnad mereka daripada Jubair daripada 'Ibn 'Abbas manakala
turunnya firmanNya:"Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu
upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan. Dan siapa
yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada
kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mensyukuri." Mereka bertanya wahai Rasulullah SAWAW: Siapakah mereka
yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAWAW
menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Al-Wahidi dan al-Tha'labi meriwayatkan hadith ini
dengan sanadnya al-Tha'labi menyatakan: Ketika Rasulullah SAWAW melihat
kepada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain beliau bersabda: Aku memerangi
orang yang memerangi kalian dan berdamai dengan orang yang berdamai
dengan kalian. Al-Hijazi di dalam al-Wadhih99 berkata: Mereka itu ialah
'Ali, Fatimah kedua-dua anak lelaki mereka berdua. Dia berkata lagi:
Pengertian ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAWAW yang telah
diterangkan oleh Allah SWT.
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib100
dengan membuang beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata:
Seorang badwi datang kepada Nabi SAWAW dengan berkata: Wahai Muhammad
bentangkan ke atasku Islam. Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa
tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Dia bertanya:
Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab: Tidak!
Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat
anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah
anda, dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat
anda, maka laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAWAW bersabda:
Amin.....Buatlah rujukan kepada buku-buku hadith karangan Ahlu s-Sunnah
wal-Jama'ah, nescaya anda akan mendapati hadith-hadith yang banyak
mengenainya.
Ayatullah Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqatuhu
'Ala Ihqaq al-Haqa'iq101 karangan al-Sa'id al-Syahid Nur Allah
al-Tastari, telah mengumpulkan hadith-hadith yang banyak dari
rujukan-rujukan Ahlu s-Sunnah dengan menyebutkan perawi-perawi mereka.
Begitu juga al-'Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir.102
Justeru itu rujukan-rujukan Ahlu s-Sunnah sendiri
telah mengukuhkan dakwaan Syi'ah kerana terdapat hadith-hadith yang
muktabar dan mutawatir tentang hak 'Ali dan keluarganya AS. Sesungguhnya
kebenaran terserlah wa l-hamdulillah.
Ringkasnya, dengan ayat ini orang yang menjadi imam
dan khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung ialah imam 'Amiru
l-Mukmimin 'Ali AS. Kerana ayat tersebut membuktikan bahawa mengasihi
'Ali AS adalah wajib kerana Allah memberikan pahala kepada orang yang
mengasihi kerabatnya. Oleh itu jika kesalahan berlaku daripada mereka
maka kasih sayang kepada mereka wajib dihentikan kerana firmanNya di
dalam (Surah al-Mujadalah(58): 22):"Kamu tidak akan mendapati sesuatu
kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang
dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya."
Dan selain daripada 'Ali AS adalah tidak maksum.
Oleh itu, beliaulah imam secara langsung. Ayatullah al-'Uzma al-Syahid
al-Nur al-Tastari di dalam buku Ihqaq al-Haqa'iq berkata: Orang-orang
Syi'ah mengemukakan dalil-dali tentang keimamahan 'Ali AS terhadap Ahlu
s-Sunnah bukanlah suatu perkara yang wajib, malah ianya suatu amalan
sukarela kerana Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah telah bersetuju sesama mereka
tentang keimamahan 'Ali AS selepas Rasulullah SAWAW. Tetapi perbezaannya
Syi'ah menafikan wasitah103 sedangkan Ahlu s-Sunnah menetapkannya.
Justeru itu ianya dikemukakan oleh orang-orang yang menetapkannya
(al-Muthbit) dan bukan orang yang menafikannya sebagaimana telah
ditetapkan di dalam kaedah usul fiqh melainkan mereka telah mencari
ijmak dengan mengingkari keimamahannya secara mutlak. Lantaran itu
Syi'ah wajib mengemukakan dalil. Dan Allah adalah Penunjuk kepada jalan
yang benar.
Nota Kaki:
74. al-Nabhan, al-Arba'in, hlm. 90.
75. al-Kasysyaf, II, hlm. 339.
76. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 25.
77. Matalibal-Su'ul, hlm. 8.
78. Hamisyh Mafatih al-Ghaib, VI, hlm. 665.
79. Tafsir al-Nasafi, hlm. 99.
80. Tafsir Abu Hayyan, VII, hlm. 156.
81. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 12.
82. Majma' al-Zawaid, IX, hlm. 168.
83. Kifayah al-Talib, hlm. 31.
84. Syarh al-Mawahib, VII, hlm. 3 & 21.
85. Nur al-Absar, hlm. 112.
86. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 105.
87. Ihya' al-Mayyit, 101 & 135.
88. Sahih, VI, hlm. 129.
89. Jami' al-Bayan, XXV, hlm. 14-15.
90. al-Kafi al-Syafi'i, hlm. 145.
91. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 106.
92. Rasyfah al-Sadi, hlm. 21...106.
93. al-Mustadrak, III, hlm. 172.
94. al-Talkhis, III, hlm. 172.
95. al-Kasysyaf, III, hlm. 402.
96. Maqtal al-Husain, hlm.1.
97. al-Umdah, hlm. 23.
98. Matalib al-Su'ul, hlm. 3.
99. al-Wadhih, XXV, hlm. 19.
100. Kifayah al-Talib, hlm. 31.
101. Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq, III, hlm. 2 & 23.
102. al-Ghadir, II, hlm. 306.
103. Syi'ah mengatakan bahawa Imamah 'Ali AS adalah
selepas Rasulullah SAWAW secara langsung tanpa wasitah iaitu tidak
didahului oleh orang lain. Sementara Ahlu s-Sunnah mengatakan Imamah
'Ali AS adalah selepas Rasulullah SAWAW secara wasitah (perantaraan)
iaitu telah didahului oleh Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman.
5. Ayat Salawat
Iaitu firmanNya di dalam (Surah al-Ahzab
(33):56):"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
Syi'ah bersepakat bahawa ayat ini telah diturunkan
kepada Nabi SAWAW dan Ahlu l-Baitnya AS. Begitu juga sebahagian besar
ulama Ahlu s-Sunnah sependapat dengan Syi'ah bahawa ayat tersebut
diturunkan kepada Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.
Imam Syafi'i dalam Musnadnya berkata: Ibrahim bin
Muhammad telah memberitahukan kami bahawa Safwan bin Sulaiman telah
memberitahukan kami daripada Abi Salmah daripada 'Abdu r-Rahman daripada
Abu Hurairah dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami bersalawat
ke atas anda? Maka Rasulullah SAWAW menjawab: Kalian berkata: Allahumma
Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.104
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq ah-Muhriqah105
mencatat riwayat daripada Ka'ab bin Ijrah. Dia berkata: Apabila turun
ayat ini, kami bertanya wahai Rasulullah! Kami mengetahui bagaimana kami
memberi salam ke atas anda. Tetapi kami tidak mengetahui bagaimana kami
bersalawat ke atas anda? Maka beliau SAWAW bersabda: Kalian katakanlah
Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad. Dan diriwayatkan daripada
Nabi SAWAW, berliau bersabda: Janganlah kalian bersalawat ke atasku
dengan salawat yang terputus. Lalu mereka bertanya: Apakah salawat
terputus itu? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala
Muhammad, kemudian kalian berhenti. Justeru itu katakan: Allahumma Salli
'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.
Al-Qurtubi di dalam Jami' li-Ahkam al-Qur'an106
menegaskan bahawa Ahlu l-Bait Nabi SAWAW dihubungkaitkan dengan Nabi
SAWAW di dalam salawat ke atasnya. Sementara Ibn 'Arabi di dalam Ahkam
al-Qur'an107 mengatakan bahawa ayat al-Mawaddah diturunkan kepada Nabi
SAWAW dan Ahlu l-Baitnya yang disucikan.
Di sini dikemukakan sebahagian daripada
riwayat-riwayat para ulama Ahlu s-Sunnah yang mengatakan bahawa ayat
tersebut diturunka kepada Nabi SAWAW dan Ahlu l-Baitnya seperti berikut:
1. al-Bukhari dalam Sahihnya, VI, hlm. 12
2. Al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, hlm. 271.
3. al-Baghawi dalam Ma'alim al-Tanzil, V, hlm. 225.
4. al-Hakim dalam al-Mustadrak, III, hlm. 148.
5. Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghaib, XV, hlm. 226.
6. al-Hafiz Abu Nu'aim al-Isfahani dalam Akhbar Isfahani, I, hlm. 31.
7. al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, VI, hlm. 216.
8. Ibn 'Abd al-Birr dalam Tajrid al-Tawhid, hlm. 85.
9. al-Nisaburi dalam al-Tafsir, XX, hlm. 30.
10. al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani, XXII, hlm. 22.
11. Muhibuddin al-Tabari dalam Dhakha'ir la-'Uqba, hlm. 19.
12. al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin, hlm. 155.
13. Ibn Kathir dalam al-Tafsir, III, hlm. 506.
14. Al-Tabari dalam al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, XX, hlm. 27.
15. al-Khazin dalam al-Tafsir, V, hlm. 226.
16. al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, V, hlm. 215; Bughyah al-Wu'at, hlm. 442.
17. al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, IV, hlm. 293.
18. Abu Bakr al-Hadhrami dalam Rasyfah al-Sadi, hlm. 24.
19. al-Sayyid Ibrahim Naqib, dalam al-Bayan wa Ta'rif, I, hlm. 134.
20. Muhammad Idris al-Hanafi dalam al-Ta'liq
al-Sahih fi Syarh al-Masabih, I, hlm. 401 & 402 telah meriwayatkan
hadith ini dengan sanad yang banyak dan bermacam-macam. Semuanya
meliputi salawat ke atas Nabi SAWAW dan Ahlu l-Baitnya.
Aku berpendapat: "menyebut mereka" di dalam
sembahyang dan bukan orang yang selain daripada mereka adalah dalil yang
terang betapa tingginya kedudukan mereka. Lantaran itu tidak sah
sembahyang seorang mukallaf sama ada dahulu ataupun sekarang tanpa
pengucapan salawat ke atas mereka Ahlu l-Bait AS sama ada dia seorang
yang bergelar al-Siddiq (Abu Bakr), al-Faruq (Umar atau dha-nur atau
anwar ('Uthman).
Al-Nisaburi dalam Tafsirnya108 menyatakan ayat
al-Mawaddah sudah cukup sebagai tanda penghormatan kepada Ahlu l-Bait
Rasulullah SAWAW kerana tasyahhud di akhiri dengan 'menyebutkan' mereka
dan selawat ke atas mereka pada setiap sembahyang.
Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir
al-'Uqba109 meriwayatkan daripada Jabir dia berkata: Jika aku sembahyang
dan tidak berselawat ke atas Muhammad dan Ahlu l-Baitnya, maka aku
fikir sembahyangku tidak diterima.
Qadhi 'Iyad telah menyatakan di dalam al-Syifa'
daripada Ibn Mas'ud secara marfu': Sesiapa yang mengerjakan solat tanpa
berselawat ke atasku dan Ahlu l-Baitku (di dalamnya), nescaya solatnya
tidak diterima.110
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah111
menyatakan bahawa al-Dar al-Qutni dan al-Baihaqi meriwayatkan hadith:
Sesiapa mengerjakan solat dan tidak berselawat ke atasku dan Ahlu
l-Baitku, maka solatnya tidak akan diterima." Hadith ini merupakan
sumber rujukan Imam Syafi'i rd. yang mengatakan bahawa selawat ke atas
Al (Ahlu l-Bait) adalah sebahagian daripada kewajipan solat sepertilah
selawat ke atas Nabi SAWAW. Pada hakikatnya ia adalah lemah kerana
sumber rujukan yang sebenar ialah hadith Nabi SAWAW yang disepakati:
Katakanlah Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa 'Ali Muhammad. Perintah
(amr) di dalam hadith tersebut adalah wajib.
Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib112
menegaskan bahawa selawat ke atas Ahlu l-Bait AS adalah satu kedudukan
yang tinggi. Oleh itu selawat ke atas mereka dijadikan sebagai penamat
tasyahhud. Dan sabdanya: 'Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad
wa r-ham Muhammad wa 'Ali Muhammad,' adalah suatu kemuliaan yang tidak
boleh terjadi kepada selain daripada keluarga Muhamma SAWAW. Ini
menunjukkan bahawa cinta kepada Muhammad dan 'Ali Muhammad adalah wajib.
Dan beliau bersabda: Ahlu l-Baitnya SAWAW menyamai di dalam lima
perkara:
1. Di dalam Tasyahhud; selawat ke atas Nabi SAWAW dan ke atas mereka.
2. Di dalam Salam (Salam).
3. Di dalam kesucian at-Taharah
4. Di dalam pengharaman Sadqah
5. Di dalam kasih sayang al-Mahabbah
Apa yang telah kami kemukakan tadi menunjukkan
bahawa selawat ke atas mereka adalah dituntut di dalam solat. Dan banyak
lagi hadith-hadith di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah yang menjelaskan
hakikat ini.
Setelah aku membaca kesemua rujukan-rujukan di
atas, aku dipenuhi kehairanan. Kenapa 'mereka' mendahului orang yang
bukan Ahlu l-Bait daripada Ahlu l-Bait? Dan apa yang lebih menghairan
ialah kata-kata Ibn Abi al-Hadid di dalam muqadimmah Syarh Nahj
al-Balaghah113 di mana dia berkata: Segala puji bagi Allah yang telah
mendahului al-Mafdhul (kurang baik) ke atas al-Fadhil (lebih baik).'
Kata-katanya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWAW kerana
Allah tidak meredhai pengutamaan al-mafdhul ke atas al-Fadhil
(pengutamaan Abu Bakr, Umar, dan Uthman ke atas 'Ali) begitu juga
RasulNya, dan orang yang mempunyai akal yang sejahtera dan mempunyai
hati yang bebas.
Dan apa yang menghairankan juga ialah kenapa mereka
begitu berani mencaci Syi'ah Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW yang
mewalikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Sebagaimana
firmanNya di dalam (Surah al-Maidah (5): 56)"Sesiapa yang mewalikan
Allah dan RasulNya, maka parti Allah pasti mendapat kemenangan." Syi'ah
mengambil apa yang datang daripada Allah dan RasulNya, mereka tidak
berganjak walau sedikitpun.
Ringkasnya Khilafah 'Ali AS sabit selepas
Rasulullah SAWAW menurut ayat Salawat kerana Allah SWT mengiringinya
('Ali) bersama Rasulullah SAWAW dalam selawat ke atasnya. Justeru itu
tidak seorangpun harus mendahuluinya sebagaimana ia tidak harus
mendahului Rasulullah SAWAW. Berfikirlah wahai pembaca yang budiman jika
anda orang yang berfikiran bebas.
Nota Kaki:
104. al-Musnad, II, hlm. 97.
105. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 144
106. al-Jami' li-Ahkam al-Qur'an, XIV, hlm. 233.
107. Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 184.
108. Tafsir al-Nisaburi, XX, hlm. 30.
109. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 19.
110. al-Ghadir, II, hlm. 303.
111. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 144.
112. Mafatih al-Ghaib, VII, hlm. 391.
113. Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 1.
6. Ayat Tabligh atau Hadith al-Ghadir
Iaitu firmanNya (Surah al-Mai'dah (5:67)"Hai Rasul,
sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak
kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak
menyampaikan anamatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."
Allah SWT telah memerintahkan NabiNya di Ghadir Khum supaya menyampaikan
ayat yang mulia ini kepada umat Muslimin. Semua ahli Tafsir Sunnah dan
Syi'ah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan di Ghadir Khum mengenai
'Ali AS bagi melaksanakan urusan Imamah. Ianya merupakan nas bagi
jawatan khalifah yang besar dan pimpinan agama yang mulia. Tidak akan
mengesyakinya melainkan orang yang mengikut hawa nafsu atau kerana
fanatik kepada mazhab yang dianuti. Sikap tersebut adalah menyalahi
Qur'an dan mengingkari hadith-hadith Nabi SAWAW yang mutawatir yang
disepakati kesahihannya kecuali orang fanatik yang dikuasai oleh nafsu
al-Ammarah. Lantaran itu dia akan binasa kerana pengingkarannya terhadap
asas agama.
Al-'Allamah al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani
menyatakan di dalam buku Masabih al-Jinan114 bahawa hari perayaan
al-Ghadir adalah perayaan Allah yang besar dan perayaan Ahlu l-Bayt
Muhammad SAWAW. Ianya sebesar-besar perayaan dan semulia-mulia perayaan
di sisi mereka. Iaitu hari di mana Rasulullah SAWAW telah melantik 'Ali
sebagai imam dan khalifah selepasnya dengan kehadiran beribu-ribu kaum
Muslimin yang datang dari segenap pelusuk dunia.
Beliau telah memerintahkan mereka supaya
membai'ahnya dan menyerahkan kepadanya urusan pemerintahan Mukminin.
Peristiwa ini berlaku semasa Haji Wida' di suatu tempat bernama Ghadir
Khum, tiga batu dari Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau kembali
daripada mengerjakan haji di antara Makkah dan Madinah. Jibra'il datang
kepada beliau untuk tujuan tersebut. Nabi SAWAW merasa takut untuk
menyalahi kaumnya, lalu beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
kaumku masih baru dengan zaman Jahiliyyah. Apabila aku melakukan
perintah ini, mereka akan berkata: Beliau melakukannya kepada sepupunya.
Kemudian Jibra'il AS datang kepadanya kali kedua di mana lima jam
berlalunya siang dan berkata: Ya Muhammad! Sesungguhnya Allah
menyampaikan salam kepada anda dan berfirman maksudnya: Wahai Rasul,
sampaikanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (iaitu tentang
'Ali) dan sekiranya kamu tidak melaksanakannya maka kamu tidak
menyampaikan risalahNya."
Bilangan hadirin adalah melebihi satu ratus ribu
orang. Jibra'il memberitahu Nabi SAWAW supaya orang ramai berhenti di
tempat itu, dan mengisytiharkan 'Ali sebagai khalifah kepada mereka, dan
menyampaikan kepada mereka bahawa sesungguhnya Allah SWT telah
memeliharanya 'Asamahu daripada orang ramai. Manakala tiba di Ghadir
Khum, azan berkumandang di udara dan solat berjama'ah didirikan.
Di hari itu panas terik, sekiranya daging
dicampakkan ke tanah nescaya ia akan masak. Nabi SAWAW menyuruh mereka
supaya menyusun batu seperti mimbar kemudian diteduhi dengan kain di
atasnya. Lalu beliau berdiri di atasnya manakala mereka berhimpun,
beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah, menguatkan suaranya
supaya dapat didengari oleh seratus ribu lebih Muslimin yang datang dari
setiap pelusuk. Selepas memuji Allah, beliau menyampaikan nasihat dan
mengisytiharkan kepada ummah tentang kematiannya seraya berkata: Aku
telah dipanggil dan hampir aku menyahutinya dan denyutan jantung hatiku
kian memuncak di hadapan kalian." Kemudian beliau mengangkat tangan 'Ali
AS sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah SAWAW
sambil berkata: Wahai manusia! Tidakkah aku lebih aula daripada diri
kalian? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah (SAWAW). Beliau bersabda:
Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka 'Ali adalah
maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah mereka yang mewalikannya dan
memusuhilah mereka yang memusuhinya. Dan tolonglah orang yang
menolongnya. Hinalah orang yang menghinanya. Marahilah orang yang
memarahinya. Cintailah orang yang mencintainya. Muliakanlah orang yang
memuliakannya. Sesungguhnya Allah menyempurnakan bagi kalian agama
kalian dengan wilayah dan imamahnya. Tidak memarahi 'Ali melainkan orang
yang celaka. Tidak mewalikan 'Ali melainkan orang yang bertaqwa. Wahai
manusia! Janganlah kalian kembali selepasku dalam keadaan kafir, bunuh
membunuh sesama kalian. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua
perkara yang beharga jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak
akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Itrah Ahlu l-Baitku.
Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di
Haudh.
Wahai manusia! Telah sesat kebanyakan orang-orang
yang terdahulu. Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Allah telah
memerintahkan kalian supaya berjalan di atasnya untuk mendapat
petunjukNya. Ali selepasku, kemudian Hasan, Husain dan sembilan
(manusia) imam daripada keturunannya yang menunjuk kebenaran.
Sesungguhnya aku telah menerangkan kepada kalian dan memahamkan kalian.
Dan inilah 'Ali yang akan memahamkan kalian selepasku. Sesungguhnya aku
menyeru kalian supaya berjabat tanganku sebagai tanda membai'ahnya dan
memperakuinya. Sesungguhnya aku telah membai'ah Allah dan 'Ali mengikut
sama. Sesungguhnya bai'ah kalian kepadanya adalah daripada Allah.
Justeru itu sesiapa yang mengingkari bai'ahnya maka dia sesungguhnya
mengingkari dirinya sendiri. Dan sesiapa yang menepati apa yang telah
dijanjikan Allah SWT maka Dia akan memberi ganjaran yang besar."
Tiba-tiba 'Umar bin al-Khattab berkata kepada 'Ali:
Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maulaku
dan maula setiap Mukmin dan Mukminat. Di dalam riwayat yang lain pula
Umar berkata: Selamat bahagia untuk anda wahai 'Ali. Abu Sa'id al-Khudri
berkata: Pada masa itu kami belum pulang sehingga turunnya ayat ikmalu
d-Din (Surah al-Maidah (5):3) yang bermaksud:"Pada hari ini telahku
sempurnakan bagimu agamamu, dan telahku cukupkan kepadamu nikmatku, dan
telahku redha Islam itu agamamu."
Nabi bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan
agama, menyempurnakan nikmat dan keredhaan Tuhan dengan risalahku dan
dengan wilayah 'Ali AS selepasku. Kemudian Hasan bin Tsabit bangun dan
berkata: Izinkan aku wahai Rasulullah SAWAW untuk mengemukakan beberapa
rangkapan syair mengenai 'Ali supaya anda mendengarnya. Maka Rasulullah
SAWAW menjawab: Katakanlah semoga anda di dalam keberkatan Allah. Maka
Hasan mengemukakan syair berikut:
Mereka diseru di hari al-Ghadir oleh Nabi mereka
di Khum aku mendengar bersama Rasul seorang penyeru.
Dia berkata: Siapakah maula dan wali kalian?
mereka menjawab: Mereka tidak melahirkan di sana sebarang kesamaran.
Tuhan anda ialah maula kami dan anda adalah wali kami hanya penderhaka sahaja yang menentang kami di dalam wilayah.
Maka dia berkata kepadanya: Berdirilah wahai 'Ali,
maka sesungguhnya aku meredhai anda selepasku menjadi imam dan petunjuk.
Maka sesiapa yang telah menjadikan aku sebagai
maulanya, maka ini adalah walinya maka jadikanlah kalian baginya
pembantu-pembantu yang benar
Di sana beliau menyeru: Wahai Tuhanku perwalikanlah walinya
dan jadikanlah orang yang menentang 'Ali sebagai musuhnya.
Al-Allamah al-Kasyani telah menyatakan di dalam
Masabih al-Jinan115 bahawa ahli-ahli sejarah Islam dari berbagai mazhab
telah menyebutkan pendirian Nabi SAWAW di Hari al-Ghadir dan perlantikan
'Ali sebagai khalifah memadailah di hari yang bersejarah itu satu
kehormatan dan kemuliaan telah diberikan oleh pengarang-pengarang
penyair-penyair mengenainya. Justeru itu amatlah sukar untuk dikemukakan
sekaligus apa yang terkandung di dalam buku-buku Tafsir, Hadith,
Musnad, Sirah dan sastera mengenai al-Ghadir. Buatlah rujukan kepada dua
buku yang masyhur; al-'Aqabat dan al-Ghadir.
Aku berpendapat sebenarnya para ulama Islam telah
bersepakat bahawa ayat al-Tabligh (Surah al-Maidah(5):67) telah
diturunkan kepada 'Ali AS secara khusus bagi mengukuhkan khalifah
untuknya. Di hari tersebut riwayat hadith al-Ghadir adalah Mutawatir.
Ianya telah diriwayatkan oleh semua ahli sejarah dan ahli Hadith dari
berbagai golongan dan ianya telah diperakukan oleh ahli Hadith dari
golongan Sunnah dan Syi'ah. Ianya tidak dapat ditolak kecuali orang yang
takbur, degil dan bodoh. Sebahagian meriwayatkannya dengan panjang dan
sebahagian yang lain pula meriwayatkannya secara ringkas. Bilangan
perawi-perawinya dari kalangan sahabat melebihi satu ratus sepuluh orang
termasuk sahabat-sahabat yang terlibat di dalam peperangan Badr.116
Bilangan perawi-perawi dari kalangan tabi'in yagn meriwayatkannya ialah
lapan puluh empat orang. Sementara bilangan ulama dan Muhaddithin di
kalangan Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith al-Ghadir ialah sebanyak
tiga ratus enam puluh orang yang berdasarkan kepada buku-buku rujukan
Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah.
Kemungkinan besar bilangan perawi-perawi yang tidak
dapat dikesan adalah lebih ramai daripada itu. Sepatutnya bilangan
perawi-perawi hadith tersebut berkali ganda ramai kerana bilangan mereka
yang mendengar khutbah Nabi SAWAW adalah melebihi seratus ribu orang.
Biasanya mereka menceritakan peristiwa tersebut apabila mereka kembali
ke tanah air mereka sebagaimana seorang penyair berkata:
Dan ketahuilah sesungguhnya tetamu memberitahukan keluarga malam yang dilaluinya sekalipun
ianya tidak ditanya.
Ya! Semuanya akan melakukan sedemikian melainkan
sebilangan daripada mereka yang mempunyai perasaan dendam kesumat di
hati mereka. Lalu mereka menyembunyikannya kerana kemarahan dan hasad
dengki mereka. Adapun Syi'ah, mereka telah bersepakat tentang
kemutawatirannya. Tetapi manakala sabitnya hadith al-Ghadir sehingga
mencapai ke tahap di mana orang yang mempunyai perasaan iri hati tidak
dapat menolaknya, lalu ditanamkan perasaan curiga kepada perawi-perawi
dan riwayat-riwayat mereka pula. Mereka menakwilkan perkataan al-Maula
menurut hawa nafsu mereka. Kadangkala mereka mentafsirkannya dengan
pencinta (al-Muhibb), pembantu (al-Nasir) dan dengan perkataan al-Aula
(lebih utama).
Demikianlah sekiranya mereka tidak ada jalan lain
lagi untuk melakukan kecacatan dan 'kelemahan' di dalam penafsiran ayat
dan hadith. Mereka juga mengatakan bahawa Nabi SAWAW berada di Ghadir
Khum, dan berkhutbah bagi menerangkan kepada orang ramai tentang
kedudukan 'Ali dan memperkenalkannya ('Ali) kepada orang ramai dan bukan
bertujuan untuk menjadikannya khalifah selepasnya.
Adapun orang yang syak tentang perkataan al-Waliyy
sebagaimana telah disebutkan, sekalipun ianya mungkin memberi
pengertian-pengertian tersebut sebagaimana dikatakan oleh lawan yang
angkuh, maka ianya pasti memberi pengertian 'orang yang lebih berhak
dengan khalifah'. Dan tidak harus seorangpun melakukan perkara tersebut
selain daripadanya ('Ali AS). Dalil kami ialah ayat al-Wilayah (Surah
al-Maidah (5):55). Adapun pendapat lawan yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAWAW berada di Ghadir Khum adalah untuk menerangkan kepada
orang ramai tentang kedudukan 'Ali AS sahaja dan bukan sebagai pengganti
Nabi SAWAW adalah rekaan semata-mata. Lantaran itu percakapannya adalah
batil, tidak sampai kepada hakikat dan ianya tidak dapat diterima.
Kerana seolah-olah 'Ali AS tidak dikenali
sebelumnya sehingga Rasulullah SAWAW berada di tempat tersebut dan
memperkenalkannya kepada orang ramai pada masa yang mencemaskan dengan
suhu yang tinggi. Sebagaimana telah diterangkan kepada kalian
sesungguhnya 'Ali lebih dikenali di dalam peperangan-peperangannya,
disaksikan oleh peristiwa-peristiwa tersebut dan beliau ('Ali AS)lah
yang telah mengukuhkan agama ini dengan pedangnya. Oleh itu dalil yang
paling kuat tentang kebenaran dakwaan kami ialah 'Ali AS sendiri berdiri
memberi khutbahnya di atas mimbar di Rahbah sebagaimana telah
disebutkan oleh semua ahli sejarah selepas beliau menjadi khalifah. Dia
berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang mendengar
Rasulullah SAWAW bersabda di Hari al-Ghadir supaya berdiri dan
mempersaksikan apa yang telah didengarinya. Dan tidak boleh berdiri
melainkan orang yang melihatnya (Nabi SAWAW) dengan matanya dan
mendengar dengan kedua telinganya. Maka tiga puluh sahabat berdiri
termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam
peperangan Badr. Maka mereka telah menyaksikan bahawa beliau SAWAW telah
memegang 'Ali dengan tangannya dan berkata kepada orang ramai: Tidakkah
anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin
daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya. Beliau bersabda:
Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.
Pembaca yang budiman tentu seklai tidak akan
mengatakan bahawa tiga puluh sahabat itu telah berbohong, kerana ini
tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Lantaran itu pencapaian tahap
kemutawatiran hadith al-Ghadir yang berlaku semata-mata dengan
penyaksian mereka adalah Qat'i. Dan tidak syak lagi bahawa hadith ini
pula diambil oleh semua orang yang berada di Rahbah di dalam perhimpunan
tersebut, dan menyebarkannya selepas mereka pulang ke tempat-tempat
mereka.
Sebagaimana Sayyid Syarafuddin al-Musawi berkata di
dalam bukunya al-Murujaat117 (Dialog Sunnah-Syi'ah); Tidak dapat
disembunyikan lagi bahawa hari Rahbah itu berlaku semasa Khalifah Amiru
l-Mukminin. Beliau telah dibai'ah pada tiga puluh lima hijrah. Hari
al-Ghadir ialah pada Haji Wida' tahun kesepuluh. Dan jarak masa di
antara dua hari tersebut (hari al-Ghadir dan hari Rahbah) ialah dua
puluh lima tahun.
Di sepanjang masa tersebut telah menular penyakit
taun dan berlaku beberapa peperangan yang telah meragut nyawa sebahagian
besar para sahabat yang telah menyaksikan hari al-Ghadir dan
pemuda-pemuda mereka yang terlibat di dalam peperangan meninggal dunia.
Sehingga tinggal bilangan kecil yang masih hidup dan yang masih hidup
pula tinggal di merata-rata tempat. Justeru itu mereka yang menyaksikan
hari Rahbah ialah mereka yang tinggal bersama Amiru l-Mukminin di Iraq.
Meskipun begitu tiga puluh sahabat berdiri dan memberikan penyaksian
mereka. Dua belas daripada mereka terlibat di dalam peperangan Badr,
telah menyaksikan hadith hari al-Ghadir dan mendengarnya daripada Nabi
SAWAW.118 Memang terdapat sahabat-sahabat seperti Anas bin Malik yang
enggan memberi penyaksian tersebut di mana 'Ali AS berkata kepadanya:
Kenapa anda tidak berdiri bersama-sama sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW
untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya
di hari itu? Dia menjawab: Wahai Amiru l-Mukminin. Aku telah tua dan
pelupa pula. Lantas 'Ali AS berkata: Sekiranya anda berbohong, nescaya
Allah akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit yang tidak
dapat ditutupi serban. Dia tetap tidak berdiri sehingga mukanya di
hinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit
ini disebabkan berkat hamba yang soleh ('Ali AS).119 Jikalaulah Imam
'Ali AS membuat persiapan bagi menghimpunkan semua sahabat yang masih
hidup di masa itu, kemudian beliau menyeru mereka sebagaimana beliau
telah melakukannya di hari Rahbah, nescaya bilangan mereka akan berlipat
ganda lagi. Apatah lagi jika beliau membuat persiapan itu di Hijaz
sebelum berlakunya Hari al-Ghadir. Lantaran itu hakikat ini nescaya anda
akan mendapatinya sekuat-kuat dalil kemutawatiran hadith al-Ghadir.
Di sini aku akan kemukakan kepada pembaca yang
budiman sebahagian daripada pendapat-pendapat ahli Tafsir dan ahli
hadith mengenai ayat al-Tabligh (Surah al-Mai'dah (5):56)"Wahai Rasul,
sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu...." dan ayat Ikmaluddin dalam
(Surah al-Mai'dah(5):3)"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu
agamamu...." dan ayat (Surah al-Ma'arij (70):1)"Seorang telah meminta
kedatangan azab...." serta hadith: Siapa yang telah menjadikan aku
maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....dan lain-lain hadith yang telah
dikaitkan secara khusus mengenai 'Ali AS untuk jawatan khilafah dan
Imamah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung di Hari al-Ghadir.
Hadith al-Ghadir telah diriwayatkan oleh para ulama
besar Muslimin dengan sanad yang mutawatir dan dikhususkan kepada Imam
Amiru l-Mukminin 'Ali AS.
Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul120 berkata:
Sesungguhnya ayat al-Tabligh (Surah al-Mai'dah(5):67) telah diturunkan
di hari al-Ghadir pada 'Ali bin Abi Talib RD. Al-Suyuti di dalam al-Durr
al-Manthur121 berkata: Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih dan Ibn Asakir
telah meriwayatkannya daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ayat
al-Tabligh (Surah al-Mai'dah(5): 67) telah diturunkan ke atas Rasulullah
di hari al-Ghadir mengenai 'Ali bin Abu Talib AS.
Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib122
berkata: Ahli Tafsir telah menyebutkan bahawa sebab turun ayat ini
sehingga dia berkata: (kesepuluh) ayat ini telah diturunkan tentang
kelebihan 'Ali bin Abi Talib AS. Manakala ayat ini diturunkan Nabi SAWAW
memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku
maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Hormatilah orang yang mewalikannya
dan musuhilah orang yang memusuhinya. Kemudian Umar (RD) memujinya dan
berkata: Tahniah kepada anda wahai anak Abu Talib. Anda telah menjadi
maulaku dan maula semua mukmin dan mukminah. Ini adalah riwayat Ibn
'Abbas, al-Barra' bin Azib dan Muhammad bin Ali.
Al-Nisaburi di dalam Tafsirnya123 menyatakan bahawa
ayat ini telah diturunkan mengenai kelebihan 'Ali bin Abi Talib RD di
hari al-Ghadir. Dia menyebutkan sebagaimana telah disebutkan oleh
Fakhruddin al-Razi satu demi satu.
Al-Syaukani di dalam Tafsirnya124 menyebutkan
bahawa Abu al-Syaikh meriwayatkan daripada al-Hasan bahawa Rasulullah
SAWAW bersabda:"Sesungguhnya Allah telah mengutuskan (kepadaku) satu
misi yang mencemaskan, aku mengetahui bahawa sesungguhnya orang ramai
akan membohongiku. Maka Dia telah menjanjikan aku supaya aku
menyampaikannya atau Dia akan menyiksaku. Maka turunlah ayat al-Tabligh
(Surah al-Maidah (5):67)"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu....Dia telah menyebutkan apa yang telah disebutkan
oleh al-Suyuti bahawa ianya diturunkan di hari al-Ghadir Khum tentang
'Ali bin Abi Talib AS. Dan mereka membaca ayat tersebut dengan: Inna
Aliyyan Maula al-Mukminin (Sesungguhnya 'Ali adalah wali Mukminin).
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah125 menulis: al-Tha'labi telah meriwayatkan daripada Ibn
Salih daripada Ibn 'Abbas daripada Muhammad al-Baqir RD mereka berdua
berkata: Ayat ini diturunkan mengenai 'Ali AS. Al-Alusi di dalam Ruh
al-Ma'ani126 berkata: Ibn 'Abbas berkata: Ayat ini diturunkan kepada
'Ali AS. Allah SWT memerintahkan Nabi SAWAW supaya mengisytiharkan
kepada orang ramai (para sahabatnya) mengenai wilayah 'Ali AS.
Rasulullah SAWAW merasa takut bahawa mereka akan berkata bahawa beliau
SAWAW memilih sepupunya. Mereka akan menentang beliau mengenainya.
Lantaran itu Allah menurunkan ayat ini, maka beliau melaksanakan
wilayahnya ('Ali AS) dan berkata: Siapa yang telah menjadikan aku
maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Dia telah menyebutkannya
sebagaimana telah disebutkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur
hingga ke akhirnya.
Muhammad Rasyid Ridha di dalam Tafsir al-Manar127
menyatakan bahawa Syaikh Muhammad 'Abduh menyatakan bahawa ayat ini
diturunkan di hari al-Ghadir mengenai 'Ali bin Abu Talib AS. Dia
menyebutkannya daripada Abi Hatim, Ibn Mardawaih dan Ibn Asakir.
Kemudian dia menyebutkan riwayat Ibn 'Abbas bahawa ayat yang mulia ini
telah diturunkan mengenai ('Ali AS) di Ghadir Khum sebagaimana telah
disebutkan oleh al-Alusi mengenai ayat Ikmal al-Din (Surah
al-Maidah(5):3)"Pada hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu."
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur128 mengaitkan
riwayat Ibn Mardawaih daripada Ibn Asakir kepada Abu Sai'd al-Khudri.
Dia berkata: Manakala Rasulullah SAWAW melantik 'Ali AS pada hari Ghadir
Khum, maka beliau SAWAW mengisytiharkan wilayah 'Ali AS. Lalu Jibra'il
AS menurunkan ayat Ikmalu d-Din (Surah al-Mai'dah(5):3)"Pada hari ini
telah aku sempurnakan agamamu."
Melalui Ibn Mardawaih, Ibn Asakir dan al-Khatib
kepada Abu Hurairah, dia berkata: Manakala Hari Ghadir Khum iaitu hari
kelapan belas Dhul Hijjah, Nabi SAWAW bersabda:"Siapa yang telah
menjadikan aku maulanya maka 'Ali adalah maulanya. Maka Allah pun
menurunkan ayat Ikmalu d-Din (Surah al-Mai'dah(5):3)"Pada hari ini telah
aku sempurnakan agamamu...."
Al-Khatib di dalam Tarikh al-Baghdad129 mengaitkan
sanad secara langsung daripada Abu Hurairah: Mankala Nabi SAWAW memegang
tangan Ali bin Abi Talib AS beliau bersabda: Tidakkah aku wali bagi
Mukminin? Mereka menjawab:Ya! Wahai Rasulullah SAWAW. Beliau bersabda:
Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.
Umar bin al-Khattab berkata: Selamat bahagia untuk anda anak lelaki Abu
Talib. Anda menjadi maulaku dan maula setiap Muslim. Maka Allah pun
menurunkan ayat Ikmalu d-Din (Surah al-Mai'dah(5):3)"Pada hari ini telah
aku sempurnakan agamamu."Al-Samhudi di dalam Fara'id al-Simtin bab
kedua belas dengan sanadnya berhubung dengan Abu Sa'id al-Khudri bahawa
Rasulullah SAWAW telah menyeru orang ramai pada hari Ghadir Khum kepada
(pimpinan) 'Ali AS. Nabi SAWAW meminta 'Ali AS berdiri. Peristiwa ini
berlaku pada hari Khamis. Beliau SAWAW mengangkat tangan 'Ali AS
sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah SAWAW. Kemudian
mereka tidak meninggalkan tempat itu sehingga turunnya ayat (Surah
al-Mai'dah(5):3)"Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu." Maka
Rasulullah SAWAW bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama dan
menyempurnakan nikmat dan keridhaan Tuhan dengan risalahku dan wilayah
'Ali AS selepasku, kemudian beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan
aku maulanya, maka 'Alilah maulanya...."
Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya130 berkata: Ada
pendapat yang mengatakan bahawa ayat yang akhir sekali diturunkan ialah
"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu." Ia adalah riwayat
yang sahih dan telah diturunkan pada hari perlantikan Amiru l-Mukmini
'Ali bin Abi Talib AS di Ghadir Khum. Begitu juga mengenai ayat
al-Ma'arij, mereka menyatakan bahawa ayat tersebut diturunkan mengenai
hak 'Ali AS.
Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar131 menjelaskan
bahawa al-Tha'labi telah menyatakan bahawa Sufyan bin 'Uyainah ditanya
tentang (Surah al-Ma'arij(70):1-2)"Seseorang telah meminta kedatangan
azab yang akan menimpa orang kafir yang tidak seorangpun dapat
menolaknya." Kepada siapakah ayat ini diturunkan ? Maka dia menjawab:
Anda bertanya kepadaku tentang masalah yang tidak pernah ditanya oleh
seorangpun mengenainya. Sebelum anda bapaku telah memberitahukannya
kepadaku daripada Ja'far bin Muhammad AS daripada moyangnya bahawa
Rasulullah manakala di Ghadir Khum, menyeru orang ramai supaya
berhimpun. Maka beliau SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa
yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya..."
Perkara ini telah tersebar di seluruh negara
sehingga sampai kepada al-Harith bin al-Nu'man al-Fihri. Lantas dia
mendatangi Rasulullah SAWAW dengan menaiki untanya. Dia berkata: Wahai
Muhammad! Anda telah memerintahkan kami supaya kami mengucap tiada tuhan
yang lain melainkan Allah dan sesungguhnya anda pesuruhNya maka kami
menerimanya daripada anda. Anda telah memerintahkan kami berpuasa pada
bulan Ramadhan, maka kami menerimanya. Anda memerintahkan kami tentang
Haji, maka kami menerimanya. Kemudian anda tidak puas lagi dengan ini
semua sehingga anda mengangkat sepupu anda mendahului kami. Kemudian
anda berkata: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah
maulanya...Adakah ini daripada Allah atau daripada anda? Nabi SAWAW
bersabda: Demi Tuhan, tiada tuhan yang lain selain daripada Dia
sesungguhnya ini adalah daripada Allah 'Azza wajalla. Lantas al-Harith
berpaling untuk meneruskan perjalanannya seraya berkata: Wahai Tuhan,
sekiranya apa yang dikatakan oleh Muhammad itu benar 'maka hujanilah ke
atas kami batu daripada langit atau datanglah kepada kami siksaan yang
pedih.' Maka Allah 'Azza wajalla menurunkan ayat (Surah al-Ma'arij
(70:1-2).
Ibn al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul
al-Muhimmah,132 Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas,133
Rasulullah SAWAW bersabda dalam keadaan dua matanya kelihatan merah:
Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia bahawa ianya daripada Allah
dan bukan daripadaku. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.
Adapun hadith Nabi SAWAW: Siapa yang telah
menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya, Ahmad bin Hanbal di
dalam al-Musnadnya134 telah mengambil sanadnya daripada al-Barra' bin
'Azib dia berkata: Kami bersama Rasulullah SAWAW di dalam satu
perjalanan. Maka kamipun sampai di Ghadir Khum. Kami 'diseru' supaya
melakukan solat secara berjamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah SAWAW
satu tempat di bawah dua pokok. Maka beliau mengerjakan solat Zuhr
kemudian memegang tangan 'Ali AS sambil bersabda: Tidakkah kalian
mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri
mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda lagi: Tidakkah
kalian mengetahui bahawa aku lebih aula daripada setiap mukmin daripada
dirinya? Mereka menjawab: Ya! Maka beliau memegang tangan 'Ali AS dan
bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah
maulanya...Maka 'Umar menemuinya selepas itu dan berkata: Tahniah kepada
anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maula setiap mukmin dan
mukminat.
Ahmad bin Hanbal juga di dalam Musnadnya135
meriwayatkan hadith ini daripada 'Atiyyah al-'Aufi dia berkata: Aku
bertanya Zaid bin Arqam. Dan aku berkata kepadanya bahawa menantuku
telah memberitahukan kepadaku tentang anda mengenai hadith tentang 'Ali
AS pada hari Ghadir Khum. Aku ingin mendengarnya daripada anda sendiri.
Maka dia menjawab: Wahai orang-orang Iraq! Kalian telah mengetahuinya.
Maka aku berkata kepadanya teruskanlah. Maka dia berkata: Ya! Kami
berada di Juhfah. Rasulullah SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan berkata:
Wahai manusia! Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula
dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya!
Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali
adalah maulanya... Ibn Majah di dalam Sunannya136 telah meriwayatkannya
sehingga kepada al-Barra' bin 'Azib. Al-Nasa'i di dalam Khasa'is 'Ali137
meriwayatkan sanadnya kepada Sa'ad, dia berkata: Rasulullah SAWAW
bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya...maka 'Ali adalah
maulanya....Dia juga meriwayatkan sanadnya sampai kepada Zaid bin
al-Arqam, dia berkata: Rasulullah SAWAW berdiri, memuji Allah kemudian
bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku aula dengan setiap
mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah SAWAW
kami menyaksikan bahawa anda adalah aula bagi setiap mukmin daripada
dirinya. Maka beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya,
maka 'Ali adalah maulanya....Beliau lalu berlalu memegang tangan 'Ali
AS.
Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid138 telah
meriwayatkan ketika menyebutkan hujah al-Mukmun ke atas fuqaha' mengenai
kelebihan 'Ali bin Abi Talib dia berkata di antaranya: Rasulullah SAWAW
bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah
maulanya...
Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa'139 berkata
al-Turmudhi telah meriwayatkannya daripada Abu Sarihah atau Zaid bin
Arqam daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku
maulanya, maka Ali adalah maulanya...Dia juga meriwayatkan perkara yang
sama di dalam Kunuz al-Haqa'iq di Hamish al-Jami' al-Saghir140 hadith:
Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....
Di dalam Is'af al-Raghibin141 di Hamisy Nur
al-Absar menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW berada pada hari Ghadir
Khum: Siapa yang menjadikan aku maulanya maka 'Ali adalah
maulanya....Al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah142
berkata: Daripada 'Umar bahawa dia berkata: 'Ali adalah maula bagi orang
yang telah menjadikan Rasulullah SAWAW sebagai maulanya.
