Bismillah al-Rahman al-Rahim.
Dengan haqnya Muhammad, dan Engkau ya Allah adalah
al-Mahmud (Maha terpuji), dengan haqnya ‘Ali dan Engkau ya Allah adalah
al-A’la (Maha tinggi), dengan haqnya Fatimah dan Engkau ya Allah adalah
Fatir al-samawat wa al-ard (Pencipta langit dan bumi), dengan haqnya
al-Hasan dan Engkau ya Allah adalah al-Muhsin, dan dengan haqnya
al-Husain, Engkaulah ya Allah yang qadim Ihsan-Nya.
Daripada Imam Kazim, tentang neneknya Fatimah al-Zahra’ a.s.:
Innaha siddiqah syahidah (Sungguhnya ia adalah orang yang benar serta mati syahid).[1]
katanya lagi, apabila diturunkan ayat berikut:
وءات ذالقربی حقه
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya…” (Surah al-Isra’ ayat 26).
Rasulullah s.a.w. pun memanggil Fatimah a.s. dan memberinya tanah Fadak.[2]
Sya'ir Fatimah al-Zahra
Fatimah as masuk ke masjid dan berjalan mengelilingi pusara ayahnya sambil melantunkan sya’ir:
“Kami kehilanganmu seperti kehilangan bumi pada hujan yang menyiramnya,
Kaummu telah menjadi huru hara dan saksikanlah mereka,
Sepeninggalanmu ada berita ada peristiwa,
Kalau bapa menyaksikannya nescaya tertanya mengapa begitu banyak bencana,
Dulunya Jibrail menemani kita dengan ayat yang diturunkan,
Tapi sekarang tiada lagi dan setiap kebaikan tiada kelihatan,
Kau adalah purnama dan cahaya yang menerangi kami,
Padamu turun dari tempat mulia, sebuah kitab suci,
Kini kami diserang dan dihina oleh beberapa lelaki,
Apabila kau hilang dari kami, kami lalu dimusuhi,
Kami akan menangisimu, selagi hidup di dunia ini,
Selagi ada air mata yang mengalir di mata kami.”
Fatimah as bersabar dan berserah kepada Allah
Selepas kembali dari masjid dan selepas memberikan
ucapan yang hebat serta hujjah-hujjah yang tepat kepada lawannya, ia pun
kembali ke rumah dan mendapati Abu al-Hasan (‘Ali) duduk di rumah, lalu
Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Ibnu Abi Talib, anda telah bersifat seperti kanak-kanak dalam kandungan (janin) dan berdiam diri seperti orang syak dan tidak yakin…lihatlah Ibnu Abi Qahafah itu, ia telah merampas pemberian ayahku dan sumber makanan dua anakku, ia telah memusuhiku dan aku telah membalas dengan memberi dalil yang kuat dalam ucapanku…” hingga akhir katanya.

Lalu ‘Ali menjawab,
“Usahlah mengikut perasaan wahai puteri Nabi pilihan dan bakinya nubuwwah! Aku tidaklah mencuaikan urusan agamaku dan tidak pula tersalah dalam menilai kudratku, jika anda mahukan sumber makanan, maka rezekimu dan kehidupanmu adalah terjamin. Apa yang aku dapat sediakan adalah lebih banyak dan baik daripada apa yang telah diberikan kepadamu, oleh itu berserahlah kepada Allah.”

Fatimah pun berkata,
“Aku berserah kepada Allah.” Lalu ia mendiamkan diri.[3]
“Aku berserah kepada Allah.” Lalu ia mendiamkan diri.[3]
‘Ali telah mengorbankan haknya dan hak isterinya
Fatimah a.s. dan berdiam diri terhadap orang yang merampas hak mereka
demi menjaga agama dan syari’at Saiyid al-mursalin daripada hilang dan
rosak kerana perselisihan umat.
Ayatullah al-‘Uzma al-Syaikh al-Tibrizi telah
membentangkan masalah Fadak ini dalam akhir perbahasannnya tentang
Qa’idah al-yad (kaedah memegang kuasa hak milik). Oleh karena pentingnya
perbahasan ini dan perlunya untuk umat mengetahui tentang persoalan
ini, maka Markas penyelidikan Aqidah (Dar al-Siddiqah al-Syahidah) telah
meminta daripada Samahah Ayatullah menulis dengan lebih terperinci
mengenai tajuk ini untuk dicetak yang dengannya mudahlah bagi mereka
yang berminat untuk mendapatkannya.
Fadak
Fadak dan hulu tujuh buah kampung pertanian di
pinggir Madinah al-Munawwarah mengunjur dari puncak bukit hingga
berhampiran laut, dan dari al-‘Arisy hingga ke Daumatul Jandal.