Al-Baghawi di dalam Masabih al-Sunnah143
meriwayatka daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah
menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Abu Nu'aim
Al-Isfahani di dalam Hilyah al-Auliya144 meriwayatkan daripada Nabi
SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka
'Ali adalah maulanya....Ibn al-Jauzi di dalam Tadhirah al-Huffaz145
menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang menjadikan aku
maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Al-Khatib di dalam Tarikh
Baghdad146 meriwayatkan hadith al-Ghadir daripada Anas, dia berkata: Aku
mendengar Nabi SAWAW bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku
maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...
Demikianlah aku telah kemukakan kepada pembaca yang
budiman sebahagian kecil daripada buku-buku rujukan Ahlu s-Sunnah wa
l-Jama'ah. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan pula kepada anda
nama-nama perawi dengan menyebutkan rujukan mereka bagi menambahkan lagi
penjelasan seperti berikut: Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul.147
Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul.148 Fakhruddin
al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib.149 Al-Tha'labi di dalam Tafsirnya.150
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur. Ibn Sibagh al-Maliki di dalam
Fusul al-Muhimmah.151 Al-Turmudhi di dalam Sahihnya,152 dia berkata:
Hadith ini adalah Hasan sahih. Al-Hakim di dalam al-Mustadrak153
berkata: Ini adalah hadith sahih menurut syarat al-Syaikhain (al-Bukhari
dan Muslim) tetapi mereka berdua tidak meriwayatkannya. Ibn Kathir di
dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.154 Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya.155
Ibn Hajr di dalam fasal yang kelima daripada bab
pertama bukunya al-Sawa'iq al-Muhriqah berkata: Ini adalah hadith sahih.
Ianya telah diriwayatkan oleh golongan yang banyak seperti al-Turmudhi,
al-Nasa'i dan Ahmad dengan cara yang banyak. Kemudian ianya
diriwayatkan tiga puluh sahabat yang telah mendengarnya daripada Nabi
SAWAW dan mempersaksikannya di hadapan 'Ali pada masa pemerintahannya di
Rahbah. Kebanyakan sanadnya sahih atau hasan.
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah156
berkata: Abu Ja'far Muhammad bin Jarir al-Tabari pengarang al-Tafsir dan
al-Tarikh telah mengumpulkan dua jilid riwayat dan lafaz-lafaznya.
Begitu juga al-Hafiz Abu l-Qasim bin 'Asakir telah meriwayatkan
hadith-hadith yang banyak di dalam khutbahnya.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah157 telah menceritakan daripada Abu l-Ma'ali al-Jawaini yang
dikenali dengan Imam al-Haranaini, guru kepada al-Ghazali, bahawa dia
menjadi hairan dan berkata: Aku melihat satu jilid buku mengenai hadith
Ghadir Khum tertulis di atasnya jilid yang kedua puluh lapan. Ianya
mengandungi berbagai riwayat tentang sabda Nabi SAWAW: Siapa yang
menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....dan ianya akan
disusuli dengan jilid yang kedua puluh sembilan.
Sebenarnya hadith-hadith mengenai al-Ghadir yang
kami telah kemukakan tadi adalah merupakan sebilangan kecil sahaja, jika
dibandingkan dengan hadith-hadith yang telah diriwayatkan di dalam bab
ini yang tidak terkira banyaknya.
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Hamid Husain al-Nisaburi
RH di dalam 'Abaqat telah menyenaraikan nama-nama perawi yang telah
menyebutkan hadith al-Ghadir. Semuanya daripada ulama-ulama besar Ahlu
s-Sunnah. Ayatullah al-'Uzma Sayyid Syihab al-Din al-Mar'asyi al-Najafi
di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan al-Sa'id al-Syahid
al-Qadhi Nur Allah al-Tastari, al-Allamah al-Amini di dalam bukunya
al-Ghadir. Begitu juga al-Imam al-Sayyid bin Tawus RH di dalam bukunya
al-Iqbal (hlm. 663) telah menyenaraikan nama-nama ulama besar Ahlu
s-Sunnah bahawa sesungguhnya mereka telah meriwayatkan hadith al-Ghadir
dan memperakukan kesahihannya. Rujuklah kepada buku-buku tersebut wahai
pembaca yang budiman!
Nota Kaki:
114. Masabih al-Jinan, hlm. 560.
115. Masabih al-Jinan, hlm. 560.
116. Lihat Lampiran B.
117. al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah), hlm. 262 dan seterusnya.
118. al-Musnad, IV, hlm. 370; Dialog Sunnah-Syi'ah, hlm. 254.
119. Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 251.
120. Asbab al-Nuzul, hlm. 150.
121. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298.
122. Mafatih al-Ghaib, hlm. 636.
123. Tafsir al-Nisaburi, VI, hlm. 194.
124. Tafsir al-Syaukani, VI, hlm. 194.
125. Yanabi al-Mawaddah, hlm. 120.
126. Ruh al-Ma'ani, VI, hlm. 172.
127. Tafsir al-Manar, III, hlm. 463.
128. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 259.
129. Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290.
130. Tarikh al-Ya'qubi, II, hlm. 32.
131. Nur al-Absar, hlm. 75.
132. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 26-27.
133. Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 19.
134. al-Musnad, IV, hlm. 382.
135. al-Musnad, IV, I, 52 & 368.
136. al-Sunan, I, hlm. 55 -56.
137. Khasa'is 'Ali, hlm. 22.
138. al-'Aqd al-Farid, III, hlm. 38.
139. Tarikh al-Khulafa', hlm. 65.
140. Kunuz al-Haqa'iq di Hamisy al-Jami' al-Saghir, II, hlm. 117.
141. Is'af al-Raghibin di Hamisy Nur al-Absar, hlm. 51.
142. Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 170.
143. Masabih al-Sunnah, II, hlm. 220.
144. Hilyah al-Auliya', IV, hlm. 23; Nathr al-Li'ali, hlm. 166.
145. Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 10; Syaraf al-Muabbah, III.
146. Tarikh Baghdad, VII, hlm. 377.
147. Asbab al-Nuzul, hlm. 150.
148. Matalib al-Su'ul, hlm. 100.
149. Mafatih al-Ghaib, XII, hlm. 50.
150. Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 120.
151. Al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 23.
152. Sahih, II, hlm. 297.
153. al-Mustadrak, III, hlm. 109.
154. al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 208.
155. Tarikh al-Ya'qubi, II, hlm. 93.
156. al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 208.
157. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 30.
Tahniah para sahabat kepada 'Ali kerana jawatan Khalifah
Mankala Rasulullah SAWAW memberi khutbahnya yang
penuh bersejarah, beliau memerintahkan orang yang menyaksikan peristiwa
itu termasuk Abu Bakr, Umar, syaikh-syaikh Quraisy dan pembesar-pembesar
kaum Ansar, isteri-isteri beliau supaya tampil mengucap tahniah kepada
Amiru l-Mukminin AS kerana memegang jawatan al-Wilayah, pelaksanaan,
suruhan dan larangan di dalam agama Allah SWT. Sebilangan besar para
ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah meriwayatkannya di antaranya:
Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah158 telah
meriwawatkan hadith dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan
diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat tangan (salam)
dengan Nabi SAWAW dan 'Ali ialah Abu Bakar, 'Umar, Uthman, Talhah,
Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan
solat Zuhr dan 'Asr berjama'ah di dalam satu masa dan berpanjangan
sehingga beliau SAWAW mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan
Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk
tangan tiga kali.
Al-Dar al-Qutni: Ibn Hajr telah meriwayatkan
daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah
bahawa Abu Bakar dan 'Umar manakala kedua-duanya mendengar hadith
al-Ghadir, mereka berkata kepada Imam 'Ali AS: Andalah maula bagi setiap
mukmin dan mukminah. Dikatakan kepada Umar: Sesungguhnya anda melakukan
sesuatu kepada 'Ali di mana anda tidak melakukannya kepada orang lain
daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW. Dia menjawab: Sesungguhnya
beliau adalah maulaku.
Al-Hafiz Abu Sa'id al-Nisaburi di dalam bukunya
Syaraf al-Musfa dengan isnadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dengan
lafaz Ahmad bin Hanbal dan dengan isnad yang lain daripada Abu Sa'id
al-Khudri dan lafaznya. Kemudian Nabi SAWAW bersabda: Kalian ucaplah
tahniah kepadaku, kalian ucaplah tahniah kepadaku. Sesungguhnya Allah
telah memberi keistimewaanku dengan kenabian, dan memberikan
keistimewaan Ahlul Baitku dengan Imamah. Maka Umar bin al-Khattab
menemui Amiru l-Mukminin dan berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai
Abu l-Hassan. Anda menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah.
Pengarang Raudhah al-Safa159 selepas menyebutkan
hadith al-Ghadir berkata: Kemudian Rasulullah SAWAW duduk di dalam satu
khemah dan menempatkan 'Ali di khemah yang lain. Beliau menyuruh para
sahabat supaya memberi tahniah kepada 'Ali di dalam khemahnya. Dan
apabila orang lelaki selesai mengucap tahniah, beliau menyuruh
isteri-isterinya pergi ke khemah dan mengucapkan tahniah kepada 'Ali AS.
Kuand Amir di dalam Habib al-Siyar160 berkata:
Kemudian Amiru l-Mukminin 'Ali AS duduk di khemah khas. Para sahabat
Rasulullah SAWAW datang kepadanya dan mengucap tahniah kepadanya. Di
antara mereka ialah Abu Bakar dan 'Umar. 'Umar berkata: Alangkah
beruntungnya anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda telah menjadi
maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah. Kemudian beliau
memerintahkan Ummahat al-Mukminin supaya datang kepada 'Ali AS dan
mengucap tahniah kepadanya.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,161 al-Tabari
di dalam Tafsirnya,162 Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,163 al-Tha'labi
di dalam Tafsirnya,164al-Baihaqi di dalam al-Sunan,165 al-Khatib
al-Baghdadi di dalam Tarikhnya,166 Ibnu al-Maqhazali di dalam
Manaqibnya167, al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,168 al-Syarastani di
dalam al-Milal wa al-Nihal,169 Abu l-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali di
dalam Manaqibnya,170 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,171
al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib,172 Muhibuddin al-Tabari
di dalam Riyadh al-Nadhirah,173 al-Hamawaini di dalam al-Fara'id
al-Simtin174 bab ketiga belas.
Abu l-Fida', Ibn Kathir al-Syafi'i di dalam
al-Bidayah wa al-Nihayah,175 al-Muqrizi di dalam al-Khutat,176 Ibn
Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,177 al-Suyuti di dalam
Jami' al-Jawami',178 al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal,179
al-Samhudi di dalam Wafa' al-Wafa bi Akhbar Dar al-Mustafa.180
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah181 dan
lain-lain yang terdiri daripada ulama-ulama hadith, Tafsir, dan sejarah
Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah di mana kami tidak dapat menyenaraikan
kesemua nama-nama mereka di dalam buku kami ini. Mereka semua
meriwayatkan hadith ini di dalam musnad-musnad dan sahih-sahih mereka
daripada perawi-perawi yang thiqah yang berakhir bukan hanya kepada
seorang sahabat seperti Ibn 'Abbas, Abu Hurairah, al-Barra' bin 'Azib,
Zaid bin Arqam dan lain-lain.
Kata-kata yang agak menarik ialah ucapan yang
dikatakan oleh al-Ghazali di dalam bukunya Sirr al-'Alamain:182Hujah
telah terang, jumhur telah sepakat bahawa teks hadith adalah khutbah
Rasulullah SAWAW di Hari al-Ghadir. Beliau bersabda: Siapa yang telah
menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....'Umar berkata:
Alangkah bahagianya anda wahai Abu l-Hasan. Anda telah menjadi maulaku
dan maula setiap mukmin dan mukminat. Ini adalah satu penyerahan,
keredhaan dan pertimbangan yagn waras. Kemudian hawa nafsu lebih
mencintai pangkat dan segala-galanya sehingga membawa kepada
perselisihan dan pembunuhan. Lantaran itu mereka meninggalkan kebenaran
di belakang lalu membelinya dengan harga yang murah. Maka sejahat-jahat
apa yang mereka lakukan.
Segala puji bagi Allah yang telah membuat
al-Ghazali bercakap benar di mana ianya adalah hujah kami dan ianya
mengukuhkan dakwaan kami sebagaimana tertulis di dalam bukunya Sirr
al-'Alamain. Kerana Allah membuatkan lidahnya bercakap dengan kebenaran
dan menjelaskan hakikat yang sebenarnya, meskipun dia seorang yang
dikenali dengan fanatik dan keras. Sebagaimana kata seorang pujangga:
Kebenaran membuat orang yang insaf dan degil bercakap.
Tetapi apa yang mendukacitakan kami ialah sikap
Ahlu s-Sunnah apabila seorang daripada mereka mengemukakan dalil yang
mengukuhkan dakwaan Syi'ah tentang hak 'Ali Amirul Mukminin dan
anak-anaknya tentang jawatan khalifah, lantas mereka menuduhnya sebagai
seorang Syi'ah sekalipun kami melihat mereka begitu fanatik kepada
mazhab mereka. Mereka menuduh Syi'ah dengan pembohongan, tetapi Allah
SWT membuatkan lidahnya bercakap benar secara sukarela ataupun tidak.
Maka dia bercakap benar kerana kebenaran itu tinggi dan tidak ada yang
lebih tinggi daripadanya.
Syi'ah adalah orang yang mempunyai ilmu kebenaran
dan ijtihad. Mereka memenuhi bumi Allah dengan keilmuan, amalan, dan
kebenaran di dalam percakapan meskipun musuh-musuh mereka memperkatakan
apa yang mereka mahu dengan penuh pembohongan dan rekaan semata-mata.
Perhatikanlah wahai pembaca budiman. Bagaimana
Allah SWT mendedahkan kebenaran Syi'ah sekalipun lama masanya terpendam,
pasti akan terserlah juga sama ada Ahlu s-Sunnah mahu ataupun tidak.
Dan kebatilan pasti pudar juga sama ada mereka mahu ataupun tidak.
Aku pun telah mengemukakan kepada anda di dalam
buku ini sebahagian daripada hadith-hadith yang berkaitan dengan hari
al-Ghadir, sedangkan banyak lagi hadith-hadith yang ada kaitan dengannya
dipandang sepi oleh Ahlu s-Sunnah kerana hasad dan kemarahan mereka
terhadap Amiru l-Mukminin AS. Lebih-lebih lagi di masa Muawiyah memegang
jawatan khalifah. Sekalipun tekanan-tekanan yang kuat telah dilakukan
kepada perawi-perawi hadith tentang hak Abu Turab ('Ali AS) tetapi Allah
menghendaki supaya kebenaran Amiru l-Mukminin terserlah dan memenuhi
bumi ini dengan kelebihan-kelebihannya AS.
Di sini aku cuba meringkaskan apa yang telah aku
kemukakan mengenai hadith al-Ghadir kerana ianya sudah memadai bagi
orang yang mempunyai fikiran yang waras. Jikalau aku ingin membentangkan
kesemuanya, nescaya aku akan menulis buku yang lebih tebal dan
berjilid-jilid dan ini adalah bertentangan dengan "buku ringkas" yang
aku telah janjikan kepada pembaca yang budiman. Dan sesiapa yang ingin
mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenainya, hendaklah membuat
rujukan kepada buku-buku yang telah aku sebutkan terlebih dahulu yang
mengandungi dalil-dalil yang jelas tentang keutamaan Amiru l-Mukminin
'Ali AS menjadi khalifah daripada orang lain.
Kerana apa yang dimaksudkan dengan perkataan
al-Maula ialah aula di dalam segala urusan. Pengertian ini telah
dikenali dari sudut bahasa dan penggunaannya di dalam al-Qur'an al-Nar
aula-kum (api neraka itu adalah lebih utama untuk kalian) iaitu aula
dengan kalian. Akhtal berkata: Maulanya mengandungi semua manusia.
Rasulullah SAWAW telah menentukan pengertian
al-Maula di dalam sabdanya: Tidakkah aku aula dari kalian? Justeru itu
beliau mengikutinya terus dengan sabdanya: Siapa yang telah menjadikan
aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Iaitu siapa yang aku aula
dengannya daripada dirinya maka 'Ali adalah aula dengannya daripada
dirinya sendiri. Maka 'Ali AS aula di dalam pengurusan mereka. Dan
beliau tidak menjadi aula melainkan apabila beliau menjadi khalifah dan
imam. Ini merupakan nas yang terang menghendaki pimpinan ugama dan
dunia. Kerana orang yang aula dengan ummat ini ialah Nabi dan Imam AS.
sebagaimana urutan ayat terdahulu. Lagipun pengertian tersebut telah
difahami oleh orang-orang yang fasih dengan madlul Bahasa Arab seperti
Umar bin al-Khattab, Hasan bin Tsabit, Harith bin al-Nu'man al-Fihri
sebagaimana anda mengetahui ucapan-ucapan mereka yang lalu. Oleh itu
tidak seorangpun harus mendahului Rasulullah SAWAW sebagaimana juga ia
tidak harus mendahului 'Ali AS.
Di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa maula
yang dimaksudkan ialah aula yang memberi pengertian imamah dan imarah
(pemerintahan), ialah tahniah para sahabat kepada 'Ali AS sebagaimana
aku telah menyebutkannya terlebih dahulu. Tidak ada dorongan yang lain
bagi Abu Bakar dan Umar mengucap tahniah kepada 'Ali apabila mereka
berdua mendengar apa yang disabdakan oleh Nabi SAWAW melainkan mereka
berdua memahami perkataan maula iaitu imamah dan imarah. Inilah yang
menyebabkan mereka berdua mengucap tahniah kepada 'Ali AS. Bukan dengan
pengertian pembantu (al-Nasir) atau pertolongan (al-Nusrah) yang
diketahui oleh mereka dan 'Ali AS. Dan tidaklah tepat jika para sahabat
mengucap tahniah kepadanya disebabkan perkara-perkara biasa yang
dilakukan olehnya ('Ali AS).
Sebagaimana dorongan Umar bin al-Khattab melakukan
kepada 'Ali AS apa yang tidak dilakukan terhadap sahabat-sahabat
Rasulullah SAWAW yang lain. Dia berkata: Beliau adalah maulaku. Iaitu
apa yang dia memahami dan mengetahui pengertian al-imarah dan al-imamah
bukan pengertian pembantu(al-Nasir) kerana ianya merupakan jawapan yang
tidak memberi erti kerana pengertiannya: Beliaulah pembantuku. Dan
apabila orang bertanya tadi jahil tentang pertolongan sahahat-sahabat
Nabi SAWAW sesama mereka. Umar bin al-Khattab menjawab: Sesungguhnya
'Ali adalah pembantuku.
Sekiranya pengertian itulah yang dimaksudkan oleh
Nabi SAWAW dan difahami oleh Umar bin al-Khattab, kenapa dia begitu
marah kepada dua orang badwi yang sedang bertengkar. Dia berkata kepada
'Ali AS: Adililah mereka berdua wahai Abu l-Hasan. Salah seorang
daripada mereka berkata dengan angkuh: Lelaki inikah yang akan mengadili
kamu berdua? Lalu Umar memarahkan badwi itu dan berkata: Celaka anda!
Anda tidak mengetahui siapa ini? Ini adalah maulaku dan maula setiap
mukmin dan mukminat.
Pada masa yang lain pula Umar bertengkar dengan
seorang lelaki di dalam satu masalah. Umar berkata: Lelaki yang sedang
duduk itu akan mengadili aku dan anda. Dia mengisyaratkan kepada 'Ali
AS. Maka lelaki itu menjawab: Ini hanyalah suku Arab biasa. Manakala
Umar mengetahui bahawa lelaki itu merendahkan Ali dan memperkecilkannya,
Umar terus berdiri dari tempat duduknya dan memegang pada pakaian
lelaki itu sehingga dia mengangkatnya dari tanah. Kemudian dia berkata:
Adakah anda mengetahui siapakah orang yang anda memperkecilkannya?
Beliau adalah maulaku dan maula setiap mukmin.
Perhatikanlah wahai pembaca yang budiman, manakala
dia berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui siapakah orang yang anda
memperkecilkannya? Beliaulah maulaku dan maula setiap mukmin. Kenyataan
ini telah dipindahkan oleh Muhibuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh
al-Nadhirah183 dan al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya184 dengan beberapa
riwayat yang sahih daripada Umar.
Sekiranya Umar tidak memahami perkataan maula
sebagai al-imarah dan al-imamah, nescaya dia akan menjawab: Ini adalah
pembantuku dan pembantu setiap muslim. Lihatlah betapa Umar begitu
terkilan dan marah terhadap sikap lawannya yang memperkecilkan Ali AS.
Katakanlah kepadaku sekiranya dia terkilan dan marah kepada badwi tadi
disebabkan dia memperkecilkan pembantunya. Lantas dia ingin mengajar
lelaki itu mengenainya dengan berdiri?
Sekiranya pembantunya bukan Ali maka dia bukanlah
mukmin atau muslim. Adakah ini yang merisau dan memarahkan Umar? Atau
perkara lain di sebalik itu yang lebih sesuai bagi Umar untuk bangun
dari tempat duduknya memarahi lelaki itu dan lebih layak dia
memarahinya? Ya! Demi kebenaran. Dia tidak merasa cemas dan marah
kepadanya (badwi) melainkan dia mengetahui bahawa Ali AS adalah aula
dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri.
Justeru itu Umar mengambil tindakan yang serius dan menentang orang yang memperkecilkannya ('Ali).
Dengan ini jelaslah apa yang didengarinya daripada
Rasulullah SAWAW kemudian dia memperkuatkannya ke atas dirinya dan
Mukminin pada masa itu di mana dia dan Mukminin mengucap tahniah
kepadanya ('Ali). Sebagaimana dicintai Allah SWT bahawa sesungguhnya
beliaulah maula dan maula setiap muslim. Dan sesiapa orang yang tidak
menjadikannya sebagai maulanya, maka dia bukanlah muslim sekalipun tanpa
wilayah Nabi SAWAW. Di dalam keadaan demikian tidaklah patut bagi Umar
jika maksud maula adalah pembantu. Jikalaulah begitu bagaimana seorang
itu boleh berada di dalam kesamaran jika maula dimaksudkan pembantu?
Demikianlah percakapan Arab difahami sehingga ia menjadi percakapan yang
fasih dan selari dengan keadaan semasa.
Di samping itu juga maula dengan pengertian
pembantu membawa kepada pembohongan terhadap sabda Rasulullah SAWAW (wa
l-'Iyazu bi Ilahi min Dhalika) kerana beberapa banyak berlaku
penentangan terhadap agama dan perubahan peraturan pada umat ini selepas
kematian beliau SAWAW. Kedua-duanya telah dilakukan oleh orang yang
zalim dan orang yang dizalimi secara paksa serta orang murtad yang lari,
Kesemuanya itu dilihat dan didengari oleh Amiru l-Mukminin yang tinggal
di rumahnya lebih dua puluh empat tahun, tidak pernah berhasrat untuk
mendapat pertolongan daripada orang lain sehingga orang yang berada di
dalam rumahnya. Sejarah telah memberitahukan kita tentang pertolongannya
atau kemenangan ummah dengannya.
Oleh itu di manakah sabdanya SAWAW: Siapa yang
telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....iaitu
pembantuku dan di manakah bantuan 'Ali AS pada masa itu dan orang yang
membantunya? Adapun apa yang telah ditakwilkan oleh orang yang mempunyai
tujuan yang jahat dan mempunyai akhlak yang keji seperti Ibn Hajr di
dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, pada fasal kelima daripada bab pertama,
al-Qausyaji di dalam Syarh al-Tajrid185 dan orang yang seumpama mereka
bahawa maksud maula sebagai pencinta, pembantu sebagaimana yang telah
disebutkan, adalah terbatal kerana ianya bertentangan dengan sabda Nabi
SAWAW. Lagipun cinta dan bantuan adalah perkara-perkara yang diketahui
oleh semua Muslimin, tanpa memerlukan keterangan kerana ayat al-Qur'an
dan hadith telah menerangkannya. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah
al-Hujurat(49): 10:"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah
bersaudara. Dan firmanNya Surah al-Taubah (9): 71:"Dan orang-orang yang
beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain."Dan firmanNya Surah al-Fath(48): 29:"Dan
orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap
orang-orang kafir" tidak memerlukan keterangan lagi.
Adapun wahyu yang mengancam Rasulullah SAWAW jika
beliau tidak menyampaikannya, lalu beliau melaksanakan apa yang
diperintahkannya dengan penuh kesulitan, menunjukkan bahawa ianya
perkara yang besar dan memerlukan kepada keterangan iaitu awaliyyah
(keutamaan) di dalam pengendalian urusan manusia. Ianya diturunkan di
hadapan lebih daripada seratus dua puluh ribu sahabat di padang pasir
yang panas. Beliau mengangkat tangan 'Ali AS sambi bersabda: Siapa yang
telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Jikalau
maksudnya ialah suatu penerangan cinta dan bantuan, maka kenapa
diturunkan ayat Ikmaluddin (Surah al-Maidah(5):3"Pada hari ini telahKu
sempurnakan bagimu agamamu...."Ketika turunnya ayat (Surah
al-Hujurat(49):10)"Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara."Aku
berkata: Ini adalah cukup bagi orang yang mempunyai fikiran yang waras,
dan juga menjadi hujah yang pemutus ke atas lawan yang menentang dakwaan
Syi'ah mengenai hak Amiru l-Mukminin 'Ali AS terhadap jawatan khalifah
secara langsung selepas Rasulullah SAWAW. Kami mempunyai dalil yang
banyak untuk mengukuhkan dakwaan kami tentang hak 'Ali selepas
Rasulullah SAWAW secara langsung selain daripada apa yang kami telah
kemukakan. Terdapat ramai ulama Sunnah dan Syi'ah yang telah mengarang
buku-buku mengenai al-Ghadir. Mereka menyebutkannya di dalam buku-buku
mereka yang tidak terkira banyaknya.
Ketahuilah sesungguhnya aku telah mengemukakan kepada anda enam ayat daripada al-Qur'an, iaitu:
1.Ayat al-Wilayah (Surah al-Maidah(5): 55)
2. Ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab(33: 33)
3. Ayat al-Mubahalah (Surah Ali Imran(3): 61)
4. Ayat al-Mawaddah (Surah al-Syu'ara(42): 23)
5. Ayat al-Tabligh (Surah al-Maidah(5): 67)
Kesemua ayat-ayat ini menunjukkan keistimewaan
Amiru l-Mukminin 'Ali AS terhadap jawatan khalifah sebaik sahaja
kewafatan Nabi SAWAW dengan nas yang pemutus. Sehingga tidak ada ruang
bagi si penipu untuk menentang dakwaan kami tentang hak 'Ali AS.
Lantaran itu jawatan khalifah untuk 'Ali AS telah terserlah dengan enam
ayat al-Qur'an yang telah diriwayatkan oleh ulama Ahlu s-Sunnah di
samping para ulama syi'ah.
Oleh itu sayugialah bagi setiap orang yang
mempunyai hati yang merdeka dan sejahtera supaya menyerahkan diri mereka
kepada kebenaran dan tinggallah pertarungan yang wujud di antara Sunnah
dan Syi'ah. Kerana Syi'ah tidak membawa sesuatu perkara begitu sahaja
malah mereka telah mengukuhkan dakwaan mereka dengan al-Qur'an dan
Sunnah. Justeru itu kenapa orang yang menetapkan dakwaannya dengan
al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWAW dicela, sedangkan banyak
pendapat-pendapat ulama besar mereka menyalahi mazhabnya?
Untuk menambahkan apa yang aku kemukakan kepada
anda, Sa'id al-Syahid al-Qandhi Nur Allah al-Tastari RH telah mencatat
di dalam Ihqaq al-Haq, Jilid ketiga, cetakan Iran, lapan puluh dua ayat
yang lain di antara ayat-ayat yang turun mengenai Amiru l-Mukminin 'Ali
dan Ahlu l-Baitnya AS. Dan dia telah menyebutkan rujukan Ahlu s-Sunnah
mengenainya secara terperinci.
Wahai pembaca yang budiman adalah alasan lain lagi
selepas ini bagi orang yang mengesyaki keutamaan 'Ali AS menjadi
khalifah dan wasinya selain daripada orang yang angkuh dan degil kepada
hati kecilnya atau tidak ingin melihat kepada apa yang telah kami
kemukakan, sekalipun ianya terang seperti api di atas menara, matahari
di siang hari. Aku tidak mengetahui apakah keuzuran yang telah
disediakan oleh Ahlu s-Sunnah di hari hisab kelak, di mana segala
perkara akan diperlihatkan di hari itu dan hati akan sampai ke
kerongkong.
Sampai bilakah penentangan mereka terhadap
buku-buku Syi'ah yang baik? Dan sampai bilakah kedegilan dan kebebalan
ini? dan sehingga bilakah penentangan mereka terhadap hak Rasulullah
SAWAW, wasinya dan menantunya Amiru l-Mukminin 'Ali. Wahai Tuhanku
persaksikanlah sesungguhnya kami telah menyempurnakan hujah dan
permudahkanlah jalan untuk saudara-saudara kami Ahlu s-Sunnah. Wahai
Tuhanku! Berikanlah hidayah kepada mereka sebagaimana Engkau telah
memberikannya kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Penunjuk dan
Mursyid kepada jalan yang benar. Dan Engkau telah berfirman di dalam
al-Qur'an (Surah al-Insan (76): 3):"Sesungguhnya Kami telah menunjukinya
jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada yang pula yang kafir."
Nota Kaki:
158. Kitab al-Wilayah, hlm. 18 dan seterusnya.
159. Raudhah al-Safa, I, hlm. 173.
160. Habib al-Siyar, III, hlm. 144.
161. al-Musnad, IV, hlm. 281.
162. Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 428.
163. Tafsri al-Mardawaih, hlm. 58.
164. Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 428.
165. Al-Sunan, I, hlm. 55-58.
166. Tarikh al-Baghdad, VIII, hlm. 378.
167. al-Manaqib, hlm. 48-50.
168. Sir al-'Alamain, hlm. 9.
169. al-Milal wa l-Nihal, hlm. 9-14.
170. al-Manaqib, hlm. 49.-60.
171. al-Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 636.
172. Kifayah al-Talib, hlm. 48-52.
173. Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 169.
174. al-Fara'id al-Simtin, hlm. 50-61.
175. al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 209.
176. al-Khutat, II, hlm. 223.
177. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 25.
178. Jami' al-Jawami', hlm. 50-62.
179. Kanz al-Ummal, IV, hlm. 397.
180. Wafa' al-Wafa' bi Akhbar Dar Al-Mustafa, II, hlm. 173.
181. al-Sawa'iq a-Muhriqah, hlm. 26.
182. Sirr al-'Alamain, hlm. 9-13.
183. Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 170.
184. al-Manaqib, hlm. 97.
185. Syarh al-Tajrid, hlm. 45.
BAB KETIGA: SYI'AH DAN SUNNAH NABAWIYAH
Syi'ah adalah mereka yang mengambil sunnah
nabawiyyah yang dibawa oleh penghulu para Nabi AS. Mereka tidak
berganjak sedikitpun dari landasannya semenjak hari pengisytiharan
dakwah sehingga hari ini dan selepas hari ini. Mereka terus berpegang
kepada al-'Urwah al-Wuthqa berjalan di atas landasannya yang benar.
Mereka mengambilnya dari para imam yang suci dari segala kesalahan.
Mereka mengikut sunnah tanpa syak padanya. Oleh itu mereka tidak
mengambil riwayat selain daripada para imam dengan sanad mereka yang
dipercayai; imam maksum daripada imam maksum seumpamanya, daripada
Rasulullah daripada Jibra'il daripada Allah Rabu l-jalil. Di dalam
ertikata yang lain, mereka mengambil hukum-hukum daripada hadith-hadith
Nabi SAWAW dan para imam AS, perbuatan dan taqrir mereka sebagaimana
tertulis di dalam al-Usul.
Lantaran itu penulis-penulis sirah dan sejarah
tidak memberitahukan kita bahawa sesungguhnya seorang imam daripada para
imam dua belas telah mengambil hadith daripada seorang sahabat, tabi'in
atau orang lain. Sebaliknya orang ramai mengambilnya daripada mereka
tetapi mereka tidak mengambilnya daripada orang lain.
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:"Aneh sekali mereka
berkata: Mereka mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah
SAWAW. Lantas mereka mengetahui dan mendapat petunjuk daripadanya.
Mereka fikir kami Ahlu l-Bait tidak mengambil ilmunya dan kami tidak
mendapat petunjuk daripadanya. Sedangkan kami keluarganya dan zuriatnya.
Di rumah kamilah turunnya wahyu. Dan dari kamilah ia mengalir kepada
orang ramai. Adakah anda fikir merekalah yang mengetahui dan mendapat
petunjuk sementara kami jahil dan sesat?
Imam Baqir AS berkata:"Sekiranya kami
memberitahukan kepada orang ramai menurut pendapat dan hawa nafsu kami,
nescaya kami binasa. Tetapi kami memberitahukan mereka dengan
hadith-hadith yang kami kumpulkannya daripada Rasulullah SAWAW
sebagaimana mereka mengumpulkan emas dan perak."Imam Ja'far al-Sadiq AS
berkata:"Hadithku adalah hadith bapaku. Hadith bapaku adalah hadith
datukku. Hadith datukku adalah hadith Husain. Hadith Husain adalah
Hadith Hasan. Hadith Hasan adalah hadith Amiru l-Mukminin. Hadith Amiru
l-Mukminin adalah hadith Rasulullah SAWAW. Dan hadith-hadith Rasulullah
SAWAW adalah firman Allah SWT.1
Dan beliau AS berkata:"Siapa yang meriwayatkan
hadith tentang kami, maka kami akan bertanya kepadanya mengenainya di
suatu hari. Sekiranya dia meriwayatkan kebenaran terhadap kami,
seolah-olah dia meriwayatkan kebenaran terhadap Allah dan RasulNya. Dan
sekiranya ia berbohong terhadap kami, seolah-olah dia berbohong terhadap
Allah dan RasulNya, kerana kami apabila meriwayatkan hadith, kami tidak
berkata: Fulan bin Fulan telah berkata, tetapi apa yang kami katakan:
Allah berfirman dan RasulNya bersabda."
Kemudian Syi'ah tidak mengamalkan mana-mana hadith
yang datang daripada seorang muhaddith, atau riwayat yang datang
daripada seorang perawi melainkan ianya sejajar dengan riwayat-riwayat
yang datang daripada para imam yang suci AS, dan akan diperakukan oleh
al-Qur'an ketika pembentangan dilakukan ke atasnya. Kerana mereka
mengetahui dengan jelas apa yang telah berlaku ada masa Bani Umayyah,
terutamanya pada masa thagut Muawiyah. Di mana hadith pada masa itu
diperniagakan, perawi diberi upah mengikut kadar keberkesanan hadith
(palsu)nya ke atas orang ramai sama ada dalam bentuk pujian atau cacian
sebagaimana satu riwayat yang telah diriwayatkan oleh orang kepercayaan
Muawiyah,"Tiga orang yang diamanahkan di dalam agama: Aku, Jibra'il, dan
Muawiyah," sebagaimana juga riwayat yang menjadikannya penulis wahyu
dan Khal al-Mukmin, dan hadith pembukaan Makkah:"Siapa yang memasuki
rumah Abu Sufyan adalah aman" seolah-olah dia menjadikannya "haram"
sebagaimana Baitu l-Haram. Dan khutbah-khutbah yang menakutkan dan
riwayat-riwayat yang mencela Imam Ali Amiru l-Mukminin dan keluarganya
sehingga 'Ali AS dicela di atas tujuh puluh ribu mimbar masjid.
Justeru itu Syi'ah tidak menerima riwayat-riwayat
daripada perawi-perawi yang memalsukan hadith seperti mereka itu.
Muawiyah telah menamakan dirinya dan orang yang menyokongnya dengan nama
Ahlu l-Sunnah wa l-Jama'ah pada masa itu sebagai penipuan (kaidan)
kepada Syi'ah 'Ali AS. Oleh itu Syi'ah pada hakikatnya merekalah Ahlu
s-Sunnah (Sunniyyun). Kerana mereka mengambil sunnah dari sumbernya yang
asli, yang telah ditapis oleh orang-orang yang baik dan perawi-perawi
yang terpilih. Mereka mengambil hadith dan sunnah nabawiyyah daripada
imam-imam, penghulu-penghulu mereka sebagaimana mereka menerimanya
daripada penghulu para Nabi AS kerana mereka percaya bahawa
hadith-hadith mereka adalah daripada Rasulullah SAWAW tanpa ijithad
daripada mereka. Lantaran itu mereka mengambil(nya) daripada mereka
dengan penuh keyakinan tanpa syak dan penentangan. Mereka bertanya
kepada mereka di dalam semua hal yang mereka perlu. Oleh itu
hadith-hadith riwayat mereka meliputi segala aspek.
Justeru itu tidak hairanlah jika Imam Ja'far
al-Sadiq AS di datangi oleh beribu-ribu cerdik pandai sehingga Abu
l-Hasan al-Wasya berkata kepada penduduk Kufah: Aku dapati masjid Kufah
ini lebih daripada empat ribu syaikh yang warak. Semuanya berkata:
Haddathani Ja'far bin Muhammad (Ja'far bin Muhammad telah meriwayatkan
hadith kepadaku).
Di sinilah aku akan kemukakan sebahagian daripada
hadith-hadith dan sunnah nabawiyyah yang menyokong dakwaan Syi'ah dan
kebenaran mereka menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW dan
imam-imam yang suci AS seperti berikut:
1. Hadith al-Dar atau al-Indhar (Hadith jemputan di rumah atau hadith peringatan)
Sabda Nabi SAWAW:"Ini 'Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal,
para ulama hadith, sirah, dan sejarah dari golongan Sunnah dan Syi'ah di
dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Mereka mengakui kesahihan
dan kemuliaannya serta perawinya yang ramai. Lantaran itu tidak
hairanlah jika ianya diterima oleh sejarawan-sejarawan umat Islam kerana
ianya adalah jelas dan nyata, tidak ada kesamaran lagi bahawa hadith
ini datangnya daripada Rasulullah SAWAW pada permulaan dakwahnya.
Al-Tabari telah menyebutkannya di dalam Tarikhnya2
daripada Abu Hamid bahawa dia berkata:"Salmah telah memberitahukan kami
dan dia berkata: Muhammad b. Ishak telah memberitahukan kepadaku
daripada 'Abdu l-Ghaffar b. al-Qasim daripada al-Minhal daripada 'Umar
daripada 'Abdullah b. al-Harith b. Naufal b. al-Harith b. 'Abdu
l-Muttalib daripada 'Abdullah b. 'Abbas daripada 'Ali bin Abu Talib AS
berkata:Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah
peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" diturunkan ke atas
Rasulullah SAWAW, beliau memanggilku dan berkata: Wahai 'Ali!
Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan
kepada keluarga anda yang terdekat. Maka akupun merasa cemas, kerana aku
mengetahui bahawa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku
akan lihat apa yang aku tidak meyukainya. Maka beliau terus berdiam diri
mengenainya sehingga datang Jibra'il dan berkata: Wahai Muhammad!
Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada
anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda.
Justeru itu sedialah (wahai 'Ali) untuk kami
segantang makanan dan letakkan di atasnya satu kaki kambing serta isikan
untuk kami satu bekas yang berisi susu. Kemudian kumpulkan untukku Bani
Abdu -Muttalib sehingga aku sendiri bercakap kepada mereka dan
menyampaikan apa yang diperintahkan kepadaku. Maka aku melakukan apa
yang diperintahkannya. Kemudian aku menjemputkan mereka untuknya.
Bilangan mereka pada hari itu lebih kurang empat puluh orang lelaki. Di
antaranya bapa-bapa saudaranya Abu Talib, Hamzah, al-'Abbas dan Abu
Lahab. Apabila sahaja mereka berkumpul di tempatnya, beliau memanggilku
supaya membawa makanan yang aku sediakan untuk mereka. Manakala aku
meletakkanya, Rasulullah SAWAW mengambil sepotong daging dan
memecahkannya dengan giginya. Kemudian mencampakkannya di tepi hidangan
itu, kemudian beliau bersabda: Ambillah kalian dengan nama Allah.
Orang ramai memakannya sehingga kenyang. Aku tidak
melihat melainkan tempat tangan mereka. Demi Allah di mana jiwa 'Ali di
tanganNya. Sekiranya seorang daripada mereka memakannya, nescaya aku
tidak dapat mengemukakannya kepada yang lain. Kemudian beliau
bersabda:"Berikan minuman kepada mereka semua," maka aku membawa kepada
mereka bekas itu. Mereka meminumnya sehingga puas. Demi Tuhan sekiranya
seorang daripada mereka meminumnya nescaya ianya tidak akan mencukupi
untuk orang lain.
Apabila Rasulullah SAWAW ingin bercakap kepada
mereka, Abu Lahab mendahuluinya dan berkata:"Sahabat kalian telah
menyihirkan kalian. Maka orang ramaipun bersurai tanpa memberikan
kesempatan kepada Rasulullah SAWAW untuk memperkatakan sesuatu kepada
mereka. Maka beliau bersabda:"Besok wahai 'Ali sesungguhnya lelaki ini
telah mendahuluiku sebagaimana anda telah mendengarnya. Maka orang
ramaipun bersurai sebelum sempat aku memperkatakan kepada mereka.
Justeru tiu sedialah makanan untuk kami sebagaimana anda telah
menyediakannya kelmarin. Kemudian kumpulkan mereka untukku. Maka akupun
melakukannya. Kemudian aku mengumpulkan mereka. Kemudian beliau
memanggilku supaya aku membawa makanan itu. Maka akupun membawanya
kepada mereka. Beliau melakukannya sebagaimana beliau telah melakukannya
kelmarin.
Mereka makan sehingga kenyang. Kemudian beliau
bersabda:"Berikan mereka minuman," maka akupun membawa minuman campuran
susu itu. Lalu mereka meminumnya dengan sepuas-puasnya. Kemudian
Rasulullah SAWAW bercakap dan bersabda:"Wahai Bani ABdu l-Muttalib!
Sesungguhnya demi Tuhan aku tidak mengetahui seorang pemuda Arab yang
datang kepada kaumnya dapat mengemukakan apa yang lebih baik daripada
apa yang aku kemukankan untuk kalian. Sesungguhnya aku akan membawa
kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah
memerintahkanku supaya menyeru kalian kepadaNya. Maka siapakah di
kalangan kalian yang akan membantuku di dalam urusan ini dan dialah yang
akan menjadi saudaraku, wasiku, dan khalifahku pada kalian? Dia ('Ali)
berkata: Orang ramai mulai merasa cemas mengenainya. Maka akupun
berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang paling muda di kalangan
mereka, orang yang paling mengidap sakit mata di kalangan mereka, orang
yang paling besar perut di kalangan mereka, dan orang yang paling kecil
betisnya di kalangan mereka. Aku, wahai Nabi Allah, akan menjadi wazir
anda di dalam perkara itu, maka beliaupun memegang tengkukku. Kemudian
dia bersabda:"Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku dan khalifahku
pada kalian. Maka dengarlah kalian kepadanya, dan patuhilah."
Beliau berkata: Orang ramai bangun dan ketawa
sambil berkata kepada Abu Talib, sesungguhnya beliau telah memerintahkan
anda supaya mendengar anak anda dan mematuhinya.
Al-Allamah al-Amini di dalam bukunya
al-Ghadir3berkata: Abu Ja'far al-Iskafi al-Mu'tazili al-Baghdadi di
dalam bukunya Naqd al-'Uthmaniyyah4 telah meriwayatkannya dengan lafaz
yang sama dan berkata:"Ianya telah diriwayatkan di dalam hadith yang
sahih.
"Burhanuddin telah meriwayatkannya di dalam Anba'
Nujaba' al-Anba'.5 Ibn al-Athir di dalam al-Kamil6, Abu l-Fida
'Imaduddin al-Dimasyqi di dalam Tarikh7nya. Syahabuddin al-Khafaji di
dalam Syarh al-Syifa'8 karangan al-Qadhi al-'Ayadh berkata:"Ianya telah
disebutkan di dalam Dala'il al-Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang
sahih."
Al-Khazin 'Alauddin al-Baghdadi di dalam
Tafsir9nya, Al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami' yang dinukilkan daripada
al-Tabari dan para penghafal yang enam10 Abu Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu
Hatim, Ibn Mardawaih, Abu Nu'aim, al-Baihaqi dan Ibn Abu l-Hadid di
dalam Syarh Nahj al-Balaghah.11Ianya telah disebutkan juga oleh Jurji
Zaidan di dalam Tarikh al-Tamaddun al-Islami.12 Muhammad Husain Haikal
di dalam Hayat Muhammad.13 Perawi-perawi sanadnya thiqah selain daripada
Abu Maryam 'Abd al-Ghaffar bin al-Qasim yang dianggap lemah oleh Ahlu
s-Sunnah kerana dia adalah seorang Syi'ah. Tetapi Ibn 'Uqdah memujinya
sebagaimana di dalam Lisan al-Mizan.14 Hadith ini telah diriwayatkan
oleh para penghafal dan mereka adalah pakar-pakar di dalam hadith dan
tidak seorangpun daripada mereka menganggap hadith ini sebagai lemah dan
cacat disebabkan Abu Maryam di dalam sanad-sanadnya. Malah mereka
berhujah dengannya tentang dalil-dalil kenabian dan keistimewaannya.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad15nya menyatakan bahawa semua sanad
perawi-perawinya adalah thiqah, mereka ialah Syarik al-A'masy, al-Minhal
dan 'Ubbad.