Riwayat daripada al-Zuhri menyatakan bahawa saki
baki kumpulan Yahudi penduduk Khaibar telah bertahan di sebuah kubu,
kemudian mereka meminta damai serta meminta jaminan agar darah mereka
tidak ditumpahkan dan diberikan kepada mereka laluan untuk keluar dari
Khaibar. Nabi s.aw. lalu menerima permintaan itu. Hal ini diketahui oleh
penduduk Fadak, lalu mereka membuat permintaan yang sama, dan mereka
pun diberi laluan keluar seperti mana yang diberikan kepada penduduk
Khaibar.
Tanah yang ditinggalkan oleh penduduk Fadak ini
dikhususkan kepada Nabi s.a.w. sahaja kerana ia bukanlah tanah atau
harta rampasan perang, sebaliknya merupakan harta yang ditinggalkan
musuh tanpa peperangan.
Menurut Abu Bakar Ahmad al-Jauhari, diriwayatkan
juga oleh Muhammad b. Ishaq bahawa setelah selesainya penduduk Khaibar
berurusan mengenai hal tersebut, maka gentar dan takutlah hati mereka.
Mereka lalu mengutus rombongan untuk berdamai dan Rasulullah s.a.w. pun
menerima permintaan mereka dengan bayaran separuh tanah Fadak diserahkan
kepada baginda.
Utusan mereka datang ke Khaibar, atau di
pertengahan jalan ke Khaibar selepas Rasulullah s.a.w. berada di Madinah
sebelumnya, lalu bagindapun menerima permintaan damai mereka itu.
Adapun tanah Fadak tersebut menjadi milik Rasulullah s.a.w. secara
khusus kerana ianya diperolehi tanpa melalui jalan peperangan sedikitpun
sama sekali. Ada pula riwayat yang mengatakan bahawa yang diserahkan
kepada baginda itu adalah keseluruhan Fadak sebagai syarat damai
sementara ada pula yang mengatakan hanya separuh sahaja dari Fadak yang
diserahkan, Allah jualah yang Maha mengetahui mana yang lebih benar
diantaranya.[4]
Pemberian Fadak kepada Fatimah a.s.
Tidak ada perselisihan pendapat antara ‘ulamak
Syi’ah, para sejarawan dan para mufassirinnya tentang tanah Fadak yang
diberikan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah. Sangat banyak
riwayat-riwayat Ahl al-Bait yang menjelaskan mengenai hal ini, malah
perawi dari madzhab lain juga turut mengakui akan berlakunya pemberian
ini, namun cukuplah kami sebutkan sebahagian sahaja daripada
riwayat-riwayat tersebut.
Patut juga disebut bahawa tanah Fadak telah menjadi
milik Fatimah selama tiga tahun sejak diberikan oleh bapanya, dan tidak
ada sesiapa pun yang menentang pemberian tersebut.
Fadak adalah pemberian atau hadiah kepada Fatimah
Tanah Fadak memang merupakan satu pemberian Nabi s.a.w. kepada Fatimah,[5]
oleh itu ada di kalangan para khulafa’ yang kemudiannya telah memulangkannya kembali kepada keturunan Fatimah,[6]
sedangkan yang lain pula merampasnya kerana mencontohi perbuatan Abu Bakar.
Daripada Abu Bakar al-Jauhari, yang berkata,
diriwayatkan oleh Hisyam b. Muhammad dari pada bapanya, yang berkata
bahawa Fatimah berkata kepada Abu Bakar,
“Ummu Aiman menjadi saksiku bahawa Rasulullah s.a.w. memberi Fadak kepadaku.”
“Ummu Aiman menjadi saksiku bahawa Rasulullah s.a.w. memberi Fadak kepadaku.”
Abu Bakar menjawab,
“Wahai Puteri Rasulullah…harta ini (Fadak) bukannya kepunyaan Nabi s.a.w., sebaliknya ia adalah kepunyaan kaum Muslimin yang dipegang oleh Nabi s.a.w. untuk dinafkahkan di jalan Allah. Aku hanya mengambil alih untuk meneruskan amalan itu apabila Rasulullah s.a.w wafat,.”

Kata Fatimah,
“Demi Allah, aku tidak akan bercakap denganmu lagi.”
“Demi Allah, aku tidak akan bercakap denganmu lagi.”
Jawab Abu Bakar,
“Demi Allah aku tidak akan berhijrah meninggalkan kamu.”
“Demi Allah aku tidak akan berhijrah meninggalkan kamu.”
Kata Fatimah,
“Demi Allah aku akan berdo’a (keburukan) ke atas kamu.”
“Demi Allah aku akan berdo’a (keburukan) ke atas kamu.”
Jawab Abu Bakar.
“Demi Allah aku akan berdoa’ (kebaikan) untukmu.”
“Demi Allah aku akan berdoa’ (kebaikan) untukmu.”
Ketika Fatimah hampir wafat, ia berwasiat melarang
Abu Bakar solat ke atas jenazahnya, maka jenazahnya dikebumikan pada
malam hari.[7]
Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah memberikan tanah Fadak kepada Fatimah
Ditakhrijkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, Ibn Abi Hatim dan Iban Mardawaih, dari Abu Sa’id al-Khudri katanya,
“Ketika turun ayat:
“Ketika turun ayat:
وءات ذاالقربی حقه
‘Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya’ (Surah al-Isra’ ayat 26), maka Rasulullah pun memanggil Fatimah dan memberikan kepadanya tanah Fadak.”[8]
Juga diriwayatkan dari berbagai saluran, selain saluran Abu Sa’id al-Khudri seperti yang disebut oleh penulis kitab Kanz al-‘Ummal, bahawa apabila turunnya firman Allah
وءات ذاالقربی حقه
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya,” Nabi s.a.w pun memanggil Fatimah dan memberikan kepadanya tanah Fadak.[9]
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya,” Nabi s.a.w pun memanggil Fatimah dan memberikan kepadanya tanah Fadak.[9]
Ditakhrijkan oleh Ibn Mardawaih, daripada Ibn ‘Abbas katanya,
“Apabila turun ayat:
“Apabila turun ayat:
وءات ذاالقربی حقه
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya”, Rasulullah s.a.w pun memberikan tanah Fadak kepada Fatimah.”[10]
Dari Abu Sa’id katanya, apabila turun ayat:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya”, Rasulullah s.a.w pun memanggil Fatimah dan
“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya”, Rasulullah s.a.w pun memanggil Fatimah dan
memberikan kepadanya tanah Fadak.[11]
Fadak adalah hak Fatimah
Selepas Nabi s.a.w. kembali ke Madinah, turunlah Jibrail membawa ayat,
وءات ذاالقربی حقه، والمسکین وابن السبیل و لا تبذر تبذیرا
“Dan berikanlah kepada kearabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau.”[12]
Maka Nabi s.a.w pun berfikir, siapakah kerabat yang
disebutkan itu? Dan apakah hak mereka itu? Kemudian turunlah Jibrail
sekali lagi bertemu Nabi s.a.w. lalu berkata,
“Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanmu memberikan tanah Fadak kepada Fatimah, lalu Nabi s.a.w. pun memanggil Fatimah dan berkata kepadanya,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkanku memberikan tanah Fadak kepadamu.” Oleh itu tanah itu pun menjadi milik Fatimah dan beliau membelanjakan hasilnya kepada orang miskin.

Seperti ini jugalah tafsiran para mufassirin
terkenal di kalangan ‘ulamak Ahl al-Sunnah, iaitu apabila turun ayat
yang bermaksud, “Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya”, Nabi s.a.w.
pun memanggil Fatimah lalu memberinya tanahFadak.[13]
Sejak itu tanah Fadak berada di dalam pemilikan
Fatimah. Ia diurus dan diusahakan oleh para pekerjanya dan hasilnya
diberikan kepada Fatimah sejak zaman Nabi .s.a.w. lagi. Dengan itu
Fatimah bebas membelanjakan pendapatannya dari hasil tanah tersebut;
sama ada dinafkahkan untuk kegunaan dirinya sendiri, keluarganya, atau
disedekahkan kepada orang miskin dan kepada yang memerlukan bantuan.
Namun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., Abu Bakar menghantar
sekumpulan orang untuk menghalau perkerja Fatimah dari tanah Fadak dan
kemudian telah merampasnya serta melakukan perbuatan yang menggambarkan
permusuhan.
Hukum Fiqh berkaitan Fadak
Apabila seseorang itu, misalnya A mendakwa bahwa
harta yang ada di tangan seorang lain (B) adalah miliknya, sedangkan
harta itu mungkin dimiliki oleh B dengan cara hibah (pemberian) atau
diwarisi dan sebagainya, maka dalam keadaan ini B boleh meminta A
memberi bukti tentang hakmilik itu.
Begitu juga halnya kalau seseorang mendakwa bahwa
harta yang ada di tangan seorang lain adalah miliknya kerana telah
diwasiatkan supaya ia mengambilnya, maka orang pertama itu adalah
pendakwa (plantif) dan orang kedua adalah respondan. Dalam kes begini
hakim meminta plantif mengadakan bukti untuk menetapkan pemilikannya.
Kata seorang alim, iaitu al-marhum al-Na’ini, kes Fadak adalah satu cabang kecil daripada peraturan hukum fiqh ini.[14]
Tanah Fadak sebenarnya telah dimiliki oleh Fatimah
sejak beberapa tahun lamanya, oleh itu beliau merupakan penguasa (Dhu
al-yad) ke atas tanah tersebut, sebagaimana katanya, “Fadak telah
dihadiahkan kepadaku.” Sekalipun Fadak telah dihadiahkan Nabi s.a.w.
kepada Fatimah, Abu Bakar pula mengatakan bahawa Nabi s.a.w. telah
mewasiatkannya untuk diberikan kepada kaum Muslimin seluruhnya. Oleh itu
Abu Bakar mestilah mengemukakan bukti.
Imam ‘Ali a.s. menegaskan bahwa Fatimah a.s. adalah
pemilik sah Fadak dan mengatakan ia adalah hadiah dari bapanya, oleh
itu Abu Bakar hendaklah mengadakan bukti bagi dakwaan yang mengatakan
sebaliknya.