Justeru itu tidaklah hairan jika Ibn Taimiyyah
menyatakan ianya adalah hadith yang lemah kerana dia adalah seorang yang
fanatik, degil dan sudah menjadi kebiasaan baginya menentang
perkara-perkara yang boleh diterima akal dan menolak perkara-perkara
yang dharuriyyat. Pendapat-pendapatnya memang sudah dikenali kerana
tidak sahnya hadih di sisinya ialah apabila ianya mengandungi
unsur-unsur kelebihan keluarga Rasulullah SAWAW.
(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di
dalam bentuk kedua). Sila buat rujukan kepada bukunya al-Ghadir. Dia
berkata:"Ahmad bin Hanbal telah menyatakan di dalam Musnad16nya daripada
'Affan bin Muslim, daripada Abi 'Awanah, daripada 'Uthman bin
al-Mughirah, daripada Abi Sadiq, daripada Rabi'ah bin Najidh, daripada
Ali Amiru l-Mukminin. Dengan sanad dan teks inilah al-Tabari telah
menerangkannya di dalam Tarikh17nya, al-Nisa'i di dalam Khasa'is18,
al-Kanji al-Syafi'i di dalam al-Kifayah19, Ibn Abi l-Hadid di dalam
Syarh Nahj al-Balaghah20, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami'.21
(al-Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam
bentuknya yang ketiga). Daripada Amiru l-Mukminin AS berkata:"Manakala
turun ayat al-Indhar (Surah al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan
kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" beliau menyeru Bani 'Abdul
Muttalib." Kemudian dia (al-Amini) berkata:"Hadith ini telah dicatat
oleh Ibn Mardawaih dengan sanadnya-sanadnya dan dinukilkannya oleh
al-Suyuti di dalam Jami' al-Jawami'22, sebagaimana di lakukan oleh
al-Muttaqi al-Hindi di dalam al-Kanz al-Ummal.23
(al-'Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam
bentuknya yang keempat). Selepas menyebutkannya permulaan hadith,
kemudian Rasulullah SAWAW bersabda:"Wahai Bani Abdu l-Muttalib!
Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada semua makhluk dan kepada
kalian semua. Maka beliau membaca ayat al-Indhar (al-Syuara'(26):
214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."Aku
menyeru kalian kepada dua kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di
neraca. Tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya. Sesiapa
yang menyahuti seruanku di dalam perkara ini dan membantuku, dia akan
menjadi saudaraku, wazirku,wasiku, pewarisku, dan khalifahku
selepasku."Tidak ada seorang pun daripada mereka menjawabnya. Maka
'Alipun berdiri dan berkata:"Aku wahai Rasulullah."Beliau
berkata:"Duduklah wahai 'Ali."Kemudian beliau mengulanginya kepada
mereka kali kedua. Mereka terus berdiam. 'Alipun berdiri dan
berkata:"Akulah wahai Rasulullah." Maka beliau berkata:"Duduklah."
Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali
ketiga. Maka tidak seorangpun daripada mereka menjawabnya.'Ali terus
bangun dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah."Maka Beliau
berkata:"Duduklah, maka anda adalah saudaraku, wazirku, wasiku,pewarisku
dan khalifah selepasku." Ibn Abi Hatim dan al-Ya'qubi telah
meriwayatkannya dan dinukilkannya daripada mereka berdua oleh Ibn
Taimiyah di dalam Minhaj al-Sunnah.24 Al-Halabi meriwayatkannya
daripadanya di dalam Sirah25nya. (Kemudian al-'Allamah al-Amini
menyebutkannya di dalam bentuk kelima), tentang hadith Qais dan Muawiyah
menurut apa yang diriwayatkan oleh Sadiq al-Hilali di dalam bukunya
daripada Qais. (Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam
bentuk yang keenam). Ianya telah dicatat oleh Abu Ishak al-Tha'labi
(w.427H.) di dalam tafsirnya al-Kasyf wa l-Bayan.26 Hadith ini juga
telah disebutkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.27
(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di
dalam bentuk ketujuh). Abu Ishak al-Tha'labi telah mengeluarkannya dai
dalam al-Kasyf wa l-Bayan daripada Abu Rafi' sebahagian daripada
kata-katanya. Hadith ini juga disebutkan oleh seorang Kristian Mesir di
dalam al-Ta'liq 'Ala al-'Alawiyyah al-Mubarakah28 dengan lafaz di akhir
hadith: Sesiapa yang menyahuti seruanku untuk melakukan perkara ini. Dia
telah menyebutkan hadith ini dengan begitu teratur.
Buatlah rujukan kepada al-Ghadir.29 Sayyid 'abd
al-Husayn Syarafuddin RH berkata di dalam bukunya al-Muruja'at30 (Dialog
Sunnah dan Syi'ah). Hadith ini iaitu hadith al-Dar telah diriwayatkan
oleh Muhammad Husain Haikal di dalam cetakan pertama bukunya Hayat
Muhammad. Tetapi dia tidak menyebutkannya di dalam cetakan kedua dan
ketiga.
Aku berkata:"Telah berlaku keriuhan tentang
penetapan hadith ini. Ianya menerangkan kekhalifahan Amiru l-Mukminin
'Ali AS. Ketika berlakunya keriuhan ini, Muhammad Husain Haikal telah
menyiarkan rujukan-rujukan hadith ini di dalam akhbar politiknya di
Mesir pada bilangan 2751 yang dikeluarkan pada 12 Dhul Qai'dah 1350H.
Sekiranya anda membuat rujukan kepada bilangan 2985, anda akan
mendapatinya merujuk hadith ini kepada Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad
di dalam Musnadnya, 'Abdullah bin Ahmad di dalam Ziyadat al-Musnad, Ibn
Hajr al-Haithami di dalam Jami' al-Fawa'id, Ibn Qutaibah di dalam 'Uyun
al-Akhbar, Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid, al-Jahiz di dalam
risalahnya daripada Bani Hasyim dan al-Tha'labi di dalam Tafsirnya."
Aku berkata:"Hadith yang mulia ini adalah satu
dalil yang terang dan hujah yang pemutus bahawa khalifah selepas
Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abu Talib AS. Kerana Nabi SAWAW telah
mengeluarkan perintah ini pada permulaan dakwahnya dan telah menjadikan
'Ali wazirnya kerana tidak ada seorangpun dikalangan orang-orang yang
menghadiri masjlis itu setelah tiga kali dilakukannya menyahut
seruannya. Malah pada setiap kali 'Ali berdiri sambil berkata: Aku wahai
Rasulullah dan pada akhirnya Rasulullah SAWAW bersabda
kepadanya:"Andalah saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku selepasku.
Oleh itu kalian dengar dan patuhilah beliau."
Demi Tuhan anda wahai pembaca yang budiman. Adakah
di sana nas yang lebih terang daripada ini tentang khalifah Ali AS
selepas Rasulullah SAWAW secara langsung? Wahai Muslimun! Kenapa fanatik
terus berlaku sedangkan wujudnya nas yang terang di dalam buku-buku
Ahlu s-Sunnah sendiri bahawa kekhalifahan 'Ali adalah secara langsung.
Dan penangguhannya memerlukan dalil dan tidak ada di sana sebarang
dalil.
2. Hadith Thaqalain (Hadith dua perkara yang berharga)
Sabda Nabi SAWAW:"Sesungguhnya aku tinggalkan pada
kalian thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan itrah Ahlu
l-Baitku. Sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian
tidak akan sesat selepasku selama-lamanya." Hadith ini telah mencapai
kemuncak kemasyhurannya sehingga sumber-sumber rujukannya tidak dapat
dipertikaikan lagi. Hadith ini telah diriwayatkan oleh Sunnah dan Syi'ah
serta mereka mengakui kesahihannya. Malah ianya diketahui oleh segenap
lapisan masyarakat dan dihafal oleh orang yang tua dan muda, alim dan
jahil. Lantaran itu ianya hampir sampai had kemutawatirannya.
Meskipun perawi-perawinya tidak sepakat mengenai
nas hadith ini, tetapi perselisihan pendapat itu tidak akan menambahkan
matlamatnya sehingga ia tidak akan menjadi alasan bagi penakwilannya dan
tidak akan menjadi sebab bagi melepaskan diri dari beban pengertiannya.
Tetapi perselisihan menyaksikan apa yang
diperkatakan bahawa Rasulullah SAWAW telah bercakap mengenai pengertian
hadith yang mulia ini di beberapa tempat dengan menjaga menyatuan makna
serta matlamatnya.
Sebagaimana bilangan perawi-perawi di dalam hadith
ini dan berbagai cara periwayatannya menggambarkan kepada kita bahawa
ianya telah berlaku di beberapa tempat. Di antaranya berlaku di Haji
Wida', di Hari Wida', di Hari Arafah ketika perhimpunan orang ramai, di
Hari Ghadir Khum sebagaimana di dalam khutbahnya. Ianya berlaku ketika
Nabi SAWAW sedang gering dan ketika berwasiat kepada ummatnya.
Di sini aku kemukakan kepada anda wahai pembaca
yang budiman sebahagian daripada nama-nama pemuka Ahlu s-Sunnah yang
meriwayatkan hadith thaqalain di dalam sahih-sahih, musnad-musnad,
sunan-sunan, tafsir-tafsir, sirah-sirah, tarikh-tarikh mereka seperti
berikut:
Muslim di dalam Sahih31nya mengutip sabda Nabi
SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain (dua perkara yang
berharga) pertamanya Kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu
ambillah kalian dengan Kitab Allah dan peganglah kepadanya. Aku
peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahlu l-Baitku ini.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad32nya daripada
Sa'id al-Khudri daripada Nabi SAWAW bersabda: Aku hampir dipanggil (oleh
Tuhanku) dan aku segera menyahutinya. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kalian al-Thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan
'Itrahku. Kitab Allah adalah tali yang terbentang daripada langit ke
bumi dan 'Itrahku Ahlu l-Baitku. Sesungguhnya Allah SWT memberitahuku
tentang kedua-duanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah
sehingga dikembali kepadaku di Haudh. Maka kalian jagalah baik-baik
kedua peninggalanku itu.
Al-Muttaqi al-Hindi meriwayatkan hadith ini di
dalam Kanz al-Ummal.33 Sementara al-Turmudhi di dalam Sahih34nya
daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari dia berkata: Aku melihat
Rasulullah SAWAW di Haji Wida' hari Arafah ketika beliau berada di atas
unta dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan
kepada kalian, jika kalian mengambilnya nescaya kalian tidak akan sesat
selama-lamanya: Kitab Allah dan 'Itrah Ahlu l-Baitku. Al-Turmudhi
berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dhar, Abu Sa'id, Zaid bin
Arqam dan Huzaifah bin Usayd.
Al-Turmudhi juga meriwayatkannya daripada Zaid bin
Arqam bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kalian selama kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan
sesat selepasku. Salah satunya lebih besar daripada yang lain: Kitab
Allah merupakan tali yang terbentang daripada langit dan bumi dan 'Itrah
Ahlu l-Baitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya
dikembalikan di Haudh. Kalian jagalah baik-baik dan bagaimana kalian
memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Al-Turmudhi selepas mengeluarkan
hadith ini menyatakan bahwa hadith ini adalah hadith Hasan.
Al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,35 al-Hakim
di dalam al-Mustadrak36 daripada Zaid bin Arqam, sesungguhnya Nabi SAWAW
bersabda semasa Haji Wida': Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian
Thaqalain (dua perkara yang berharga) salah satunya lebih besar dari
yang lain; Kitab Allah dan Itrahku. Oleh itu jagalah kedua-duanya
peninggalanku itu. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan berpisah
sehingga dikembalikan di Haudh. Al-Hakim37 selepas mengemukakan hadith
ini menyatakan bahawa hadith ini adalah sahih menurut syarat Bukhari dan
Muslim. Juga al-Dhahabi di dalam Talkhis38nya.
Al-Qunduzi al-Hanafi dalam Yanabi' al-Mawaddah39
meriwayatkan daripada Imam al-Ridha AS bahawa beliau berkata tentang
itrah: Mereka disabdakan Rasulullah SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian
dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan 'itrah Ahlu l-Baitku.
Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya
dikembalikan di Haudh. Dan jagalah baik-baik kedua-dua peninggalanku
itu. Wahai manusia, janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih
mengetahui daripada kalian. Ibn Kathir telah meriwayatkan hadith ini di
dalam Tafsir40nya.
Ibn Hajr di dalam Sawa'iqnya bab kesebelas
menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan dengan banyak.
Ketahuilah bahawa hadith Thaqalain telah diriwayatkan oleh lebih
daripada dua puluh sahabat. Ada yang menyatakan ianya berlaku di Haji
Wida' di Arafah, ada yang menyatakan di Madinah ketika Rasulullah SAWAW
sedang gering di mana biliknya dipenuhi oleh para sahabat. Ada yang
menyatakan ianya berlaku selepas beliau pulang dari Taif. Walau
bagaimanapun ianya tidak menjadi halangan jika beliau mengulangi hadith
tersebut di tempat-tempat yang berlainan kerana penekanan beliau yang
serius terhadap Kitab Allah dan 'itrahnya yang suci.
Al-Ya'qubi di dalam Tarikh41nya menyatakan bahawa
Nabi SAWAW bersabda: Aku melintasi kalian ketika kalian dibentangkan di
hadapan Haudh. Sesungguhnya aku akan bertanya kepada kalian ketika
kalian dikembalikan kepadaku tentang Thaqalain. Dan lihatlah bagaimana
kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Mereka bertanya: Apakah
Thaqalain (dua perkara yang berharga) wahai Rasulullah SAWAW? Beliau
menjawab: Yang pertama adalah yang paling besar iaitu Kitab Allah
(berada) 'di tangan' Allah dan di tangan kalian. Justeru itu kalian
berpeganglah dengannya. Janganlah kalian menjadi sesat, dan janganlah
kalian menukarnya dan kedua 'itrah Ahlu l-Baitku.
Al-Darimi telah menyebutkannya di dalam al-Sunan42,
al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is43 dan al-Khanji al-Syafi'i di dalam
Kifayah al-Talib44. Abu Nua'im al-Isfahani di dalam al-Hilyah45, Ibn
al-Kathir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah46, Ibn Abd Rabbih di dalam
al-Iqd al-Farid47, Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas48,
al-Halabi al-Syafi'i di dalam Insan al-'Uyun49, Fakhruddin al-Razi di
dalam Mafatih al-Ghaib50, al-Nisaburi di dalam Tafsirnya51, al-Khazin di
dalam Tafsir52nya, Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah53,
Syablanji di dalam Nur al-Absar54, Ibn Sibaqh al-Maliki di dalam Fusul
al-Muhimmah55, dan al-Baghawi al-Syafi'i di dalam Masabih al-Sunnah.56
Sayyid Syarafuddin RH menyatakan di dalam bukunya
al-Muraja'at57 (Dialog Sunnah - Syi'ah) bahawa buku-buku sahih yang
mewajibkan berpegang kepada Thaqalain (dua perkara berharga) adalah
Mutawatir, dan ianya telah diriwayatkan oleh lebih dua puluh sahabat. Di
mana Rasulullah SAWAW telah bersabda di tempat yang banyak, di hari
Ghadir Khum, hari Arafah di Haji Wida', selepas kembalinya dari Taif, di
atas mimbar masjidnya di Madinah dan akhirnya di dalam biliknya semasa
sakitnya. Bilik di waktu itu dipenuhi oleh para sahabat. Beliau
bersabda: Wahai manusia! Hampir nyawaku diambil dengan cepat, dia
(Izra'il) sedang datang kepadaku. Dan sesungguhnya aku telah
mengemukakan kepada kalian kitab Allah 'Azza Wa Jalla dan 'Itrah Ahlul
Baitku.
Kemudian beliau mengambil tangan 'Ali lalu
mengangkatnya sambil bersabda: Ini 'Ali bersama al-Qur'an, dan al-Qur'an
bersama 'Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya
kembali kepadaku di Haudh.
Anda mengetahui perkataan khutbah SAWAW di hari itu
tidaklah berhenti dengan perkataan ini sahaja, tetapi sayangnya politik
telah membelenggukan lidah-lidah pakar-pakar hadith, dan menahan pena
penulis-penulis. Meskipun titisan yang sedikit (ini) dari lautan itu dan
serpihan yang kecil dari keseluruhannya adalah memcukupi.
al-Hamdulillah.
Sayyid Hasyim al-Bahrani dalam Ghayat al-Muram58
menyatakan bahawa hadith Thaqalain telah diriwayatkan dengan tiga puluh
sembilan cara menurut Ahlu l-Sunnah dan lapan puluh dua cara menurut
Syi'ah daripada Ahlu l-Bait AS.
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mir Hamid Husain
al-Nisaburi telah menyebutkan hadith Thaqalain di dalam bukunya 'Abaqat.
Dia telah meriwayatkannya daripada hampir dua ratus para ulama yang
besara daripada berbagai mazhab bermula tahun 102 Hijrah berakhir tahun
113 Hijrah, daripada para sahabat lelaki dan perempuan meriwayatkan
hadith yang mulia ini daripada Nabi SAWAW.
Aku berkata: Seorang yang insaf akan membuat
kesimpulan bahawa hadith Thaqalain jelas menunjukkan kekhalifahan Amiru
l-Mukminin dan anak-anak lelakinya semua sebelas orang imam maksum AS
kerana Nabi SAWAW telah menyamakan mereka dengan Kitab al-Qur'an.
Al-Qur'an adalah rujukan yang pertama bagi ummat Islam, tanpa
dipertikaikan lagi sejak permulaan dakwah sehingga akhir dunia. Demikian
juga 'Ali dan kesebelas orang anak-anaknya AS akan mengakhiri dunia ini
sepertilah al-Qur'an kerana beliau telah menjadikan dua khalifahnya di
dunia ini. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya
dikembalikan kepadanya di Haudh di hari kiamat. Dan beliau telah
menjadikan berpegang kepada kedua-duanya sebagai syarat untuk tidak
menjadi sesat. Dan sesiapa yang berpaling daripada kedua-duanya akan
binasa kerana beliau menyamakan Ahlu -Baitnya dengan kitab Allah dan
memerintahkan umatnya supaya berpegang kepada kedua-duanya sekali.
Lantaran itu seorang itu tidak harus berpegang kepada salah satu
daripada keduanya.
Justeru itu setiap mukallaf mesti berpegang kepada
Thaqalain. Bukan hanya kepada Kitab Allah sahaja tanpa 'itrah dan bukan
al-'itrah sahaja tanpa Kitab Allah. Oleh itu berpegang kepada kedua-dua
sekali kerana ianya merupakan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan
kerana 'itrah adalah lisan yang bercakap untuk kitab yang membisu.
Justeru itu kita tidak dinilai sekiranya kita berpegang kepada Kitab
Allah tanpa menurut cara mereka. Kerana mengetahui ayat-ayat muhkam,
mutasyabih, nasikh dan mansukh dan lain-lain, tidak tepat selain
daripada penerangan dan penjelasan mereka. Lantaran itu berpegang kepada
kedua-duanya akan menjamin kejayaan seseorang. Dan penentang terhadap
kedua-duanya atau salah satu daripadanya akan membawa kepada kebinasaan
dan kerugian. Kerana Allah SWT telah memerintahkan orang ramai supaya
berpegang kepada kedua-duanya. Rasulullah SAWAW tidak menyuruh orang
ramai untuk melakukan sesuatu dengan sia-sia dan tidak menegah sesuatu
dengan sia-sia. Kerana beliau tidak bercakap dengan hawa nafsunya malah
dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu berpegang kepada Kitab
Allah dan 'itrah yang suci adalah satu kewajipan bagi menjamin kejayaan
manusia seluruhnya dengan nikmat yang abadi.
Sayyid Syarafuddin al-Musawi di dalam
Muraja'at59nya menegaskan bahawa mafhum sabda Nabi SAWAW: Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kalian sekiranya kalian berpegang kepadanya,
kalian tidak akan sesat selamanya; Kitab Allah dan 'itrahku. Iaitu orang
yang tidak berpegang kepada kedua-duanya adalah berada di dalam
kesesatan. Sebagaimana diperkuatkan oleh Hadith Nabi SAWAW: Janganlah
kalian mendahului kedua-duanya nescaya kalian akan binasa dan janganlah
kalian mengabaikan kedua-duanya nescaya kalian juga akan binasa. Dan
janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka itu lebih mengetahui
daripada kalian.
Ibn Hajr berkata tentang sabdanya SAWAW di dalam
al-Sawa'iqnya:"Janganlah kalian mendahului kedua-duanya, maka kalian
akan binasa atau janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya, nescaya
kalian akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka
lebih mengetahui daripada kalian,60 adalah dalil ke atas orang yang
layak di kalangan mereka untuk memegang jawatan yang tinggi di dalam
agama. Dan mereka diutamakan daripada orang lain. Aku berpendapat:
Rasulullah SAWAW menamakan Thaqalain kerana kedua-duanya mempunyai nilai
yang tinggi. Lantaran itu pakar-pakar bahasa mengatakan setiap yang
bernilai tinggi itu thiqal. Kerana berpegang kepada kedua-duanya
bukanlah perkara yang mudah. Atau kerana beramal dengan kedua-duanya
adalah berat sebagaimana telah dinyatakan oleh Ibn Hajr dalam al-Sawa'iq
Muhriqah bab wasiat Nabi SAWAW. Ini menunjukkan bahawa khilafah dan
imamah adalah untuk mereka Ahlu l-Bait AS. Sebagaimana kata seorang
penyair:
Mereka menyamai Kitab Allah yang bisu, sedangkan mereka adalah kitab yang bercakap.
Dari hadith Thaqalain ini menunjukkan kemaksuman
Ahlu l-Bait AS sepertilah kemaksuman al-Qur'an yang tidak syak pada
kemaksumannya kerana perintah Nabi SAWAW kepada ummatnya supaya merujuk
kepada mereka selepasnya. Oleh itu segala urusan tidak akan diselesaikan
melainkan oleh orang yang telah dipelihara dari kesalahan dan dosa. Dan
dalil kemaksuman mereka ialah sabitnya kekhalifahan dan imamah untuk
mereka. Justeru itu kemaksuman adalah menjadi syarat di dalam Khilafah
dan Imamah. Dan orang yang selain daripada mereka tidaklah maksum secara
ijmak.
3. Hadith al-Manzilah (Hadith mengenai kedudukan 'Ali dan Harun)
Sabdanya SAWAW:"Tidakkah anda meridhai wahai 'Ali,
anda di sisiku seperti Manzilah (kedudukan) Harun di sisi Musa hanya
tidak ada nabi selepasku."
Kaum Muslimin bersepakat tentang kesahihan hadith
yang mulia ini dan mencatatnya di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad
mereka yang muktabar. Sebab berlakunya hadith ini menurut pakar-pakar
sejarah Hadih dan Sirah bahawa manakala Nabi SAWAW keluar untuk
peperangan Tabuk, beliau melantik 'Ali AS sebagai penggantinya di
Madinah ke atas keluarganya. Maka 'Ali AS berkata: Aku tidak suka jika
anda keluar tanpa aku bersama anda. Maka beliau bersabda:"Tidakkah anda
meredhai bahawa kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi
Musa, hanya tiada nabi selepasku."
Aku tidak mampu untuk menyebutkan kesemua nama-nama
orang yang meriwayatkan hadith ini disebabkan perawi-perawinya terlalu
ramai dan rujukan-rujukan yang banyak. Walau bagaimanapun aku akan
kemukakan sebahagian daripada perawi-perawi yang masyhur di kalangan
ulama Ahlu l-Sunnah bagi mengukuhkan rujukanku dan menyempurnakan
tujuanku:
al-Bukhari di dalam Sahihnya, III, hlm. 54 di dalam
'kitab al-Maghazi,' bab 'Peperangan Tabuk.' Dan di dalam jilid
keduanya, hlm. 185, bab 'Bad' al-Khalq' tentang keistimewaan Ali bin Abu
Talib AS.
Muslim di dalam Sahihnya, II, hlm. 236 dan 237 di dalam kitab 'Fadhl al-Sahabah, 'bab fadhl Ali AS.'
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 98, 118 & 119.
Al-Hakim di dalam al-Mustadraknya, III, hlm. 109, telah memperakui kesahihan hadith ini menurut syarat Bukhari dan Muslim.
Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-'Isti'ab, II, hlm. 437, riwayat hidup 'Ali AS.
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, VI, hlm. 152-153.
Ibn Hajr al-Asqalani di dalam al-Isabah, II, hlm. 507, riwayat hidup 'Ali AS.
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 30 dan 74.
Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar, hlm. 68.
Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 65.
Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 194.
Al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is, hlm. 7.
Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', VII, hlm. 196.
Ibn Hisyam di dalam al-Sirah, II, hlm. 520.
Abu l-Fida' di dalam Bidayah wa n-Nihayah, VII, hlm. 339.
Al-Muhibb al-Tabari di dalam dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 63.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 204.
Al-Khawarizmi di dalam al-Manaqib, hlm. 79.
Ibn 'Asakir di dalam Tarikhnya, IV, hlm. 196.
Ibn al-'Athir di dalam Usd al-Ghabah, IV, hlm. 26.
Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj Balaghah, II, hlm. 495.
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, hlm. 148.
Abu Bakr al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, II, hlm. 432.
Ibn al-Jauzi di dalam Safwah al-Safwah, I, hlm. 120.
Al-Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 22.
Ibn Sa'd di dalam al-Tabaqat al-Kubra, III, hlm. 24.
Dan ianya dikutip oleh semua penulis-penulis
riwayat hidup Imam Amiru l-Mukminin AS dahulu dan sekarang. Dan ianya
juga dikutip oleh setiap orang yang menulis tentang kelebihan Ahlu
l-Bait dan kelebihan sahabat, iaitu hadith yang diterima oleh orang
dahulu dan sekarang.
Aku berkata: Hadith ini menunjukkan keutamaan Amiru
l-Mukminin Ali AS menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara
langsung tanpa memberi peluang bagi orang yang mengingkarinya untuk
menentang Syi'ah al-Abrar, Syi'ah Ahlu l-Bayt AS. Sayyid Syarafuddin RH
di dalam al-Muraja'at61 berkata: Hadith ini mempunyai hujjah yang kuat
bahawa 'Ali AS adalah penggantinya dan khalifahnya selepasnya. Lihatlah
bagaimana Nabi SAWAW menjadikannya walinya di dunia dan di akhirat. Dan
beliau mengasihinya daripada semua keluarganya. Bagaimana beliau
menjadikan kedudukannya seperti kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau
tidak mengecualikannya selain daripada Nubuwwah. Dan pengecualiannya
adalah bukti umum. Dan anda mengetahui bahawa kedudukan yang paling
ketara bagi Harun di sisi Musa ialah menjadi wazir ke atas semua
ummatnya. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Taha(20):29-32:"Dan
jadilah untukku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku,
teguhlah dengan dia kekuatanku, dan jadilah dia sekutu dalam urusanku."
dan firmanNya di dalam Surah al-A'raf(7): 142:"Gantilah aku dalam
(memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan
orang-orang membuat kerosakan," dan firmanNya di dalam Surah
Taha(20):36:"Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa."
Lantaran itu 'Ali, menurut ayat ini, adalah khalifah Rasulullah pada
kaumnya, wazirnya pada keluarganya dan rakan kongsinya di dalam
urusannya sebagai penggantinya dan bukan sebagai nabi. Beliau adalah
orang yang paling layak pada ummatnya semasa hidup dan mati. Oleh itu
mereka wajib mentaatinya semasa beliau menjadi pembantunya seperti Harun
kepada ummat Musa di zaman Musa.
Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAWAW di dalam
sabdanya:'Ali tidak boleh pergi tanpa anda menjadi khalifahku.' Ini
adalah nas yang terang bahawa 'ali adalah khalifahnya. Malah ianya
menunjukkan bahawa sekiranya Nabi SAWAW pergi tanpa melantik 'Ali
sebagai penggantinya, nescaya beliau telah melakukan perkara yang tidak
sepatutnya beliau lakukan. Ini adalah disebabkan beliau telah
diperintahkan oleh Allah SWT supaya melantik 'Ali AS sebagaimana
firmanNya di dalam Surah al-Ma'idah (5):67:"Hai Rasul, sampaikanlah apa
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa
yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanahNya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."
Kemudian perhatikanlah sabda Nabi SAWAW:"Sepatutnya
aku tidak pergi tanpa anda menjadi khalifahku,' nescaya anda dapati
kedua-duanya menuju kepada satu tujuan sebagaimana juga
sabdanya:'Andalah wali bagi setiap mukmin selepasku.' Maka ia adalah nas
bahawa beliau adalah wali al-Amr dan menduduki tempatnya mengenainya
sebagaimana al-Kumait RH berkata:
Sebaik-baik wali al-Amr selepas walinya dan tempat datangnya taqwa dan sebaik-baik pendidik .
Al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir62 berkata:
Sabdanya:'Tidakkah anda meredhai bahawa anda di sisiku sepertilah
kedudukan Harun di sisi Musa.....' mensabitkan setiap sifat yang ada
pada Nabi SAWAW dari segi martabat, amal, maqam, kebangkitan, hukum,
pemerintahan dan ketuanan pada Amiru l-Mukminin selain daripada kenabian
sebagaimana Harun di sisi Musa. Justeru itu beliaulah khalifahnya
SAWAW, pengurniaan kedudukan Ali seperti kedudukan dirinya bukanlah
dikurniakan begitu sahaja sebagaimana yang telah disangkakan oleh semua
orang. Beliau telah melantik sebelum ini orang-orang tertentu di seluruh
negara, dan beliau juga telah melantik beberapa orang dalam ekspedisi
tentera, tetapi beliau tidak pernah bersabda sesuatu sebagaimana beliau
bersabda kepada Ali AS. Justeru itu ianya suatu keistimewaan yang
dikurniakan kepada Amiru l-Mukminin Ali AS.
Aku berkata: Ini menunjukkan bahawa khalifah
selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali AS secara terus dasn kemaksuman Ali
AS sebagaimana maksumnya Harun AS selain daripada kenabian sebagaimana
anda telah mengetahuinya.
4. Hadith al-Safinah (Hadith Bahtera)
Sabda Nabi SAWAW:"Umpama Ahlu l-Baitku samalah
seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang
enggan atau terlambat akan tenggelam."
Para ulama Islam telah bersepakat tentang kesahihan
hadith ini. Ianya telah diriwayatkan oleh para ulama Sunnah dan Syi'ah
di mana lebih seratus daripada para penghafal, ahli Hadith,Sirah,
Sejarah telah mencatatnya di dalam buku-buku mereka, mengakui
kepentingannya kerana kepatuhan kepada kebesaran Allah SWT. Mereka
menerimanya dengan senang hati.
Nas Hadith
Di sini diperturunkan sebahagian daripada nama-nama
ulama Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith ini seperti berikut:
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak63 dengan sanadnya daripada Hunsy
al-Kinani berkata: Aku mendengar Abu Dhar yang sedang berpegang di pintu
Ka'bah berkata: Siapa yang mengenaliku, maka akulah orang yang kalian
kenali dan siapa yang tidak mengenaliku, maka akulah Abu Dhar. Aku
mendengar Rasulullah SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku seperti
bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau
terlambat akan tenggelam. Hadith ini adalah sahih menurut pensyaratan
Muslim.
Al-Tabrani telah mencatatkan di dalam al-Ausat64
daripada Abu Sa'id, Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku pada
kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa
yang enggan atau terlambat akan tenggelam. Dan umpama Ahlu l-Baitku pada
kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani Isra'il. Siapa yang
memasukinya akan diampun. Ibn Hajr dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah
mengemukakan beberapa riwayat yang menyokong satu sama lain bahawa Nabi
SAWAW bersabda: Sesungguhnya umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah
bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Di dalam riwayat
Muslim:'Dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Sesungguhnya
umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani
Isra'il. Siapa yang memasukinya akan diampun.' Dan dalam riwayat yang
lain:'Dosa-dosanya akan diampun.'
(Kemudian dia berkata) selepas mengemukakan hadith
ini dan hadith-hadith yang seumpamanya dan membentangkan perumpamaan
mereka dengan bahtera bahawa sesungguhnya orang yang mencintai mereka,
dan menghormati mereka kerana mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan
berjaya daripada kegelapan perselisihan. Dan sesiapa yang
membelakanginya, nescaya akan tenggelam di lautan kekufuran nikmat dan
binasa di dalam arus kezaliman. Sehingga dia berkata: Cinta kepada Ahlu
l-Bait adalah menjadi sebab ummat ini dijadikan.
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin dengan
membuang sanad-sanadnya daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas,
dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali AS: Wahai 'Ali, aku
adalah bandar hikmat, dan anda adalah pintunya, dan tidak akan memasuki
bandar melainkan melalui pintunya. Dan berbohonglah orang yang
menyatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan dia memarahi anda, kerana
anda adalah daripadaku, dan aku adalah daripada anda. Daging anda adalah
dagingku. Darah anda adalah darahku. Jiwa anda adalah jiwaku. Batin
anda adalah batinku. Zahir anda adalah zahirku. Anda adalah imam umatku
dan khalifahku ke atasnya selepasku. Berbahagialah orang yang mentaati
anda. Celakalah orang yang menderhakai anda. Beruntunglah orang yang
mewalikan anda. Rugilah orang yang memusuhi anda. Beroleh kemenanganlah
orang yang berada di samping anda. Dan binasalah orang yang menjauhi
anda. Anda samalah seperti para imam daripada anak-anak lelaki anda
selepasku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa
yang membelakanginya akan tenggelam. Dan kalian sepertilah
bintang-bintang setiap kali satu bintang tidak kelihatan, timbul pula
bintang yang lain sehingga ke hari kiamat.
Ibn al-Maghazili al-Syafi'i meriwayatkan tentang
kelebihan-kelebihan Ahlu l-Bait AS dengan sanadnya daripada Harun
al-Rasyid daripada al-Mahdi daripada al-Mansur daripada bapanya daripada
datuknya daripada Ibn 'Abbas RD berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:
Umpama Ahlu l-Baitku sepertilah bahtera Nuh, siapa yang menaikinya
berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan binasa. Tetapi apa
yang menghairankan ialah tindakan kekerasan mereka terhadap Ahlu l-Bait
AS meskipun mereka mempercayai kelebihan 'mereka.'
Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar meriwayatkan
bahawa sekumpulan pengarang-pengarang Sunan telah meriwayatkan daripada
para sahabat bahawa Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku pada
kalian samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan
siapa yang membelakanginya binasa.
Di dalam riwayat yang lain 'tenggelam.' Hadith ini
bukan sahaja mutawatir di kalangan Ahlu l-Sunnah malah ianya menjadi
mutawatir di kalangan Syi'ah. Aku berkata: Ini adalah ringkasan tentang
hadith al-Safinah yang banyak. Walau bagaimanapun aku kemukakan
sebahagian daripada nama-nama ulama Ahlu l-Sunnah yang meriwayatkan
hadith al-Safinah di dalam buku-buku mereka:
Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad bin Hanbal di dalam
Musnadnya, al-Tabari di dalam Tarikhnya, al-Hakim di dalam
al-Mustadrak, Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Abu
Nua'im al-Asfahani di dalam al-Hilyah dan Dala'il al-Nubuwwah, Ibn 'Abd
Birr di dalam al-Isti'ab, al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, Ibn
al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah, Fakhruddin al-Razi di dalam
Mafatih al-Ghaib, Ibn Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul,
Muhibb al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam
al-Tadhkirah, Ibn al-Sabagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,
al-Suyuti di dalam al-Jami' al-Saghir, Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq,
al-Syblanji di dalam Nur al-Absar, al-Siban di dalam al-Is'af,
al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, al-Kanji al-Syafi'i
di dalam Kifayah al-Talib, dan lain-lain.
Di antara orang yang mengakui kesahihannya ialah
Imam al-Syafi'i sendiri. Al-Ujaili telah mengaitkan kata-kata Syafi'i di
dalam Dhakhirah al-Mal:
Manakala aku melihat manusia telah berpegang kepada
mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan Aku
menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka itulah Ahlu l-Bait
al-Mustafa dan penamat segala Rasul.
Wahai pembaca yang budiman, sesungguhnya hadith
yang mulia ini datangnya daripada Nabi SAWAW. Beliau telah menutup
jalan-jalan yang banyak. Justeru itu beliau tidak meninggalkan selain
daripada jalan Ahlu l-Bait yang terang seperti matahari di siang hari.
Beliau telah memimpin mereka ke jalan yang benar dengan hujah yang
terang yang akan membawa mereka ke syurga.
Dan perumpamaan Ahlu l-Baitnya dengan bahtera Nuh
adalah jelas menunjukkan bahawa mengikuti mereka, mematuhi kata-kata dan
perbuatan-perbuatan mereka adalah wajib. Dan untuk mendapat kejayaan
adalah dengan menaiki bahtera, nescaya mereka berjaya daripada tenggelam
kerana bahtera itu terselamat daripada keaiban. Sekiranya terdapat
kecacatan, nescaya binasalah orang yang berada di dalamnya tanpa syak
lagi. Kerana ombak-ombak taufan begitu kuat memukul seperti bukit
sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an tentang kesengsaraan yang
menakutkan. Nuh menyeru anak lelakinya dari jauh:"Wahai anakku! Naiklah
bersama kami dan janganlah anda berada bersama orang yang kafir. Anaknya
berdegil tidak mahu menaikinya sambil berkata: Aku akan berlindung di
bukit yang dapat memeliharaku daripada air. Maka Nuh menjawab:
Tidak ada pemeliharaan di hari ini (sesuatupun)
dari suruhan Allah (selama-lamanya) selain daripada orang yang dirahmati
Allah (dengan menaiki bahtera). Lantas orang yang ingkar tetap berkeras
dengan penuh penentangannya. Maka ombak telah memisahkan di antara
keduanya, maka termasuklah dia dari golongan orang yang tenggelam yang
berdegil di atas kekufuran mereka. Maka ombak-ombak tadi memukul mereka,
lalu mereka pun binasa. Wa l-Hamdulillah 'Ala Halaki Ahli l-Kufr.
Demikianlah para imam Ahlu l-Bait AS dengan ummat
ini. Siapa yang berlindung kepada mereka dan berjalan menurut jalan
mereka yang lurus, berpegang kepada ikatan kukuh yang tidak akan
berpisah buat selama-lamanya, mengambil daripada mereka asas-asas
agamanya serta cabang-cabangnya, berakhlak dengan akhlak mereka yang
mulia, berpegang kepada kewalian mereka, benar-benar mencintai mereka di
dalam ertikata orang lain tidak mendahului mereka, nescaya dia akan
berjaya dari tenggelam dan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Selamat daripada siksaan Allah di hari akhirat dan akan mendapat
ganjaran daripada Allah dan Nabi SAWAW.
Dan sesiapa yang membelakangi mereka adalah seperti
orang yang berlindung di hari Taufan kepada bukit untuk
menyelamatkannya daripada urusan Allah. Maka dia disambar oleh ombak
lalu tenggelam dan binasa. Demikian juga ombak-ombak fitnah telah
melanda (mereka) bertubi-tubi samalah seperti ombak-ombak Taufan Nuh.
Tidak ada beza di antara kedua-duanya menurut nas hadith. Ombak
mengambilnya dan menenggelamkannya kemudian dia tinggal di neraka.
Perbezaan yang pertama tenggelam di air sementara yang kedua tenggelam
di neraka jahannam (Wa l-'Iyadhubillah).
Begitu juga hadith ini mewajibkan mukmin berpegang
kepada Ahlu l-Bait AS bagi mendapat kejayaan yang abadi dan menjauhi
siksaan di hari hisab.
Al-Sayyid al-Muhsin al-Amin al-'Amili65 berkata:
Manakah kata-kata yang lebih jelas daripada sabdanya:"Siapa yang
menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa atau tenggelam"
sebagaimana orang yang menaiki bahtera Nuh berjaya daripada tenggelam.
Dan siapa yang tidak menaikinya tenggelam dan binasa. Begitu juga dengan
orang yang mengikuti Ahlu l-Bait AS berada di dalam kebenaran dan
selamat daripada kemurkaan Allah SWT serta mendapat kemenangan dengan
keridhaanNya. Dan siapa yang menyalahi mereka akan binasa dan jatuh ke
dalam kemurkaan Allah dan siksaanNya. Ini menunjukkan kemaksuman mereka.
Jikalau tidak, bagaimana orang yang mengikuti mereka berjaya dan orang
yang menyalahi mereka binasa.
Ini adalah secara umum dan khusus sebagaimana telah
diterangkan di dalam hadith Thaqalain. Apa yang dimaksudkan di dalam
hadith itu ialah para imam Ahlu l-Bait yang telah disepakati kelebihan
mereka. Dikenali dengan keilmuan, kezuhudan dan kewarakan mereka. Dan
ummat juga bersepakat selain daripada mereka tidaklah maksum. Orang yang
tidak maksum tidak menjamin kejayaan pengikutnya, dan penentangnya pula
tidaklah binasa dalam setiap keadaan.
Justeru itu memadailah mereka dinamakan pintu
pengampunan kerana kejayaan terletak pada mengikuti mereka dan pelepasan
dosa serta kemaksiatan, adalah dengan mengambil jalan mereka.
Aku berkata: Hadith ini yang mulia ini merupakan
hujah yang pemutus dan dalil yang kuat terhadap dakwaan Syi'ah al-Abrar
dan pengikut-pengikut Ahlu l-Bait AS bahawa khalifah adalah untuk 'Ali
Amirul Mukminin AS. Selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan
selepasnya adalah zuriatnya yang terpilih berdasarkan kepada nas hadith
bahawa orang-orang yang berpegang kepada 'itrah yang suci akan berjaya.
Dan orang yang membelakangi mereka akan binasa. Lantaran itu tidak ada
ruang bagi seseorang untuk menentang hujah mereka dan mengambil selain
daripada mereka serta mendakwa kejayaan bagi dirinya. Aku memohon kepada
Allah supaya menunjukkan Muslimin kepada jalan yang benar dan
menyatukan pemikiran mereka bagi mengikuti kebenaran dan mengilhamkan
mereka percakapan yang benar.
5. Hadith Madinah al-'Ilm (Hadith Bandar Ilmu)
Sabda Nabi SAW:"Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali
adalah pintunya." Hadith ini adalah di antara hadith-hadith yang sabit
di sisi para ulama Islam secara langsung daripada para penghafal hadith,
pakar-pakar sejarah dan sirah. Dan pemindahannya adalah secara
mutawatir daripada para ulama Islam dari berbagai-bagai pihak di setiap
masa.
Adapun para sahabat yang meriwayatkan hadith ini
adalah ramai di antaranya: Imam Amiru l-Mukminin Ali AS, Imam Hasan AS,
Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abdullah bin Mas'ud
al-Hazali, Huzaifah bin al-Yaman, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik,
Amru bin al-'As dan lain-lain.
Adapun para perawi hadith ini di peringkat Tabi'in ialah:
Imam Zain al-'Abidin bin 'Ali bin al-Husain AS.
Anaknya Imam Muhammad al-Baqir AS, Asbagh bin Nubatah, Jarir al-Dhubi,
Haris bin Abdullah al-Hamdani al-Kufi, Sa'd bin Tarif al-Hamzali
al-Kufi, Sa'id bin Jubair al-Asadi al-Kufi, Salmah bin Kuhail
al-Hadhrami al-Kufi, Sulaiman bin Mihran al-Asadi al-Kufi, 'Asim bin
Hamzah al-Saluli al-Kufi, 'Abdullah bin Uthman bin Khaitham al-Qari'
al-Makki, Abdul Rahman bin Uthman, Abdullah bin Usailah al-Muradi Abu
Abdullah al-Sinaiji, Mujahid bin Jubair Abu al-Hajjaj al-Makhzumi
al-Makki.
Adapun para ulama yang menghukum kesahihannya
adalah ramai di antaranya: al-Tabari di dalam Tahdhib al-Athar, al-Hakim
di dalam Mustadrak66, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami', al-Biruni di
dalam Asna al-Matalib, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,
Fadhulullah bin Ruzabhan al-Syirazi di dalam Abtal al-Abatil, al-Fairuz
Abadi di dalam Naqd al-Sahih, Ibn Hajr al-Asqalani di dalam beberapa
fatwanya yang diceritakan oleh al-Suyuti di dalam al-Li'ali al-Masnu'ah
dan Jam' al-Jawami', al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, Muhammad
bin Yusuf al-Syammi di dalam Subul al-Huda wa-Rasyad fi Asma' al-'Ibad,
Ibn Hajr di dalam Sawa'iq al-Muhriqah, al-Muhawi di dalam Faidh
al-Qadir Syarh al-Jami' al-Saghir, 'Abd al-Haq al-Dahlawi di dalam
al-Luma'at, al-Siban al-Misri di dalam Is'af al-Raghibin dan lain-lain.
Adapun para ulama yang mencatat hadith ini di dalam
buku-buku dan musnad-musnad mereka adalah ramai di antaranya: al-Hakim
di dalam al-Mustadrak, dia berkata: Abu al-Abbas Muhammad bin Ya'qub
telah memberitahukan kami, Muhammad bin Abd al-Rahim al-Harwi telah
memberitahukan kami di Ramlah, Abu al-Salt Abd al-Salam bin Salih telah
memberitahukan kami, Abu Muawiyah telah memberitahukan kami daripada
al-'Amasy daripada Mujahid daripada Ibn Abbas RD dia berkata: Rasulullah
SAWAW bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka
sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang
melalui pintunya. Sanad hadith ini adalah sahih tetapi Bukhari dan
Muslim tidak mengeluarkannya di dalam sahih-sahih mereka.
Al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad67
berkata: Yahya bin 'Ali al-Daskari Bahlawan telah memberitahukan kami.
Begitu juga Abu Bakr Muhammad bin al-Muqri, Abu Tayyib Muhammad bin Abd
al-Samad al-Daqqaq al-Baghdadi, Ahmad bin Abdullah Abu Ja'far al-Maktab.