Abu Bakar bepegang kepada satu Hadis yang
bermaksud, “Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, apa yang kami
tinggalkan adalah sadaqah.” Sedangkan maksud “apa yang kami tinggalkan
adalah sadaqah” itu sebenarnya ialah para nabi bukanlah ahli dunia yang
mengejar kekayaan dan mengumpul harta lalu menjadikannya sebagai warisan
pusaka. Oleh itu Hadis tersebut menafikan para nabi sukakan dunia
kerana sifat yang demikian itu berlawanan dengan sifatnya para rasul
utusan Allah Ta’ala.
Kesimpulannya, Hadis di atas bermaksud seperti yang
telah disebutkan, kerana mereka adalah pemimpin ummah, menyeru kepada
akhirat dan tidak tertawan oleh dunia.
Andainya ia bermaksud mereka tidak meninggalkan pusaka, maka ia adalah berlawanan dengan ayat al-Qur’an yang terang menyatakan,
وورث سلیمان داود
“Dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Dawud.” (Surah al-Naml ayat 16)
Juga ayat,
فهب لی من لدنک یرثنی و یرث من ءال یعقوب، و اجعله رب رضیا
“…oleh itu kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Ya’qub; dan jadikanlah dia wahai Tuhanku, seorang yang diredai dan disukai.” (Surah Maryam ayat 5-6)
Cara pembahagian pusaka juga diterangkan dalam ayat:
یوصیکم الله فی اولادکم
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.” (Surah al-Nisa’ ayat 11)
Oleh yang demikian Hadis dan percakapan Abu Bakar
itu menyalahi kalam Allah Ta’ala dan ayat al-Qur’an yang terang dan
jelas. Selain itu Fatimah adalah penghulu wanita dari awal hingga akhir,
beliau mengetahui segala hukum hakam Ilahi, jadi bagaimana Abu Bakar
berani menentang pendapatnya?
Imam ‘Ali a.s. meminta Abu Bakar menunjukkan bukti
tentang dakwaannya, kerana Fadak telah berada di dalam milik Fatimah.
Kemudian ‘Ali bertanya kepada Abu Bakar,
“Kepada siapakah diturunkan ayat
“Kepada siapakah diturunkan ayat
انما یرید الله لیذهب عنکم الرجس اهل البیت و یطهرکم تطهیرا
‘…sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perkara yang mencemarkan diri kamu, wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”? (Surah al-Ahzab ayat 33).
Abu Bakar menjawab,
“Ayat itu diturunkan kepada kamu.”
“Ayat itu diturunkan kepada kamu.”
‘Ali a.s. pun berkata,
“Kalau ada saksi mengatakan Fatimah .a.s melakukan perkara munkar (wal-‘iyazubillah) adakah kamu menjalankan hukum hudud kerana kesalahan itu”?.
“Kalau ada saksi mengatakan Fatimah .a.s melakukan perkara munkar (wal-‘iyazubillah) adakah kamu menjalankan hukum hudud kerana kesalahan itu”?.
Jawab Abu Bakar,
“Ya.”
“Ya.”
Kata ‘Ali pula,
“Kalau begitu anda telah menolak kesaksian Allah terhadap Fatimah, (kerana Allah telah menyaksikan bahawa Fatimah telah disucikan) lalu anda mengambil kesaksian manusia. Anda telah membatalkan hukum Allah Ta’ala dan Rasul-Nya dengan merampas tanah Fadak yang telah berada di tangan Fatimah semasa hayat bapanya lagi, sedangkan anda percaya bahawa anda tergolong di kalangan kaum Muslimin dengan perbuatan itu. Anda perlulah mengemukan bukti kerana Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya,
“Bukti keterangan hendaklah dibuat oleh yang mendakwa dan sumpah hendaklah dibuat oleh yang terdakwa.”[15]

Dalil yang diberi Fatimah dan khutbahnya
Daripada Ibn Abi al-Hadid, disampaikan oleh Abu
Bakar al-Jauhari, dengan sanadnya dari berbagai saluran yang sampai
kepada Zainab al-Kubra binti Fatimah al-Zahra’ dan kepada Husain b.’Ali
b. Abi Talib, daripada bapanya a.s. juga kepada Imam al-Baqir Ja’far b.
Muhammad b. ‘Ali a.s., dan kepada ‘Abdullah b. al-Hasan al-Muthanna Ibn
al-Imam al-Hasan cucu Nabi s.a.w., semuanya meriwayatkan sebagai
berikut:
Apabila Fatimah sampai ke tempat Abu Bakar, telah
ramai di kalangan Muhajirin dan Ansar yang hadir di situ, mereka
menangis melihat Fatimah kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w.
Fatimah lama berdiam diri dan suasana menjadi
senyap sepi, kemudian baharulah ia berkata, “Aku bermula dengan pujian
ke atas yang lebih aula diberi pujian, yang Maha tinggi dan Maha agung.
Segala puji bagi Allah di atas nikmat-Nya dan syukur ke atas segala
pemberian-Nya.”