Abd al-Razzaq. Sufyan al-Thauri telah memberitahukan kami daripada
Abdullah bin Uthman, dia berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah
RD berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda di dalam keadaan
memegang lengan Ali bin Abu Talib AS:'Inilah amir orang-orang yang
baik,pembunuh orang-orang yang jahat, menolong orang yang menolongnya,
menghina orang yang menghinanya. Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah
pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah
dia datang melalui pintunya.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah68, hlm. 183 berkata: Ibn 'Udayy dan al-Hakim telah
meriwayatkan daripada Jabir, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku
adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Dan sesiapa yang ingin
datang kepada bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah69
menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui al-'Uqaili dan
Ibn 'Udayy daripada Ibn Umar dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku
adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya.' Di dalam riwayat yang
lain pula 'Sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui
pintunya.'
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah70
berkata:'Hadith ini telah diriwayatkan oleh Suwaid bin Sa'id daripada
Syarik daripada Salmah daripada al-Sinaiji daripada 'Ali secara
marfu':'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa
yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal71
menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan daripada Ali sebagaimana
telah disebutkan oleh Ibn Kathir.
Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-Isti'ab72 berkata:
Hadith ini telah diriwayatkan daripada Nabi SAWAW, beliau bersabda:'Aku
adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan
ilmu, maka hendaklah melalui pintunya.'
Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah73
menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui Abu 'Umar
sebagaimana telah diterangkan di dalam al-Isti'ab dan Dhakha'ir
al-'Uqba74.
Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah75
berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali
adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka
hendaklah datang melalui pintunya.' Hadith ini juga telah dicatat oleh
Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah76, al-Kanji al-Syafi'i di
dalam Kifayah al-Talib77, al-Dhahabi di dalam al-Talkhis78, Ibn Hajr
al-'Asqalani di dalam Lisan al-Mizan79 dan Tahdhib al-Tahdhib80,
al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, al-Nabhani di dalam al-Fath
al-Kabir al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa' dan al-Jami' al-Saghir,
Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas dan lain-lain.
Sayyid Najafi' al-Mar'asyi telah menyebutkan hadith
ini di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan Ayatullah 'Uzma
Sayyid Qadhi Nurullah al-Tastari RH. Kemudian dia menyebutkan nama-nama
ulama Ahlu l-Sunnah yang menyokong hadith ini di dalam Jilid, V, hlm.
469-514.
Aku berkata: Sekiranya Ahlu s-Sunnah yang
meriwayatkan hadith ini telah membohongi Rasulullah SAWAW sebagaimana
telah disangkakan oleh dajal-dajal yang menjadi kebiasaan mereka
melakukan keaiban-keaiban dan berusaha untuk kerosakan dan menentang
darurat, maka mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap agama di
hadapan Allah SWT. Ya! Kita dapati ramai daripada orang yang memalsukan
hadith ke atas Rasulullah SAWAW mengenai 'kelebihan sahabat' telah
menerima upah yang lumayan dan ada yang melakukannya secara sukarela.
Apabila mereka dapati tidak ada kecacatan pada
hadith ini, kerana ia diakui oleh Sunnah dan Syi'ah, lalu mereka
menambahkan beberapa rangkaian padanya bagi mengalihkannya daripada apa
yang sepatutnya. Maka mereka memindahkannya seperti: Aku adalah bandar
ilmu, Abu Bakr asasnya, 'Umar dindingnya, 'Uthman bumbungnya dan 'Ali
pintunya.
Para ulama Ahlu s-Sunnah mencela sesama mereka.
Kerana mereka menjadikan 'Uthman bumbungnya lalu berkata: Bandar tidak
ada bumbung. Sekiranya mereka berfikir sejenak nescaya mereka mengetahui
bahawa madinah al-ilm (Bandar ilmu) adalah 'suasananya.' Bagaimana Abu
Bakr menjadi asasnya sedangkan dia tidak mengetahui perkataan Abba.
Sebagaimana diriwayatkan oleh para ahli Tafsir dari golongan Sunah dan
Syi'ah bahawa dia pernah ditanya tentang firmanNya di dalam Surah
'Abbasa(80):31:"Fakihatan wa abba (buah-buah dan
rumput-rumputan).'"Fakihatan kami mengetahui maknanya adapun Abba kami
tidak mengetahuinya. Bumi manakah yang aku akan pijak dan langit manakah
yang aku akan junjung, apabila aku berkata sesuatu tentang kitab Allah
dengan fikiranku sedangkan aku tidak mengetahuinya."Dia juga
berkata:"Sesungguhnya syaitan selalu menggodaku dan apabila aku
melakukan kesalahan, maka perbetulkanlah (kesalahan)ku."
Begitu juga halnya dengan 'Umar. Bagaimana dia
boleh menjadi dindingnya sedangkan dia berkata:"Orang ramai lebih
mengetahui daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di dalam khemah."
Dia berkata:"Sekiranya 'Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar." Dia juga
berkata:"Semoga Allah tidak meninggalkan aku di dalam permasalahan di
mana Abu l-Hasan tidak ada." Dan banyak lagi contoh-contoh seumpama itu
dari pengakuannya sendiri tentang kejahilannya di dalam beberapa perkara
termasuk hukum-hukum dan lain-lain. Demi Tuhan Ka'bah, Ahlu s-Sunnah
tidak boleh mengatakan bahawa kata-kata Umar itu sebagai tawadhuk
(merendah diri).
Keuzuran yang sejuk ini tidak mempunyai kemuliaan
lagi kerana dia tidak ada jalan keluar bagi sifat tawadhuk yang
disangkakan. Kerana maqam yang kita bincangkan sekarang adalah maqam
khilafah daripada Nabi SAWAW yang maksum yang membawa syariat yang kuat
sehingga berakhirnya dunia ini. Sebagai menunaikan kewajipan tersebut
maka tawadhuk tidak menjadi alasan lagi. Dan sesungguhnya dakwah
tawadhuk memerlukan dalil dan tidak ada dalil bagi Ahlu s-Sunnah.
Kemudian kata-kata 'Umar itu menunjukkan kelebihan 'Ali AS di setiap
keadaan. Dan cukuplah itu menjadi dalil bagi Syi'ah al-Abrar.
Dengan nama Tuhan anda, katakanlah kepadaku wahai
Muslim yang budiman! Adakah layak orang seperti Umar yang mengakui
kejahilannya sendiri menjadi khalifah kepada ummat yang baru Islam
sedangkan ada orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAWAW:"Anda wahai
'Ali! Pewaris ilmuku, suami anak perempuanku, pelaksana agamaku dan
khalifahku selepasku." Justeru itu Amirul Mukminin telah menunjuk kepada
dadanya di suatu hari di atas mimbar Masjid di Kufah sebanyak tiga kali
sambil berkata:"Disinilah sifat ilmu. Bertanyalah kepadaku sebelum
kalian kehilanganku. Demi Allah sekiranya kalian bertanya kepadaku
tentang jalan-jalan langit dan bumi, nescaya aku akan memberitahukan
kalian mengenainya. Maka sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan
langit dan bumi." Hadith-hadith seumpama ini memanglah banyak, maka di
manakah nilainya wahai Muslimun!
Mereka juga telah menjadikan Uthman sebagai
bumbung, ianya ditertawakan oleh ibu yang kehilangan anaknya. Mereka
menjadi Abu Bakr sebagai asas dan Umar sebagai dindingnya. Aku tidak
mengerti syaitan, jin dan manusia mana yang membuat tambahan kepada
hadith ini? Kerana apa yang terdapat di dalam musnad-musnad Ahlu
s-Sunnah menyalahinya. Malah terdapat sanadnya yang tidak boleh
dipercayai. Mudah-mudahan mereka akan sedar dari kelalaian mereka dan
memerhatikan hadith yang mulia ini dari segi balaghah dan fasahah nya.
Malah penambahan kepada hadith tersebut, telah
menurunkan darjat ketiga-tiga khalifah dan menghia mereka. Kerana orang
yang menuju ke bandar ilmu tidak akan memasuki melalui asasnya,
dindingnya dan bumbungnya, malah melalui pintunya.
Hadith (tambahan) seperti ini telah dilakukan di
zaman Tahgut Mu'awiyah yang telah mengambil hadith sebagai bahan
perniagaan sebagaimana kami telah kemukakannya sebelum ini. Dia telah
memerintahkan gabenor-gabenornya supaya memalsukan hadith tentang
kelebihan sahabat dan mencela Ahlu l-Bait AS. Apatah lagi tentang hak
Amiru l-Mukminin AS.
Kesimpulan:
Tertegaknya khalifah Amiru l-Mukminin Ali AS selepas Rasulullah SAWAW
secara langsung dengan hadith: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah
pintunya di samping dalil-dalil akal dan naqliyyah kerana Rasulullah
SAWAW telah menjadikan Ali sebagai pintu bandar ilmu yang didatangi oleh
penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia. Dan Nabi SAWAW tidak
pernah mewakilkan urusan ini selain daripada Ali, kerana orang lain
tidak mempunyai kelayakan untuk memikul bebanan yang berat dan besar di
mana kejayaan ummat terletak di atasnya.
Atau kebinasaan jika ia menyalahi dan mendurhakai
perintah orang yang memerintah. Sebagaimana sabdanya:'Siapa yang
inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya dan siapa yang
datang bukan melalui pintunya dikira pencuri dan dia adalah dari parti
'iblis.'
Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi di dalam
bukunya al-'Abaqat telah menyebutkan hadith 'Aku adalah bandar ilmu,
maka 'Ali adalah pintunya.' Kemudian dia mengatakan bahawa 'Ali berhak
menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan
mengemukakan dalil yang kuat mengenainya.
Ringkasnya, aku telah mengemukakan di sini lima
hadith ma'thurah daripada Rasulullah SAWAW yang sabit di dalam buku-buku
Ahlu s-Sunnah. Dan yang dipersetujui oleh mereka bagi menunjukkan
betapa benarnya dakwaan Syi'ah tentang keutamaan Amiru l-Mukminin 'Ali
AS menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW:
1. Hadith al-Dar atau al-Indhar.
2. Hadith al-Thaqalain.
3. Hadith al-Manzilah.
4. Hadith al-Safinah.
5. Hadith al-Madinah.
Aku telah mengemukakannya kepada anda wahai pembaca yang budiman, setelah aku memaparkan enam ayat al-Qur'an:
1. Ayat al-Wilayah [al-Mai'dah(5):55)].
2. Ayat al-Tathir [al-Ahzab (33):33].
3. Ayat al-Mubahalah ['Ali Imran(3):61].
4. Ayat al-Mawaddah [al-Syura'(42):20].
5. Ayat al-Salawat [al-Ahzab(33):56].
6. Ayat al-Tabligh [al-Mai'dah(5):67]
Lantaran itu enam ayat al-Qur'an dan lima hadith
ma'thurah, maka jumlahnya sebelas yang saling lengkap-melengkapi dan
diakui oleh Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah. Justeru itu tidak seorangpun akan
menentangnya kecuali orang yang dikuasai oleh hawa nafsunya. Lantaran
itu dia akan dibawa ke jurang yang amat dalam, yang tidak ada batasan
dan penentuan baginya. Oleh itu urusan khalifah terserlah secara
langsung kepada 'Ali AS.
Sebelas dalil yang sempurna ini telah dicatat oleh
para ulama Islam dan telah disahkan oleh pemuka-pemuka ulama Sunnah di
samping ulama Syi'ah al-Abrar. Justeru itu tidak ada jalan (tipudaya)
untuk memisahkan Ali AS dari menjadi khalifah secara langsung selepas
Rasulullah SAWAW.
Apa yang diharap-harapkan ialah supaya
saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah mematuhi kebenaran dan meninggalkan
celaan ke atas saudara-saudara mereka Syi'ah. Kerana mereka berjalan
menurut jalan Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Mereka tidak berganjak
sedikitpun daripada mereka (Ahlu l-Bait AS). Oleh itu janganlah
mengaitkan mereka dengan pembohongan-pembohongan yang keji dan
rekaan-rekaan yang hina serta perkataan yang dibuat-buat. Dan tidak
menghubungkaitkan mereka dengan tohmahan-tohmahan yang batil sebagaimana
dilakukan oleh sebahagian Ahlu s-Sunnah seperti Ibn Taimiyah, Ibn Hazm,
Ibn Hajr, Ahmad Amin Mesir, Musa Jarullah, Muhammad Thabit al-Misri,
al-Hafnawi dan al-Jubhan. Seperti Syaikh Nuh yang telah mengeluarkan
fatwa tentang kekafiran Syi'ah al-Abrar, dan membunuh mereka.....sama
ada mereka bertaubat ataupun tidak. Dan orang-orang yang menurut jejak
langkah mereka yang jahat. Mereka menjadi kuncu-kuncu Bani Umaiyyah. Aku
memoho perlindungan kepada Tuhan Arasy daripada golongan yang melakukan
kezaliman dan permusuhan ke atas kami, sama ada secara jahil atau
berpura-pura jahil, mengambil upah atau secara sukarela.
Aku juga berharap dari saudara-saudaraku Ahlu
s-Sunnah supaya mengkaji kebenaran yang terdapat di dalam buku-buku
mereka sendiri tentang Syi'ah dan meninggalkan celaan ke atas mereka dan
apa yang tidak diredhai Allah SWT. Dan janganlah mereka menulis di
dalam buku-buku mereka apa yang tidak terdapat di dalam buku-buku
Syi'ah. Apatah lagi jika ianya telah menjadi asas mazhab mereka kerana
zaman sekarang adalah zaman cahaya. Hakikat kebenaran Syi'ah telah
terserlah kepada kebanyakan orang. Dan orang ramai mulai berpegang
kepada mazhab Tasyayu' secara beramai-ramai.
Sesungguhnya aku memberi nasihatku yang berguna ini
kerana aku mengetahui celaan-celaan dan cacian-cacian yang menggerunkan
jiwa-jiwa yang sejahtera terdapat di dalam buku-buku karangan Ahlu
s-Sunnah. Allah menjadi saksi sesungguhnya aku sebelum berpegang kepada
mazhab Ahlu l-Bait AS, sentiasa menasihati sahabat-sahabatku dan
ulama-ulama yang besar di Qahirah, Damsyiq, Halah, Makkah, Madinah dan
lain-lainnya terutamanya penulis-penulis supaya tidak mencela golongan
yang berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS sambil berkata: Sebaik-baik
bagi kalian menentang Syi'ah dengan cara yang lebih baik iaitu dengan
dalil akal atau naql bukan dengan cacian dan tohmahan kerana ianya tidak
sesuai dengan peradaban Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW.
Kalian perhatikanlah buku-buku karangan Syi'ah,
pasti mempunyai hujah-hujah yang mengukuhkan dakwaan mereka dan mereka
menahan daripada cacian dan tohmahan yang batil. Malah mereka menyeru
kalian (Ahlu s-Sunnah) dengan kata-kata yang sopan: Mudah-mudahan Allah
memperbaiki saudara-saudara kami Ahlu s-Sunnah. Inilah akhlak mereka
yang diambil daripada imam-imam mereka dan buku-buku mereka berada di
merata-rata tempat. Justeru itu hendaklah kalian mengkajinya atau
menjawabnya jika kalian mampu.
Aku mengkaji banyak buku-buku karangan Syi'ah, maka
aku dapati ianya menyalahi apa yang dikatakan kepada mereka. Demi
Allah! Mereka adalah golongan Mukminin kepada hukum lima yang yang
datang daripada Allah dan RasulNya dan akan terus beramal dengannya dari
hari beliau diutuskan sehingga hari beliau dibangkitkan. Aku tidak
mendapati dosa mereka selain dari tidak mengutamakan selain daripada
Ahlu l-Bait ke atas Ahlu l-Bait AS. Dan adakah ini dikira dosa wahai
Muslimin?
BAB KEEMPAT: HADITS-HADITS YANG MENGHADKAN PENGGANTI NABI SAWW KEPADA DUA BELAS IMAM
Hadith-hadith yang menghadkan pengganti-pengganti
Nabi SAW kepada dua belas orang, telah diriwayatkan oleh jumhur ulama
Muslimin Sunnah dan Syi'ah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad
mereka.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad1nya meriwayatkan
hadith ini daripada Sya'bi daripada Masruq berkata:"Kami berada di sisi
'Abdullah bin Mas'ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada
kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu 'Abdu
r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWAW berapakah ummat
ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Mas'ud menjawab:"Tiada seorangpun
bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda."
Kemudian dia berkata:"Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada
Rasulullah SAWAW mengenainya. Maka beliau menjawab:"Dua belas (khalifah)
seperti bilangan naqib Bani Israil."
Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal
meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata:"Aku
mendengar Rasulullah SAWAW bersabda semasa Haji Wida':"Urusan agama ini
masih pada zahirnya di tangan penentangannya dan tidak akan dihancurkan
oleh orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunya dua belas Amir,
semuanya daripada Quraisy2."
Muslim di dalam Sahih3nya meriwayatkan daripada
Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:"Aku bersama bapaku berjumpa
Nabi SAWAW, Maka aku mendengar Nabi SAWAW bersabda:"Urusan 'ini' tidak
akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah." Dia
berkata: Kemudian beliau bercakap dengan perlahan kepadaku. Akupun
bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia
menjawab:"Semuanya daripada Quraisy."
Muslim juga meriwayatkan di dalam Sahih4nya
daripada Nabi SAWAW beliau bersabda:"Ugama sentiasa teguh sehingga hari
kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada
Quraisy. Di dalam riwayat yang lain "Urusan manusia berlalu dengan
perlantikan dua belas lelaki dari Quraisy5," "Sentiasa Islam itu kuat
sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy6" dan "Sentiasa
ugama ini kuat dan kukuh sehingga dua belas khalifah daripada Quraisy7"
Al-Turmudzi di dalam al-Sunan8nya mencatat hadith tersebut dengan lafaz amir bukan khalifah.
Sementara al-Bukhari di dalam Sahih9nya
meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW
bersabda:"Selepasku ialah dua belas amir." Maka beliau berucap dengan
perkataan yang aku tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa
beliau bersabda:"Semuanya daripada Quraisy."
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal10,
meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Selepasku akan (diikuti) oleh
dua belas khalifah."
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah11
meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW
bersabda:"Selepasku akan (dikuti) dua belas amair semuanya daripada
Quraisy."
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah12
mencatat riwayat daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia
berkata:"Aku bersama bapaku di sisi Nabi SAWAW beliau
bersabda:"Selepasku dua belas khalifah." Kemudian beliau merendahkan
suaranya. Maka akupun bertanya bapaku mengenainya. Dia menjawab: Beliau
bersabda:"Semuanya daripada Bani Hasyim."
Samak bin Harb juga meriwayatkannya dengan lafaz
yang sama. Diriwayatkan daripada al-Sya'bi daripada Masruq daripada Ibn
Mas'ud bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW telah menjanjikan kita bahawa
selepasnya dua belas khalifah sama dengan bilangan naqib Bani Isra'il.
Dan dia berkata di dalam bab yang sama bahawa Yahya bin al-Hasan telah
menyebutkannya di dalam Kitab al-Umdah dengan dua puluh riwayat bahawa
khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW adalah dua belas orang. Semuanya
daripada Quraisy. Al-Bukhari telah menyebutkannya dengan tiga riwayat,
Muslim sembilan riwayat. Abu Daud tiga riwayat, al-Turmudhi satu riwayat
dan al-Humaidi tiga riwayat.
Pengkaji-pengkaji menegaskan bahawa hadith-hadith
tersebut menunjukkan bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW ialah
dua belas orang. Dan maksud hadith Nabi SAWAW ialah dua belas orang
daripada Ahlu l-Baitnya. Kerana tidak mungkin dikaitkan hadith ini
kepada khalifah-khalifah yang terdiri daripada bilangan mereka kurang
daripada dua belas orang. Dan tidak mungkin dikaitkan dengan
khalifah-khalifah Bani Umaiyyah kerana bilangan mereka melebihi dua
belas orang dan kezaliman mereka yang ketara selain daripada 'Umar bin
Abdu l-Aziz. Tambahan pula mereka bukan daripada Bani Hasyim. Di dalam
riwayat yang lain beliau memilih Bani Hasyim di kalangan Quraisy dan
memilih Ahlu l-Baitnya di kalangan Bani Hasyim13.
Di dalam riwayat 'Abdu l-Malik daripada Jabir
bahawa Nabi SAWAW telah merendahkan suaranya ketika menyebutkan Bani
Hasyim kerana 'mereka' tidak menyukai Bani Hasyim. Hadith ini juga tidak
boleh dikaitkan dengan khalifah-khalifah Bani 'Abbas kerana bilangan
mereka melebihi bilangan tersebut. Dan mereka tidak mengambil berat
tentang firmanNya "Katakan!" Aku tidak meminta upah daripada kamu
kecuali mencintai keluargaku," sebagaimana juga mereka tidak menghormati
hadith al-Kisa'. Justeru itu, hadith tersebut mestilah dikaitkan dengan
dua belas Ahlu l-Baitnya kerana merekalah orang yang paling alim,
warak, takwa, paling tinggi keturunan dan ilmu-ilmu mereka adalah
daripada datuk-datuk mereka yang berhubungkait dengan datuk mereka
Rasulullah SAWAW dari segi warisan dan hikmah. Mereka pula dikenali oleh
para ilmuan. Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah
dua belas Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW14. Ianya diperkuatkan oleh hadith
thaqalain, hadith al-Safinah, hadith al-Manzilah dan lain-lain.
Al-Qunduzi al-Hanafi15 juga telah meriwayatkan
hadith daripada Jabir dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:"Akulah
penghulu para Nabi dan 'Ali adalah penghulu para wasi. Dan sesungguhnya
para wasi selepasku ialah dua belas orang, pertama 'Ali dan yang
akhirnya Qaim al-Mahdi."
Hadith-hadith yang menerangkan bahawa merekalah
para wasi Rasulullah SAWAW di dalam buku-buku Ahlu l-Sunnah adalah
banyak, dan ianya melebihi had mutawatir. Ini tidak termasuk
hadith-hadith riwayat Syi'ah. Umpamanya hadith daripada Salman RD
berkata: Aku berjumpa Nabi SAWAW dan Husain berada di atas dua pahanya.
Nabi SAWAW sedang mengucup dahinya sambil berkata:'Anda adalah Sayyid
bin Sayyid dan adik Sayyid. Anda adalah imam bin imam dan adik imam.
Anda adalah Hujjah bin Hujjah dan adik Hujjah dan bapa hujjah-hujjah
yang sembilan. Dan yang kesembilan mereka ialah Mahdi al-Muntazar."
Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id
al-Simtin16, meriwayatkan daripada 'Ibn Abbas berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAWAW bersabda:"Aku , Ali, Hasan, Husain dan sembilan
daripada anak-anak Husain adalah disuci dan dimaksumkan."
Ibn 'Abbas juga meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW
bersabda:"Wasi-wasiku, hujjah-hujjah Allah ke atas makhlukNya dua belas
orang, pertamanya saudaraku dan akhirnya ialah anak lelakiku (waladi)."
Lalu ditanya Rasulullah siapakah saudara anda wahai Rasulullah? Beliau
menjawab:'Ali. Dan ditanya lagi siapakah anak lelaki anda? Beliau
menjawab: al-Mahdi yang akan memenuhi bumi ini dengan kejujuran dan
keadilan sebagaimana ianya dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman. Demi
Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran sebagai kegembiraan dan
peringatan, sekiranya dunia ini tinggal hanya satu hari lagi nescaya
Allah akan memanjangkannya sehingga keluar anak lelakiku al-Mahdi.
Kemudian diikuti oleh 'Isa bin Maryam. Beliau akan mengerjakan solat di
belakang anak lelakiku. Dunia pada ketika itu berseri dengan cahaya
Tuhannya dan pemerintahannya meliputi Timur dan Barat.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah17
bab 95 meriwayatkan bahawa Jabir bin 'Abdullah berkata: Rasulullah
SAWAW bersabda: Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam
selepasku pertamanya 'Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian 'Ali
bin Husain kemudian Muhammad bin 'Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya
wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku
kepadanya. Kemudian Ja'far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja'far,
kemudian 'Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin 'Ali, kemudian 'Ali bin
Muhammad, kemudian Hasan bin 'Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan
namaku dan kunyahnya sama dengan kunyahku, anak Hasan bin 'Ali. Dengan
beliaulah Allah akan 'membuka' seluruh pelusuk bumi di Timur dan di
Barat, dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada
imamahnya melainkan orang yang telah diuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir
berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil faedah
darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab:"Ya! Demi yang mengutuskan aku
dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya
ketika ghaibnya, seperti orang mengambil faedah dari matahari sekalipun
ianya ditutupi awan." Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah
yang tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melain kepada
orang yang ahli.
Di dalam Yanabi' al-Mawaddah18 bab 76 daripada
Jabir al-Ansari berkata: Junda; bin Janadah berjumpa Rasulullah SAWAW
dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian dia berkata:
Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi anda selepas
anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab: Wasi-wasiku
dua belas orang. Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati di dalam
Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai Rasulullah.
Maka beliau menjawab:"Pertamanya penghulu dan bapa kepada wasi-wasi
adalah 'Ali. Kemudian dua anak lelakinya Hasan dan Husain. Justeru itu
berpeganglah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang
jahil itu memperdayakan anda. Kemudian 'Ali bin Husain Zaina l-Abidin
Allah akan mematikan anda ('Ali bin Husain) dan menjadikan air susu
sebagai bekalan terakhir di dunia ini."
Jundal berkata: Kami telah mendapatinya di dalam
Taurat dan di dalam buku-buku para Nabi AS seperti Iliya, Syibra dan
Syabir. Maka ini adalah nama 'Ali, Hasan dan Husain, maka imam
selepasnya dipanggil Zaina l-Abidin selepasnya anak lelakinya Muhammad,
dipanggil al-Baqir. Selepasnya anak lelakinya Ja'far dipanggil al-Sadiq.
Selepasnya anak lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Selepasnya anak
lelakinya 'Ali dipanggil al-Ridha. Selepasnya anak lelakinya 'Ali
dipanggil al-Naqiyy al-Hadi. Selepasnya anak lelakinya Hasan dipanggil
al-Askari. Selepasnya anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi
al-Qa'im dan al-Hujjah. Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi
dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ianya dipenuhi dengan
kefasadan dan kezaliman. Alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang
bersabar semasa ghaibnya. Dan alangkah beruntungnya bagi orang-orang
yang bertaqwa terhadap Hujjah mereka. Dan mereka itulah orang yang
disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya (Surah al-Baqarah(2):
2-3"Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada
yang ghaib." Kemudian beliau membaca (Surah
al-Mai'dah(5):56)"Sesungguhnya parti Allahlah yang pasti menang."Beliau
bersabda: Mereka itu adalah daripada parti Allah (hizbullah).
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin19 telah
meriwayatkan hadith ini dan dinukilkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di
dalam Yanabi' al-Mawaddah bab 76 dengan sanad daripada Ibn 'Abbas dia
berkata: Seorang Yahudi bernama Na'thal datang kepada Rasulullah SAWAW
dan berkata: Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara
yang tidak menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi
jawapan kepadaku nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau
SAWAW bersabda:"Tanyalah wahai Abu 'Ammarah.' Dia bertanya beberapa
perkara sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda
siapa dia? Tidak ada seorang Nabi melainkan ada baginya seorang wasi.
Dan sesungguhnya Nabi kami Musa bin 'Imran telah berwasiatkan kepada
Yusyu' bin Nun. Maka Nabi SAWAW menjawab"Sesungguhnya wasiku ialah 'Ali
bin Abi Talib, selepasnya dua anak lelakinya Hasan dan Husain kemudian
diikuti oleh sembilan imam daripada keturunan Husain.' Dia berkata:
Namakan mereka kepadaku. Beliau menjawab:'Apabila wafatnya Husain, maka
anaknya 'Ali apabila wafatnya 'Ali, anaknya Muhammad, Dan apabila
wafatnya Muhammad, anaknya Ja'far. Apabila wafatnya Ja'far anaknya Musa.
Apabila wafatnya Musa, anaknya Ali. Apabila wafatnya Ali, anaknya
Muhammad. Apabila wafatnya Muhammad, anaknya 'Ali. Apabila wafatnya 'Ali
anaknya Hasan. Apabila wafatnya Hasan, anaknya Muhammad al-Mahdi.
Mereka semua dua belas orang....."Akhirnya lelaki Yahudi tadi memeluk
Islam dan menceritakan bahawa nama-nama para imam dua belas telah
tertulis di dalam buku-buku para Nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di
antara apa yang telah dijanjikan oleh Musa AS.
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin
meriwayatkan sanadnya kepada Abu Sulaiman penjaga unta Rasulullah SAWAW,
dia berkata:"Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Di malam aku
diperjalankan atau dibawa ke langit, Allah SWT berfirman:"Rasul
mempercayai apa yang telah diturunkan kepadanya oleh TuhanNya."Aku
bersabda: Mukminun. Dia menjawab: Benar. Allah SWT berfirman lagi: Wahai
Muhammad! Kali pertama Aku memerhatikan ahli bumi, Aku memilih anda.
Aku menamakan anda dengan salah satu daripada nama-namaku. Oleh itu
dimana sahaja Aku diingati, anda diingati bersama. Akulah al-Mahmud dan
andalah Muhammad. Kemudian Aku memerhatikannya kali kedua, maka Aku
memilih 'Ali. Maka Aku menamakannya dengan namaku. Wahai Muhammad! Aku
telah menjadikan anda dari Aku dan menjadikan 'Ali, Fatimah, Hasan,
Husain dan imam-imam daripada keturunan Husain daripada cahayaKu. Akupun
membentangkan wilayah mereka kepada seluruh ahli langit dan bumi.
Sesiapa yang menerimanya akan berada di sisiKu sebagai Mukminin. Dan
sesiapa yang mengingkarinya akan berada di sisiKu sebagai kafirin. Wahai
Muhammad! Sekiranya seorang daripada hamba-hambaKu beribadat kepadaKu
tanpa terhenti-henti kemudian mendatangiKu dalam keadaan mengingkari
wilayah kalian, nescaya Aku tidak mengampuninya. Allah SWT berfirman
lagi kepada Nabi SAWAW: Adakah anda ingin melihat mereka? Beliau
menjawab: Ya! Wahai Tuhanku. Dia berfirman: Lihatlah di kanan 'Arasy,
maka aku dapati 'Ali, Fatimah, Hasan, Husain, 'Ali bin Husain, Muhammad
bin 'Ali, Ja'far bin Muhammad, Musa bin Ja'far, 'Ali bin Musa, Muhammad
bin 'Ali, 'Ali bin Muhammad, Hasan bin 'Ali dan Muhammad al-Mahdi bin
Hasan. Mereka diibaratkan bintang-bintang yang bersinar di kalangan
mereka. Kemudian Dia berfirman lagi: Mereka itulah hujjah-hujjah ke atas
hamba-hambaKu, mereka itulah wasi-wasi anda. Dan al-Mahdi adalah
daripada 'itrah anda. Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, dia akan
membalas dendam terhadap musuh-musuhKu."
Muwaffaq bin Ahmad al-Hanafi di dalam Manaqibnya
meriwayatkan daripada Salman daripada Nabi SAWAW, sesungguhnya beliau
bersabda kepada Husain:"Andalah imam anak lelaki seorang imam, saudara
kepada imam, bapa kepada sembilan imam. Dan yang kesembilan daripada
mereka ialah Qaim mereka (al-Mahdi AS).
Begitulah juga Syahabuddin al-Hindi di dalam
Manaqibnya telah menerangkan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa beliau
bersabda:"Sembilan imam adalah daripada anak cucu (keturunan) Husain bin
'Ali dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi
al-Muntazar AS).
Al-Hamawaini al-Syafi'e meriwayatkan di dalam
Fara'id al-Simtin bahawa Nabi SAWAW bersabda:" Siapa yang suka berpegang
kepada ugamaku dan menaiki bahtera kejayaan selepasku, maka hendaklah
dia mengikuti 'Ali bin Abi Talib, memusuhi seterunya dan mewalikan
walinya kerana beliau adalah wasiku, dan khalifahku ke atas ummatku
semasa hidupku dan selepas kewafatanku. Beliau adalah imam setiap muslim
dan amir setiap mukmin, perkataannya adalah perkataanku, perintahnya
adalah perintahku. Larangannya adalah laranganku. Pengikutnya adalah
pengikutku. Penolongnya adalah penolongku. Orang yang menjauhinya adalah
menjauhiku."
Kemudian Nabi SAWAW bersabda lagi: Sesiapa yang
menjauhi 'Ali selepasku, dia tidak akan 'melihatku.' Dan aku tidak
melihatnya di hari kiamat. Dan siapa yang menentang 'Ali, Allah haramkan
ke atasnya syurga dan menjadikan tempat tinggalnya di neraka. Siapa
yang menjauhi 'Ali, Allah akan menjauhinya di hari kiamat. Di hari itu
akan didedahkan segala-galanya dan sesiapa yang menolong 'Ali, nescaya
Allah akan menolongnya.
Kemudian beliau bersabda lagi: Hasan dan Husain
kedua-duanya adalah imam ummatku selepas bapa mereka berdua adalah
penghulu-penghulu pemuda syurga. Ibu kedua-duanya adalah penghulu para
wasi. Dan sembilan imam adalah daripada anak cucu Husain. Dan yang
kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi). Mentaati mereka
adalah ketaatan kepadaku. Mendurhakakan mereka adalah mendurhakaiku.
Kepada Allah aku mengadu bagi orang yang menentang kelebihan mereka, dan
menghilangkan kehormatan mereka selepasku. Cukuplah bagi Allah sebagai
wali dan penghulu kepada 'itrahku, para imam ummatku. Pasti Allah akan
menyiksa orang yang menentang hak mereka."Dan orang-orang yang zalim itu
kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali."(Al-Syuara'(26): 227)
Ayatullah al-'Uzma al-Hulli di dalam bukunya Kasyf
al-Haq20 telah menerangkan sebahagian daripada hadith dua belas khalifah
dengan riwayat yang bermacam-macam. Seorang musuh ketatny bernama Fadhl
bin Ruzbahan al-Nasibi adalah orang yang paling kuat menentang Ahlu
l-Bait AS, di dalam jawapan kepadanya mengakui bahawa apa yang
disebutkan oleh Allamah al-Hulli mengenai dua belas khalifah adalah
Sahih dan telah dicatat di dalam buku-buku Sahih Ahlu s-Sunnah.
Aku berkata: Riwayat hadith dua belas imam daripada
Nabi SAWAW adalah terlalu banyak. Kami hanya menyebutkan sebahagian
kecil daripada buku-buku Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah yang mencatatkan
hadith tersebut. Seperti al-Bayan karangan al-Hafiz al-Khanji, Fasl
al-Khittab karangan Khawajah Faris al-Hanafi, Arba'in karangan Syeikh
As'ad bin Ibrahim al-Hanbali, Arba'in karangan Ibn Abi l-Fawarith dan
lain-lain buku Ahlu s-Sunnah. Adapun riwayat Syi'ah mengenainya adalah
tidak terhitung banyaknya.
Sayyid Hasyim al-Bahrani di dalam bukunya Ghayah
al-Maram21 telah menjelaskan hadith dua belas imam sebanyak enam puluh
riwayat dengan sanad-sanadnya menurut metod Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah.
Tujuh riwayat daripada buku Manaqib Amiru l-Mukminin AS karangan
Maghazali al-Syafi'i, dua puluh tiga riwayat daripada Fara'id al-Simtin
karangan al-Hamawaini, satu riwayat daripada Fusul al-Muhimmah karangan
Ibn al-Sibagh al-Maliki dan satu riwayat daripada Syarh Nahj al-Balaghah
karangan Ibn Abi l-Hadid.
Aku berkata: Sesungguhnya aku telah mengkaji
risalah karangan Syaikh Kazim 'Ali Nuh RH berjodol Turuq Hadith
al-A'immah min Quraisy, hlm. 14. Dia berkata bahawa 'Allamah Sayyid
Hasan Sadr al-Din di dalam bukunya al-Durar al-Musawiyyah Fi Syarh
al-'Aqa'id al-Ja'fariyyah telah mengeluarkan hadith dua belas khalifah
daripada Ahmad bin Hanbal sebanyak tiga puluh empat riwayat. Hadith ini
telah dikeluarkan juga oleh al-Bukhari, Muslim, al-Humaidi, beberapa
riwayat Razin di dalam Sahih Sittah, riwayat al-Tha'labi, Abu Sa'id
al-Khudri, Abu Bardah, Ibn Umar, Abdu r-Rahman Ibn Samurah, Jabir, Anas,
Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, 'Umar bin al-Khattab, 'Aisyah, Wa'ilah dan
Abi Salma al-Ra'i.
Adapun riwayat Umar bin al-Khattab yang telah
dikaitkan kepadanya oleh 'Ali bin al-Musayyab mengenai sabda Nabi SAWAW
ialah: Para imam selepasku di antaranya Mahdi ummat ini. Siapa yang
berpegang kepada mereka selepasku, maka sesungguhnya dia telah berpegang
kepada tali Allah. Hadith ini juga telah dikaitkan dengan al-Durasti
dengan Ibn al-Muthanna yang bertanya kepada 'Aisyah:"Berapakah khalifah
Rasulullah SAWAW. 'Aisyah menjawab:'Beliau (Rasulullah SAWAW)
memberitahuku bahawa selepasnya dua belas khalifah.' Aku bertanya:
Siapakah mereka? Maka 'Aisyah menjawab:'Nama-nama mereka tertulis di
sisiku dengan imla Rasulullah SAWAW.' Maka aku bertanya kepadanya:
Apakah nama-nama mereka? Maka dia enggan memperkenalkannya kepadaku.'
Sayyid al-Bahrani juga mencatat sebahagian daripada
buku-buku Ahlu s-Sunnah yang menyebutkan dua belas khalifah. Di
antaranya Manaqib Ahmad bin Hanbal, Tanzil al-Qur'an fi Manaqib Ahlu
l-Bait karangan Ibn Nu'aim al-Isfahani, Faraid al-Simtin karangan
al-Hamawaini, Matalib al-Su'ul karangan Muhammad bin Talhah al-Syafi'i,
Kitab al-Bayan karangan al-Kanji al-Syafi'i, Musnad al-Fatimah karangan
al-Dar al-Qutni, Fadhail Ahlu l-Bait karangan al-Khawarizmi al-Hanafi,
al-Manaqib karangan Ibn al-Maghazali al-Syafi'i, al-Fusul al-Muhimmah
karangan Ibn al-Sibagh al-Maliki, Jawahir al-'Aqdain karangan
al-Samhudi, Dhakha'ir al-'Uqba karangan Muhibbuddin al-Tabari, Mawaddah
al-Qurba karangan Syihab al-Hamdani al-Syafi'i, al-Sawa'iq al-Muhriqah
karangan Ibn Hajr al-Haithami, al-Isabah karangan Ibn Hajr al-'Asqalani,
Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abi Ya'la al-Mausuli, Musnad Abi Bakr
al-Bazzar, Mu'jam al-Tabrani, Jam' al-Saghir karangan al-Suyuti, Kunuz
al-Daqa'iq karangan al-Munawi dan lain-lain.
Aku berkata: Sesungguhnya riwayat-riwayat yang
berbilang-bilang yang datang kepada kita menurut metod Ahlu s-Sunnah
adalah sekuat dalil, dan hujjah yang paling terang bahawa sesungguhnya
khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung ialah Imam Amiru
l-Mukminin 'Ali bin Abi Talib AS. Dan selepasnya ialah anak-anaknya
sebelas imam yang maksum, pengganti Rasul dan para imam Muslimin satu
selepas satu sehingga manusia 'berhadapan' dengan Tuhan mereka. Tiada
seorangpun yang dapat mengingkari hadith-hadith yang sabit yang
diriwayatkan menurut riwayat para ulama besar Ahlu s-Sunnah dan
pakar-pakar hadith mereka, lebih-lebih lagi menurut riwayat Syi'ah.
Kecuali cahaya pemikirannya telah dipadamkan dan dijadikan di hatinya
penutup. Justeru itu ia adalah termasuk di dalam firmanNya di dalam
(Surah al-Baqarah (2): 171)"Mereka itu bisu dan buta, maka (oleh sebab
itu) mereka tidak mengerti."Dan firmanNya (Surah
al-Zukhruf(43):36)"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang
Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka
syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."Dan
firmanNya (Surah al-Kahf(18):57)"Kami jadikan di hati mereka tutupan
(sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di
telinga mereka, sekalipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya
tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya."
Ini adalah disebabkan penentangan mereka kepada
dalil yang terang dan nas yang zahir kerana fanatik, kufur, dan
kedegilan mereka.
Muhammad bin Idris al-Syafi'i memperakui kesahihan apa yang kami telah menyebutkannya dengan syairnya yang masyhur:
Manakala aku melihat manusia telah berpegang
kepada mazhab yang bermacam-macam
di lautan kebodohan dan kejahilan
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan
mereka itulah Ahlu l-Bait al-Mustaffa
penamat segala Rasul.
Pengiktirafan Syafi'i bahawa 'Ali adalah imam dan
selepasnya sebelas imam merupakan pengiktirafan yang besar daripada
seorang imam mazhab empat. Dan ianya menjadi hujjah keimamahan dua belas
imam maksum daripada keluarga Rasulullah SAWAW.
BAB KELIMA: HADITS-HADITS TENTANG KELEBIHAN IMAM ALI DAN ZURIATNYA YANG SUCI
Para ulama Islam dari semua mazhab telah
meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAWAW tentang kelebihan 'Ali AS dan
zuriatnya yang suci di dalam sahih-sahih, musnad-musnad, dan
sejarah-sejarah mereka. Di sini aku perturunkan sebahagian daripadanya
seperti berikut:
1. Sabda Rasululllah SAWAW:"Hanya orang yang ditulis (namanya) oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di
dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1 daripada Ibn Siman bahawa Abu Bakr berkata
kepada 'Ali AS:"Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Hanya orang
yang (namanya) ditulis oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi
al-Sirat."Hadith ini juga telah dicatat oleh al-Hamawaini al-Syafi'i di
dalam Fara'id al-Simtin2, al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh3
al-Nadhirah dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh4 dan lain-lain.
2. Ali adalah pembahagi Syurga dan Neraka.
Al-Khawarizmi telah mencatat di dalam Manaqibnya
bab 16, dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Ali bin Abi Talib AS.
Beliau berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:"Wahai 'Ali! Sesungguhnya anda
adalah pembahagi Syurga dan Neraka. Dan sesungguhnya anda akan mengetuk
pintu syurga kemudian akan memasukinya tanpa hisab."
3. Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS necaya Allah tidak menjadikan neraka.
Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah5 daripada al-Hamdani al-Syafi'i
daripada Umar bin al-Khattab berkata:"Nabi SAWAW bersabda:"Sekiranya
manusia bersepakat mencintai 'Ali AS, nescaya Allah tidak akan
menjadikan neraka."Hadith ini juga dikutip oleh al-'Allamah al-Askari di
alam Maqa al-Imam Amiru l-Mukminin 'anda al-Khulafa'6, daripada Umar
bin al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain. Al-Khawarizmi di dalam
Maqtal al-Husain7 telah meriwayatkan hadith ini daripada Ibn 'Abbas. Dan
Muhammad Salih al-Hanafi di dalam al-Kuakab al-Duriyy8 daripada Umar
bin al-Khattab.
4. 'Ali adalah yang paling akrab kepada Rasulullah SAWAW.'
Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Khawarizmi9
dengan sanadnya daripada Sya'bi berkata:"Abu Bakr melihat kepada 'Ali
bin Abi Talib secara berdepan dan berkata: Siapa yang ingin melihat
orang yang paling akrab kepada Rasulullah SAWAW, paling tinggi
kedudukannya, dan paling tinggi di sisi Allah SWT, hendaklah dia melihat
kepada lelaki ini dan dia mengisyaratkan kepada 'Ali bin Abi Talib
kerana aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:'Dia ('Ali) bersifat
kasih sayang kepada orang ramai...."
Hadith ini juga telah dikutip oleh al-Muttaqi
al-Hindi al-Hanafi di dalam Kanz al-'Ummal10 dan Muhibb di dalam
al-Riyadh al-Nadhirah.11
5. 'Wahai 'Ali! Tangan anda pada tanganku, anda memasuki syurga bersamaku.'
Al-Muhibb al-Tabari dalam Dhakha'ir al-'Uqba12
telah menerangkan hadith ini daripada 'Umar bin al-Khattab. Al-Muttaqi
al-Hindi dalam Kanz al-Ummal13, al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah
al-Talib14 dan lain-lain.
6. 'Ali di sisiku sepertilah kedudukanku di sisi Tuhanku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di
dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah15, Muhibuddin al-Tabari al-Syafi'i di dalam
Dhakha'ir al-'Uqba16, dan al-Riyadh al-Nadhirah17 dan lain-lain.
7. 'Sesungguhnya Allah telah menjadikan untuk saudaraku 'Ali bin Abi Talib kelebihan yang tidak terhitung.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di
dalam Kifayah al-Talib18 dengan sanadnya daripada Imam Ja'far al-Sadiq
daripada 'Ali bin Husain daripada bapanya Amirul Mukminin 'Ali AS
berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sesungguhnya Allah jadikan bagi
saudaraku 'Ali bin Abu Talib kelebihan-kelebihan yang tidak terhitung
banyaknya." Dan Umar berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sekiranya laut
menjadi dakwat, pokok-pokok menjadi pena, manusia menjadi kitab dan jin
menjadi hisab, nescaya mereka tidak dapat menghitung kelebihan anda
wahai Abu l-Hasan."
8. 'Aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini ('Ali, Fatimah, Hasan dan Husain).'