Kemudian Fatimah memberi ucapan atau khutbah yang panjang dan pada akhirnya
ia barkata,
“Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan ta’atlah kepada
“Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan ta’atlah kepada
segala suruhan-Nya,
انما یخشی الله من عباده العلماءوا
“…sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.”[16]
“Pujilah Allah yang dengan kebesaran-Nya dan
cahaya-Nya seluruh isi langit dan bumi mencari wasilah untuk
mengenal-Nya, kami (Ahl al-Bait) adalah wasilah bagi sekelian
makhluk-Nya, kami adalah hujjah dalam keghaiban-Nya dan kami adalah
waris bagi para anbiya’-Nya.”
Kemudian katanya lagi,
“Aku ialah Fatimah anak perempuan Muhammad, aku mengatakan hal ini berulang kali, namun aku bukanlah mengatakannya secara berlebihan dan melampau, dengarlah dengan pendengaran yang sedar dan hati yang terbuka.
Firman Allah:

یا ایها النبی قل لازواجک ان کنتن تردن الحیوة الدنیا و زینتها فتعالین امتعکن و اسرحکن سراجا جمیلا
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.”[17]
“Jika kamu memuliakannya, maka kamu akan dapati
beliau adalah bapaku, bukannya bapamu.” Kemudian Fatimah menyambung
percakapnnya dengan panjang lebar.
Pada akhir ucapannya beliau berkata,
“Sekarang kamu mendakwa bahawa aku tidak boleh menerima pusaka bapaku:
“Sekarang kamu mendakwa bahawa aku tidak boleh menerima pusaka bapaku:
افحکم الجاهلیة یبغون و من احسن من الله حکما لقوم یوقنون
“Sesudah itu patutkah mereka bekehendak lagi kepada hukum-hukum Jahiliyah? (pada hal pada orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” (Surah al-Maidah ayat 50)
“Wahai kaum Muslimin sekelian, pusaka bapaku telah
dirampas daripadaku, adakah dengan hukum Allah wahai Abu Qahafah (Abu
Bakar) kamu mewarisi pusaka bapamu, sedangkan aku tidak boleh mewarisi
pusaka bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu perkara yang
besar kesalahannya!” Hingga akhir khutbahnya.[18]
Disebutkan dalam riwayat lain, seperti dalam kitab
al-Saqifah wa Fadak oleh Abu Bakar al-Jauhari dan lain-lain kitab,
bahawa Fatimah berkata di dalam khutbahnya:
“Adakah dengan sengaja kamu meninggalkan kitab Allah dan membuangkannya ke belakang sedangkan Allah berfirman:
وورث سلیمان داوود
“Dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Dawud.” (Surah al-Naml ayat 16)
“Allah menceritakan pula tentang Nabi Yahya dan Zakariya, firman-Nya:
...فهب لی من لدنک ولیا یرثنی و یرث من ءال یعقوب، واجعله رب رضیا
“…oleh itu kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Ya’qub; dan jadikanlah dia wahai Tuhanku, seorang yang diredai dan disukai.” (Surah Maryam ayat 5-6)
“Allah juga menyatakan,
یوصیکم الله فی اولادگم
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.” (Surah al-Nisa’ ayat 11)
“Kamu mendakwa bahawa aku tidak mempunyai habuan
dan tidak boleh mewarisi pusaka dari bapaku. Adakah terdapat ayat hukum
Allah yang mengeluarkan bapaku dari hukum asas yang telah disebutkan?
Atau adakah kamu mengatakan kalau dua orang yang berlainan agama tidak
boleh mewarisi antara satu sama lain? Tidakkah aku dan bapaku mempunyai
agama yang satu? Atau adakah kamu lebih mengetahui tentang al-Qur’an
lebih daripada bapaku sama ada makna khusus atau makna umumnya? Firman
Allah,
افحکم الجاهلیة یبغون، و من احسن من الله حکما لقوم یوقنون
“Sesudah itu patutkah mereka bekehendak lagi kepada hukum-hukum Jahiliyah? (pada hal pada orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” (Surah al-Maidah ayat 50)
Demikianlah seperti apa yang diceritakan oleh al-Jauhari.[19]
Hujjah-hujjah Imam ‘Ali a.s. dalam mensabitkan hak Fatimah al-Zahra’.
Imam ‘Ali berkata kepada Abu Bakar di hadapan
beberapa orang Muhajirin di dalam masjid, “Kenapa dilarang Fatimah
mewarisi tanah Fadak yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah kepadanya
dan menjadi miliknya sejak masa itu.”?[20]
Jawab Abu Bakar,
“Harta ini menjadi hak kaum Muslimin.”
Lalu ia memberikan hujjah bersandarkan Hadis (rekaannya) yang berbunyi,
“Apa yang kami tinggalkan adalah sadaqah.”[21]
“Harta ini menjadi hak kaum Muslimin.”
Lalu ia memberikan hujjah bersandarkan Hadis (rekaannya) yang berbunyi,
“Apa yang kami tinggalkan adalah sadaqah.”[21]
Untuk tujuan peribadinya dan untuk mencegah Fatimah
daripada mendapat haknya, Abu Bakar menambah bahagian kedua Hadis
tersebut, iaitu ungkapan, “Apa yang kami tinggalkan adalah sadaqah.”
Ungkapan ini diletakkan secara bersambung dengan ungkapan pertama iaitu,
“Kami para nabi tidak mewariskan pusaka.” Kemudian kedua ungkapan ini
diriwayatkannya kepada orang ramai.
Imam ‘Ali berkata lagi kepada Abu Bakar,
”Wahai Abu Bakar, adakah anda menghukum kami berlainan dengan hukum Allah yang dikenakan kepada seluruh kaum Muslimin? Andainya ada seorang Muslim memegang sejenis harta dan menggunakannya sesuka hati dengan alasan harta itu miliknya, lalu aku mendakwa bahawa harta itu milikku, maka di pihak manakah yang anda minta bukti”?

“Di pihak anda.”
“Di pihak anda.”
Kata Imam ‘Ali pula,
“Sekarang mengapa pula anda meminta bukti dari Fatimah, sedangkan harta itu telah berada di tangannya dan telah memilikinya sejak zaman bapanya Rasulullah s.a.w. dan terus memilikinya hingga sesudah bapanya wafat? Mengapa anda tidak meminta bukti dari kaum Muslimin yang mendakwa bahawa harta itu adalah harta mereka”?

Abu Bakar diam dan tidak dapat memberikan jawaban.
Lalu ‘Umar berkata,
“Tinggalkanlah kami dengan keadaan kami ini, kerana kami tidak dapat berhujjah dengan anda, jika ada saksi-saksi yang adil, maka tanah itu adalah hak Fatimah, kalau tidak ia adalah harta fai’ (harta yang ditinggalkan musuh) dan menjadi hak kaum Muslimin.”

Maka kata Imam ‘Ali,
“Wahai Abu Bakar adakah anda membaca al-Qur’an.”?
“Wahai Abu Bakar adakah anda membaca al-Qur’an.”?
“Ya.” Sahut Abu Bakar.
Lalu kata Imam ‘Ali lagi,
“Katakan kepadaku tentang ayat al-Qur’an yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah hanyalah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu, wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” Kepada siapakah ayat ini diturunkan? Kepada kami atau kepada orang lain daripada kami.”?

“Kepada kamulah ayat ini diturunkan.
“Kepada kamulah ayat ini diturunkan.
Lalu kata Imam ‘Ali,
“Andainya ada saksi mengatakan Fatimah melakukan kekejian (na’udhubillah), apakah yang kamu akan lakukan?
Abu Bakar menjawab,
“Aku akan menjalankan hukum hudud ke atasnya sebagaimana juga yang dikenakan kepada seluruh kaum Muslimin.”

Kata Imam ‘Ali, “Kalau begitu anda kafir.”
“Mengapa pula.”? Tanya Abu Bakar.
Jawab Imam ‘Ali,
“Kerana anda mengingkari kesaksian Allah T’ala yang telah menetapkan kesucian Fatimah, sebaliknya anda menerima kesaksian manusia terhadapnya. Ini bererti anda telah menolak hukum Allah dan Rasul-Nya tentang hak Fatimah dalam hal tanah Fadak dan anda berpendapat ia adalah harta kaum Muslimin seluruhnya, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Bukti adalah bagi pendakwa dan sumpah adalah bagi yang kena dakwa.”
Para hadirin yang ada di majlis itu pun saling
berbisik dan merasa sangat setuju dengan pendapat Imam ‘Ali,[22] tetapi
Abu Bakar dan para khulafa’ yang lain tidak ingin mendengar pendapat
‘Ali ini kerana kepentingan diri mereka, lalu mereka merampas tanah
Fadak, sedangkan mereka mengetahui kebenaran itu di pihak ‘Ali.[23] Ini
kerana pada pandangan mereka kalau tanah Fadak itu berada di dalam milik
Fatimah, ia akan membahayakan kedudukan khilafah mereka, kerana
kononnya orang ramai akan menyokong ‘Ali. Tetapi sejak bila pula ‘Ali
menghimpunkan orang di sekelilingnya dengan menggunakan pengaruh harta?
Imam 'Ali mempertahankan tanah Fadak
Imam ‘Ali tetap bersabar di atas kezaliman para
khulafa’ terhadap dirinya, di antaranya ialah kesabaran di atas
perampasan tanah Fadak. Ini dilakukannya semata-mata ingin hendak
menjaga agama dan umat Islam daripada berpecah.