Al-Khawarizmi di dalam Manaqib19nya telah
meriwayatkan hadith ini dengan sanadnya daripada Yunus bin Sulaiman
al-Tamimi daripada bapanya daripada Zaid bin Yathi' dia berkata: Aku
mendengar Abu Bakr berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: 'Aku berdamai
dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini, berperang dengan
dengan orang yang berperang dengan mereka, memuliakan orang yang
memuliakan mereka, dan memusuhi orang yang memusuhi mereka. Tidak
mengasihi mereka melainkan orang yang bahagia dan baik peranakannya. Dan
tidak membenci mereka melainkan orang yang celaka dan buruk
peranakannya.' Hadith ini juga telah dicatat oleh Abdullah bin al-Hanafi
di dalam Arjah al-Matalib20. Aku berpendapat: Hadith ini dinamakan
hadith al-Kisa' telah diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang
bermacam-macam oleh ulama Ahlu s-Sunnah.
9. 'Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah21 daripada Mawaddah al-Qurba
karangan al-Hamdani al-Syafi'i. Dia mengeluarkan sanadnya daripada Abu
Wa'il daripada 'Ibn Umar dia berkata: Apabila kami berbicara tentang
darjat sahabat-sahabat Nabi SAWAW, kami berkata: Abu Bakr, Umar dan
Uthman. Seorang lelaki bertanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman, apakah
kedudukan 'Ali? Dia menjawab:'Ali adalah daripada Ahlu l-Bait tidak
boleh dibandingkan beliau dengan orang lain, kerana beliau bersama
Rasulullah SAWAW di dalam ketinggian darjatnya sebagaimana firmanNya
(Surah al-Tur(52): 21):"Dan orang -orang yang beriman dan anak cucu
mereka mengikuti mereka dalam keimanan. Kami hubungkan anak cucu mereka
dengan mereka."Justeru itu Fatimah adalah bersama Rasulullah di dalam
ketinggian darjatnya dan 'Ali adalah bersama mereka berdua.
Di dalam riwayat yang lain pula 'Abdullah bin
Hanbal bertanya bapanya (Hanbal) tentang kedudukan sahabat-sahabat Nabi
SAWAW. Dia menjawab:"Abu Bakr, Umar, 'Uthman." Kemudian dia diam.
'Abdullah bertanya lagi:"Wahai bapaku! Di manakah kedudukan 'Ali?" Dia
menjawab:"Beliau adalah daripada Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan
beliau dengan orang lain.22"
10. 'Ini adalah saudaraku, khalifahku dan pewaris ilmuku.'
Al-Turmudhi al-Hanafi telah meriwayatkan hadith ini
di dalam al-Kuakab al-Duriyy23 daripada Umar dia berkata: Manakala
Rasulullah SAWAW menjalinkan persaudaraan di kalangan
sahabat-sahabatnya. Beliau bersabda:' Ini adalah 'Ali saudaraku di dunia
dan di akhirat, khalifahku pada keluargaku, wasiku pada ummatku,
pewaris ilmuku, pembayar hutangku. Hartanya hartaku, menfaatnya adalah
menfaatku, kemudaratannya adalah kemudaratanku. Sesiapa yang
mengasihinya bahawa sesungguhnya dia mengasihiku. Dia sesiapa yang
membencinya maka sesungguhnya dia membenciku.' Hadith ini telah
diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi al-Mawaddah.24
Aku berpendapat: Sesungguhnya 'Umar telah mengakui
bahawa 'Ali adalah wasi Rasulullah pada umatnya, dan khalifahnya pada
keluarganya. Hadith yang mengandungi pengertian seperti ini telah
melebihi dua ratus. Dan aku telah mencatatnya di dalam buku Syi'ah wa
hujjatu-hum fi al-Tasyayyu'.
Tetapi apa yang menghairankan ialah sikap 'Umar
sendiri yang mengakui hadith ini dan seumpamanya telah melakukan
perkara-perkara yang tidak menyenangkan Nabi dan keluarganya yang
disucikan AS seperti mengingkari perintah Nabi SAWAW ketika beliau
sedang gering supaya dituliskan wasiatnya. Malah 'Umar mengatakan Nabi
SAWAW telah meracau. Serangannya ke atas rumah Fatimah, mengumpulkan
kayu api untuk membakarnya, memaksa 'Ali supaya melakukan bai'ah dan
lain-lain.
Semuanya dilakukan secara sengaja terhadap
orang-orang yang telah diwasiatkan oleh Allah SWT di dalam firmanNya
(Surah al-Syura(42):23):"Katakan Aku tidak meminta kepadamu sesuatu
upahpun kecuali kasih sayang kepada keluargaku."Dan sabdanya:'Aku
wasiatkan kepada kalian kerana Allah tentang keluargaku kerana mereka
adalah 'barang simpananku" pada kalian.' Adakah layak bagi 'Umar
melakukan perbuatan-perbuatan yang sedemikian terhadap orang yang
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah? La hawla wa la Quwata
illa billahi aliyyi l-azim.
11. 'Ali adalah sebaik-baik orang yang aku tinggalkan selepasku.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah25
daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i berkata: Aku
berjumpa Rasulullah SAWAW semasa beliau sedang gering. Aku bertanya
kepada beliau: Wahai Rasulullah! Adakah anda telah berwasiat. Beliau
menjawab:'Wahai Salman! Adakah anda mengetahui siapakah wasi-wasi itu?
Aku menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau berkata: Adam
wasinya Thith, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi Musa
ialah Yusyu', beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi Sulaiman
ialah Asif bin Barkhia, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi
Isa ialah Syam'un, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya.
Sesungguhnya aku telah berwasiat kepada 'Ali dan beliau adalah
sebaik-baik orang selepasku.'
Aku berpendapat: Hadith ini juga telah diriwayatkan
oleh al-Turmudhi al-Hanafi di dalam al-Kaukab al-Duriyy26. Malah ianya
diriwayatkan dengan banyak di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah daripada
'Umar dan Ibn 'Umar.
Hadith ini menunjukkan bahawa setiap Nabi adalah
pewarisnya yang dilantik oleh Allah SWT. Lantaran itu seorang Nabi tidak
akan mati di dalam keadaan beliau tidak berwasiat kepada wasinya dan
meninggalkan syariat begitu sahaja. Demikian halnya dengan Rasulullah
SAWAW pasti beliau telah berwasiat. Perhatikanlah bahawa beliau telah
melantik 'Ali sebagai wazirnya di Hari al-Indhar dan di Hari al-Ghadir
dan lain-lainnya ketika beliau sedang gering. Beliau memanggil orang
ramai supaya (beliau) menulis perkara-perkara di mana mereka tidak akan
sesat selepasnya selama-lamanya. Tetapi 'Umar menolaknya sambil berkata:
Nabi anda sedang meracau, memadailah kitab Allah sahaja. Seolah-olah
Rasulullah SAWAW tidak mengetahui kitab Allah berada di kalangan mereka.
Sekiranya Rasulullah SAWAW tidak meninggalkan
wasiat, nescaya beliau menyalahi para nabi yang terdahulu. Perhatikanlah
hadith riwayat Salman tadi dan lain-lain. Sesungguhnya menentuan wasi
bagi para nabi adalah wajib. Justeru itu mereka menentukan wasi-wasi
mereka dengan perintah Allah SWT, dan bukan menurut diri mereka sendiri
kerana nabi, wasi dan imam bukan dilantik dengan pilihan seseorang
kerana mereka tidak mengetahui orang yang benar-benar layak. Lantaran
itu pemilihan nabi, wasi dan imam adalah terserah kepada Allah SWT, dan
bukan orang lain. Kerana Dia lebih mengetahui rahsia-rahsia dan apa yang
tersirat di hati. Sesungguhnya firmanNya di dalam (Surah
al-Qasas(28):68)"Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka."
12. 'Sebaik-baik lelaki di kalangan kalian ialah 'Ali bin Abu Talib.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah27
daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i dengan
sanadnya daripada Ibn Umar daripada Rasulullah SAWAW
bersabda:"Sebaik-baik lelaki kalian ialah 'Ali bin Abi Talib.
Sebaik-baik pemuda kalian ialah Hasan dan Husain. Dan sebaik-baik wanita
kalian ialah Fatimah."
Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh al-Muttaqi
al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal28 daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi SAWAW
bersabda:"Sebaik-baik manusia lelaki ialah 'Ali bin Abi Talib." Di
dalam riwayat yang lain: Rasulullah SAWAW bersabda:'Ali adalah
sebaik-baik manusia.'
13. Siapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya dan puasanya.
Al-Khawarizmi telah mencatat hadith ini di dalam
Manaqib29nya dengan sanadnya daripada Nafi' daripada Ibn Umar berkata:
Rasulullah SAWAW bersabda: Sesiapa yang mencintai 'Ali, Allah akan
menerima solatnya, puasanya, ibadahnya dan memperkenankan doanya. Dan
siapa yang mencintai keluarga Muhammad, nescaya dia akan terlepas
daripada Hisab, Mizan dan Sirat. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan
cintakan keluarga Muhammad, maka aku menjaminkan baginya syurga bersama
para nabi. Dan sesiapa yang membencikan keluarga Muhammad, akan datang
Hari Kiamat tertulis di dahinya, orang yang putus asa dari nikmat Tuhan.
Salih al-Hanafi di dalam al-Kaukab30, meriwayatkan
bahawa 'Umar bin al-Khattab berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Siapa
yang mencintai anda wahai 'Ali adalah bersama para nabi di Hari Kiamat
dan siapa yang memarahi anda maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi
atau Nasrani.'
Aku berpendapat: Banyak hadith-hadith Rasulullah
SAWAW yang menyebutkan faedah-faedah cintakan imam 'Ali AS dan
kemudaratan memarahinya di dalam Arjah al-Matalib31. Dia berkata
'Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa Rasulullah SAWAW bersabda:'Cinta
kepada keluarga Muhammad satu hari adalah lebih baik daripada ibadah
setahun. Dan siapa yang mati kerananya, akan memasuki syurga.'
Ketahuilah wahai saudara pembaca budiman!
Sesungguhnya cinta yang dimaksudkan di dalam hadith ini bukanlah cinta
kenalan biasa kerana cinta sedemikian boleh berlaku kepada 'Ali dan
orang lain. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan cinta di sini ialah cinta
yang dikuti dengan pengakuan wilayah umum untuknya. Dan jelas sekali
orang yang mendahulukan musuhnya daripada kekasihnya, maka cintanya
adalah palsu. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan
oleh setiap pemikir yang insaf.
Banyak hadith-hadith Nabi SAWAW yang menggalakkan
cinta kepada Ahlu l-Bait AS dan memperwalikan mereka. Justeru itu ianya
menjadi wajib 'Aini bagi setiap mukallaf mengambil hukum-hukum agamanya
daripada orang-orang yang telah dinaskan ke atas mereka oleh Rasulullah
SAWAW kerana kemaksuman mereka. Ini kerana orang yang bukan maksum tidak
layak untuk memikul tugas yang besar dan berat ini disebabkan kesalahan
akan berlaku daripadanya. Dan telah ditetapkan di dalam ilmu l-usul
bahawa apabila kemaksuman tidak ada, maka berlakulah kesalahan atau
ketepatan. Mungkin dia memberi fatwa menyalahi nas sebagaimana telah
dilakukan oleh Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman. Justeru itu berpegang
kepada mereka adalah tidak harus. Apa yang telah disabitkan di sisi
kami bahawa imam wajiblah dinaskan ke atasnya daripada Allah yang
mengetahui rahsia dan apa yang tersembunyi. Oleh itu Rasulullah SAWAW
yang maksum tidak akan berwasiat kepada orang yang tidak maksum kerana
beliau sendiri diperintahkan oleh Allah SWT. Dan beliau tidak bercakap
menurut hawa nafsunya.
14. 'Anda adalah saudaraku dan wazirku.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal32 dengan sanadnya daripada Ibn 'Umar.
15. 'Bintang-bintang adalah pengaman bagi pengulu langit dan Ahlu l-Baitku adalah pengaman kepada ummatku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah33.
16. 'Tutuplah semua pintu kecuali pintu 'Ali.'
Al-Nasa'i telah meriwayatkan hadith ini di dalam
al-Khasa'is34 dengan membuang sanadnya daripada Zaid bin Arqam bahawa
dia berkata: Beberapa orang sahabat Rasulullah SAWAW mempunyai
pintu-pintu sebagai jalan ke masjid. Maka Rasulullah SAWAW bersabda:
Tutup semua pintu kecuali pintu 'Ali. Maka orang ramai mula bising. Lalu
Rasulullah SAWAW berdiri memuji Allah dan bersabda:'Sesungguhnya aku
diperintahkan supaya menutup kesemua pintu-pintu kecuali pintu 'Ali. Aku
diperintahkan untuk melalukannya, lalu aku mematuhinya.
Hadith ini juga dicatat oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak35, al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba36 dan lain-lain.
17, 'Ali bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama 'Ali.'
Al-Qunduzi al-Hanafi telah mencatatnya di dala Yanabi' al-Mawaddah37 dan al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin38.
18. 'Ali adalah pintu Muslimin.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah39
meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas dia berkata:Rasulullah SAWAW bersabda
kepada Umm Salmah:'Wahai Umm Salmah! 'Ali adalah daripada aku dan aku
adalah daripada 'Ali. Dagingnya adalah dari dagingku dan darahnya
daripada darahku. Kedudukan beliau di sisiku sepertilah kedudukan Harun
di sisi Musa. Wahai Salmah! Dengarlah dan persaksikanlah, ini adalah
'Ali penghulu Muslimin.'
19. 'Ali adalah penghulu 'Arab.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah40
meriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAWAW
bertanya:'Siapakah penghulu Arab? Anda wahai Rasulullah. Beliau
menjawab:'Aku adalah penghulu anak Adam (manusia) dan 'Ali adalah
penghulu Arab.'
20. 'Ali adalah makhluk yang paling dikasihi oleh Allah dan RasulNya.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi
di dalam Yanabi' al-Mawaddah41 melalui sanad Safinah dia berkata:
Seorang perempuan Ansar telah menghadiahkan kepada beliau SAWAW dua ekor
burung yang dibakar dengan roti. Maka beliau bersabda:'Wahai Tuhanku!
Bawa datanglah kepadaku orang yang paling dikasihi oleh Kamu dan
RasulNya.' Maka 'Alipun datang dan makan bersama-samanya.
21. 'Allah memperkuatkan RasulNya dengan 'Ali.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba42 daripada Ibn al-Hamis.
22. 'Siapa yang memarahi 'Ali maka Allah akan memasukkannya ke neraka.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah43.
23. 'Ali adalah orang yang pertama beriman kepada Nabi SAWAW.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah44
meriwayatkan daripada Abu Laila al-Ghifari dia berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAWAW bersabda: 'Selepasku akan ada fitnah. Dan sekiranya
berlaku, maka berpihaklah kepada 'Ali bin Abu Talib AS kerana beliau
adalah orang yang pertama beriman denganku, dan orang yang pertama
berjabat tangan denganku di Hari Kiamat. Beliaulah al-Siddiq al-Akbar,
Faruq al-Ummah dan beliaulah Ya'sub Mukminin.'
24. 'Ali adalah wasi Rasulullah SAWAW.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah45
meriwayatkan daripada Ahmad bin Hanbal dan dikaitkan dengan Anas bin
Malik dia berkata: Kami berkata kepada Salman: Tanyalah Nabi tentang
wasinya. Salman berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah wasi anda? Maka
Rasulullah SAWAW bersabda:'Wahai Salman siapakah wasi Musa?' Beliau
menjawab:'Yusyu' bin Nun.' Beliau SAWAW bersabda:'Wasiku, pewarisku yang
akan membayar hutangku dan melaksanakan janjiku ialah 'Ali bin Abu
Talib.'
25. 'Siapa yang mencintai 'Ali akan dicintai Allah.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak46 telah meriwayatkan
daripada Ibn 'Abbas sesungguhnya dia berkata: Nabi SAWAW telah melihat
kepada 'Ali AS dan bersabda:'Wahai Ali! Anda adalah penghulu di dunia
dan di akhirat. Kekasih anda adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih
Allah. Musuh anda adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah. Dan Neraka
Wail bagi orang yang memusuhi anda selepasku.'
26. 'Cinta kepada 'Ali adalah satu keimanan dan memusuhinya adalah satu kemunafikan.'
Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan hadith ini di
dalam Musnad47nya daripada 'Ali AS beliau bersabda:'Nabi telah
menjanjikan kepadaku bahawa anda tidak akan dikasihi melainkan oleh
mukmin dan anda tidak akan dibenci melainkan oleh munafiq.'
27. 'Di antara petanda munafiq ialah memarahi 'Ali.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak48 telah meriwayatkan
hadith ini daripada Abu Dhar RD berkata:'Kami tidak dapat mengenali
orang-orang munafiq melainkan pembohongan mereka terhadap Allah,
RasulNya, meninggalkan solat dan memarahi 'Ali bin Abu Talib.'
28. Tiga sifat istimewa bagi Amirul Mukminin AS.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad49nya telah
meriwayatkan daripada Ibn 'Umar, dia berkata:'Sebaik-baik manusia pada
zaman Nabi SAWAW ialah Rasulullah SAWAW. Kemudian Abu Bakar kemudian
Umar. Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib telah dikurniakan tiga sifat
istimewa. Sekiranya satu daripadanya dikurniakan kepadaku, adalah lebih
aku cintai daripada dunia keseluruhannya. Rasulullah SAWAW telah
mengahwininya dengan anak perempuannya. Kemudian anak perempuannya
melahirkan anak daripadanya. Beliau SAWAW telah menutup semua
pintu-pintu selain daripada pintunya di masjid dan memberikan kepadanya
bendera Khaibar.'
29. Allah mewajibkan ke atas makhlukNya supaya mencintai 'Ali.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah50
meriwayatkannya daripada al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Imam
Muhammad al-Baqir AS daripada Jabir bin 'Abdullah RD dia
berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:'Jibra'il datang kepadaku dengan
membawa kertas hijau daripada syurga tertulis di atasnya:'Sesungguhnya
Aku adalah Allah. Aku mewajibkan kasih sayang makhlukku ke atas 'Ali.
Justeru itu sampaikanlah kepada mereka mengenainya wahai Rasulullah."
30. 'Ali bermalam di tempat tidur Rasulullah SAWAW.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak telah meriwayatkan
daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata:'Ali telah mendedahkan dirinya
kepada bahaya, lalu memakai pakaian Nabi SAWAW. Kemudian beliau tidur di
tempatnya. Orang-orang Musyrikin mengejar Nabi SAWAW kerana ingin
membunuhnya. Lalu beliau SAWAW memakaikan 'Ali burdahnya (kainnya).
Lantaran itu mereka mulai mengejar 'Ali kerana menyangka 'Ali adalah
Nabi SAWAW. 'Ali mulai mengeliat-geliut (di tempat tidurnya). Mereka
berkata: Sesungguhnya andalah yang malang, anda sedang menggeliat-geliut
kerana sakit sedangkan sahabat anda tidak mengeliat-geliut. Dan
sesungguhnya kami memprotesnya di hadapan anda.
Diriwayatkan bahawa 'Ali mengungkapkan beberapa bait syairnya mengenai peristiwa tersebut:
Aku menjaga diriku sebaik-baik
orang yang memijakkan anak-anak batu
Dan sebaik-baik orang yang melakukan Tawaf
di Ka'bah dan Hajr (Ismail)
Rasul khuatir mereka melakukan rancangan (pembunuhan)nya
maka beliau diselamatkan Allah dari rancangan (jahat) mereka.
Rasul bermalam di gua dengan aman.
dijaga dengan jagaan Tuhan secara sembunyi.
Aku telah bermalam menjaga mereka sehingga mereka tidak menuduhku
Sesungguhnya aku telah menetapkan diriku
sama ada dibunuh atau ditawan.
31. 'Ali telah memecahkan berhala Quraisy yang paling besar.
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak51 telah meriwayatkan
hadith ini dengan membuang sanadnya daripada Ali AS beliau
berkata:"Pada masa aku diperintahkan oleh Rasulullah SAWAW supaya aku
tidur di atas hamparannya. Aku dan Rasulullah SAWAW datang ke Ka'bah
yang dikelilingi berhala-berhala. Lalu beliau memerintahkan aku supaya
duduk di tepi Ka'bah, akupun duduk. Kemudian Rasulullah SAWAW menaiki di
atas bahuku kemudian beliau berdiri, maka akupun berdiri. Tetapi
manakala beliau melihat kelemahanku di bawahnya beliau
bersabda:Duduklah. Lalu akupun duduk dan aku menurunkannya dariku. Lalu
Rasulullah SAWAW berdiri kemudian beliau berkata kepadaku: Wahai 'Ali!
Naiklah di atas bahuku, maka akupun menaiki di atas bahunya. Kemudian
Rasulullah SAWAW berdiri. Aku berfikir andainya aku mahu nescaya aku
boleh sampai ke langit. Akupun menaiki Ka'bah lalu Rasulullah menjauhkan
dirinya. Maka akupun mencampakkan berhala mereka yang paling besar yang
dibuat daripada tembaga yang dicampur dengan besi. Dan akhirnya aku
memecah-mecahkannya dan akupun turun."
32. 'Ali telah menyampaikan Surah al-Bara'ah kepada penduduk Makkah.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad52nya, al-Tabari di
dalam Dhakha'ir al-'Uqba53, al-Turmudhi di dalam Sahih54nya, al-Hakim
di dalam al-Mustadrak55nya, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz
al-Ummal56, Ibn Hajr al-Asqalani di dalam al-Isabah57 dan Ibn Hajr
al-Haithami di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah58 menerangkan bahawa Nabi
SAWAW telah memerintahkan Ali AS supaya menyampaikan Surah al-Bara'ah
kepada penduduk Makkah. 'Ali terpaksa mengambil tugas ini daripada Abu
Bakr kerana ianya mesti dilakukan sam ada oleh Nabi SAWAW sendiri atau
seorang lelaki daripada keluarganya.
33. 'Pengakuan 'Umar tentang kelebihan 'Ali AS.'
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib59,
al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah60, Ibn al-Sibbaqh al-Maliki di
dalam Fusul al-Muhimmah61, al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa'62
meriwayatkan daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn Abbas daripada Umar
dia berkata:'Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami.'
Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-Isti'ab63 meriwayatkan
daripada Sa'id bin al-Musayyab dia berkata:'Umar sentiasa meminta
perlindungan daripada permasalahan di mana Abu l-Hasan tidak ada
(bersamanya).
34. Kata-kata 'Umar bahawa kemuliaan tidak akan sempurna melainkan dengan wilayah 'Ali.
Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah64
meriwayatkan bahawa Umar berkata:Ketahuilah kalian bahawa kemuliaan
tidak akan sempurna melainkan dengan wilayah 'Ali.
35. Penyaksian Nabi SAWAW tentang keilmuan 'Ali AS.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah65daripada 'Abbas dia berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Manakala
aku berjalan di 'hadapan" Tuhanku, Dia berkata-kata dan 'bermunajat"
denganku. Aku memberitahu kepada 'Ali apa yang aku mengetahuinya.
Beliaulah pintu ilmuku. Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW
bersabda kepada 'Ali. Siapa yang mahu melihat kepada Adam tentang
ilmunya, kepada Nuh tentang kecekapannya, kepada Ibrahim tentang lemah
lembutnya, kepada Musa tentang kebijaksanaanya kepada 'Isa tentang
kezuhudannya, maka hendaklah dia melihat kepada 'Ali bin Abi Talib.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Hamawaini di
dalam Fara'id al-Sumtin, al-Khawarizmi dan al-Maghazali di dalam Manaqib
mereka, Kamaludian al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, Ibn Sibagh
al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah, Abu Nu'aim di dalam Hilyah
al-Auliya', al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, Ibn Mardawaih
di dalam Manaqibnya daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW bersabda
di rumah Umm Habibah:'Sesungguhnya anda ('Ali) akan menyampaikan
risalahku denganku, menunaikannya sebagai penggantiku, memperdengarkan
kepada orang ramai suaraku, dan mengajar mereka dari kitab Allah apa
yang mereka tidak mengetahuinya.'
Aku berpendapat: Ini adalah sebahagian kecil
daripada hadith-hadith yang banyak yang menunjukkan keilmuan Amirul
Mukminin dan Ahlu l-Baitnya yang telah dijadikan Allah sebagai khazanah
ilmunya dan pemegang amanah ke atas hamba-hambanya dengan penyaksian
Rasulullah SAWAW, jurucakap yang dipercayai yang tidak bercakap menurut
hawa nafsunya malah dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu
hadith ini tdak dapat disembunyikan lagi bahawa ianya telah diriwayatkan
oleh orang-orang yang thiqah daripada ulama-ulama Ahlu s-Sunnah wa
l-Jama'ah. Dan di sana banyak lagi hadith-hadith yang telah dicatat oleh
ulama-ulama Syi'ah al-Abrar. Justeru itu, buatlah rujukan kepada
buku-buku mereka, nescaya anda akan mendapati di dalamnya apa yang
dihajati oleh anda.
36. Penyaksian para ulama tentang keilmuan 'Ali dan keluarganya yang disucikan.
Amiru l-Mukminin AS semenjak lahirnya matahari
Islam dan permulaan dakwah sehingga hari ini sentiasa menjadi bahan
keilmuan dan penghormatan mereka di seluruh dunia pada setiap masa dan
tempat. Mereka melihat beliau sebagai contoh yang tinggi bagi manusia
sempurna yang mempunyai sifat-sifat kelebihan, kesempurnaan dan gambaran
yang indah bagi seorang lelaki muslim yang tertumpu kepadanya
ajaran-ajaran Islam yang bernilai dan contoh-contoh kemanusiaan yang
tinggi.
Lantaran itu kita dapati pemimpin-pemimpin ummat,
pembesar-pembesar mereka, para cendikiawan mereka menyokong kelebihannya
dan mengisytiharkan kepada orang ramai tentang kebesarannya yang luar
biasa dan kecerdikannya yang unik. Serta kelebihannya di atas semua
ummat pada segala sifat-sifatnya yang baik. Justeru itu tiga khalifah
(Abu Bakr, 'Umar, 'Uthman) merujuk apa yang mereka perlu kepadanya di
dalam pentadbiran hukum. Mereka amat memerlukannya yang menunjukkan
bahawa beliau adalah imam kepada semua (imam al-Kull). Perhatikanlah
kepada kata-kata Umar bin al-Khattab,"Allah tidak akan meninggalkan aku
di dalam permasalahan di mana Abu l-Hasan tidak ada" dan kata-katanya:
Sekiranya 'Ali tidak ada nescaya binasalah Umar dan lain-lain lagi.
Rasulullah SAWAW bersabda kepadanya:'Anda sepertilah Ka'bah didatangi
dan bukan mendatangi.'
Aku telah mengemukakan, wahai pembaca yang budiman,
penyaksian Rasulullah SAWAW tentang keilmuan 'Ali dan Ahlu l-Baitnya
yang disucikan serta hak mereka terhadap jawatan khalifah. Perhatikanlah
juga pembesar-pembesar ummat ini dan cerdik pandai mereka dan lain-lain
tentang mereka (Ahlu -Bait AS) bahawa merekalah orang yang paling alim,
paling baik dan paling berhak daripada orang lain untuk jawatan
khalifah menurut al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah. Semasa aku menulis
buku ini, aku sempat membaca dua risalah yang bernilai berjodol Madhab
Ahlu -Bait AS karangan al-'Allamah Sayyid 'Ali Naqiy al-Haidar di
Baghdad dan Syi'ah wa l-'Itrah al-Tahirah AS karangan al-'Allamah Sayyid
al-'Abbas al-Kasyani di Karbala. Kedua-duanya menerangkan
penyaksian-penyaksian kebanyakan ulama-ulama ummah dan pemimpin mereka
tentang kelebihan Ahlu l-Bait AS. Mereka mengakui keilmuan, kelebihan
dan hak mereka terhadap jawatan khalifah daripada orang lain.
37. Penyaksian Abu Bakr RD
Al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram daripada
al-Turmudhi66 bahawa dia berkata: Abu Bakr berkata: Pecatlah aku (dari
jawatan khalifah) kerana 'Ali lebih berhak daripada aku. Dia (Turmudhi)
berkata: Dia (Abu Bakr) berkata sedemikian kerana dia mengetahui
kedudukan 'Ali dan martabatnya yang tinggi bagi memegang jawatan
Khalifah.
38. Penyaksian Umar RD
Ibn Abi l-Hadid al-Muktazili di dalam Syarh Nahj
al-Balaghah67 daripada Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia
berkata:'Demi Tuhan sekiranya pedangnya ('Ali) tidak ada nescaya tidak
tegaknya Islam, beliau seorang yang paling alim di kalangan ummat ini,
paling awal Islamnya dan mempunyai kemuliaan yang tinggi.'
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, al-Hakim di
dalam Mustadraknya daripada 'Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia
berkata:'Sesungguhnya 'Ali dikurniakan tiga perkara, sekiranya aku
memiliki salah satu daripadanya lebih aku cintai dari keseluruhan nikmat
dunia ini, isterinya Fatimah bin Rasulullah SAWAW, Rasulullah
membenarkannya tinggal di masjidnya sebagaimana Rasulullah SAWAW dan
bendera di Hari Khaibar.'
39. Penyaksian 'Aisyah RD
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin68
menyatakan bahawa 'Aisyah telah berkata mengenai 'Ali AS:'Beliau adalah
orang yang paling alim di dalam Sunnah Nabi SAWAW.'
Kenyataan ini juga telah diriwayatkan oleh
Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Ibn Abd al-Birr di
dalam al-Isti'ab, Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah dan
lain-lain.
40. Penyaksian Ibn 'Abbas RD
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah69
meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata:Sesungguhnya
al-Qur'an telah diturunkan dengan tujuh huruf, setiap huruf mempunyai
pengertian zahir dan batin. Sesungguhnya 'Ali bin Abi Talib mengetahui
ilmu zahir dan batin.
41. Penyaksian Ibn Mas'ud RD
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah70
meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud bahawa dia berkata: al-Qur'an telah
diturunkan dengan tujuh huruf mempunyai pengertian zahir dan batin. 'Ali
mengetahui pengertian al-Qur'an zahir dan batin.
42. Penyaksian Taghut Muawiyah
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad71nya meriwayatkan
daripada Muawiyah bahawa dia berkata:Sesungguhnya 'Ali adalah utusan
Allah, beliau diliputi cahaya ilmu; dan dia juga berkata: Apabila 'Umar
menghadapi masalah, dia merujuk kepadanya ('Ali).
43. Penyaksian Dhirar di hadapan Taghut Muawiyah.
Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,
Ibn al-Jauzi di dalam Tadhirah al-Khawwas dan ulama-ulama Ahlu s-Sunnah
yang lain, menyatakan bahawa Dhirar bin Dhumah menemui Muawiyah.
Muawiyah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku mengenai 'Ali. Dia
menjawab: Adakah anda akan memaafkan aku? Muawiyah menjawab: Aku tidak
memaafkan anda. Dhirar berkata: Jika ianya satu perkara yang mesti aku
perkatakan maka demi Allah beliau ('Ali) menghukum dengan adil, ilmunya
terpancar dari segenap pelusuk, hikmah bercakap di sekitarnya, beliau
takut kepada kilauan dunia, bermunajat di waktu malam, menangis, banyak
berfikir.....beliau seperti kita. Beliau menjawab apabila ditanya dan
mendatangi kita apabila kita menjemputnya....Dia berkata: Air mata
Muawiyah mengalir di atas janggutnya. Dia cuba mengesatnya dengan tapak
tangannya dan orang ramai turut menangis.
44. Penyaksian 'Umru bin al-'As
Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam Manaqib72nya
menyatakan bahawa Muawiyah telah mengutus surat kepada 'Umru bin al-'As
supaya dia melibatkan diri di dalam peperangan menentang Imam Ali AS.
'Umru bin al-'As menjawab surat Muawiyah dengan menyebutkan
kelebihan-kelebihan 'Ali bin Abu Talib. Di antaranya: Bagaimana aku akan
menolong anda di atas kebatilan dan menghunus pedang ke muka 'Ali.
Beliau adalah saudara Rasulullah SAWAW, wasinya, pewarisnya, pembayar
hutangnya dan orang yang melaksanakan janjinya. Walau bagaimanapun
akhirnya dia melibatkan dirinya di dalam peperangan menentang 'Ali AS
selepas mendapat tawaran yang istimewa daripada Muawiyah.
45. Penyaksian Muawiyah Kedua
A-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah73
daripada Ibn al-Jauzi daripada Qadhi Abu Ya'la di dalam Kitabnya selepas
menyebut jenayah-jenayah Yazid bahawa sesungguhnya Muawiyah bin Yazid
manakala dilantik menjadi khalifah, dia menaiki mimbar dan berkata:
Sesungguhnya khalifah ini adalah tali Allah Ta'ala. Sesungguhnya datukku
Muawiyah telah merebutnya daripada orang lebih berhak menjadi khalifah
daripadanya iaitu 'Ali bin Abu Talib.
46. Penyaksian 'Umar bin 'Abdu al-'Aziz
Ibn al-Jauzi al-Hanafi di dalam Tadhkirah
al-Khawwas74 daripada Umar bin 'Abdu l-'Aziz sesungguhnya dia berkata:
Kami tidak mengetahui seorangpun daripada ummat ini selepas Rasulullah
SAWAW lebih zuhud daripada 'Ali bin Abu Talib.
47. Penyaksian Mansur al-Dawaniqi
Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya bab 16 daripada
Sulaiman bin Mihran daripada al-Mansur, sesungguhnya dia menceritakan
kepadanya tentang kemuliaan kedudukan 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Akhirnya Sulaiman berkata kepada al-Mansur: Berilah jaminan keselamatan
kepadaku. Al-Mansur menjawab: Aku beri jaminan keselamatan kepada anda.
Maka dia berkata: Apa pendapat anda pada mereka yang membunuh mereka
itu? Al-Mansur menjawab: Di neraka tidak syak lagi. Dia bertanya lagi:
Apa pendapat anda pada orang yang membunuh anak-anak mereka dan
anak-anak cucu mereka? Al-Mansur mengeleng kepalanya sambil menunjukkan
sikap kurang senangnya kepada pertanyaan tersebut.
48. Penyaksian Harun al-Rasyid
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah75
mencatat bahawa al-Makmun telah meriwayatkan daripada bapanya al-Rasyid
bahawa dia berkata kepada anak-anaknya tentang hak Musa al-Kazim: Ini
adalah imam manusia, hujjah Allah ke atas makhlukNya, dan khalifahNya ke
atas hamba-hambaNya. Aku adalah imam orang ramai pada zahir melalui
paksaan dan kekuatan. Demi Allah sesungguhnya beliau lebih berhak dengan
maqam Rasulullah SAWAW daripada aku dan daripada semua makhluk. Tetapi
demi Allah, sekiranya beliau mempertikaikan aku tentang khalifah,
nescaya aku mengungkilkan kedua-dua matanya.
49. Penyaksian Al-Makmun
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah76
menceritakan tentang surat al-Makmun kepada Bani 'Abbas manakala mereka
cuba mengalihkan pandangannya dari perlantikan Imam al-Ridha AS sebagai
penggantinya. Di antaranya dia berkata: 'Ali adalah orang yang paling
alim di kalangan mereka tentang agama Allah. Beliau dilantik oleh Nabi
SAWAW sebagai wali Mukminin di-Ghadir Khum. Beliau adalah nafs al-Nabi
di Hari Mubahalah. Allah telah mengumpulkan segala kelebihan untuknya
dan menurunkan ayat-ayat Qur'an memujinya. Kita dan anak-anak 'Ali AS
pada mulanya 'satu tangan' (bekerjasama) sehingga kita menguasai urusan
khalifah. Lalu kita mengenakan tekanan ke atas mereka, dan kita membunuh
mereka lebih ramai daripada pembunuhan yang dilakukan oleh Bani Umayyah
terhadap mereka.
50. Penyaksian Abu Hanifah
Diriwayatkan dari Manaqib 'Ali bin Abi Talib77
tentang Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada Musnad Abu Hanifah dia berkata:
Husain bin Zaid berkata: Aku mendengar Abu Hanifah ditanya tentang
siapakah orang yang paling alim yang anda ketahui? Dia menjawab: Ja'far
bin Muhammad. Apabila dipanggil oleh Khalifah al-Mansur, dia berkata
kepadaku: Wahai Abu Hanifah! Sesungguhnya orang ramai menabur fitnah
tentang Ja'far bin Muhammad. Oleh itu sedialah soalan-soalan anda yang
tajam untuknya. Akupun menyediakannya empat puluh masalah. Kemudian aku
diutuskan untuk berjumpa Khalifah al-Mansur di Hirah. Maka akupun
mendatanginya. Ja'far al-Sadiq berada di kanannya. Manakala aku melihat
kepadanya, aku mulai merasa kehebatan Ja'far al-Sadiq melebihi kehebatan
Khalifah al-Mansur. Akupun memberi salam kepadanya. Maka dia memberi
isyarat kepadaku supaya duduk. Maka akupun terus duduk kemudian dia
berkata: Kemukakan soalan-soalan anda kepada Abu 'Abdillah (Imam Ja'far
al-Sadiq). Akupun mengemukakannya kepadanya dan beliau memberi jawapan
kepada aku dan berkata: Kalian berpendapat begitu, penduduk Madinah
mempunyai pendapat yang lain. Tetapi kami berkata begini. Kadang-kadang
seorang itu menurut kami, kadang-kadang menurut mereka dan kadang-kadang
dia menyalahi kami di dalam semua hal, sehingga aku mengemukakan
kepadanya empat puluh masalah, maka beliau menjawab semua masalah itu.
Kemudian Abu Hanifah berkata lagi: Tidakkah orang
yang paling alim itu ialah orang yang alim tentang perselisihan
(pendapat) orang lain?
51. Penyaksian Malik bin Anas
Diriwayatkan daripada Manaqib 'Ali bin Abi Talib78
daripada Malik bin Anas RD sesungguhnya dia berkata: Mata tidak pernah
melihat, telinga tidak pernah mendengar, hati tidak pernah terlintas
tentang orang yang lebih baik daripada Ja'far al-Sadiq dari segi
keilmuan, ibadah dan kewarakan.
52. Penyaksian Ahmad bin Hanbal
Muhammad bin Talhah al-Syafi'i telah meriwayatkan
di dalam Matalib al-Su'ul79 daripada Ahmad bin Hanbal RD sesungguhnya
dia berkata: Tidak ada seorangpun daripada sahabat-sahabat Rasulullah
SAWAW mempunyai kelebihan-kelebihan seperti 'Ali.
53. Penyaksian Muhammad bin Idris al-Syafi'i RD
Sebilangan besar para ulama Ahlus Sunnah telah
meriwayatkan di dalam buku-buku mereka bahawa Syafi'i telah ditanya
tentang Imam 'Ali bin Abi Talib. Maka dia menjawab: Apakah aku akan
ucapkan kepada seorang lelaki di mana musuh-musuhnya mengingkari
kelebihannya kerana hasad dan tamak. Sementara pencinta-pencintanya pula
menyembunyikan kelebihannya kerana khuatirkan perpecahan. Justeru itu
ia melimpahi di antara dua denyutan jantung.
Di sini diperturunkan beberapa bait syair Imam
Syafi'i memuji Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW sebagaimana telah dicatat
oleh Ibn Hajr di dalam al-Sawaiq al-Muhriqah80.
Wahai Ahlu l-Bait Rasulullah
cinta kalian satu fardhu daripada Allah
di dalam al-Qur'an diturunkan
Kebesaran kalian telah memadai
sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian
tidak ada solat baginya
Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah telah mencatat syair-syair Syafi'i di antaranya Imam Syafi'i berkata:
Sekiranya seorang itu menjadi Rafidhi (Syi'i)
kerana cintanya kepada keluarga Muhammad
hendaklah jin dan manusia persaksikan bahawa
aku seorang Rafidhi (Syi'i)
Imam Syafi'i berkata:
Sekiranya al-Murtadha ('Ali) mendedahkan
kedudukannya
nescaya manusia akan 'sujud' kepadanya....
Imam Syafi'i juga berkata:
Sayangnya sehingga bila
aku dicela kerana mencintai pemuda ini ('Ali)?
Fatimah tidak mengahwini selain daripadanya ('Ali)
selain daripadanya adakah turun Surah Hal Ata?
Ini adalah sebahagian kecil daripada syair-syair
Imam Syafi'i yang menerangkan kelebihan 'Ali dan Ahlu l-Baitnya AS.
Syair-syair tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahlu s-Sunnah di
dalam buku-buku mereka. Lantaran itu rujuklah kepada buku-buku tersebut.
Demikianlah dikemukakan sebahagian daripada
penyaksian pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin mereka tentang kelebihan
peribadi mulia yang unik di dunia ini selepas Nabi Muhammad SAWAW.
Kerana tidak ada seorangpun sahabat yang dapat menandingi kelebihannya
dengan penyaksian penentang-penentangnya sendiri sebagaimana anda
mengetahuinya. Ini adalah tulisan daripada limpahan yang banyak.
Sekiranya aku mahu menulis tentang kelebihan Imam
'Ali AS dan mencatat kesemua pendapat pembesar-pembesar ummat ini,
cerdik pandai dan lain-lain mengenai kelebihan personaliti yang unik
ini, nescaya aku akan memenuhinya dengan berjilid-jilid buku dan aku
tidak mampu untuk melakukannya. Walau bagaimanapun tulisan ini sudah
cukup bagi orang yang ingin mendengar dan menjadikan dirinya sebagai
saksi.
BAB KEENAM: PUJIAN NABI SAWW KEPADA SYI'AH ALI AS DAN AHLULBAIT-NYA AS
Orang yang pertama menggunakan nama Syi'ah bagi
pengikut-pengikut 'Ali Amiru l-Mukminin AS ialah Rasulullah SAWAW.
Beliaulah orang yang meletakkan batu asas dan menyemaikan benihnya yang
pertama. Dan orang yang memperkuatkannya ialah Imam Amiru l-Mukminin
'Ali AS. Pada masa itu Syi'ah dikenali dengan Syi'ah 'Ali AS.
Ibn Khaldun berkata di dalam Muqaddimahnya bahawa
Syi'ah dari segi bahasa bererti sahabat dan pengikut. Dan dari segi
istilah Fuquha' dan Mutakallimun dahulu dan sekarang ialah pengikut 'Ali
dan anak-anaknya.
Muhammad Kurdi 'Ali di dalam Khutatal-Syam
berkata:"Tidak perlu bagi kita mencari dalil bahawa sebahagian sahabat
dikenali dengan Syi'ah Ali. Dan dia berkata lagi:'Adapun sebahagian
penulis mengatakan bahawa mazhab Syi'ah adalah daripada bid'ah 'Abdullah
bin Saba' yang dikenali dengan Ibn Sauda' adalah tidak dikenali di
dalam mazhab mereka.' Muhammad Kurdi 'Ali bukanlah seorang Syi'ah malah
seorang yang menentang Syi'ah. Tetapi 'kebenaran membuatkan orang yang
insaf atau degil bercakap.'
Hadith-hadith yang menyokong hujahku daripada
pakar-pakar bahasa Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah lebih-lebih lagi hadith
menurut Ahlu s-Sunnah sebagai penerangan kepada hujahku seperti berikut:
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1
meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahwa dia berkata: Manakala Allah SWT
menurunkan (Surah al-Bayyinah (98): 7):"Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk."
Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Mereka itulah anda dan Syi'ah
anda. Dan Syi'ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan ridha dan
diridhai dan musuh anda datang dengan marah dan dibelenggu.' Beliau
berkata, siapakah musuhku? Nabi SAWAW bersabda:'Orang yang membersihkan
diri mereka daripada anda dan melaknati anda.'
Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id
al-Simtin2, dengan sanadnya daripada Jabir bahawa dia berkata:"Kami
berada di sisi Nabi SAWAW maka 'Ali AS pun datang. Rasulullah SAWAW
bersabda:'Saudaraku telah datang kepada kalian.' Kemudian beliau
bersabda:'Demi diriku di tanganNya. Sesungguhnya ini ('Ali AS) dan
Syi'ahnya, mereka itulah orang yang menang (al-Fa'izun) pada hari
kiamat. Sesungguhnya beliaulah orang yang pertama di kalangan kalian
beriman bersamaku, orang yang paling setia di kalangan kalian dengan
janji Allah SWT, orang yang paling teguh di kalangan kalian dengan
suruhan Allah SWT, orang yang paling adil di kalangan kalian tentang
orang di bawah jagaannya, orang yang paling adil di kalangan kalian di
dalam pembahagian dan orang yang paling tinggi martabatnya di kalangan
kalian di sisi Allah SWT.'
Dan dia berkata:(Surah al-Bayyinah(98): 7)
diturunkan kepada 'Ali AS. Dia berkata lagi: Sahabat-sahabat Muhammad
SAWAW apabila 'Ali AS datang kepada mereka, mereka berkata: Sebaik-baik
makhluk telah datang.
Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam Manaqib3nya telah
meriwayatkannya daripada Jabir daripada Nabi SAWAW. Dia juga
meriwayatkannya daripada al-Mansur al-Dawaniqi di dalam hadith yang
panjang daripada Nabi SAWAW mengenainya. Nabi SAWAW
bersabda:'Sesungguhnya 'Ali dan Syi'ahnya besok merekalah yang mendapat
kemenangan di hari kiamat, memasuki syurga.'
Dia juga meriwayatkan daripada Nabi SAWAW,
sesungguhnya Nabi SAWAW bersabda:'Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah
mengampuni untuk anda, keluarga anda, Syi'ah anda dan pencinta-pencinta
Syi'ah anda.' Di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW bersabda:'Ali adalah
orang yang paling alim, paling awal Islam.' Sesungguhnya Syi'ah
beliaulah mendapat kemenangan di hari esok.'
Di dalam riwayat yang lain pula Nabi SAWAW
bersabda:'Sekiranya tidak ada golongan yang akan berkata kepada anda
sebagaimana diperkatakan oleh Nasara tentang 'Isa AS, nescaya aku akan
berkata sesuatu mengenai anda dan mereka akan mengambil tanah di bawah
kedua tapak kaki anda, dan dari 'lebihan air basuhan' anda untuk
bersyafa'at dengannya. Tetapi cukuplah kedudukan anda di sisiku
sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa. Aku adalah daripada anda, anda
mewarisiku dan aku mewarisi anda melainkan tidak ada nabi selepasku.
Andalah yang membersihkan dhimmahku. Syi'ah anda akan berada di atas
mimbar-mimbar daripada cahaya. Dan sesungguhnya kebenaran berada di atas
lidah anda, di hati dan di dahi anda.'
Aku berpendapat: Hadith yang mengandungi pengertian
ini juga telah diriwayatkan di dalam Kifayah al-Talib, Tarikh Baghdad,
Majma' al-Zawa'id, Wasilah al-Muta'abbidin dan lain-lain buku Ahlu
s-Sunnah Wa l-Jama'ah.
Al-Khawarizimi al-Hanafi juga meriwayatkan di dalam
Manaqib4nya hadith yang panjang dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas
marfu':'Sesungguhnya Jibra'il memberitahu bahawa 'Ali dan Syi'ahnya
bergembira bersama Muhammad di syurga.'
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah5
meriwayatkan daripada 'Ali AS. Sesungguhnya beliau berkata: Sesungguhnya
Rasulullah SAWAW bersabda:'Wahai Ali! Anda akan mendatangi Allah dan
Syi'ah anda di dalam keadaan redha dan diredhai. Musuh anda akan
mendatangi kemarahanku di dalam keadaan terbelenggu. Kemudian diikat
kedua-dua tangannya di tengkuknya. Dan memperlihatkan kepada mereka
belenggu-belenggu tersebut.' Ibn Hajr berpendapat bahawa Syi'ah di dalam
hadith-hadith tersebut dimaksudkan dengan Ahlu s-Sunnah. Kerana Syi'ah
menurutnya dilaknati Allah kerana bid'ah mereka6.
Al-Qunduzi al-Hanafi meriwayatkan di dalam Yanabi'
al-Mawaddah7 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i
di dalam al-Mawaddah al-Thaniah daripada Abu Dhar daripada Nabi SAWAW
sesungguhnya beliau bersabda:'Sesungguhnya Allah melihat ke bumi
daripada 'ArasyNya lalu memilihku, memilih 'Ali untukku sebagai
menantuku, memberikan kepadanya Fatimah dan Dia tidak memberikan
kelebihan kepada seorangpun daripada anak-anak lelakinya. Dia memberikan
kelebihan kepada Hasan dan Husain dan Dia tidak memberikannya kepada
seorangpun seumpamanya. Dia telah memberikan kepadanya mertuanya
seumpamanya. Dia telah memberikan kepadaku al-Haudh. Dia juga telah
menjadikannya ('Ali) sebagai pembahagi syurga dan neraka di mana Dia
tidak memberikannya seumpamanya kepada para malaikat. Dia telah
menjadikan Syi'ahnya di syurga. Dia memberikan kepadaku saudaraku
seumpama aku dan tidak ada seorangpun 'saudara lelaki' seumpamaku.'
Wahai saudaraku! Sesiapa yang ingin memadamkan
kemarahan Tuhan, dan ingin supaya Allah menerima amalannya, maka
hendaklah dia mencintai 'Ali bin Abu Talib kerana mencintainya
menambahkan keimanan. Dan mencintainya dapat mencairkan segala kejahatan
sebagaimana api dapat mencairkan logam.
Dia juga meriwayatkannya di dalam Yanabi'
al-Mawaddah8 bahawa Anas bin Malik berkata: Nabi SAWAW
bersabda:'Jibra'il memberitahuku bahawa sesungguhnya Allah mencintai
'Ali. Dia tidak mencintai para malaikat sebagaimana Dia mencintai 'Ali.
Setiap kali Allah bertasbih. Dia menjadikan beberapa Malaikat yang
mengucap istighfar kepada orang yang mencintainya ('Ali) dan Syi'ahnya
sehingga hari kiamat.'
Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW ditanya
tentang 'Siapakah yang berteduh di bawah bendera anda? Nabi SAWAW
bersabda:'Mukminun para wali Allah, Syi'ah yang benar, Syi'ahku dan
Syi'ah Ali, pencinta-pencintanya, penolong-penolongnya. Alangkah
beruntungnya mereka dan sebaik-baik darjat. Dan neraka wail bagi orang
yang membohongi aku tentang 'Ali atau membohongi 'Ali keranaku, atau
mempertikaikannya mengenai maqamnya yang dikurniakan Allah SWT9.
Ibn al-Maghazali al-Syafi'i di dalam Manaqib10nya
dengan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa dia berkata: Nabi SAWAW
bersabda:'Ummat aku yang akan memasuki syurga sebanyak tujuh puluh ribu
orang tanpa hisab.' Kemudian beliau berpaling kepada 'Ali AS dan
bersabda:'Mereka itu adalah Syi'ah anda dan anda adalah imam mereka.'
Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul
al-Muhimmah11, al-Syablanji di dalam Nur al-Absar12 meriwayatkan
daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata: Manakala turunnya ayat (Surah
al-Bayyinah(98): 7), Nabi SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Anda dan Syi'ah
anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan redha dan meredhai,
sementara musuh-musuh anda datang di dalam keadaan marah dan
terbelenggu.'
Ibn al-Maghazali al-Maliki di dalam Manaqib13nya
meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata: Aku bertanya
Rasulullah SAWAW tentang firmanNya (Surah al-Wiqi'ah (56):10-11)'Dan
orang-orang yang paling dahulu beriman, mereka itulah orang yang
didekatkan (kepada Allah).' Beliau menjawab: Jibra'il telah memberitahu
kepadaku bahawa maksud ayat itu ialah 'Ali dan Syi'ahnya yang mendahului
ke syurga, dan hampir kepada Allah kerana kekeramatannya.'
Ahmad bin Hanbal di dalam Manaqib14nya menerangkan
bahawa sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ali AS:'Wahai 'Ali!
Tidakkah anda redha, sesungguhnya anda bersamaku di syurga, Hasan dan
Husain, zuriat kita di belakang kita, isteri-isteri kita di belakang
zuriat-zuriat kita dan syi'ah kita yang mempercayai kita mempunyai
akhlak yang terpuji.
Dan banyak lagi hadith-hadith Nabi SAWAW mengenai
pujian beliau terhadap Syi'ah 'Ali dan Ahlu l-Baitnya telah diriwayatkan
oleh para ulama Ahlu s-Sunnah di dalam Sahih-sahih, Musnad-musnad, dan
karangan-karangan mereka. Al-'Allamah Sayyid al-'Abbas al-Husaini
al-Kasyani telah mencatat lebih daripada seratus hadith yang muktabar
semuanya menurut Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah di dalam bukunya berjodol
al-Syi'ah wa l-'Itrah al-Tahirah.
Aku berdoa ke hadrat Allah SWT supaya memberkati
Sayyid al-Kasyani dan semua ulama kami yang Abrar agar semua karya
mereka dapat dicetak bagi faedah kaum Muslimin.
BAB KETUJUH: BENCANA SAQIFAH
Saqifah: Tahukah anda apakah Saqifah itu?
Setiap orang yang membuka lipatan sejarah mengkaji
hal ehwal ummat-ummat yang lampau di abad yang silam akan menemui
peristiwa Saqifah yang menyedihkan.
Tetapi sedikit sahaja yang terselamat daripada
memihak kepada salah satu dari dua golongan yang bertentangan mulai hari
tersebut sehingga hari ini dan selepasnya.
Ramai pakar-pakar sejarah telah mengubati peristiwa
ini pada setiap abad dengan harapan dapat menghilangkan kekusutan dan
halangan yang tidak dapat ditembusi melainkan dengan kecemasan jiwa.
Apatah lagi untuk mendedahkan hakikat yang telah
dipalsukan di abad pertama, kedua dan seterusnya. Kerana mereka
melakukannya supaya hakikat sebenar tidak dapat dibongkar. Lantaran itu
adalah menjadi sukar kepada pengkaji-pengkaji sekalipun mereka berusaha
untuk mengkaji hakikat tersebut pada masa itu.
Tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa tidak
membiarkan di setiap zaman orang yang memutarbelitkan kebatilan dengan
kebenaran dominan sehingga kebatilan akan hilang juga. Wa l-Hamdulillah.
Lantaran itu penulisan tentang hari Saqifah dan apa
yang berlaku serta kajian di sebalik kesukarannya bukanlah suatu
perkara yang senang, kerana ianya menjadi sebab utama yang membawa
kepada pembahagian ummat kepada dua golongan pada hari itu.
Kemudian kepada 73 golongan tetapi yang berjaya
hanya satu, inilah perkara yang besar yang wajib diberi perhatian. Ummah
yang besar begini tidak akan berjaya kecuali satu golongan sahaja.
Justeru itu adalah wajar bagi seseorang itu berusaha dengan gigih untuk
menyelamatkan dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, malah semua
umat jika dia mampu, tetapi aku fikir dia tidak akan mampu.
Golongan yang berjaya
Aku berkata:"Sesungguhnya Nabi SAWAW adalah orang
yang mempunyai kasihan belas kepada ummatnya. Beliau meriwayatkan kepada
kita satu hadith yang amat penting; menggembirakan dan menakutkan.
Tetapi ianya mempunyai kesukaran di mana ahli fikir yang masyhur tidak
mampu mendedahkan kesukarannya kecuali dia adalah seorang yang maksum.
Dia akan membiarkannya begitu sahaja tanpa membuat sebarang komen
mengenainya. Justeru itu ummatnya berada di dalam keadaan tidak menentu
di mana tempatnya yang akan ditujui sepertilah berjalan di tengah
kegelapan malam. Apatah lagi jika dia menyulitkan perkara yang akan
menentukan masa depan ummatnya sama ada kejayaan atau kebinasaan."
Maka aku berpendapat bahawa golongan yang berjaya
ialah golongan yang berpegang kepada wila' Allah SWT, wila' kepada
RasulNya dan wila' kepada imam-imam suci yang telah disucikan oleh Allah
daripada segala kekotoran dosa. Dan membersihkan dirinya daripada orang
yang memusuhi mereka dengan beramal dengan hadith yang disepakati oleh
Sunnah dan Syi'ah. Sabdanya:'Siapa yang telah menjadikan aku maulanya,
maka inilah 'Ali maulanya wahai Tuhanku, tolonglah orang yang
mewalikannya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang
menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.
Adapun kata-kata yang menyatakan bahawa Nabi SAWAW
apabila ditanya tentang golongan manakah yang berjaya? Maka beliau
bersabda:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya," tidak boleh diterima
kerana bukan semua sahabat berpegang kepada semua sahabat. Malah
terdapat di kalangan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak diredhai seperti Marwan bin al-Hakam. Mu'awiyah bin Abu Sufian,
'Umru bin al-'As yang masyhur dengan penipuan dan kelicikan, penjenayah
Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Taubah (9):
101:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang disekelilingmu itu, ada
orang-orang munafik dan (juga) di antara penduduk Madinah mereka
keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui
mereka tetapi kamilah yang mengetahui mereka."
Aku berpendapat firmanNya 'Kamu (Muhammad) tidak
mengetahui mereka' bahawa Nabi SAWAW pada hakikatnya telah mengetahui
mereka dengan sebenarnya. Tetapi ayat tersebut bertujuan
menakut-nakutkan mereka kerana keterlaluan mereka di dalam amalan nifak
sebagaimana anda berkata mengenai seorang yang paling jahat di dalam
semua segi kepada seorang yang mengetahui keadaan lelaki itu. Anda
'tidak mengetahui' apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu, sedangkan
'dia' juga mengetahui keadaan lelaki tersebut. Kata-kata ini adalah
masyhur di kalangan orang awam dan diketahui oleh orang yang mempunyai
ilmu di dalam bidang Balaghah.
Jikalaulah sabdanya:"Apa yang aku dan sahabatku di
atasnya" itu betul (tetapi aku tidak fikir ianya betul) maka apa yang
dimaksudkan dengan sahabat di dalam hadith tersebut mestilah Ahlu l-Bait
AS yang telah dijadikan Allah SWT dan RasulNya sebagai ikutan bagi
orang-orang yang mempunyai mata hati. Rasulullah SAWAW telah
memerintahkan ummahnya supaya berpegang kepada mereka dan melarang dari
tidak 'berpegang' kepada mereka.
Sebenarnya aku telah kemukakan kepada anda
hadis-hadis yang banyak di dalam buku ini mengenai Ahlu-Bait A.S.
Buatlah rujukan danperhatikanlah serta janganlah asabiah menguasai anda.
Di sini aku akan mengemukakan kepada anda satu dalil selain daripada
dalil ini iaitu sabda Nabi SAWAW:'Siapa yang berkata tiada tuhan
melainkan Allah, akan masuk syurga.' Aku menjawab: Ya! Tetapi dengan
syarat-syaratnya. Ummah semua mengucap: Tiada tuhan yang lain melainkan
Allah dan Muhammad adalah Rasulullah sama ada Syi'ah atau bukan Syi'ah.
Sekalipun wujudnya hadith ini tetapi Rasulullah SAWAW menegaskan hanya
satu golongan sahaja yang berjaya.
Oleh itu pendapat yang menyatakan ummah semuanya
berjaya adalah tertolak oleh hadith yang disetujui kesahihannya. Dan
pendapat yang menyatakan ummah semuanya binasa juga tertolak. Justeru
itu golongan yang berjaya mestilah mempunyai keistimewaan dari
golongan-golongan yang lain dengan sesuatu yang tidak dipegangi oleh
golongan-golongan lain.
Keistimewaan Syi'ah daripada yang lain ialah
kepercayaan mereka tentang kemaksuman imam-imam dan pengkhususan
khalifah untuk mereka dengan dalil-dalil yang dapat mematikan hujah
musuh. Lantaran itu khalifah tidak layak selain daripada mereka dan
tidak sempurna perlantikan khalifah selain daripada mereka. Sekiranya
sahabat-sahabat telah mengambil ajaran-ajaran Nabi mereka, nescaya
caci-caci, rompakan, pembunuhan dan sebagainya tidak berlaku. Tetapi
sebaliknya mereka keluar dari menta'ati Allah dan RasulNya. Ianya suatu
hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi.
Apa yang telah dikemukakan adalah sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati atau mendengar dengan penuh pemerhatian.
Aku mengakhiri kalimah dengan menyatakan bahawa
sesungguhnya Syi'ah adalah golongan mukmin yang telah mengambil semua
yang telah dibawa oleh Rasulullah SAWAW daripada Tuhannya. Maka
Syi'ahlah tuan kepada kebenaran yang didakwakannya. Tetapi Ahlu l-Fasad
(orang yang melakukan kerosakan) melekatkan celaan kepada Syi'ah tetapi
mereka bersih daripada celaan-celaan tersebut seperti bersihnya serigala
Yusuf daripada Yusuf. Buatlah rujukan kepada buku-buku mereka dengan
ikhlas nescaya anda akan mengetahui kebenaran kami.
Aku berkata:"Sesungguhnya perkataan Syi'ah adalah
satu kemuliaan yang besar kerana al-Qur'an memujinya di beberapa tempat
sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Qasas (28): 15:'Maka orang yang
dari golongannya (Syi'ati-hi) meminta pertolongan kepadanya untuk
mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah
musuhnya itu,' dan firmanNya di dalam Surah al-Safat (37): 83:"Dan
sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (syi'ati-hi)"
iaitu Ibrahim adalah daripada Syi'ah Nuh.
Dan banyak hadith-hadith Rasulullah SAWAW memuji
Syi'ah Ali seperti:'Anda dan Syi'ah anda akan mendapat kemenangan.'
Justeru itu Syi'ah adalah Hizbullah (Parti Allah), hizb para Nabi dan
hizb para wasi AS. Wa l-Hamdulillah.
Malapetaka Syura
Aku berulangkali mengatakan bahawa sesungguhnya
Allah SWT telah mengutuskan Muhammad dan telah mensyariatkan untuknya
agama yang lurus, melalui lidah Jibra'il dan menurunkan ke atasnya
al-Qur'an yang dijaga, tidak di datangi oleh kebatilan di hadapan
mahupun di belakang.
Allah dan RasulNya telah melantik (nassa) 'Ali AS
sebagai wasinya semenjak hari pertama RAsulullah SAWAW mengiklankan
dakwahnya. Allah SWT memerintahkannya supaya memberi peringatan kepada
keluarganya yang terdekat dan melantik 'Ali AS sebagai wazir. Beliau
sentiasa mengangkat Ali di dalam urusan khalifah mengikut
kebijaksanaannya sehinggalah tiba hari yang dikehendaki Allah mewafatkan
RasulNya. Di kala itu 'Ali dan orang yang bersamanya sibuk dengan
pengurusan jenazah Rasulullah SAWAW, orang-orang Ansar mula berhimpun di
Saqifah. Mereka mencalonkan Sa'd bin Ubadah untuk menjadi khalifah1. Di
tengah-tengah mereka sibuk bertukar-tukar pendapat, tiba-tiba tiga
orang daripada Muhajirin, Abu Bakr, Umar dan Abu 'Ubaidah memasuki
perhimpunan secara mengejut. Lantas dialog berlaku di antara Muhajirin
dan Ansar. Perdebatan dan pertengkaran berlaku dengan hebat sehingga
hampir berlaku fitnah di antara mereka. Abu Bakr berdiri lalu memberikan
ucapan politik dengan gaya bahasa yang menarik yang menyentuh emosi
orang-orang Ansar, sehingga dapat mempengaruhi mereka.
Di dalam ucapan tersebut dia menyebutkan
kelebihan-kelebihan Muhajirin, pemeluk Islam lebih awal, orang pertama
yang menyembah Allah di bumi, beriman dengan Allah dan RasulNya. Mereka
itulah wali-walinya, dan keluarganya dan orang yang paling berhak
jawatan khalifah selepas Nabi SAWAW. Dan orang-orang Arab terhutang budi
kepada kabilah Quraisy. Tidak akan mempertikaikan mereka selain
daripada orang yang zalim.
Kemudian dia memberi ucapan kepada orang Ansar
tanpa menghina hak mereka, masuk Islamnya mereka dan jihad mereka.
Tetapi mereka tidak berhak jawatan khalifah. Dan jikalaulah mereka
berhak sesuatu maka ia adalah wazarah (pembantu), selain daripada mereka
ialah al-Imarah (khalifah). Dia berkata:"Kamu kalian wahai wahai kaum
Ansar! Tiada seorangpun yang dapat mengingkari kelebihan kalian di dalam
agama dan penerimaan Islam kalian. Allah telah meredhai kalian sebagai
pembantu-pembantu (Ansar) kepada agama dan RasulNya. Beliau telah
menjadikan hijrahnya kepada kalian dan di kalangan kalian,
isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Justeru itu tidak
ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan
kalian. Maka kamilah umara' (pemerintah-pemerintah) dan kalian adalah
wuzara' (pembantu-pembantu).2
Ucapan Abu Bakr dapat memadamkan emosi mereka yang
sedang memuncak menentang Muhajirin, dan dapat memuaskan jiwa mereka,
pertolongan mereka dan hampirnya kelebihan mereka dengan Muhajirin.
Ucapannya tidak lebih dari menenangkan emosi mereka
dari penentangan. Maka dia memberikan kepada mereka apa yang mereka
minta dengan mengakui kelebihan mereka, jihad mereka dan setiap
kelebihan yang mereka miliki.
Memang benar mereka mempunyai kelebihan yang tidak
dapat dinafikan, tetapi mereka tetap bersalah dengan sangkaan mereka
bahawa mereka mempunyai hak al-Imarah (hak menjadi khalifah).
Di sini kita dapati Abu Bakr ingin menukarkan
sangkaan mereka dengan berhati-hati agar tidak melukai emosi mereka atau
mengurangkan kedudukan mereka tanpa mengatakan secara terang-terang
bahawa mereka bersalah, tetapi sebaliknya dia memberi ucapan yang halus
"tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai
kedudukan kalian." Oleh itu kamilah umara' dan kalianlah wuzara.'
Perbincangan Muhajirin dan Ansar
Selepas Abu Bakr mengakhirnya ucapannya, Hubab bin
Mundhir menentangnya dengan berkata:"Seorang Amir mestilah daripada kami
dan seorang lagi daripada kalian." Di sini tibalah giliran Umar bin
al-Khattab bahawa dia berkata:"Dua orang ketua tidak boleh berlaku dalam
satu pemerintahan. Demi Allah 'Arab tidak akan meredhai kalian menjadi
ketua mereka sedangkan Nabi mereka bukan daripada kalian, tetapi mereka
tidak akan menentang orang yang mengendalikan urusan mereka jika mereka
daripada kelompok di mana "kenabian" datang daripada mereka. Dan kami
mempunyai hujah ke atas Arab yang enggan menerimanya."
Hubab bangun dan berucap:"Wahai kaum Ansar,
milikilah urusan kalian, dan janganlah kalian mendengar ucapannya dan
sahabatnya, kerana mereka akan menghilangkan hak kalian. Sekiranya
mereka enggan apa yang kalian minta, maka usirlah sahaja mereka dari
negeri ini dan kalian mestilah memerintah mereka. Kerana kalian lebih
berhak menguasai perkara ini kerana agama Islam berkembang dengan
pedang-pedang kalian.3
Khalifah Abu Bakar
Selepas selesai perlantikan khalifah di Saqifah
scara paksaan (jabran)4 dan kebencian (karahah) orang-orang Ansar dan
kebanyakan Muslimin terhadap Abu Bakr, orang-orang Ansar telah rugi dan
berpecah sesama sendiri. Abu Bakr menjadi khalifah selama dua tahun dua
bulan dan beberapa hari, sekalipun bai'ahnya adalah secara tergesa-gesa
menurut kata-kata 'Umar sendiri. Dia berkata:"Bai'ah Abu Bakr adalah
secara tergesa-gesa (faltah) tetapi Allah telah menjaga kejahatannya.5
Tetapi aku berpendapat:"Tidak! Allah tidak menjaga
kejahatannya malah kejahatannya terus menyala, dan kemudharatannya
berterusan selama-lamanya sepertilah saudara kembarnya Syura6 kerana
ianya berasal dari Saqifah.
Peranan Umar
Kemudian datang peranan Umar apabila Abu Bakr sakit
dan kelihatan petanda-petanda kematian menguasai dirinya, dia berkata
kepada penulis ('Uthman bin 'Affan):"Tulislah, ini adalah perjanjian
'Abdullah bin Abi Qahafah (Abu Bakr) perjanjian yang terakhir di dunia
ini dan janjinya yang pertama di akhirat pada ketika orang fajir (jahat)
menjadi baik dan orang kafir menjadi Islam."
Kemudian dia jatuh pengsan. Lalu penulis tadi
menulis 'Umar bin al-Khattab. Kemudian dia sembuh dan berkata:"Bacalah
apa yang anda telah tuliskan." Maka dia membaca dan menyebutkan nama
Umar. Dia berkata:"Kenapa anda menulis begini? Aku tidak menyuruh anda
menulis (namanya)." Kemudian dia berkata:"Tak mengapalah. Apa yang anda
lakukan adalah betul." Kemudian dia berkata:"Sempurnakan tulisan anda
itu." Dia (penulis) menjawab:"Aku tidak mahu menulis lagi." Dia
berkata:"Tulislah...."Manakala selesai menulis, sekumpulan sahabatnya
masuk. Talhah berkata kepadanya:"Apakah anda akan berkata kepada Tuhan
anda besok kerana anda telah melantik ke atas kami seorang yang sangat
kasar, mencemaskan jiwa dan meliarkan hati?"7
'Umar dan khalifah
Kemudian 'Umar menjadi khalifah selama lebih
sepuluh tahun. Di dalam pemerintahannya, dia banyak melakukan
pembaharuan dan ijtihad yang menyalahi nas. Lantaran itu tidak hairanlah
jika pakar-pakar sejarah telah mencatat apa yang telah berlaku semasa
pemerintahannya dengan terperinci.8
Walau bagaimanapun tujuan utamaku di sini ialah
untuk menerangkan penyerahan urusan khalifah kepada enam orang. Salah
seorang daripada mereka ialah 'Ali bin Abu Talib AS.
Apa yang harus kita perhatikan ialah adakah Umar
betul di dalam masalah ini ataupun tidak. Manakala Abu Lu'Lu' menikamnya
di masjid, mereka membawanya ke rumahnya. Orang ramai berkumpul di
rumahnya lalu dia bermesyuarat dengan para hadirin tentang siapakah yang
mereka akan lantik bagi mengendalikan urusan selepasnya.
Mereka bermesyuarat dengan anaknya 'Abdullah dengan
izin 'Umar. Dia berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAWAW wafat dalam
keadaan redha kepada enam orang Quraisy; 'Ali, 'Uthman, Talhah, Zubair,
Abdu r-Rahman dan Sa'd. Sesungguhnya aku fikir untuk mengadakan syura di
kalangan mereka supaya mereka memilih untuk mereka sendiri." Kemudian
dia berkata:"Sekiranya aku melantik (seseorang) maka sesungguhnya telah
melantik orang yang lebih baik daripadaku iaitu Abu Bakr9. Dan sekiranya
aku meninggalkannya (perlantikan) maka sesungguhnya orang yang lebih
baik daripadaku telah meninggalkannya10 iaitu Nabi SAWAW."
Kemudian dia berkata:"Jemputlah mereka." Lalu
mereka dijemput. Merekapun masuk berjumpa dengan 'Umar yang sedang
terbaring di atas hamparannya, bermegah dengan dirinya. Dia melihat
kepada mereka dan dia berkata:"Adakah kalian semua tamak kepada khalifah
selepasku?" Mereka semua diam kerana protes. Dia berkata kepada mereka
kali kedua. Lalu Zubair menjawab:"Apakah yang menghalang kami dari
menjadi khalifah? Sesungguhnya anda telah melakukannya. Dan kami tidak
kurang dari anda dari segi suku Quraisy serta di kalangan
pemeluk-pemeluk Islam yang terawal."
'Umar berkata:"Demi Allah, tidak ada halangan
bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai Sa'd, hanya anda
adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan.
Abdu r-Rahman, hanya anda adalah Fir'aun ummat ini (fir'aun hadhihi
-Ummah), al-Zubair hanya anda adalah seorang mukmin pada waktu redha dan
kafir pada waktu marah (kafr 'inda -Ghadab), Talhah, hanya seorang yang
angkuh dan Rasulullah memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun
ayat Hijab (Surah al-Ahzab (33): 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak
boleh membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas
isteri-isterinya. apabila beliau wafat, kami akan mengahwini
isteri-isterinya) dan anda jika dilantik, akan menyarungkan cincin
mohornya ke jari isteri anda, begitu juga Uthman, anda adalah seorang
yang asabiyyah cinta kepada kaum dan keluarga anda. Justeru itu
sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ianya
berlaku, ingatlah kata-kataku ini. Dan anda wahai 'Ali, sekiranya anda
bukan seorang yang suka 'berkelakar'11 nescaya aku melantik anda, dan
anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan hujah
yang bersih.12
Kemudian Umar berkata:"Jemputlah untukku Abu Talhah
al-Ansari", maka merekapun menjemputnya. Dia berkata
kepadanya:"Perhatikanlah wahai Abu Talhah apabila anda kembali dari
pengkebumianku anda kumpulkan lima puluh orang lelaki Ansar lengkap
dengan senjata. Kemudian ambillah mereka untuk melakukan perlantikan dan
kumpulkan mereka di dalam satu rumah. Anda dan sahabat-sahabat anda
berdiri di pintu rumah supaya mereka bermesyuarat dan memilih. Sekiranya
lima bersepakat dan satu menentang maka potong tengkuknya. Dan
sekiranya empat orang bersepakat dua menentang, maka potonglah tengkuk
mereka berdua. Dan sekiranya tiga bersepakat, dan tiga menentang maka
perhatikanlah kepada tiga yang ada 'Abdu r-Rahman. Dan rujuklah kepada
apa yang disepakati oleh tiga orang tersebut. Dan sekiranya tiga lagi
terus menentang, maka potonglah tengkuk mereka. Dan sekiranya berlaku
tiga hari dan mereka masih tidak bersepakat (di atas perlantikan
khalifah) maka potonglah tengkuk keenam-enam tersebut. Dan biarlah kaum
muslimin memilih (khalifah) untuk mereka.13
Aku berkata:"Kami memohon pertolongan dengan Allah
daripada hukum yang zalim ini yang keluar daripada khalifah yang "adil",
dia meredhai mereka lantar dia menjemput mereka dan berkata: Jemputlah
mereka untukku. Maka mereka dijemput. Manakala mereka semua hadir, dia
menyebutkan setiap orang daripada mereka dengan keaiban-keaiban yang
tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Maka syahadah (penyaksian)
merekapun mestilah ditolak apatah lagi untuk menjadi khalifah. Meskipun
mereka mempunyai keaiban-keaiban tersebut mereka dimasukkan oleh Umar di
dalam Syura."
Sekiranya mereka tidak bersepakat dalam masa tiga
hari, nescaya Abu Talhah al-Ansari akan memotong tengkuk-tengkuk mereka.
Sedangkan mereka, menurut sangkaan mereka, di kalangan sepuluh orang
yang diberikan khabar gembira dengan syurga. Ya Allah manakah
justifikasi bagi Umar mengharuskan darah enam orang dari sahabat-sahabat
yang besar sedangkan di sana terdapat nas-nas yang terang di tempat
yang bermacam-macam tentang khalifah 'Ali Amiru l-Mukminin AS? Kenapakah
dia tidak mengembalikan terus jawatan khalifah kepada 'Ali AS dan
dengan ini dia dapat menyelamatkan kaum Muslimin daripada masalah ini?
Perhatikanlah kepada hukumnya dengan penuh
keinsafan. Adakah hukum ini keluar daripada lelaki yang takutkan Allah
dan RasulNya? Tentu sekali tidak! Sayang sekali, tidakkah lebih baik
jika dia meninggalkan ummat ini memilih sendiri tanpa mengadakan
syuranya, jika difardhukan mereka tidak bersepakat?
Dan perhatikan kata-katanya: Sekiranya tiga
bertentangan dengan tiga, maka rujuklah perlantikan di pihak Abdu
-Rahman bin 'Auf. Kata-kata ini jelas menunjukkan permusuhannya yang
terang terhadap 'Ali AS? Kenapa dia tidak merujuk kepada 'Ali secara
langsung? Tetapi perkara ini telah diatur dengan rapi selepas kembalinya
mereka di hari al-Ghadir (perisytiharan perlantikan 'Ali AS). Kerana
mereka membuat perjanjian untuk mengeluarkan 'Ali dari khalifah. Dan
sekiranya anda ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang hakikat ini,
sila rujuk kepada buku Ihqaq al-Haq dan al-Sawarim al-Muhriqah karangan
Imam Qadhi Nurullah al-Tastari, Tasyyid al-Mata'in, Aqabat al-Anwar,
Ghayah al-Maram, al-Ghadir, karangan Imam Syarifuddin al-Musawi dan
lain-lain.
Kemudian datang peranan 'Uthman
Aku telah mengemukakan kepada anda sebentar tadi
bahawa 'Umar telah menjadikan urusan khalifah pada enam orang dan
menyampaikannya kepada 'Uthman secara halus. Dia berkata kepada 'Uthman
bahawa dia akan membawa Bani Umayyah dan Bani Mu'it menguasai orang
ramai, dan akan datang satu kumpulan dari serigala Arab menyembelihnya.
Dia berkata lagi:"Sekiranya ianya berlaku14. Maka ingatlah kata-kataku
ini, dan memang benar firasat 'Umar terhadap 'Uthman."
Pada hari dia mengambil alih jawatan khalifah, Bani
Umayyah berkumpul di rumah 'Uthman, Abu Sufyan juga ikut sama. Dia
berkata:"Adakah pengintip ke atas kita?" Mereka menjawab:"Tidak." Dia
berkata:"Jagalah jawatan khalifah sebagaimana kalian menjaga kanak-kanak
yang buas. Demi Allah! Tidak ada syurga dan tidak ada neraka." Kemudian
dia pergi ke kubur Hamzah dan menendangnya dengan kakinya seraya
berkata:"Wahai Abu 'Ammarah (Hamzah)! Sesungguhnya perkara yang kita
telah bertengkar kerananya dahulu telah jatuh ke tangan kami15. Ini
adalah ucapan yang pertama yang diluahkan oleh ketua al-Ahzab, Abu
Sufyan.
Sekarang kita perhatikan pula bid'ah-bid'ah16 yang
dilakukan oleh khalifah ketiga 'Uthman. Dia mengembalikan Marwan bin
Hakam yang telah diusir oleh Rasulullah SAWAW. Pada masa pemerintahan
Abu Bakr dan 'Umar, 'Uthman telah cuba untuk membawa dia pulang ke
Madinah tetapi kedua-duanya membantah. Tetapi apabila dia menjadi
khalifah, dia mengembalikannya dengan mengatakan bahawa aku memaafinya
kerana dia adalah darah dagingku.
Dia mulai memecat orang-orang yang telah dilantik
oleh 'Umar dan menggantikan mereka dengan Bani Umayyah. Kemudian
berlakulah perkara-perkara lain yang menyebabkan pembunuhannya.
Dia membelanjakan harta Baitu l-Mal kepada Bani
Umayyah. Dia memberi kepada Abdullah bin Khalid 4,000 dirham, Abu Sufyan
1,000 dirham dari harta Baitu l-Mal. Hari pembebasan Marwan 100,000
dirham kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Marwan dan
menjadikannya wazir. Zaid bin Arqam penjaga Baitu l-Mal membawa
anak-anak kunci Baitu l-Mal di hadapan 'Uthman sambil menangis.'Uthman
berkata kepadanya:"Adakah anda menangis kerana aku menyambungkan silatu
r-Rahimku?" Dia menjawab:"Tidak. Tetapi aku menangis kerana aku
menyangka anda mengambil harta Baitu l-Mal sebagai ganti dari apa yang
anda belanjakan fisabillah pada masa Rasulullah SAWAW. Jika anda memberi
100 dirham pun sudah banyak."
'Uthman menjadi marah dan berkata:"Campakkan
anak-anak kunci itu. Wahai Ibn al-Arqam kerana kami akan dapatkan orang
lain daripada anda." Dia telah membahagi-bahagikan harta yang banyak
yang dibawa oleh Abu Musa dari Iraq di kalangan Bani Umayyah. Dia telah
memberi 100,000 dirham kepada Harith bin Hakam kemudian mengahwinkan
anak perempuannya dengan Harith. Dia telah memukul sehingga patah tulang
rusuk 'Abdullah bin Mas'ud kerana tidak mahu menyerahkan mushafnya
kepadanya ('Uthman). Dia juga mengusir Abu Dhar ke Rabzah kerana
mengkritik kesalahan-kesalahannya yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah
Nabi SAWAW17. Dan banyak lagi perkara-perkara bid'ah yang telah
dilakukan oleh 'Uthman. Semuanya tercatat di dalam buku-buku sejarah
yang ditulis oleh ulama-ulama besar Ahlu s-Sunnah.
Aku berkata:"Adakah begini gerangan khalifah
Muslimin, Khalifah 'Uthman dan orang yang mengikuti jejak langkahnya
akibat peristiwa Saqifah sebagai natijah mereka tidak mahu menerima
ayat-ayat al-Qur'an dan menyalahi suruhan-suruhan Rasulullah SAWAW.
Jikalaulah mereka mendengar dan mentaati Allah dan RasulNya, nescaya
mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak layak dengan
syariat Nabi SAWAW. Sedangkan Nabi SAWAW telah menerangkan segala
sesuatu sama ada yang mendekatkan mereka ke syurga ataupun yang
menjauhkan mereka dari neraka. Tetapi jiwa yang kotor tidak akan
menerima kebenaran."
Pemberontakan rakyat terhadap khalifah
Rakyat telah memberontak terhadap khalifah 'Uthman
kerana mereka melihat 'Uthman telah melampaui hukum-hukum Allah. Mereka
mengepung rumahnya dan menuntut supaya dia meletakkan jawatan atau
menyerahkan Marwan.
Pemberontakan ini berlaku kerana gabenornya
'Abdullah bin Abu Sarah telah menindas rakyatnya di Mesir. 'Ali menjadi
orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini. 'Uthman bersetuju memecat
gabenornya dan menggantikannya dengan Muhammad bin Abu Bakr. Dia
mengutus surat kepada gabenornya 'Abdullah bin Sarah:"Apabila sampai
sahaja suratku, maka letaklah jawatan anda." Muhammad bin Abu Bakr dan
rombongannya berjalan menuju ke Mesir selepas tiga hari perjalanan,
tiba-tiba mereka ternampak seorang penunggang unta sedang menuju ke satu
jalan dari jarah jauh. Lalu mereka melintasinya dan mendapati lelaki
itu adalah hamba 'Uthman dan untanya. Mereka bertanya:"Kemana arah
anda?" Dia menjawab:"Mesir." Lalu mereka memaksanya dan mendapati surat
padanya yang mengatakan:"Apabila Muhammad bin Abu Bakr datang kepada
anda, maka bunuhlah dia."
Oleh itu mereka terus pulang ke Madinah dan
membentangkan surat itu kepada orang yang sedang mengepung rumah
'Uthman. Manakala 'Ali mengambil surat itu dan membacanya, beliau
menjadi marah dan terus berjumpa 'Uthman. Beliau bertanya:"Apakah ini
arahan 'Uthman?" Dia mengingkarinya dan bersumpah bahawa dia tidak tahu
tentang surat itu. Mereka berkata:"Tulisan adalah tulisan anda, cop
adalah cop anda dan unta adalah unta anda18." Dia tetap mengingkari
perkara itu. Mereka berkata:"Letakkanlah jawatan anda." Dia enggan dan
menolak untuk menyerahkan Marwan. Di sinilah serigala Arab memberontak
sebagaimana telah diramalkan oleh 'Umar.
Walaupun keadaan masih genting, 'Uthman datang ke
masjid dan memberitahu kepada orang ramai untuk memberi penyaksian
tentang penukaran gabenor-gabenornya. Justeru itu semua orang berazam
untuk pulang ke rumahnya, tiba-tiba Marwan sedang menunggunya dan
berkata:"Apakah mesyuarat tadi?" Dia menceritakannya kepadanya. Lalu
Marwan berkata kepadanya:"Mati lebih baik dari kehinaan. Anda adalah
khalifah dan kami adalah kaum anda. Hantarlah surat kepada sepupu anda
Muawiyah dan mintalah pertolongannya." Maka khalifah membatalkan
taubatnya, lalu mengambil pendapat Marwan, menantunya dan wazirnya. Pada
masa itu isteri 'Uthman, Na'ilah, mendengar apa yang diperkatakan oleh
'Uthman dan sikap yang akan diambil olehnya untuk membatalkan janjinya
kepada rakyatnya. Dia (Na'ilah) berjumpa Marwan dan berkata:"Tanpa syak
lagi sesungguhnya andalah pembunuhnya ('Uthman) dan membuatkan
anak-anaknya yatim." Marwan menjawab:"Diam sahajalah, sesungguhnya bapa
anda tidak pandai mengambil wudhuk." dia menjawab kepada Marwan dengan
jawapan yang tidak menyenangkannya, kemudian berpaling kepada suaminya
sambil berkata:"Sekiranya anda masih lagi mengambil Marwan, maka
ketahuilah anda bahawa sesungguhnya anda tidak mustahil akan dibunuh."
Pemberontak-pemberontak di kalangan sahabat-sahabat
dan tabi'in menunggunya begitu lama, maka mereka mendapatinya tidak
menunaikan janji-janjinya. Malah dia mengutus surat kepada Muawiyah
supaya menolongnya menentang pemberontak-pemberontak. Justeru itu
Muawiyah menghantar bala tenteranya dan memerintahkan pemimpinnya supaya
jangan memasuki Madinah dan berkata:"Jangan sekali-kali menyalahi apa
yang aku perintahkan kepada anda19."
Aku berkata:"Inilah tindak tanduk seorang khalifah,
dan beginilah kelakuan seorang wazir. Begitu juga sikap "kerjasama"
keturunan Umayyah sesama mereka sendiri."
Tujuan perintah Muawiyah kepada pemimpin tenteranya
ialah untuk memberitahu kepada pemberontak-pemberontak tentang
kedatangan bala tenteranya adalah untuk menolong Khalifah 'Uthman.
Justeru itu mereka akan mempercepatkan pembunuhannya.
Pemberontak-pemberontak berkumpul dan mengepung rumahnya dengan
memutuskan bekalan air. Dia mengutus Abu l-Hasan ('Ali) supaya masuk
campur di dalam soal air. Maka beliau menguruskan pengangkutan air
kepada khalifah, tetapi beliau tidak datang sendiri kerana khalifah
'Uthman tidak mendengar nasihatnya.
Ahli-ahli sejarah telah mencatat bahawa Amiru
l-Mukminin AS telah menghantar Hasan, Husain, dan Qanbar supaya tidak
membenarkan seorangpun memasuki rumah 'Uthman. Manakala keadaan demikian
berlarutan, pemberontak-pemberontak mendapat tahu bahawa bantuan
ketenteraan dari pihak Muawiyah telah datang, mereka memanjat dinding
dan memasuki rumah 'Uthman lalu membunuhnya. Isterinya merebahkan diri
di atasnya, lantas dipotong anak-anak jarinya, maka khalifahpun dibunuh.
Dan tentera Muawiyah tanpa memasuki Madinah kembali menurut perintah.20
Fitnah pembunuhannya
Pemberontakan Muawiyah tercetus. Dia mulai
menghasut penduduk-penduduk Syam supaya memberontak dan meminta 'Ali
supaya menyerahkan pembunuh-pembunuh Khalifah 'Uthman. Muawiyah membawa
baju 'Uthman dan isterinya, lalu mereka mengangkatkan baju yang
berlumuran darah di masjid supaya dilihat oleh orang yang datang ke
masjid.
Adapun jenazah Khalifah 'Uthman tinggal tiga hari
tanpa dikafan sehingga anjing memakan pahanya. Dan mereka menanamnya di
waktu malam di kubur orang yahudi bernama Hasy Kawkab.21
Penentangan 'Aisyah Terhadap 'Uthman
Aku telah menyebutkan bahawa 'Aisyah telah
menggalakkan orang ramai supaya membunuh 'Uthman. Dia berkata:"Bunuhlah
na'thalan ('Uthman) kerana dia telah kafir (kafara)." Dia berkata
lagi:"Sekiranya aku mampu nescaya aku akan campakkan Marwan dan 'Uthman
ke laut22." Tetapi apabila 'Uthman dibunuh, 'Aisyah berpura-pura membela
'Uthman bagi menentang 'Ali AS.
Khalifah yang hak adalah Imam Amiru l-Mukminin 'Ali AS
Manakala 'Uthman dibunuh maka selesailah
peranannya. Dan dikembalikan khalifah kepada Imam Amiru l-Mukminin 'Ali
bin Abi Talib AS, saudara Rasulullah dan menantunya, pewaris ilmunya dan
bapa kepada zuriatnya, pelaksana agamanya, dan khalifah selepasnya yang
telah dinaskan oleh Allah dan RasulNya ke atasnya beberapa kali di
tempat yang banyak. Maka orang ramai membai'ahnya. Dan Talhah adalah
orang yang pertama membai'ahnya kemudian dikuti oleh Zubair kemudian
orang ramai.23
Imam 'Ali AS mengisytiharkan supaya setiap orang
tidak dipaksa bai'ah kepadanya. Ini adalah tepat kerana beliau adalah
imam sekalipun tidak dibai'ah oleh seorangpun. Kerana wasi adalah
seperti Rasul menjalankan tugasnya kecuali kenabian. Justeru itu beliau
adalah dinaskan oleh Allah dan RasulNya ke atasnya dan maksum. Lantaran
itu khalifah tidak terbentuk melalui persetujuan Ahlu l-Hill wa l-'Aqd
kerana mereka tidak tahu siapakah yang layak untuk menjadi khalifah dan
mereka tidak mempunyai pertimbangan yang tepat meskipun melalui syura
atau pemilihan.
Jika kita perhatikan zaman kita sekarang, banyak
perkara-perkara yang berlalu menunjukkan manusia adalah manusia dan
zaman adalah zaman juga, sama ada zaman dahulu atau zaman sekarang.
Kerana kita dapati ramai daripada sahabat-sahabat yang anda mengenali
mereka telah melakukan sesuatu yang sebaik sahaja kewafatan Rasulullah
SAWAW. Mereka telah meninggalkan jenazah Nabi SAWAW terbujur di atas
hamparannya, kerana merebut jawatan khalifah seolah-olah ianya brang
yang dapat dimiliki oleh sesiapa yang cepat, dialah yang dapat sedangkan
mereka mengetahui, meriwayat dan mendengar nas-nas perlantikan 'Ali
Amirul l-Mukminin AS.
Ini adalah dalil tidak sahnya dakwaan Ahlu l-Sunnah
yang mengatakan semua sahabat adalah adil. Kami berpendapat sahabat ada
yang adil dan ada yang tidak adil.
Ringkasnya apabila 'Ali AS telah dilantik menjadi
khalifah,maka beliau ingin melaksanakan keadilan di kalangan rakyatnya.
Beliau jadikan yang lemah menyamai yang kuat di dalam keadilan.