Adapun para khulafa’ pula, mereka merancang hendak
menghapuskan Islam dan menggunakan berbagai cara untuk mencapai tujuan
mereka. Oleh itu Imam ‘Ali telah menulis sepucuk surat kepada Abu Bakar
apabila Abu Bakar merampas tanah Fadak. Dalam surat itu Imam ‘Ali telah
menerangkan hakikat sebenarnya kedudukan tanah tersebut. Surat itu penuh
dengan bahasa kiasan
Kandungan surat 'Ali a.s. kepada Abu Bakr tentang Fadak
Kata Amir al-Mu’minin ‘Ali dalam risalahnya kepada
Abu Bakar setelah beliau mendengar percakapan Abu Bakar yang merampas
tanah Fadak daripada Fatimah a.s.:
“Kamu sekelian telah mengharung lautan gelora dan
dilambung ombak fitnah dengan meninggalkan bahtera keselamatan (Ahl
al-Bait), kamu juga membuang mahkota kemuliaan dengan pertolongan
golongan penipu, kamu mencari cahaya dalam cahaya dan merompak harta
pusaka Ahl al-Bait yang suci dan disucikan, lalu kamu menanggung dosa
kerana merampas pemberian Nabi pilihan. Aku melihat kamu seperti orang
buta yang meraba-raba dan teragak-agak berjalan dan berkeliling seperti
berjalannya unta berkeliling menarik kincir atau kisar tepung. Demi Allah,
kalau aku diizinkan melakukan sesuatu yang kamu tidak tahu, aku akan
tuai (potong) kepala kamu sehingga bercerai dari badan seperti aku
menuai tanaman yang sedang berbuah dengan menggunakan pedang besi, aku
juga boleh mencabut tengkorak pahlawan kamu yang berani dengan cukup
dahsyat dan ganas, kerana sejak aku berperang aku tidak pernah dikalahkan
dan semua pahlawan kafir Quraisy aku musnahkan. Sekarang kamu
mengatakan bahawa kami tidak boleh mendapat nubuwwah dan khilafah
keduanya sekali serta kamu mula menyebut semula dendam terhadapku kerana
membunuh pahlawan kafir Quraisy di perang Badar dan Uhud.”
Demi Allah kalau tidak kerana sebab yang telah ku
sebutkan, iaitu perkara ini telah ditakdirkan, nescaya tulang rusuk kamu
akan ku tolak masuk ke dalam perut kamu seperti gigi roda kincir
bersilang masuk mengikut alurnya yang ditetapkan. Andai kusebutkan
perkara ini, kamu mengatakan aku berhasad dengki, tetapi seandainya aku
diam, kamu akan mengatakan Ibn Abi Talib ini takut mati. Sebenarnya aku
sekali-kali tidak takut mati, tidak takut menempuh maut walaupun di
tengah malam yang gelap pekat. Aku punya dua bilah pedang yang berat dan
dua lembing yang panjang, akulah pembawa bendera dalam peperangan
merempuh musuh, akulah pembuka jalan bagi segala halangan yang
menentang. Demi Allah! Bagi Ibn Abi Talib, maut itu adalah teman yang
mesra, lebih daripada anak kecil yang bermesra dengan ibunya. Kalau aku
terangkan dan tafsirkan apa yang ada di dalam kitab Allah tentang diri
kamu, nescaya kamu akan menggelabah dan menggeletar sebagaimana
menggeletarnya bulu-bulu burang ditiup angin dan kamu akan keluar dari
rumah melarikan diri dengan keadaan hina dan dukacita. Tetapi aku
menahan perasaanku, sehingga aku bertemu Tuhanku dengan tangan kosong,
tidak merasai sebarang kelazatan dan kemewahan seperti kamu. Bagiku
dunia kamu itu adalah seperti awan yang naik tinggi lalu mengumpul wap
hujan, kemudian turun menjadi hujan lalu hilang lesap begitu sahaja.
“Lambat laun hakikat kebenaran akan jelas
kelihatan, seperti jelasnya pandangan selepas debu peperangan turun dan
berakhir. Kamu akan menuai buah dan hasil kejahatan yang kamu tanam,
kamu akan dapat hasil usaha kamu berupa racun pahit yang berbisa serta
membunuh dengan serta merta. Cukuplah Allah menjadi hakim, Rasulullah
sebagai tempat bicara atau berhukum dan Kiamat tempat kita berdiri
menanti hukuman. Allah tidak akan melepaskan sesiapa pun dari
hukuman-Nya. Salam ke atas orang yang mengikuti pertunjuk.”
Apabila Abu Bakar membaca surat itu, ia pun merasa
sangat takut, seram dan gementar, lalu ia berkata, “Subhanallah,
alangkah beraninya tindakanku sedangkan orang lain tidak berani
melakukannya.
“Wahai kaum Muhajirin dan Ansar, kamu mengetahui
bahawa aku bermesyuarat dengan kamu tentang tanah Fadak selepas wafatnya
Rasulullah s.a.w. lalu kamu berkata bahawa para nabi tidak meninggalkan
harta pusaka dan harta ini wajiblah dicampurkan dengan harta fai’ serta
digunakan untuk membeli binatang tunggangan dan alat senjata serta
dibelanjakan untuk tujuan jihad dan menjaga sempadan negara. Oleh itu
kita menurut dan setuju dengan pendapat kamu, tetapi orang yang mendakwa
haknya tidak setuju, sekarang ia memberi ugutan dan janji buruk serta
ancaman. Dia memberi alasan kerana hak dan hubungan dengan Nabinya
Muhammmad s.a.w., oleh itu demi Allah aku menarik diri dari keputusan
tadi dan tidak akan meneruskannya karena aku tidak suka kepada ‘Ali b.