Melaksanakan hudud yang telah diturunkan Allah di dalam kitabNya. Tetapi
sayangnya Bani Umayyah dan Marwaniyyah telah menyalakan api Perang
Jamal, kemudian Perang Siffin dan Perang Khawarij demikianlah
seterusnya. Amiru l-Mukminin bekerja keras untuk melaksanakan
hukum-hukum a-Qur'an di dalam masyarakat, menegakkan kebenaran,
menentang kebatilan dan menghidupkan hukum-hukum yang telah dimatikan
oleh orang-orang sebelumnya. Tetapi beliau tidak berdaya melaksanakan
semua yang beliau kehendaki sehinggalah beliau dibunuh oleh orang yang
paling celaka.24
BAB KEDELAPAN: DIALOG-KU DENGAN ULAMA BESAR
Selepas perisytiharanku menjadi Syi'ah, seorang
daripada ulama besar mazhab Syafi'i dari Halab datang menemuiku, dan
bertanya kepadaku dengan lembut:"Kenapa anda berpegang kepada mazhab
Syi'ah dan meninggalkan mazhab anda? Apakah sebab yang mendorong anda
berpegang kepadanya? Dan apakah dalil anda bahawa 'Ali lebih berhak
menjadi khalifah daripada Abu Bakr?" Aku berdialog dengannya
berkali-kali dan akhirnya dia berpuashati.1
Di antara dialognya dia bertanya kepadaku tentang
siapakah yang lebih berhak menjadi khalifah. Adakah Abu Bakr lebih
berhak dari 'Ali atau 'Ali lebih berhak? Maka aku menjawab:"Ini adalah
perkara yang jelas sekali bahawa orang yang lebih berhak khilafah ialah
Amiru l-Mukminin 'Ali AS sebalik sahaja wafatnya Rasulullah SAWAW,
kemudian selepas beliau ialah Hasan Mujtaba' AS, kemudian Syahid
Karbala' AS, kemudian Ali bin Husain Zain al-Abidin AS, kemudian
Muhammad bin Ali al-Baqir AS, kemudian Ja'far bin Muhammad al-Sadiq AS,
kemudian Musa bin Ja'far Kazim AS, kemudian Ali bin Musa al-Redha AS,
kemudian Muhammad bin Ali Jawad AS, kemudian Ali bin Muhammad al-Hadi
AS, kemudian Hasan 'Askari AS, kemudian al-Hujjah bin Hasan (Imam
al-Mahdi al-Muntazar AS). Dalil Syi'ah di dalam perkara ini ialah
al-Qur'an dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah dari dua sumber;
Sunnah dan Syi'ah. Sumber-sumber Syi'ah penuh dengan hujah-hujah dan
bukti-bukti yang kuat. Syi'ah memperkuatkan dakwaan mereka dengan
sumber-sumber rujukan kalian. Tetapi kalian enggan membuat rujukan
kepada sumber-sumber Syi'ah dan mengkajinya. Dan inilah sebahagian
daripada fanatik buta.
Adapun dalil daripada al-Qur'an ialah firmanNya
yang bermaksud:"Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, RasulNya dan
orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat dalam
keadaan rukuk." (Surah al-Mai'dah (5): 55). Sesungguhnya ayat ini telah
diturunkan kepada 'Ali tanpa syak lagi dengan ijmak Syi'ah dan
kebanyakan ulama Sunnah di dalam kitab-kitab Tafsir seperti al-Tabari,
al-Razi, Ibn Kathir dan lain-lain. Mereka berkata bahawa ayat ini
diturunkan kepada 'Ali bin Abu Talib AS.
Di antara apa yang tidak dapat disembunyikan lagi
kepada orang yang waras fikirannya bahawa apabila Allah SWT mengutuskan
rasul-rasulNya kepada ummat manusia, Dia tidak akan menghentikan urusan
mereka semata-mata kerana inginkan keredhaan manusia. Begitu juga wasiat
adalah daripada Allah SWT dan bukan melalui Syura, dan bukan melalui
Ahlu al-Hilli wa l-Aqdi dan bukan pula melalui pilihanraya. Kerana
wasiat adalah satu rukun daripada rukun-rukun agama. Allah SWT tidak
akan meninggalkan satu rukun daripada rukun-rukun agama kepada ummat,
kerana ianya akan dikuasai oleh hawa nafsu mereka kerana setiap orang
akan cenderung kepada puaknya.
Seorang Sunnah dan Syi'ah berdialog di sisiku
Pada suatu hari dua orang lelaki datang
menziarahiku di Halab, seorang Syi'ah dan seorang lagi Sunnah.
Perbincangan telah berlaku di antara mereka berdua tentang keutamaan
'Ali menjadi khalifah. Lelaki Syi'ah berkata kepadaku:"Sahabatku ini
daripada Ahlu s-Sunnah dia berkata:"Tidak ada nas untuk 'Ali AS sebagai
khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung." Lelaki Sunnah tadi
bertanya kepadaku:"Adakah di sana nas yang jelas?" Maka aku
menjawab:"Ya, malah banyak nas-nas yang jelas di dalam buku-buku dan
rujukan anda." Maka akupun membuka Tarikh al-Tabari, Tarikh Ibn
al-Athir, dan tafsir-tafsir yang lain mengenai ayat wa andhir
asyiratakaal-Aqrabin (Berilah peringatan kepada kerabat anda yang
terdekat) dan hadith yang panjang telah diriwayatkan oleh Ibn al-Athir
dengan penambahan kepada beberapa lafaz yang diriwayatkan oleh al-Tabari
sehingga aku mengakhiri kepada sabda beliau SAWAW:"Siapakah di kalangan
anda yang akan membantuku di dalam urusan ini, dia akan menjadi akhi
(saudaraku) dan khalifahku selepasku." Maka 'Ali AS menjawabnya manakala
tidak ada seorangpun yang menjawabnya. Maka Rasulullah SAWAW
bersabda:"Hadha akhi wa waziri wa wasiyyi wa khalifati min ba'di fasma'u
lahu wa iti'u (inilah saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku
selepasku. Maka dengarlah beliau dan taatilah kepadanya).
Kemudian aku berkata kepadanya:"Adakah anda
menghendaki nas yang lebih terang daripada ini?" Dia menjawab:"Jikalau
begitu apakah mereka telah melakukannya (Sana'u)." Maka aku memahami
daripada kata-katanya ma sana'u menunjukkan mesyuarat mereka di Saqifah,
dan pertengkaran mereka tentang siapakah yang menggantikan Rasulullah
SAWAW adakah orang Muhajirin atau orang Ansar? Aku berkata:"Itu adalah
apa yang telah berlaku." Maka dia menjawab:"Aneh sekali telah berlakunya
perkara tersebut, tetapi aku tidak mahu menyebutkannya." Kemudian dia
dapat memahami hakikat tersebut sejurus kemudian dia pergi dan mengucap
terima kasih kepadaku. Kemudian aku menerima berita mengenainya daripada
orang yang boleh dipercayai bahawa dia terus aktif di dalam dakwah
mazhab al-Haq dan ramai telah menerima mazhab Ahlu l-Bait melaluinya.
Dialogku dengan sekumpulan Ahlu s-Sunnah
Pada malam kelima bulan Ramadhan al-Mubarak tahun
1371 Hijrah (1951M) manakala aku sibuk menulis bukuku al-Syi'ah
wa-hujjatu-hum fi al-Tasysyayu' di perpustakaanku, tiba-tiba datang
kepadaku satu kumpulan seramai lebih kurang lima belas orang terdiri
daripada ulama dan bukan ulama. Maka aku mengalu-alukan kedatangan
mereka dengan penuh kegembiraan. Selepas duduk seketika, mereka
mendesakku untuk perbincangan akademik; mereka mahu keterangan dariku
tentang mazhab Syi'ah dan iktiqad mereka mengenai khilafah dan apa yang
berlaku di sekitarnya. Aku segera menjawabnya dan mereka berdiam diri
sambil mencari dalil-dalil yang terang dan hujah-hujah pemutus yang
terdapat di dalam buku-buku Syi'ah dan Sunnah sehingga berlarutan kepada
dua pertiga malam.
Selepas perbincangan selesai, ada di kalangan
mereka yang berterima kasih dan ada yang ingkar. Pada keseluruhannya aku
berkata kepada mereka:"Tidak syak lagi sesungguhnya Nabi SAWAW telah
mengetahui ummatnya yang baru dengan zaman Islam, dan cinta mereka
kepada jawatan khalifah. Beliau juga mengetahui kebanyakan sahabatnya
akan berpaling ke belakang dan mereka tidak akan selamat kecuali
sebilangan unta Hamalu al-Na'am yang tersesat daripada pengembalanya,
sebagaimana telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam
Sahih-sahih.
Nabi SAWAW mengetahui dengan yakin sesungguhnya
sahabat-sahabatnya telah menyembunyikan kejahatan al-Syirr terhadap
pewarisnya, khalifahnya selepasnya, 'Ali AS dan selepas kewafatannya
mereka segera melakukan bid'ah. Justeru itu beliau telah meletakkan
penyelesaian kepada jawatan khalifah dan menegah orang lain mendakwa
dirinya khalifah.
Begitu juga tentang sahabat Nabi SAWAW telah
mengenali mereka yang baik dan yang jahat kerana beliau bersabda kepada
mereka:"Kalian akan mengikuti sunnah orang yang sebelum daripada kalian
sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta (satu persatu). Jika mereka
masuk ke lubang biawak sekalipun, kalian akan memasukinya3."
Syaikh kami Syaikh Ahmad Afandi al-Tawil al-Antaqi
selepas menerangkan hadith tersebut kepada kami di masa kuliahnya dan
juga di atas mimbar masjid berkata:"Jika seorang daripada mereka
menjimakkan isterinya di pasar nescaya kalian akan melakukannya."
Dan Nabi SAWAW juga bersabda:"Siapa yang tidak
mengetahui imam zamannya, dia akan mati sebagai seorang jahiliyyah
(iaitu menjadi kafir)." Justeru itu beliau telah meletakkan penyelesaian
bagi jawatan khalifah dan memberhentikan mereka di sempadannya.
Selama kami beriktiqad bahawa beliau seorang Nabi
yang diutuskan daripada Allah SWT beliau mengetahui bahawa beliau adalah
Nabi terakhir yang berterusan risalahnya sehingga akhir dunia. Justeru
itu tidak harus baginya meninggalkan ummatnya di dalam keadaan
huru-hara. Lebih-lebih lagi beliau telah mengetahui bahawa ummatnya akan
berpecah kepada 73 golongan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith
ini. Lantaran itu dakwaan yang mengatakan urusan khalifah diserahkan
kepada ummat ini adalah dakwaan yang batil di antaranya:
1. Ahlu al-Hilli wa l-'Aqd, pemilihan atau ahli
syura tidak dapat menyempurnakan apa yang telah diwakilkan kepada mereka
sepanjang masa, malah ianya membuatkan ummat di dalam keadaan huru-hara
yang menjatuhkan mereka ke dalam jurang yang jauh yang tidak ada
batasan dan penetapan. Justeru itu ummat masih berada di lautan darah
semenjak hari Saqifah sehingga ke hari kita ini dan berakhirnya
kehidupan manusia di Hari Akhirat.
2. Suatu perkara yang tidak dapat disembunyikan
bahawa manusia berselisih tentang aqidah-aqidah mereka dan berlainan
pendapat-pendapat mereka. Dan kita lihat dua orang tidak boleh bersatu
di dalam satu pendapat. Malah seseorang itu sendiri tidak boleh
berterusan dengan satu pendapat. Malah fikirannya berubah setiap saat.
Oleh itu bagaimana urusan khalifah diwakilkan kepada Ahlu al-Hilli
wal-'Aqd. Ini tidak boleh diterima oleh akal dan naluri insan.
3. Adalah mustahil mendapat persetujuan dengan
mewakilkan urusan khalifah kepada Ahlu al-Hilli wa l-Aqd kerana
penentangan yang kuat di kalangan rakyat, pembunuhan, rampasan dan
lain-lain pasti berlaku iaitu satu hakikat yang sering berlaku di setiap
masa dan tempat. Dan ketua negara tidak dapat melaksanakan sendiri
peraturan kehidupan manusia melainkan dengan menggunakan kekuatan
tentera. Ini adalah kekuatan sementara yang akan hilang dan apabila
ianya hilang, setiap orang kembali kepada kerja-kerja lampau yang
merosakkan orang ramai.
Justeru itu kami berkali-kali menyatakan bahawa
Allah tidak meninggalkan sesuatupun daripada urusan agama kepada ummat
di mana hawa nafsu akan menguasai mereka. Oleh itu ianya mestilah
diwakilkan kepada orang yang mempunyai keilmuan yang tinggi di sisi
Rasulullah SAWAW. Keberanian, kebijaksanaan, kekeramatan, kezuhudan,
ketakwaaan, keperwiraan dan yang paling penting ialah al-'Ismah
(kemaksuman). Sehingga menjadikan wasi seorang yang layak untuk
menduduki tempat Rasulullah SAWAW bagi melaksanakan kehalusan hukum
Allah SWT. Pilihan seperti ini tidak dapat dilakukan selain daripada
Allah SWT kerana Dia mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Dan
Rasul SAWAW pula telah menerangkannya dengan jelas pada setiap
munasabah:"Sesungguhnya wasi dan khalifah selepas beliau ialah 'Ali bin
Abu Talib.' Sebagaimana di sana terdapat dalil-dalil yang banyak yang
boleh menunjukkan anda kepada hujah yang anda pertahankan. Ianya
terdapat di dalam dua sumber; Sunnah dan Syi'ah. Kemudian mereka
berkata:"Apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah baik." Mereka
meminta daripadaku sebahagian daripada buku-buku karangan Syi'ah. Maka
aku berikan kepada mereka sebahagian daripada buku-buku yang ada di
sisiku. Maka merekapun berdiri dan memohon diri dariku untuk pergi.
Beberapa hari selepas itu sampai berita kepadaku
bahawa sebahagian daripada mereka telah berpegang keapda mazhab Ahlu
l-Bait AS. Maka aku memuji Allah di atas nikmatNya.
Justeru itu orang yang menjalankan urusan Allah
al-Qaim bi amrillah selepas kewafatan Nabi SAWAW ialah orang yang
dinaskan ke atasnya. Beliau tidak kurang dan tidak lebih daripada para
rasul, maksum daripada kesalahan2. Oleh itu ayat al-Wilayah adalah nas
yang terang tentang wilayah 'Ali AS.
Syi'ah dan kebanyakan ahli Tafsir Sunnah telah
bersepakat bahawa orang yang telah memberi zakat dalam keadaan rukuk
ialah 'Ali tanpa khilaf. Justeru itu khilafahnya adalah sabit selepas
Rasulullah SAWAW dengan ayat ini.
Dia membentangkan kepadaku satu hujah untuk
menyokong khalifah Abu Bakr. Dia berkata:"Abu Bakr lebih berhak menjadi
khalifah kerana dia telah membelanjakan harta yang banyak yang
dikemukakan kepada Rasulullah SAWAW. Dan dia telah mengahwinkan anak
perempuannya dengan Rasulullah SAWAW. Dia telah menjadi imam solat
jama'ah di masa Nabi SAWAW sedang gering." Aku menjawab:"Adapun
perbelanjaan harta-hartanya adalah satu dakwaan yang memerlukan dalil
bagi membuktikan kebenarannya.
Dan kami tidak memperakui perbelanjaan tersebut. Di
manakah dia mendapatkan wang yang begitu banyak? Siapakah yang
menyuruhnya untuk melakukan perbelanjaan tersebut? Adakah perbelanjaan
tadi di Makkah atau di Madinah?
Sekiranya anda menjawab di Makkah, maka Nabi SAWAW
tidak memperlengkapkan angkatan tentera, tidak membina Masjid
lebih-lebih lagi orang yang memeluk Islam pula berhijrah ke Habsyah.
Nabi SAWAW dan semua Bani Hasyim tidak menerima Sadqah. Apatah lagi Nabi
SAWAW adalah seorang yang kaya dengan harta Khadijah sebagaimana mereka
dakwakan.
Sekiranya anda berkata 'perbelanjaan' itu di
Madinah. Maka Abu Bakr berhijrah tidak memiliki harta selain daripada
enam ratus dirham dan sebahagiannya dia tinggalkan untuk keluarganya dan
membawa bakinya bersamanya. Dia pula tinggal bersama orang Ansar. Malah
setiap 'orang' menjadi beban kepada orang Ansar. Selain daripada itu
Abu Bakr bukanlah seorang peniaga yang besar. Dia hanya menjual
barang-barang yang dipikulnya di hari-hari perhimpunan. Kadang-kadang
menjadi pengajar kepada kanak-kanak dan kadang-kadang menjadi tukang
kayu membaiki pintu dan seumpamanya.
Adapun mengahwinkan anak perempuannya dengan
Rasulullah SAWAW, (ini) tidaklah menyebabkan dia berhak menjadi
khalifah. Mengenai menjadi imam solat jama'ah, jika ianya betul tidaklah
juga menyebabkan dia menjadi khalifah. Kerana solat jama'ah bukan
khilafah (jawatan khalifah). Kerana-sahabat-sahabat yang lain telah
menjadi imam di masa musafir dan hadhar (tidak musafir). Jikalaulah ini
boleh menyokong hujah anda nescaya semua sahabat yang telah menjadi imam
solat berhak menjadi khalifah, dan mereka menuntutnya di Saqifah untuk
mereka. Tetapi hujah tersebut tidak berlaku, malah ianya berlaku di
dalam pemerintahan Muawiyah yang kejam terutamanya manakala hadith
dipalsukan dengan banyak. Kemudian hadith solat jama'ah datangnya
daripada anak perempuannya 'Aisyah RH sahaja.
Dan janganlah kita lupa bahawa Nabi SAWAW apabila
mendengar takbir solat, beliau bertanya:"Siapakah yang sedang
mengimamkan solat itu?" Mereka menjawab:"Abu Bakr." Beliau
berkata:"Bawalah aku." Lalu beliau dipapah oleh 'Ali dan Fadhl sehingga
beliau memasuki masjid. Lalu beliau memecat Abu Bakr dan beliau sendiri
mengimamkan solat. Dan beliau tidak meninggalkan Abu Bakr meneruskan
solatnya. Oleh itu jikalaulah solat Abu Bakr dengan izin Nabi SAWAW atau
dengan keredhaan beliau, maka kenapa beliau keluar sedangkan beliau
sedang gering lalu mengimamkan solat.
Adalah menghairankan sekali saudara-saudara kami
Ahlu s-Sunnah berhujah dengan perkara-perkara yang tidak boleh menjadi
dalil dan mereka lupa dalil-dalil banyak yang menyokong 'Ali AS. Seperti
hadith hari indhar di mana Rasulullah SAWAW mengumpulkan kaum
keluarganya yang terdekat dengan perintah Tuhan 'dan berilah peringatan
kepada keluargamu yang terdekat'. Bilangan mereka lebih kurang empat
puluh orang. Beliau menyediakan makanan untuk mereka di mana makanan itu
hanya mencukupi seorang sahaja daripada mereka, tetapi hadirin
memakannya sehingga mereka kenyang. Selepas mereka selesai makan, Nabi
SAWAW bersabda:"Wahai Bani Hashim! Siapakah di antara kalian yang akan
membantuku di dalam urusanku ini?" Tidak seorangpun menjawab. Maka 'Ali
AS menjawab:"Aku wahai Rasulullah akan membantu anda." Beliau bersabda
sebanyak tiga kali. Dan setiap kali 'Ali menjawab:"Akulah wahai
Rasulullah." Lalu beliau memeluknya sambil berkata:'Andalah wasiku,
khalifahku selepasku. Maka kalian dengarlah kepadanya dan patuhilah.'
Hadith al-Ghadir yang masyhur, hadith Thaqalain,
hadith Manzilah, hadith al-Safinah, hadith bab Hittah, hadith Madinah
al-'Ilm, hadith al-Mu'akhat (persaudaraan), hadith Tabligh (Surah
al-Bara'ah), hadith penutupan semua pintu selain daripada pintu 'Ali,
hadith mencabut pintu Khaibar, hadith pembunuhan 'Umru bin 'Abd Wuddin,
hadith perkahwinannya dengan Fatimah al-Zahra' AS dan lain-lain.
Adakah semua riwayat-riwayat yang disepakati oleh
Sunnah dan Syi'ah masih lagi tidak mensabitkan 'Ali sebagai khalifah?
Dan riwayat-riwayat yang tidak disepakati dan dipalsukan itu yang
mensabitkan jawatan khalifah kepada Abu Bakr? Inilah perkara yang aneh
dan menghairankan.
Kemudian dia berkata kepadaku:"Anda tida mengiktiraf Khalifah Abu Bakr?"
Aku menjawab:"Bukan begitu, ianya tidak
dipertikaikan lagi. Tetapi apa yang masih dipertikaikan ialah tentang
siapakah yang lebih berhak dan lebih aula. Adakah Abu Bakr lebih berhak
atau Amiru l-Mukminin? Maka di sinilah berlakulah perselisihan. Kami
melihatnya sebagai satu bala dan perpecahan ummat bermula di Saqifah
kepada dua golongan malah kepada empat golongan. Orang-orang Ansar
terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan menghendaki 'Ali (iaitu
selepas hancurnya Basrah) dan yang kedua menyokong Abu Bakr. Demikian
halnya orang Muhajirin. Sebahagian daripada mereka menyokong Abu Bakr
dan sebahagian lain menyokong 'Ali kemudian sampai kepada 73 golongan,
dan setiap golongan menyokong golongannya sahaja.
Lantaran itu ummat Islamiyyah sentiasa di dalam
perselisihan dan pertengkaran yang kuat. Sebahagian mengkafirkan
sebahagian yang lain. Ummat sentiasa bermandi di lautan darah semenjak
hari itu sehingga hari ini dan berterusan sehingga datangnya hari
kemenangan dan inilah yang kami usahakan. Syi'ah menghukumkan sesuatu
berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an, Sunnah dan Sejarah. Mereka berhujah
dengan buku-buku Ahlu s-Sunnah di samping buku-buku mereka tentang
Khalifah 'Ali dan anak-anak cucunya sebelas imam yang dipegangi oleh
Syi'ah.
Demikianlah aku telah membentangkan beberapa dalil
yang lain kepada syaikh itu. Maka dia mendengarnya dan berpuas hati.
Kemudian dia keluar daripada rumahku di dalam keadaan syak kepada
mazhabnya dan dia ucapkan terima kasih kepadaku di atas dalil-dalil yang
aku telah kemukakan kepadanya. Dia meminta daripadaku beberapa buah
buku Syi'ah, maka aku memberikan kepadanya buku-buku karangan Sayyid
Abdu l-Husain Syarafuddin.
Aku fikir tidak keterlaluan jika aku meminta
saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah supaya mengkaji buku-buku karangan
Syi'ah seperti buku al-Ghadir oleh al-'Allamah al-Amini, Ihqaq al-Haq,
dan al-Sawarim al-Muhriqah oleh al-Syahid al-Sa'id al-Imam Qadhi
Nurullah RH, 'Aqabat al-Anwar oleh Imam Sayyid Hamid Husain al-Hindi,
Ghayah al-Maram oleh Imam al-Bahrani, al-Saqifah oleh al-Muzaffar, Dalil
al-Sidq oleh al-Muzaffar, Aslu s-Syi'ah wa Usuluhu oleh Kasyif
al-Ghita' dan lain-lain. Kerana itu sudah cukup bagi orang yang
mempunyai hati yang bersih dan ikhlas daripada fanatik mazhab. Wa
billahi t-Taufiq.
Dialogku dengan seorang Syaikh al-Azhar
Pada hari ketujuh bulan Dzul Qa'idah tahun 1371H
(1951M) sebelum masuk waktu zuhr, seorang pemuka Halab bernama Ustaz
Sya'ban Abu Rasul memberitahuku bahawa seorang Syaikh al-Azhar pengarang
yagn masyhur ingin menziarahiku. Bilakah dia boleh datang menziarahi
anda? Maka aku menjawab:"Selamat datang, pada hari ini dia mesti
dihormati." Maka dia menziarahiku selepas 'Asar. Selepas menyambutnya di
dalam satu majlis, dia bertanyaku:"Maksudku datang kemari ialah untuk
meminta penjelasan tentang sebab yang mendorongkan anda berpegang kepada
mazhab Syi'ah dan meninggalkan mazhab Sunni Syafi'i?" Maka aku
menjawabnya dengan sopan:"Sebab-sebab yang mendorongku adalah banyak di
antaranya: Aku melihat perselisihan mazhab empat sesama mereka." Akupun
menyebutkan sebab-sebab yang mendorongku berpegang kepada Syi'ah.
Kemudian aku berkata:"Yang paling utama sekali
ialah urusan khalifah yang menjadi sebab yang besar berlakunya khilaf di
kalangan Muslimin. Kerana tidak terfikir oleh akal bahawa Rasul SAWAW
meninggalkan umatnya tanpa wasi (pengganti) ke atas mereka bagi
melaksanakan urusan syari'ah yang datang daripada Allah SWT. Kerana
setiap Nabi ada wasi atau ausiya' yang maksum yang melaksanakan
syari'atnya. Sesungguhnya telah tetap padaku bahawa kebenaran adalah
bersama Syi'ah kerana iktiqad mereka bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW
telah berwasiat kepada 'Ali AS sebelum wafatnya. Malah dari permulaan
dakwah dan selepasnya anak-anak lelakinya sebelas imam AS. Dan
sesungguhnya Syi'ah mengambil hukum-hukum agama mereka daripada mereka.
Mereka itulah imam-imam yang maksum di dalam iktiqad mereka dengan
dalil-dalil yang tertentu bagi mereka.
Oleh sebab itulah aku berpegang kepada mazhab yang
mulia ini. Kemudian aku tidak pernah berjumpa mana-mana dalil yang
mewajibkan aku berpegang kepada salah satu daripada empat mazhab. Malah
tidak ada pilihan lain lagi kerana aku dapati dalil-dalil yang banyak
yang mewajibkan aku berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS. Dan
dalil-dalil tersebut akan membawa muslim kepada jalan yang lurus.
Kemudian aku membentangkan kepadanya dalil-dalil
Qat'i yang mewajibkan berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS. Semuanya
menanti-menanti sehingga aku berkata:"Wahai Fadhilah Syaikh! Anda
daripada ulama yang disegani, adakah anda dapati di dalam kitab Allah
dan Sunnah RasulNya satu dalil sahaja yang menunjukkan anda supaya
berpegang kepada salah satu mazhab yang empat." Lantas beliau
menjawab:"Sekali-kali tidak."
Kemudian aku berkata kepadanya:"Tidakkah anda
mengetahui bahawa mazhab empat setiap satu daripada mereka menyalahi
yang lain di dalam kebanyakan masalah. Dan mereka pula tidak boleh
mengemukakan dalil dan hujah yang kuat bahawa ia sahaja yang benar bukan
orang lain. Sebaliknya apa yang disebutkan oleh orang yang berpegang
kepada salah satu daripada mazhab empat ialah dalil-dalil yang tidak
kuat, tidak disokong oleh al-Qur'an dan Sunnah. Mereka adalah seperti
pokok yang buruk Khabithah yang bertunjang di atas bumi tanpa kekuatan.
Umpamanya jika anda bertanya seorang yang bermazhab
Hanafi kenapakah anda memilih mazhab Hanafi dan bukan mazhab lain?
Kenapakah anda memilih Abu Hanifah sebagai imam untuk diri anda selepas
seribu tahun kematiannya? Dan kenapa anda memilih Maliki atau Syafi'i
atau Ahmad bin Hanbal berserta kelebihan-kelebihan mereka, maka dia
tidak akan memberi jawapan yang memuaskan anda.
Rahsianya ialah setiap orang daripada mereka
bukanlah Nabi atau wasi Nabi dan tidak wahyukan kepada mereka. Mereka
pula tidak diilhamkan malah mereka sepertilah orang lain yang ada kaitan
dengan ilmu. Dan orang seumpama mereka adalah ramai sekali.
Kemudian mereka pula bukanlah daripada sahabat Nabi
SAWAW. Malah kebanyakan mereka atau semua mereka tidak pernah berjumpa
dengan Nabi SAWAW dan sahabat-sahabatnya. Oleh itu berpegang kepada
salah seorang daripada mereka dan menjadikan mazhab untuk dirinya serta
iltizam dengan pendapat-pendapatnya yang mungkin salah atau betul tidak
akan diakui oleh akal, al-Qur'an dan Sunnah malah ia tidak boleh
dijadikan hujah di hadapan Allah di Hari Kiamat. Tetapi bagi Allah hujah
yang kuat ke atasnya sehingga jikalau Allah bertanya kepadanya di Hari
Kiamat:"Apakah dalil anda berpegang kepada mazhab ini?" Nescaya tidak
ada jawapan baginya selain daripada firmanNya di dalam Surah al-Zukhruf
(42): 22:"Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu
agama sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat pentunjuk dengan
(mengikuti) jejak mereka." Atau dia akan menjawab: sebagaimana firmanNya
di dalam Surah al-Ahzab (33): 67:"Sesungguhnya kami telah mentaati
pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka
menyesatkan kami dari jalan yang benar."
Oleh itu dengan nama Allah SWT wahai syaikh yang
mulia! Adakah hujah bagi orang-orang yang berpegang kepada salah satu
daripada mazhab empat di Hari Kiamat di hadapan Allah Yang Maha
Perkasa?" Syaikh mengangguk kepalanya, kemudian dia mengangkat kepalanya
dan berkata:"Tidak." Aku bertanya lagi kepadanya:"Adakah seorang itu
dimaafkan dengan jawapan tersebut?"Dia menjawab:"Tidak."Maka aku
berkata:"Adapun kami berpegang dengan 'itrah Tahirah Ahlu l-Bait
Rasulullah SAWAW, beramal dengan fiqh Ja'fari. Maka akan berkara di Hari
Hisab ketika kami berdiri di hadapan Allah al-Aziz al-Jabbar:"Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya kamulah yang menyuruh kami berpegang kepada
mazhab Ahlu l-Bait kerana kamu berfirman di dalam Surah al-Hasyr
(59):7:'Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa
yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.'
Dan sabda Nabi Muhammad SAWAW yang disepakati oleh
semua Muslimin:'Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua
perkara:"Thaqalain Kitab Allah dan itrahku selama kalian berpegang
kepada kedua-duanya kalian sekali-kal tidak akan sesat selama-lamanya.
Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya
dikembalikan di Haudh.' Dan sabdanya: Umpama Ahlu l-Baitku pada kalian
sepertilah bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya berjaya dan sesiapa yang
enggan menaikinya akan tenggelam.'
Tidak seorangpun yang mengesyaki bahawa Imam Ja'far
al-Sadiq AS daripada itrah al-Tahirah. Ilmunya adalah ilmu bapanya.
Ilmu bapanya adalah ilmu datuknya Rasulullah SAWAW. Ilmu Rasulullah
SAWAW adalah ilmu Allah SWT. Lebih-lebih lagi Imam Ja'far al-Sadiq AS
telah disepakati oleh semua Muslimin tentang kebenaran dan thiqahnya.
Dan di sana terdapat golongan yang ramai yang mengakui kemaksumannya dan
imamahnya. Beliau adalah wasi yang keenam bagi Rasulullah SAWAW. Beliau
adalah hujah Allah ke atas ummat manusia. Sesungguhnya Imam Ja'far
al-Sadiq meriwayatkan hadith-hadith daripada bapanya yang suci. Beliau
tidak memberi fatwa dengan pendapatnya.
Lantaran itu hadithnya adalah hadith bapanya dan
datuknya. Kerana mereka adalah tempat terpancarnya ilmu hikmah yang
galian wahyu. Justeru itu mazhab Imam Ja'far al-Sadiq AS adalah mazhab
bapanya dan datuknya yang diambil daripada wahyu di mana ia tidak
berganjak walaupun sebesar rambut. Dan bukan secara ijtihad sebagaimana
orang lain telah melakukannya. Justeru itu orang yang berpegang kepada
mazhab Ja'far bin Muhammad AS dan mazhab datuk-datuknya adalah orang
yang berpegang kepada kebenaran, berpegang kepada al-Qur'an dan Sunnah."
Selepas aku membentangkan kepadanya dalil-dalil
tersebut, dia bertakbir dan memuliakan kedudukanku dan berterima kasih
kepadaku. Aku menjawab:"Sesungguhnya Syi'ah tidak mencaci semua sahabat
malah mereka memberi setiap sahabat haknya yang sewajar. Kerana sahabat
ada yang adil dan ada yang tidak adil. Ada yang alim dan ada yang jahil.
Ada yang baik dan ada yang jahat dan begitulah seterusnya.
Perhatikanlah apa yang mereka telah melakukannya Ahdathu di Saqifah?
Mereka telah meninggalkan Nabi mereka terbaring di atas hamparannya.
Mereka mulai berlumba-lumba untuk jawatan khalifah. Setiap orang melihat
jawatan khalifah untuk dirinya seolah-olah ianya barang sil'ah yang
boleh dimiliki oleh sesiapa yang cepat. Sedangkan mereka melihat dengan
mata mereka, mereka mendengar dengan telinga mereka nas-nas yang terang
dari Rasulullah SAWAW bermula di hari beliau mengisytiharkan dakwah
sehingga di hari beliau menghembuskan nafasnya.
Walhal penyempurnaan Rasulullah SAWAW adalah lebih
penting dari urusan khalifah jika difardhukan bahawa Nabi tidak
berwasiat. Oleh itu ianya menjadi wajib ke atas mereka melaksanakan hak
Rasulullah SAWAW. Dan selepas selesai tajhiz (penyempurnaan) mereka
mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan diri mereka sekiranya
mereka mempunyai keinsafan. Lantaran itu dimanakah keadilan dan perasaan
hati kecil? Di manakah kemuliaan akhlak? Di manakah kebenaran dan kasih
sayang al-Mahabbah?
Dan apa yang menyayatkan hati ialah serangan ke
atas rumah Fatimah al-Zahra' oleh lima puluh orang sahabat. Mereka
mengumpulkan kayu api untuk membakar rumahnya bersama
penghuni-penghuninya sehingga seorang berkata kepada 'Umar:"Di dalam nya
ada Hasan, Husain dan Fatimah." Umar menjawab:"Sekalipun mereka berada
di dalamnya4." Peristiwa ini telah disebutkan oleh pakar-pakar sejarah
Ahlu l-Sunnah dan Syi'ah.
Dan telah diketahui oleh orang yang baik mahupun
jahat dan semua penulis-penulis sejarah bahawa Nabi SAWAW
bersabda:"Fatimah adalah sebahagian daripadaku, sesiapa yang
menyakitinya maka sesungguhnya dia telah menyakitiku. Dan sesiapa yang
memarahinya, maka sesungguhnya dia telah memarahiku. Dan sesiapa yang
memarahiku, maka dia memarahi Allah. Dan sesiapa yang memarahi Allah
maka Dia akan mencampakkannya ke neraka5."
Lantaran itu hakikat sahabat tidak menunjukkan
bahawa mereka semuanya adil. Rujuklah kepada al-Bukhari dan Muslim
tentang hadith al-Haudh, nescaya anda akan mengetahui kebenaran pendapat
Syi'ah tentang sahabat dan Ahlu s-Sunnah tentang sahabat dan Ahlu
s-Sunnah yang sependapat dengan mereka. Oleh itu apakah dosa Syi'ah
apabila mereka berkata ketidakadilan kebanyakan sahabat? Kenapa sahabat
sendiri telah memperlihatkan hakikat kedudukan mereka. Peperangan Jamal
dan Siffin adalah sekuat-kuat dalil bagi menyokong dakwaan Syi'ah.
Begitu juga al-Qur'an sendiri telah mendedahkan keadaan kebanyakan
sahabat. Surah al-Bara'ah adalah cukup bagi kita sebagai dalil,
perhatikanlah apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah yang kejam, 'Umru
bin bin 'As, Marwan, Ziyad, Ibn Ziyad, Mughirah bin Syu'bah, dan Umar
bin Sa'd6 di mana bapanya di kalangan sepuluh yang digembirakan dengan
syurga menurut sangkaan mereka. Dan Talhah yang membai'ah 'Ali kemudian
menarik bai'ah lalu memerangi Imam mereka berdua bersama 'Aisyah di
Basrah. Mereka telah melakukan ahdathu jenayah-jenayah yang tidak akan
dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai maruah.
Beritahukan kepadaku adakah kewujudan Nabi SAWAW di
kalangan mereka mewajibkan nifaq kebanyakan mereka? Kemudian selepas
beliau wafat, semua sahabat menjadi adil? Aku tidak pernah mendengar
seorang Nabipun yang datang kepada ummatnya, kemudian mereka semua
menjadi adil. Malah apa yang berlaku sebaliknya, al-Qur'an dan Sunnah
telah menerangkan kepada kita mengenainya. "Apakah pendapat anda wahai
saudaraku yang dihormati?" Dia menjawab:"Benar sesungguhnya anda telah
mengemukakan dalil yang menyakinkan. Semoga Allah memberikan ganjaran
kepada anda di atas kebaikan yang anda lakukan kepadaku." Aku
berkata:"Di dalam kitab al-Jauharah fi al-Aqa'id karangan Syaikh Ibrahim
al-Laqani al-Maliki terdapat kata-kata berikut: Ikutilah orang salih
daripada salaf dan jauhilah bid'ah daripada orang khalaf." Dia
menjawab:"Ya! Ianya terdapat di dalam buku tersebut."
Aku bertanya:"Beritahukan kepadaku siapakah salaf
(orang yang terdahulu) yang wajib kita ikuti? Dan siapakah khalaf (orang
yang terkemudian) yang wajib kita tentangi?"Dia menjawab:"Salaf adalah
sahabat Rasulullah SAWAW. Aku berkata:"Sebahagian sahabat menentang
sebahagian sahabat yang lain. Dan telah berlakulah apa yang telah
berlaku di kalangan mereka sebagaimana ianya telah menjadi terang kepada
orang yang seperti anda."Dia berhenti sekejap, kemudian dia
berkata:"Khalaf adalah orang-orang yang hidup pada awal abad ketiga."Aku
berkata kepadanya:"Jikalau begitu jawapannya, anda telah menolak
sebahagian daripada imam-imam empat mazhab kerana sebahagian mereka
terkeluar daripada awal abad ketiga." Maka dia berhenti seketika
kemudian dia bertanya:"Apakah anda mahu dari pertanyaan ini?"Aku
menjawab:"Perkara itu adalah jelas iaitu wajib ke atas kita mengikuti
orang yang telah dinaskan oleh Rasulullah SAWAW ke atas mereka dan
mereka menjadi ikutan kepada ummat." Dia bertanya:"Siapakah mereka?"Aku
menjawab:"Ali bin Abu Talib, kemudiannya Hasan, Husain, dan sembilan
anak-anak lelaki Husain AS dan akhir mereka ialah Imam al-Mahdi (AJ)."
Dia bertanya lagi:"Khalifah yang tiga?"Aku
menjawab:"Khilaf telah berlaku tentang mereka. Ummat tidak sepakat ke
atas mereka kerana mereka telah melakukan perkara-perkara yang wajib
dikritik." Dia menjawab:"Ianya menghairankan, ini adalah pendapat
Syi'ah."Aku berkata:"Adakah berlaku kepada sahabat-sahabat apa yang
telah aku sebutkan kepada anda atau tidak?"Dia menjawab:"Ya." Aku
berkata:"Jikalau begitu, maka wajiblah ke atas kita mengambil orang yang
disepakati ummat dan meninggalkan orang yang tidak disepakati oleh
mereka."
Syi'ah adalah golongan yang besar lebih daripada
100 juta di seluruh dunia. Mereka mempunyai para ulama yang besar
ahli-ahli, ahli-ahli hadith yang disegani. Oleh itu mereka tidak
mengiktiraf ketiga-tiga khalifah. Tetapi Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah
telah mengakui khalifah Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Oleh itu khalifah 'Ali
AS adalah disepakati oleh semua pihak dan ketiga-tiga khalifah itu
tidak disepakati ke atas mereka. Khalifah selepas Amiru l-Mukminin ialah
Hasan kemudian Husain, kemudian anaknya sembilan imam dan yang terakhir
ialah Imam al-Mahdi (AJ).
Nas-nas mengenainya terdapat di dalam buku-buku
anda dengan banyaknya. Banyak riwayat-riwayat menurut saluran Ahlu
s-Sunnah tentang kelebihan Ahlu l-Bait AS dan keistimewaan mereka
daripada orang lain. Dan yang paling penting ialah 'ismah (kemaksuman).
Dia menjawab:"Kami tidak percaya dengan 'ismah (kemaksuman)." Aku
berkata:"Akupun mengetahui perkara itu. Tetapi dalil berada di pihak
Syi'ah sebagaimana aku telah memperkatakannya. Aku akan memberikan anda
sebuah kitab yang akan menyakinkan dan menggembirakan anda."Dia
menjawab:"Apabila kemaksuman mereka sabit di sisiku, selesailah
kemusykilan di antara aku dan anda." Lalu aku memberikan kepadanya
sebuah buku yang berjodol al-Alfain karangan al-'Allamah al-Hulli. Dia
mulai membuka buku tersebut di hadapanku dan ianya mengkagumkannya.
Kemudian dia berkata kepadaku:"Adakah anda
mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah memasukkan syak wasangka
padaku mengenai empat mazhab dan aku telah cenderung kepada mazhab Ahlu
l-Bait AS. Tetapi aku mahu anda membekalkanku dengan sebahagian daripada
buku-buku Syi'ah. Maka aku memberikan kepadanya beberapa buah buku. Di
antaranya buku-buku karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi berjodol
al-Muraja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah), Abu Hurairah dan al-Fusul
al-Muhimmah (isu-isu penting ikhtilaf Sunnah-Syi'ah.).
Aku juga memberi kepadanya buku Dalail al-Sidq dan
al-Ghadir. Aku telah menyenaraikan kepadanya nama-nama buku Syi'ah.
Kemudian dia mengucapkan selamat tinggal lalu dia berdiri mengucapkan
terima kasih dan pulang ke tempat tinggalnya. Kemudian selepas beberapa
hari aku menerima surat terima kasihnya dari Universiti al-Azhar dan
memberitahuku bahawa dia telah berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS
dan berjanji kepadaku bahawa dia akan menulis buku tentang kebenaran
mazhab Syi'ah Imamiah Ithna'sya-riyyah (Mazhab Ja'fari).
Dialogku dengan ulama Ahlu s-Sunnah yang masyhur mengenai turbah husainiyyah yang ta'ziyah
Pada empat belas hari bulan Muharram tahun 1374
Hijrah (1954M) sekumpulan ulama Ahlu s-Sunnah termasuk beberapa orang
sahabatku di Universiti al-Azhar datang kepadaku dengan penuh perasaan
hasad dengki di dalam dada mereka kerana aku berpegang kepada mazhab
Ahlu l-Bait AS dan meninggalkan mazhab Sunnah. Perbincangan di antara
kami telah mengambil masa lebih kurang sepuluh jam di dalam
berbagai-bagai masalah. Di antaranya kritikan mereka terhadap Syi'ah
kerana mereka sujud kepada turbah husainiyyah. Lantaran itu mereka
adalah musyrikun. Dan juga mereka melakukan ta'ziyah ke atas Imam Husain
AS. Lantaran itu ianya adalah bid'ah.
Aku berkata kepada mereka, bahawa kedua-duanya
adalah digalakkan oleh Allah SWT. Adapun kata-kata kalian bahawa Syi'ah
sujud kepada turbah husainiyyah, maka mereka adalah musyrikun, ini
tidaklah benar kerana Syi'ah sujud 'di atas turbah' bukan 'kepada
turbah.'
Oleh itu sujud Syi'ah di atas turbah tidaklah
syirik." Maka seorang yang paling alim mereka berkata:"Anda telah
memberi penyelesaian yang baik wahai yang mulia! Tetapi kami ingin
bertanya kepada anda apakah sebab Syi'ah meneruskan sujud di atas Turbah
dan kenapa mereka tidak sujud di atas semua benda sebagaimana mereka
sujud di atas turbah?" Aku menjawab:"Ini adalah kerana beramal dengan
hadith yang disepakati oleh semua golongan Muslimin. Sabda Nabi
SAWAW:'Dijadikan bagiku tanah (bumi) sebagai tempat sujud dan bersih.'
Hanya tanah yang bersih sahaja boleh dibuat sujud
di atasnya. Lantaran itu kami sentiasa sujud di atas tanah yang
disepakati oleh semua Muslimin tentang kebersihan sujud di atasnya."Maka
dia bertanya kepadaku lagi:"Bagaimana Muslimin bersepakat mengenainya?"
Aku menjawab:"Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAWAW di
Madinah ialah pembinaan masjidnya. Adakah masjid itu diletakkan
hamparan?" Dia menjawab:"Tidak, ianya tidak diletakkan hamparan." Aku
bertanya:"Di atas apakah Nabi SAWAW dan Muslimin sujud?"Dia menjawab:"Di
atas tanah masjid yang dihamparkan dengan tanah." Aku berkata
lagi:"Selepas Nabi SAWAW, pada zaman Abu Bakr, 'Umar, Uthman dan Amiru
l-Mukminin 'Ali AS adakah masjid dilengkapkan dengan hamparan?"Dia
menjawab:"Tidak." Aku bertanya:"Di atas apakah Muslimin sujud di dalam
solat mereka di masjid?" Dia menjawab:"Di atas tanah bumi yang diliputi
tanah." Aku berkata:"Jikalau begitu semua solat Rasulullah SAWAW adalah
di atas tanah. Demikian juga Muslimin di zamannya, selepasnya mereka
sujud di atas tanah.
Justeru itu sujud di atas tanah hukumnya sah secara
qat'i. Dan Syi'ah apabila mereka sujud di atas tanah adalah kerana
mengikuti Rasulullah SAWAW. Maka solat mereka adalah sah." Dia berkata
lagi:"Syi'ah hanya sujud di atas tanah yang mereka bawa bersama mereka
sahaja?" Aku menjawab:"Pertama, Syi'ah mengharuskan sujud di atas semua
tanah yang bersih sama ada yang berbatu atau tanah biasa (turab). Kedua,
syarat tempat sujud ialah bersih daripada segala najis. Oleh itu sujud
tidak harus di atas tanah yang najis atau tanah yang tidak bersih.
Lantaran itu mereka mengutamakan membawa bersama mereka seketul tanah
kering yang bersih dari sujud di atas sesuatu yang tidak diketahui
kebersihannya.
Dia bertanya lagi:"Sekiranya Syi'ah ingin sujud di
atas tanah yang bersih, kenapa mereka tidak membawa bersama mereka tanah
biasa supaya mereka sujud di atasnya?" Aku menjawab:"Membawa tanah
biasa akan menyebabkan pakaian menjadi kotor kerana apabila ianya
diletakkan di atas kain, maka pasti ia akan mengotorinya. Justeru itu
kami mencampurkannya dengan sedikit air kemudian kami biarkan ia kering
sehingga membawanya tidaklah mengotorkan pakaian. Sesungguhnya sujud di
atas seketul tanah yang kering lebih menunjukkan khusyuk dan tawadhuk
kepada Allah SWT kerana matlamat sujud adalah khusyuk.
Sekiranya tujuan sujud ialah khusyuk kepada Allah
SWT, maka 'suasana sujud' yang mendatangkan lebih banyak kekhusyukan itu
adalah lebih baik. Lantaran itu disunatkan tempat sujud itu lebih
rendah dari tempat letak kedua-dua tangan dan kaki. Kerana ianya lebih
banyak menunjukkan kekhusyukan kepada Allah SWT. Demikian juga
disunatkan hidungnnya disentuhkan dengan tanah di dalam keadaan sujud,
kerana ianya lebih menunjukkan tawadhuk dan khusyuk kepada Allah SWT.
Lantaran itu sujud di atas tanah atau di atas
ketulan tanah yang kering lebih baik daripada sujud di atas selain
daripada kedua-duanya yang harus dilakukan sujud di atasnya. Kerana dia
meletakkan anggotanya yang paling mulia iaitu dahi di atas tanah kerana
khusyuk kepada Allah SWT dan merasa kecil (hina) di hadapan
kebesaranNya.
Adapun jika seorang itu meletakkan dahinya di atas
sajadah yang berharga, atau di atas galian-galian seperti emas dan perak
atau seumpamanya atau di atas kain yang mahal harganya, ianya boleh
mengurangkan khusyuk dan tawadhuk. Dan kadang-kadang ianya tidak membawa
kepada perasaan rendah diri di hadapan Allah SWT.
Justeru itu adakah sujud yang menambahkan tawadhuk
dan khusyuk seseorang di hadapan Tuhannya itu dikira syirik dan kafir?
Atau sebaliknya sujud di atas apa yang menghilangkan khusyuk kepada
Allah SWT itu sebagai taqarub kepadaNya? Lantaran itu ianya merupakan
percakapan yang sia-sia."
Kemudian dia bertanya kepadaku:"Apakah tulisan yang
dituliskan di atas turbah itu?" Aku menjawab:"Tidak semua turbah
dituliskan di atasnya. Sebahagiannya dituliskan (di atasnya) Subhana
rabbiya l-A'la wa bihamdihi dan sebahagiannya ditulis turbah ini diambil
dari tanah Karbala' al-Muqaddasah li-Llah. Aku ingin bertanya kepada
anda:"Adakah ianya dikira syirik? Atau ianya tidak dikira sebagai turbah
yang harus dibuat sujud di atasnya?"Dia menjawab:"Sekali-kali tidak."
Kemudian dia bertanya kepadaku:"Apakah keistimewaan
turbah karbala' kerana kebanyakan Syi'ah menggunakannya?"Aku
menjawab:"Rahsianya telah diterangkan oleh hadith yang mulia 'Sujud di
atas turbah husainiyyah mencairkan tujuh langit....7' iaitu sujud di
atasnya membuat solatnya diterima dan naiknya ke langit. Ianya dilakukan
untuk mendapatkan afdhaliyyah yang tidak ada pada turbah selain
daripada Karbala' al-Muqaddasah.' Dia bertanya lagi:"Adakah sujud di
atas turbah husainiyyah menjadikan solat diterima di sisi Allah SWT
sekalipun solat itu batal?" Aku menjawab:"Syi'ah berpendapat bahawa
solat yang tidak cukup syarat adalah batal, tidak diterima. Tetapi solat
yang cukup segala syaratnya boleh jadi diterima oleh Allah SWT dan
boleh jadi tidak dterima olehNya. Dan apabila solat yang cukup syarat di
atas turbah husainiyyah, maka ianya diterima dan diberi pahala ke
atasnya. Oleh itu sahnya solat itu adalah suatu perkara dan
penerimaannya (di sisi Tuhan) adalah suatu perkara yang lain pula."
Dia bertanyaku:"Adakah tanah Karbala' lebih mulia
dari tanah Makkah dan Madinah sehingga sujud di atasnya menjadi lebih
afdal?" Aku menjawab:"Apakah yang menghalangnya?"Dia menjawab:"Tanah
Makkah semenjak turunnya Adam AS ke bumi adalah (tanah) Ka'bah. Dan
tanah Madinah Munawwarah pula mengandungi jasad Rasul al-A'zam.
Kedua-duanya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan
tanah Karbala'." Dia menambah:"Ini adalah suatu perkara yang aneh.
Adakah Husain bin 'Ali afdhal daripada datuknya Rasulullah SAWAW?"Aku
menjawab:"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya kebesaran Husain adalah
daripada kebesaran Rasulullah SAWAW. Kemuliaan Husain adalah daripada
kemuliaan Rasulullah SAWAW. Dan kedudukan Husain di sisi Allah SWT
adalah kerana beliau seorang imam yang berjalan di atas ugama datuknya
Rasulullah SAWAW, sehingga beliau mati syahid kerananya. Kedudukan
Husain adalah merupakan sebahagian daripada kedudukan Rasulullah SAWAW.
Tetapi Husain AS, keluarganya dan pembantu-pembantunya dibunuh kerana
menegakkan Islam, memperkukuhkan asas-asasnya serta menjaganya daripada
permainan pengikut-pengikut hawa nafsu. Maka Allah menggantikan
kesyahidannya dengan tiga perkara:
1. Memperkenankan doanya di bawah QubbahNya.
2. Sembilan imam adalah daripada keturunannya.
3. Penyembuhan (penyakit) adalah pada turbahnya.
Allah memuliakan turbah Husain AS kerana beliau
telah dibunuh di jalan Allah dengan begitu kejam sekali. Turut terbunuh
ialah anak-anak beliau, saudara-saudara beliau dan sahabat-sahabat
beliau. Di samping penderitaan-penderitaan yang diterimanya kerana
agama. Adakah di sana halangan? Adakah melebihkan turbah Karbala' dari
tanah-tanah di bumi ini sehingga tanah Madinah bererti bahawa Husain AS
lebih daripada datuknya Rasulullah? Malah perkara tersebut adalah
sebaliknya. Oleh itu memuliakan turbah husainiyyah adalah memuliakan
Husain. Dan memuliakan Husain AS adalah memuliakan Allah dan datuknya
Rasulullah SAWAW."
Lantas salah seorang daripada mereka bangun dari
tempat duduknya dengan penuh kegembiraan, memberi pujian kepadaku. Dia
meminta daripadaku beberapa buah buku karangan Syi'ah dan berkata
kepadaku:"Wahai Maulaya! Ianya adalah betul. Dahulu aku pernah berkhayal
bahawa Syi'ah melebihkan Husain sehingga daripada datuknya Rasulullah
SAWAW. Dan sekarang aku mengetahui hakikatnya. Aku berterima kasih
kepada anda di atas dialog yang berguna di mana anda telah melengkapkan
kami dengannya. Aku akan sentiasa membawa bersamaku ketulan tanah
Karbala' al-Muqaddasah supaya aku dapat sujud di atasnya di mana sahaja
aku mengerjakan solat. Aku akan sujud di atas turbah khususnya turbah
husainiyyah." Kemudian aku berkata:"Kata-kata kalian bahawa Syi'ah
melakukan ta'ziah terhadap Imam Husain AS adalah bid'ah", maka ianya
merupakan kata-kata yang batil.
Aku tidak mengetahui kenapa kalian mendendamkan
Syi'ah disebabkan mereka melakukan ta'ziah ke atas syahid yang benar
imam bin imam, cucu Rasulullah. Keturunan al-Zahra' al-Batul, penghulu
para syuhada.' Imam Abu 'Abdillah Husain AS di dalam menghadapi
penderitaan yang besar yang menggoncangkan bayangan Arasy bersama
bayangan makhluk. Dan peristiwa yang menyayatkan yang belum pernah
berlaku di dunia Islam. Di kalangan kalian mengkritik Syi'ah dengan
alasan bahawa Husain AS telah dibunuh sejak 14 abad yang lalu. Lantaran
itu apakah gunanya menangis-nangis untuknya, menepuk-nepuk dada dan
memukul-mukulkannya dengan rantai sehingga mengalir darah. Ketahuilah
kalian sesungguhnya amalan Syi'ah itu ialah kebenaran itu sendiri.
Pertama, sekiranya mereka tidak meneruskan majlis
peringatan penghulu para syuhada', nescaya mereka mengingkarinya
sebagaimana kalian mengingkari Hari al-Ghadir. Sekalipun ianya
diriwayatkan oleh lebih seratus sepuluh para sahabat. Di kalangan mereka
telah terlibat dalam Perang Badar. Lantaran Syi'ah tidak mengemukakan
sesuatu tanpa bukti.
Kedua, Syi'ah mengikut jejak langkah imam-imam
mereka di dalam memperingati majlis Abu 'Abdullah Husain AS. Sekiranya
kalian mengkaji buku-buku Syi'ah nescaya kalian tidak mengkritik Syi'ah.
Perhatikanlah, umpamanya buku Muqaddimah al-Majalis al-Fakhirah
karangan Sayyid Syarafuddin al-Misawi dan buku Iqna' al-La'im 'Ala
Iqamah al-Ma'tam karangan Sayyid Muhsin al-'Amili RH. Kedua-dua karangan
tersebut akan menyakinkan semua dan perhatikan juga buku Masabih
al-Jinan karangan Sayyid al-Kasyani halaman 576. Dia menulis:"Sayugia
bagi Muslimin apabila masuk bulan Muharram merasai dukacita dan
sedih,mengadakan majlis ma'tam (majlis kematian) bagi memperingati
kezaliman dan permusuhan yang dilakukan kepada penghulu para syuhada',
keluarganya, dan sahabat-sahabatnya yang terpilih.
Ianya adalah sunnat dan digalakkan kerana ianya
membesarkan syi'ar Allah SWT, mengambil contoh suruhan Rasulullah SAWAW
dan mengikuti imam-imam maksum. Imam Redha AS iaitu imam kelapan
daripada wasi-wasi Rasulullah berkata:"Bapaku iaitu Imam Musa Kazim,
imam ketujuh daripada wasi-wasi Rasulullah SAWAW apabila masuk bulan
Muharram, tidak kelihatan gembira dan kesedihannya menguasai
percakapannya." Ini bererti sesuatu yang membawa kesedihan dan dukacita
adalah harus tanpa melakukan perbuatan yang diharamkan. Kemudian beliau
(Imam Musa AS) berkata lagi:"Disunnatkan menangis dan melakukan ta'ziah
ke atas penghulu para syahid, mengalirkan air mata untuknya apatah lagi
pada sepuluh pertama bulan Muharram. Kerana menangis ke atasnya adalah
di antara yang baik, disunnatkan dan di antara perkara-perkara yang
menjamin kebahagian abadi dan menghampiri diri kepada Allah SWT."
Banyak hadith-hadith daripada imam-imam suci yang
menceritakan tentang keharusannya. Imam Redha AS meneruskan
kata-katanya:"Adapun orang-orang yang menghina Syi'ah, kata-kata mereka
tidak boleh diambil kira kerana mereka telah jauh daripada keinsafan dan
kebersihan jiwa. Mereka telah menyeleweng dari jalan yang benar."
Walau bagaimanapun semua mazhab bersepakat tentang
harusnya melahirkan kesedihan kerana kehilangan orang yang dikasihi. Dan
ini telah berlaku di dalam sejarah. Adalah diriwayatkan bahawa Imam
'Ali Zaina l-Abidin bin Husain apabila sampai di Karbala' selepas pulang
dari Syria, beliau menangis dan meratapi Husain AS.
Apakah salahnya jika Syi'ah melakukannya? Sedangkan
kalian mengambil bid'ah Yazid bin Muawiyah yang telah menjadikan
sepuluh Muharram sebagai pesta bersukaria. Dia menamakannya 'Aid al-Nasr
(Hari Kemenangan)."
Apabila perbincangan sampai di sini mereka
mengucapkan terima kasih kepadaku. Mereka berkata:"Kami tidak mengetahui
mazhab Syi'ah sedemikian. Ini disebabkan kami mendengar tentang Syi'ah
bahawa mereka tidak berada di atas kebenaran, malah mereka adalah
kafirun, musyrikun."Aku menjawab:"Tidak! Malah mereka sebagaimana aku
telah menceritakan kepada kalian. Kalian akan mengetahui mazhab Syi'ah
apabila kalian mengkaji buku-buku mereka. Dosa adalah dosa kalian kerana
kecuaian kalian (taqsir) mengkaji buku-buku Syi'ah."
Kemudian aku menerangkan kepada mereka bahawa
tuduhan-tuduhan yang ditujukan kepada Syi'ah yang baik, tidaklah benar.
Ianya adalah pembohongan yang diciptakan oleh orang-orang yang berdosa,
terdiri daripada musuh-musuh yang menamakan diri mereka Muslimin.
Justeru itu hendaklah kalian mengkaji hakikat sebenar dan janganlah
kalian berpegang setiap apa yang kalian dengari dengan menentang Syi'ah.
Kemudian mereka berdiri dan mengucapkan selamat tinggal. Mereka pulang
ke tempat mereka dengan gembira. Dan akhirnya aku diberitahukan oleh
orang yang aku percayai bahawa sebahagian mereka telah berpegang kepada
mazhab Ahlu l-Bait AS. Wa l-Hamdulillah.
Peristiwa Pembohongan
Pada hari kelima bulan Rabi'ul al-Awwal 1379 Hijrah
(1969M) aku berada di perpustakaan yang terletak di rumahku di bandar
Halab, tiba-tiba dua orang lelaki meminta izin masuk ke perpustakaanku.
Maka aku mengizinkan mereka masuk.
Selepas salam dan ucapan selamat datang, aku
menjemput mereka duduk. Tetapi jelas kelihatan dukacita terbayang di
wajah mereka. Aku bertanya:"Apa keadaan anda berdua?"Seorang daripada
mereka berkata kepada sahabatnya:"Ceritakanlah kepada yang mulia
syaikh."Lalu dia memberitahuku:"Aku adalah seorang pelajar di sebuah
universiti. Dan aku telah berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS
semenjak dua tahun yang lalu. Ini disebabkan aku mengkaji buku-buku
Syi'ah terutamanya al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syiah) karangan Sayyid
Syarafuddin al-Musawi RH. Kelmarin kami menghadiri kuliah seorang
profesor di universiti tempatku belajar. Dia mula menentang Syi'ah dan
mencaci mereka. Dia mengkritik mazhab Ahlu l-Bait AS dan menentang
Syi'ah dengan kuat tetapi dia tidak mengetahui aku seorang Syi'ah. Di
antara kata-katanya:"Hadith-hadith Syi'ah semuanya bohong dan suatu
rekaan ke atas Rasulullah SAWAW. Dia berkata lagi:Syi'ah mengharuskan
pengumpulan sembilan isteri dengan dalil al-Qur'an (Surah
al-Nisa'(4):3:'Maka kahwinilah wanita (lain) yang kamu senangi mathna
(dua), thulatha (tiga), atau ruba' (empat).'
Dan mereka manyapu kaki di dalam wudhu selepas
basuh. Justeru itu solat mereka adalah tidak sah. Mereka menuduh 'Aisyah
berzina, mereka mempertikaikan sahabat kerana mereka berani menentang
Allah dan RasulNya. Tuduhan-tuduhannya membuat aku menggeletar dan aku
berkata:Subhanallah! Apakah taksub buta daripada Ahlu l-Sunnah, dan
kenapa mereka menghalakan pembohongan ini terhadap Syi'ah yang baik.
Justeru itu mereka mendedahkan keburukan diri mereka sendiri.
Kemudian aku menghantar surat kepada profesor yang
jahil dan ingkar itu. Aku menulis: Wahai profesor, seorang pendidik
(mursyid) yang melaung-laungkan untuk mendidik generasi baru.
Bagaimanakah anda mendidik pelajar-pelajar anda? Anda mengajar mereka
dengan pembohongan-pembohongan, dan anda mengajar mereka dengan akhlak
yang buruk yang menyeru kepada perpecahan di kalangan Muslimin.
Telah sampai kepadaku berita bahawa anda kelmarin,
bertempat di universiti, telah mengkritik di dalam kuliah anda di
hadapan pelajar-pelajar anda tentang Syi'ah yang baik, pengikut-pengikut
RasulNya SAWAW dan wasinya 'Ali Amiru l-Mukminin AS. Anda berkata:
Hadith-hadith Syi'ah semuanya bohong dan diada-adakan ke atas Rasulullah
SAWAW. Anda telah menuduh Syi'ah dengan pembohongan, anda
berkata:Syi'ah mengharuskan pemgumpulan sembilan isteri berdalilkan
firmanNya yang bermaksud:"Maka kahwinlah...."Mereka menyapu di atas kaki
di dalam wudhuk sebagai ganti basuh maka sembahyang mereka adalah tidak
sah. Mereka menuduh 'Aisyah berzina. Mereka mempertikaikan sahabat
kerana berani menentang Allah dan RasulNya.
Apa yang menghairankan ialah kata-kata tersebut
datangnya daripada anda seorang profesor. Anda mendakwa bahawa anda
seorang pendidik! Apakah tuduhan yang melulu dan celoteh yang jahat ke
atas lebih seratus juta Muslimin daripada pengikut-pengikut Rasulullah
dan Ahlu l-Baitnya AS? Apakah jawapan anda di sisi Tuhan anda ketika
bertemu denganNya di akhirat nanti? Kenapa anda mengumpat dan menuduh
Muslimin dengan pembohongan-pembohongan tersebut? Kenapa anda
mendedahkan keburukan diri anda dengan khurafat-khurafat anda ini? Zaman
sekarang zaman cahaya. Semua mengetahui sesungguhnya anda telah
berbohong dan mengada-adakan perkara-perkara tersebut.
Lantaran itu terimalah jawapan ini akibat dari
kebodohan anda secara ringkas. Adapun kata-kata anda bahawa
hadith-hadith Syi'ah semuanya bohong ke atas Rasulullah, jawapannya
tentu tidak, wahai profesor! Perkara itu tidaklah sebagaimana anda
sangkakan. Malah perkara itu adalah sebaliknya kerana Syi'ah mengambil
ilmu daripada tempat yang bersih; daripada Nabi SAWAW dan imam-imam Ahlu
l-Bait AS yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala kekotoran
dosa. Tidak ada unsur luar masuk di dalam mazhab mereka. Justeru itu
setiap kali anda mencaci mereka pada hakikatnya cacian itu adalah pada
anda sendiri. Kerana perawi-perawi kalian memang terkenal di kalangan
umum sebagai pembohong-pembohong. Mereka itu adalah Abu Hurairah, 'Umran
bin Hattan, Samurah bin Jundab, ketua Khawarij, 'Umru bin 'As, Marwan,
Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut
tentang pembohongan mereka, sila rujuk kepada Kitab al-Ghadir karangan
Syaikh al-Amini.
Adapun kata-kata anda Syi'ah mengharuskan nikah
sembilan perempuan kerana beramal dengan zahir ayat, maka jawapannya
ialah Syi'ah lebih mulia dan lebih tinggi kedudukan mereka dari
mengotorkan fikiran mereka yang bercahaya dengan khurafat tersebut.
Lantaran itu mereka beramal dengan hukum ayat mulia yang mengharuskan
bagi ummat berkahwin empat perempuan ketika mampu melakukan keadilan di
kalangan isteri-isteri. Dan jika tidak mampu, maka tidak harus baginya
berkahwin lebih daripada satu. Dan sekiranya dia dapat melakukan
keadilan, maka tidak mengapa dia mengahwini dua sehingga empat. Oleh itu
pengertian ayat kahwinlah....mathna, iaitu dua, thulatha iaitu tiga,
dan ruba' iaitu empat. Maka dia tidak boleh kahwin kelima melainkan
apabila seorang daripada isterinya mati atau ditalakkan, itupun selepas
tamatnya 'iddahnya.
Adapun kata-kata anda: Bahawa Syi'ah menyapu kaki
mereka di dalam wudhuk adalah betul. Ianya adalah perkara yang wajib
dikehendaki oleh Allah SWT daripada hamba-hambaNya yang Mukallafin. Dan
diamalkan oleh Rasulullah SAWAW dan imam-imam Ahlu l-Baitnya AS. Di atas
dasar inilah Syi'ah mengamalkannya dari masa dahulu hingga hari ini dan
sehingga hari yang mereka akan dibangkitkan, tanpa meninggalkan
imam-imam mereka AS, dan beramal dengan al-Qur'an yang kudus yang tidak
akan didatangi kebatilan di hadapannya dan di belakangnya kerana ianya
diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana.
Ayat wudhuk (Surah al-Mai'dah(5):6) adalah
Muhkamah. Oleh itu ianya tidak ada khilaf selama-lamanya, melainkan bagi
orang yang mempunyai di hatinya dua ilmu yang bertentangan satu dengan
yang lain.
Kerana hukum Allah SWT yang diturunkan tidak ada
khilaf padanya. Sesungguhnya orang yang melakukan khilaf ialah orang
yang mengambil ilmunya daripada sesiapa sahaja. Syi'ah mengambil ilmu
mereka daripada lautan ilmu Ahlu l-Bait AS yang maksum. Perhatikanlah
firmanNya di dalam Surah al-Maidah (5):6:"Wahai orang-orang yang beriman
apabila kamu bangkit untuk mendirikan solat, maka basuhlah (Faghsilu)
muka (muka)mu dan tangan (tangan)mu kepada (bersama) siku dan sapulah
(imsahu) kepala (kepala)mu dan kaki (kaki)mu sampai kepada kedua maka
kaki(al-Ka'bain)."
Ayat ini dengan terang memerintahkan supaya
membasuh dua anggota iaitu muka dan dua tangan. Begitu juga ianya
menyuruh menyapu dua anggota iaitu kepala dan dua kaki. Ianya merupakan
dua jumlah tiap-tiap satu daripada kedua-duanya berdiri dengan sendiri
dan tidak ada hubungan dengan yang lain.
Al-'I'rab
Ighsilu terdiri daripada fi'lun (kata kerja) dan
fa'il (pelaku) (basuhlah) wujuhakum adalah maf'ul dan mudafu ilaihi
(muka-muka kamu) wa aidi-kum (tangan-tangan kamu adalah 'ataf ke atas
wujuhakum (muka-muka kamu) wa-am sahu (dan sapulah) fi'lun amar dan
fa'il bi-ru'usi-kum (di kepala-kepala kamu). Al-Ba' adalah huruf jar dan
bi-ru'usi-kum adalah jar dan majrur (dibaca baris bawah) al-arjul
adalah 'ataf kepada ru'usi-kum (kepala-kepala kamu).
Sekiranya ianya dibaca baris bawah, ianya menjadi
'ataf kepada lafaz. Atau dibaca baris nasb (baris di atas) 'ala
al-Mahal. Di dalam erti yang lain ia dibaca baris di atas sekiranya
ianya dibuang huruf jarr. Syaikh Ibrahim al-Halabi mengatakan ayat ini
dibaca dengan nasb dan jarr. Tetapi yang masyhurnya dibaca dengan nasb
kerana ianya 'ataf kepada ru'us (kepala-kepala) di dalam dua bacaan.
Walau bagaimanapun Tafsir al-Razi, al-Tabari,
Khazin dan lain-lainnya menyokong wajib 'sapu kaki' bukan 'basuh kaki'
di dalam wudhuk. Ini adalah cukup untuk membuktikan wajib sapu kaki dan
bukan basuh kaki di dalam wudhuk. Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa wudhuk
ialah dua basuh dan dua sapu. Dan dia juga berkata: Allah SWT mewajibkan
wudhuk dua basuh dan dua sapu. Tidakkah anda berfikir bagaimana Dia
menyebutkan tayammum, maka Dia jadikan tempat dua basuh itu (muka dan
tangan) dua sapu dan Dia meninggalkan dua sapu (kepala dan kaki)8. Dan
dia berkata lagi di tempat yang lain:9 Orang ramai enggan selain dari
membasuh. Tetapi apa yang kami dapati di dalam al-Qur'an adalah
al-Mash(sapu).
Daripada Sya'bi10 dia berkata: Jibrail menurunkan
ayat tersebut dengan sapu di atas dua kaki. Dan daripada dia11 juga:
Qur'an diturunkan dengan sapu di atas dua kaki. Dan daripada Ibn 'Abbas,
dia menceritakan tentang wudhuk Rasulullah SAWAW bahawa beliau menyapu
di atas dua kakinya.
Al-Tabari meriwayatkan12 daripada 'Ubbad bin Tamim
daripada ayahnya berkata: Aku melihat Rasulullah SAWAW mengambil wudhuk
dia menyapu di atas dua kakinya.
Adapun riwayat-riwayat imam-imam Ahlu l-Bait AS
tentang sapu amatlah banyak. Di antaranya daripada Husain bin Sa'id
al-Ahwazi daripada Fadhalah daripada Hammad bin 'Uthman daripada Ghalib
bin Huzail dia berkata: Aku bertanya kepada Abu Ja'far al-Baqir AS
tentang sapu di atas dua kaki. Maka dia menjawab: Itulah yang dibawa
turun oleh Jibra'il.
Daripada Ahmad bin Muhammad dia berkata: Aku telah
bertanya kepada Abu l-Hasan Musa bin Ja'far AS tentang sapu di atas dua
kaki bagaimana? Maka beliaupun meletakkan tapak tangannya di atas
jari-jarinya, kemudian menyapukan kedua-duanya sehingga ke mata kakinya.
Riwayat-riwayat tentang penyapuan kaki daripada para imam Ahlu l-Bait
AS adalah banyak. Dan nas-nas hadith Thaqalain adalah jelas, wajib sapu
di atas dua kaki. Dan di atas dasar inilah Syi'ah Imamiah melakukan
wudhuk sehinggalah pada hari ini.
Syi'ah tidak mengambil riwayat daripada
pemalsu-pemalsu hadith dan orang-orang jahil seperti Abu Hurairah, 'Umru
bin 'As, Muawiyah dan orang yang tidak thiqah (tidak boleh dipercayai)
kerana imej mereka yang buruk. Dan mereka tidak terpedaya dengan dakyah
keadilan sahabat daripada awal hingga ke akhir kerana kerana mereka
bukan semuanya adil.
Sekiranya anda merujuk kepada buku-buku Syi'ah yang
abrar mengkajinya dengan insaf dan menjauhkan diri anda daripada
'asabiyah buta, nescaya anda akan mengetahui sesungguhnya Syi'ah
berjalan di atas jalan yang lurus. Lantaran itulah banyak cacian-cacian
ke atas mereka oleh orang-orang yang tamak kepada dunia.
Adapun tentang hadith-hadith 'basuh' di dalam
wudhuk maka ia sama ada suatu pembohongan ataupun kurang fahaman
mengenainya. Kerana Rasulullah SAWAW mengambil wudhuk dan menyapu
kemudian mencurahkan air ke atas dua kakinya kerana ingin menyejukkan
keadaan kakinya. Dan tidak sabit bahawa beliau membasuh dua kakinya di
dalam wudhuk selama hidupnya.
Apabila kami memberikan hujah kepada musuh-musuh
kami, mereka memberikan sebab-sebab basuh kerana kebersihan atau umum
dan khusus. Mereka berkata: Setiap basuh itu sapu dan tidak sebaliknya.
Ia adalah hujah yang lemah seperti rumah labah-labah.
Adakah Rasulullah SAWAW menyuruh manusia menyapu di
atas kaki yang kotor dan najis? Kami meminta pertolongan Allah daripada
kejahilan. Atau Rasulullah SAWAW tidak mengetahui umum dan khusus?
Sehingga datang kepada kita satu kaum (Ahlu s-Sunnah) selepas tiga abad.
Mereka mencipta mazhab-mazhab yang bertentangan sesama mereka. Mereka
menunjukkan ummat bahawa Nabi SAWAW adalah seorang yang bersalah (kami
meminta perlindungan dengan Allah). Atau beliau meninggalkan ugama ini
tidak sempurna sehingga mereka menyempurnakannya. Atau mereka
menambahkan padanya sesuatu, maka mereka memperbaikinya (kami meminta
pertolongan dengan Allah) La hawla wala kuwata illa billahi
l-'Aliyyil-'Azim.
Adapun hadith wailun li l-A'qab mina -Nar, jika
ianya betul (dan ianya memang tidak betul) adalah menjadi hujah 'ke atas
mereka' dan bukan 'untuk mereka.' Kerana ianya berbunyi: Wailun li
l-A'qab mina n-Nar (Neraka wail bagi mata kaki) dan bukanlah berbunyi:
Wailun liman lam yaghsiul (neraka wail bagi orang yang tidak
membasuhnya). Lantaran itu beliau telah menunjukkan mereka bahawa
sesungguhnya sapu tidak harus dilakukan ke atas kaki yang terkena najis.
Aku ingin bertanya kepada perawi hadith ini iaitu
'Abdullah bin 'Umru bin al-'As yang terkenal dengan keburukannya dan
keburukan bapanya, maka anda berkata kepadanya: Di manakah anda
mengetahui 'sapu' jikalau ia tidak (dilakukan) dahulu? Dia meriwayatkan
"kami berperang bersama Rasulullah SAWAW, maka kami mendahului. Solat
'Asr telah menyusahkan kami, lalu kami mengambil wudhuk dan kami
menyapu. Maka dapati Rasulullah SAWAW bersabda: Wailun li l-A'qab mina
n-Nar sehingga tiga kali. Riwayat ini ternyata palsu sebagaimana
berikut:
1. Sesungguhnya Nabi SAWAW mempunyai akhlak yang
mulia sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya
(Surah al-Qalam (68):4):"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi
pekerti yang agung" dan tidak kasar. Oleh itu bagaimana beliau
mengancamkan mereka dengan neraka sedangkan mereka tidak mengetahui ilmu
nasakh? Kerana mereka berkata: Jibra'il telah membawa turun ayat itu
dengan 'basuh.'
Pendapat ini adalah tidak kuat kerana hadis ini
hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja dan hadis ahad tidak boleh
memansuhkan al-Quran apatah lagi ayat wudhuk adalah muhkamah.
2. Perawi mengatakan dia berperang bersama
Rasulullah SAWAW dari Mekkah ke Madinah. Dan dia sendiri meriwayatkan
hadis tersebut. Ini menunjukkan bahawa riwayat tersebut adalah
diada-adakan sahaja.
3. Ijmak Ahlu l-Bait A.S. di atas 'sapu' dan ramai
ulamak Ahlu s-Sunnah bersepakat bahawa al-Quran diturunkan dengan
'sapu'. Oleh itu kami terus beramal dengan al-Quran dan amalan Ahlu
l-Bait A.S. kerana hadis tersebut dipertikaikan malah ianya hadis palsu.
Adakah apa yang aku kemukakan kepada anda wahai profesor, memuaskan? Dan maafkan aku kerana ingin bertanya:
1. Adakah anda daripada orang yang mengerjakan solat atau orang yang meninggalkan solat?
2. Adakah anda mengetahui mazhab anda dan anda
beribadat dengannya? Sekiranya anda ahlinya, adakah anda mengetahui
hadis-hadis Sahih dan palsu? Adakah anda mengetahui ilmu nasikh dan
mansukh?
Adapun kata-kata anda bahawa Syi'ah menuduh 'Aisyah
berzina adalah tohmah anda semata-mata dan bukan daripada Syi'ah. Oleh
itu Syi'ah tidah menuduhnya berzina sehingga mereka membersihkan diri
mereka. Kajilah buku-buku Syi'ah dan di dalam buku Syi'ah manakah anda
telah dapati tuduhan itu wahai profesor, dan dari ulamak manakah anda
mendengarnya? Allahumma ! Ini dan lain-lainnya adalah suatu pembohongan
yang besar terhadap Syi'ah yang abrar.
Adapun kata-kata anda bahawa Syi'ah mempertikaikan
sahabat kerana mereka berani terhadap Allah dan Rasul-Nya maka ini
adalah kata-kata yang bohong. Kerana Syi'ah telah memberikan setiap
sahabat haknya dan mereka ada yang alim, jahil, adil dan zalim malah ada
yang munafik.
Kemudian wahai profesor, sekiranya anda seorang
yang alim tentang sejarah Syi'ah dan tasyasyu', maka apakah
pembohongan-pembohongan ini keluar daripada anda dan orang seumpama anda
yang mempunyai maruah dan keinsafan. Dan sekiranya anda jahil di dalam
masalah ini, bagaimana anda menentang golongan mukminin yang berpegang
kepada mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Kerana di kalangan mereka
terdapat ulama-ulama, fuqaha' yang besar, failasuf dan lain-lain. Mereka
telah memenuhi bumi Allah dengan keilmuan dan amalan. Tetapi kami
berkata: Pembohong tidak akan menyedarinya.
Akhirnya aku mengemukakan kepada anda nasihat yang
ikhlas wahai profesor, Samahaka-llah, bertaqwalah kepada Allah tentang
diri anda dan berhentilah daripada mengharungi kehormatan Muslimin. Dan
tinggallah mereka beramal dengan mazhab mereka kerana hisab mereka di
atas Allah SWT. Kami pada masa ini amat memerlukan kepada perpaduan
lantaran kami berdiam diri di hadapan kebanyakan orang-orang yang tidak
mempunyai ilmu dan sejarah, malah mereka tidak berguna. Tidak ada pada
mereka dhamir yang bebas, maruah dan keinsafan. Mereka itulah yang
menghalakan kepada kami cacian-cacian, pembohongan-pembohongan, dan
tohmah-tohmah....Diamnya kami adalah kerana ingin menjaga perpaduan
Islam. Dan salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.
Sekian,
Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki.
Pencinta mazhab Ahlu l-Bait As.
Halab - Syria.
25hb. Rabi'ul al-Thani, 1379H (1969M).
Aku telah memberi suratku ini kepada dua lelaki
tersebut dan berkata: Sampaikan surat ini kepada profesor itu. Maka
mereka berduapun menyampaikannya.
Dan para 27hb. Rabi'ul al-Thani 1379 Hijrah,
profesor tersebut datang untuk menziarahiku dengan malu-malu di atas apa
yang telah berlaku dan meminta maaf kerana tidak mengkaji mazhab Ahlu
l-Bait AS. Dia meminta daripadaku beberapa buku karangan Syi'ah. Ini
adalah selepas berlakunya dialog di antara kami. Maka akupun memberikan
kepadanya buku-buku karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi RH. Dia
meminta maaf, dan mengucap selamat tinggal kepadaku dan pulang ke
tempatnya. Selepas satu minggu dia datang kembali kepadaku. Kali kedua
memujiku dan berterima kasih kepadaku dan memberitahukan kepadaku bahawa
dia kini berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS. Dia berkata: Aku
menyembunyikan perkara ini dan tidak mengisytiharkan tasyayyu'
disebabkan perkara tertentu tetapi aku akan berdakwah dan mengajar
mengikut apa yang diredhai Allah, RasulNya dan 'itrahnya yang suci. Lalu
aku menghadiahkan kepadanya sebuah al-Qur'an, tulisan tangan yang
berharga.
Peringatan
Aku tidak menulis nama-nama orang yang berdialog
denganku kerana sebab-sebab tertentu sebagaimana dimaklumi oleh dhawi
l-Albab. Allah SWT mengetahui keadaaannya yang sebenar.
Penamat
Apa yang aku kemukakan kepada pembaca-pembaca
bukuku ini sama ada ayat-ayat al-Qur'an, hadith-hadith Nabi SAWAW adalah
diriwayatkan di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah. Buku-buku merekalah yang
mensabitkan hak 'Ali Amiru l-Mukminin AS sebagai khalifah secara
langsung selepas Rasulullah SAWAW.
Kajilah dengan halus dan hujah-hujah yang aku
kemukakan kepada anda di dalam buku ini. Bagaimana kebenaran itu
terserlah, jalan menjadi terang bagi orang yang ikhlas, bersih diri
mereka daripada 'asabiyah mazhab untuk melaluinya.
Adapun orang yang masih berdegil dengan
kedegilannya, maka riwayat-riwayat dan dalil-dalil yang banyak tidak
akan memberi faedah kepada mereka sekalipun aku mengemukakan kepada
mereka seribu dalil. Adapun orang yang mempunyai fikiran yang rasional,
bukuku ini sudah cukup baginya untuk menilainya kerana ianya dikutip
daripada sumber-sumber yang diakui oleh Sunnah dan Syi'ah.
Apa lagi yang akan diperkatakan oleh
penentang-penentang selepas ini? Kemudian aku ingin berkata kepada
mereka sekiranya Nabi SAWAW datang sendiri memberitahukan mereka
mengenainya, nescaya mereka akan meneruskan penentangan tersebut.
Sebagaimana seorang penentang berkata kepada saudaraku: Sekiranya
Jibra'il datang bersama Muhammad dan 'Ali, aku tidak akan mempercayai
kata-kata anda. Ini berlaku manakala dia memintaku berdialog dengannya
dan memberikan kepadanya buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah)
supaya dia mengkajinya. Buku itu berada di sisinya selama lebih daripada
satu bulan kemudian dia memulangkannya dan berkata: Aku tidak suka
membaca buku-buku Syi'ah kerana itu aku tidak akan membacanya
selama-lamanya.
Akupun memohon perlindungan dengan Allah dari apa
yang diucapkan oleh lelaki ini13 yang masih meneruskan kedegilanya. Lalu
aku meninggalkannya dengan keadaannya kerana penentangannya adalah
disebabkan kejahilannya.
Kemudian aku berkata; Bukuku ini akan tersebar di
seluruh dunia yang penuh dengan penduduknya dan ianya akan dibaca oleh
Arab dan bukan Arab, Muslim dan bukan Muslim yang berlainan fahaman,
pendapat dan citarasa kerana manusia sepertilah galian-galian; ada yang
berharga, ada yang pertengahan, dan ada yang buruk. Oleh itu adalah
menjadi sukar untuk mendapatkan keredhaan daripada semua manusia, malah
ianya sukar dan hampir-hampir mustahil. Sebagaimana berkata seorang
penyair Palestin 'Ali al-Kailani:
Apabila Tuhan makhluk
tidak meredhai makhluknya
maka bagaimana dengan makhluk
redha mereka diharapkan.
Ringkasnya bukuku ini akan berada di sisi
pembaca-pembaca yang mulia. Tentu sekali ada yang memujinya dan ada yang
mengkritiknya. Aku berharap kepada pembaca yang budiman supaya tidak
jemu dan bacalah sehingga selesai. Kemudian menilainya selepas itu
dengan penuh keinsafan sama ada menyokong kami atau menentang kami.
Aku tidak menjangka sekiranya dia seorang yang
cerdik dan mengambil berat terhadap ugamanya, akan menentangku. Kerana
apa yang telahku kemukakannya di dalam buku ini adalah diambil daripada
buku-buku Ahlu s-Sunnah secara khusus. Jika dia tidak berpuas hati
dengan apa yang ada di dalamnya, maka dia harus memarahi kaumnya; Ahlu
s-Sunnah kerana aku hanya memindahkan kata-kata mereka sahaja. Dan
jikalau dia seorang yang mempercayai keadilan para imam dan para ulama
Ahlu s-Sunnah, maka dia harus menerima hakikatnya kerana aku telah
mengambil rujukan tersebut daripada buku-buku mereka.
Lantaran itu wajiblah baginya berpegang kepada
pendapat-pendapat mereka. Oleh itu dia tidak akan menentangku lagi;
jikalau tidak, tinggalkan dia dengan keadaannya.
Akhirnya aku mengemukakan ucapan terima kasihku
kepada orang yang menyebabkan perubahan pemikiranku terutamanya
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Akha Husain al-Tabataba'i al-Burujurdi dan
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abdu l-Husain Syarafuddin. Semoga Allah
mengurniakan ganjaran kepada mereka berdua kerana Islam dan Muslimin dan
kepada hamba ini sebaik-baiknya ganjaran orang-orang yang baik. Maka
aku mengakhiri buku ini dengan beberapa bait syair berikut:
Kenapa aku memilih mazhab Ali Taha
aku memerangi kerabatku untuk menegakkannya.
Aku telah meninggalkan rumah-rumah moyangku dan keluargaku
dan kehidupan yang penuh kemewahan
Kerana aku telah melihat kebenaran suatu kenyataan
tuan rumah tidak meliputi selain daripadanya
Berpegang kepada Thaqalaini menjamin
awalnya dan akhirnya kejayaan
Ianya menjadi makhluk yang paling mulia
mewarisi kemuliaan dan pangkat ketinggian
Aku tidak peduli kehinaan selepas aku mengetahui
sesungguhnya Allah kerana kebenaran memilihnya
Aku tidak pentingkan dunia ini sesuatupun
apabila jiwa melaksanakan petunjuknya
Mazhabku tasyayyu' adalah satu kemegahan
bagi orang yang mencari kebenaran dan menyebarkannya
Cabangku daripada 'Ali, dia adalah permata
kemurnian dan masa padanya telah melindunginya
Tidak selamat di padang mahsyar seorangpun
berjalan pada selain mazhab 'Ali Taha
Aku selesai menulis buku ini pada 29hb. Dhul Hijjah 1380 Hijrah (1970M) di perpustakaanku di Bandar Halab, Syria.
Wa l-Hamdulillah awwalan wa akhiran zahiran wa batinan.
Daftar Isi :
MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS? 1
Oleh: Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki 1
Pengantar Penterjemah 2
Penghargaan 7
Pengantar 8
BAB SATU: SEJARAH RINGKAS HIDUPKU 10
Di Universiti al-Azhar 11
Guru-guruku di Universiti al-Azhar 11
Pencapaian Ijazah dari Universiti al-Azhar 11
Kembalinya kami ke tanah air 12
Perselisihan di kalangan mazhab empat 12
Fahaman Wahabi1 14
Siapakah Syi'ah? 16
Syi'ah adalah golongan yang berjaya 17
Sebab-sebab yang mendorong kami berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS 20
Dialog di antaraku dan para ulama Syi'ah 22
Mengkaji buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) 23
Buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah Syi'ah) untuk saudaraku 24
Beberapa kumpulan menjadi Syi'ah bersama-sama kami 25
Orang ramai membuat rujukan kepada kami 25
Muzakarah di antaraku dan saudaraku 26
Pengisytiharan Sebagai Syi'ah 28
Rancangan-rancangan jahat bagi menentang kami 31
Suatu keluhan 32
Sikap Imam Akbar Ayatullah al-Burujurdi terhadap kami 35
Lawatanku ke Iraq 35
Bandar Baghdad 35
Bandar Kazimiyyah yang mulia 36
Bandar Karbala al-Muqaddasah 36
Bandar Najaf al-Asyraf 36
Lawatanku ke Iran 37
Bandar Qom al-Muqaddasah 37
Bandar Khurasan 38
BAB KEDUA: SYI'AH DAN AL-QUR'AN 40
1. Ayat al-Wilayah 40
2. Ayat at-Tathir 54
3. Ayat al-Mubahalah 73
4. Ayat al-Muwaddah 82
5. Ayat Salawat 92
6. Ayat Tabligh atau Hadith al-Ghadir 98
Tahniah para sahabat kepada 'Ali kerana jawatan Khalifah 120
BAB KETIGA: SYI'AH DAN SUNNAH NABAWIYAH 135
1. Hadith al-Dar atau al-Indhar (Hadith jemputan di rumah atau hadith peringatan) 138
2. Hadith Thaqalain (Hadith dua perkara yang berharga) 146
3. Hadith al-Manzilah (Hadith mengenai kedudukan 'Ali dan Harun) 155
4. Hadith al-Safinah (Hadith Bahtera) 160
Nas Hadith 160
5. Hadith Madinah al-'Ilm (Hadith Bandar Ilmu) 167
BAB KEEMPAT: HADITS-HADITS YANG MENGHADKAN PENGGANTI NABI SAWW KEPADA DUA BELAS IMAM 179
BAB KELIMA: HADITS-HADITS TENTANG KELEBIHAN IMAM ALI DAN ZURIATNYA YANG SUCI 194
BAB KEENAM: PUJIAN NABI SAWW KEPADA SYI'AH ALI AS DAN AHLULBAIT-NYA AS 224
BAB KETUJUH: BENCANA SAQIFAH 231
Saqifah: Tahukah anda apakah Saqifah itu? 231
Golongan yang berjaya 232
Malapetaka Syura 236
Perbincangan Muhajirin dan Ansar 238
Khalifah Abu Bakar 239
Peranan Umar 240
'Umar dan khalifah 240
Kemudian datang peranan 'Uthman 244
Pemberontakan rakyat terhadap khalifah 247
Fitnah pembunuhannya 250
Penentangan 'Aisyah Terhadap 'Uthman 251
Khalifah yang hak adalah Imam Amiru l-Mukminin 'Ali AS 251
BAB KEDELAPAN: DIALOG-KU DENGAN ULAMA BESAR 254
Seorang Sunnah dan Syi'ah berdialog di sisiku 255
Dialogku dengan sekumpulan Ahlu s-Sunnah 257
Dialogku dengan seorang Syaikh al-Azhar 265
Dialogku dengan ulama Ahlu s-Sunnah yang masyhur mengenai turbah husainiyyah yang ta'ziyah 275
Peristiwa Pembohongan 284
Al-'I'rab 289
Peringatan 296
Penamat 29
Tidak ada komentar:
Posting Komentar