Abi Talib dan tidak mahu bersengketa dengannya. Siapakah yang berani
melawan ‘Ali dan mengalahkannya.”?
Jawab ‘Umar b. Al-Khattab,
“Mengapa kamu tidak boleh bercakap perkara lain selain ini? Tidakkah kamu selalu mendahului dalam peperangan dan pemurah pula ketika kesempitan? Subhanallah! Alangkan kecilnya hati dan jiwa kamu. Kami telah memilih kamu sebagai pelindung tempat kami minum air, tetapi kamu tetap juga enggan dan terus merasa dahaga, sedangkan pada ketika ini semua orang Arab telah tunduk serta patuh kepada kamu. Kamu telah menguasai golongan berpengaruh dan pandai mentadbir, kalau tidak tentulah ‘Ali b.Abi Talib telah menghancurkan tulang temalang kamu menjadi debu. Pujilah Allah yang telah memberi peluang kepada kamu, bersyukurlah kepada-Nya, kerana sesiapa yang dapat naik ke atas mimbar Rasulullah s.a.w. patutlah ia bersyukur kepada-Nya. Adapun ‘Ali b. Abi Talib ini adalah seperti batu pejal yang keras dan tidak akan mengalirkan airnya kecuali dipecahkan, juga seperti ular yang berbisa yang hanya dapat dijinakkan dengan jampi, atau seperti pohon kayu yang pahit, kalau disapu dengan madu pun ia tetap pahit juga. Dia telah membunuh para pembesar Quraisy sehingga musnah semuanya, dia juga mempermalukan mereka semalu-malunya. Sekarang ini kamu telah mendapat tempat yang teguh dan selesa, oleh itu kamu jangan takut kepada ancamannya dan jangan gentar kepada gertakannya, kerana aku akan menutup pintunya sebelum ia menutup pintu kamu.”

Lalu Abu Bakar menjawab,
“Aku merayu kepada kamu dengan nama Allah wahai ‘Umar, janganlah ikutkan perasaan marah dan melakukan kekerasan, demi Allah kalau Ibn Abi Talib itu mahu membunuhku dan membunuhmu, kita akan mati terbunuh dengan kuasa tangan kirinya sahaja tanpa menggunakan tangan kanannya. Kita tidak akan terlepas dan selamat darinya kecuali disebabkan tiga perkara berikut, iaitu pertamanya dia (‘Ali) hanya berseorangan, tidak ada siapa yang membantunya. Kedua dia tetap mengikut wasiat sepupunya Rasulullah s.a.w. terhadap kita, iaitu dia dilarang bertindak. Ketiga semua kabilah Arab yang diperanginya ketika mereka menentang Islam telah dilanyaknya seperti unta muda melanyak tanaman di musim bunga. Ketahuilah bahawa kalau tidak kerana tiga sebab ini, kepimpinan umat ini akan dapat ke tangannya walaupun kita benci kepadanya. Adapun dunia ini tidak ada erti langsung baginya, dia takut kepada kemewahan dunia seperti kita takut menemui ajal kematian.

“Lupakah kamu kepada peristiwa pada hari peperangan
Uhud? Pada ketika itu kita semua telah lari naik ke atas bukit,
sedangkan ‘Ali telah dikepung di segenap sudut oleh tentera musuh yang
terdiri dari semua pahlawan terbilang mereka dan mereka berazam hendak
membunuhnya, tidak ada jalan keluar bagi ‘Ali, tetapi kemudian ia
memusing tunggangannnya sehingga tikaman musuh tidak mengenainya,
seterusnya ia berdiri di atas binatang tunggangannya sambil mengetuk
pelananya ia berkata,
“Ya Allah, ya Allah, ya Jibrail, ya Jibrail, ya Muhammad, ya Muhammad, kejayaan, kejayaan.” Kemudian dia menuju ke arah ketua kaum itu lalu menetak dengan senjatanya hingga terbelah dua, selepas itu dia pergi kepada pembawa bendera lalu membelah kepalanya hingga ke badan dan kepala binatang tunggangannya, semuanya terbelah dua. Apabila melihat kejadian itu, semua musuh pun melompat melarikan diri, tetapi ada yang menjadi mangsa pedangnya lalu jatuh ke bumi belumuran tanah dan darah serta melayanglah nyawa mereka. Adapun kita akan menerima nasib yang sama atau lebih teruk lagi kalau kita tidak dapat menahan perasaan dan terus melawannya dengan pedang. Oleh itu kita hendaklah memalingkan perhatiannya kepada perkara lain dan berlembut dengannya. Ketahuilah bahawa kalau tidak kerana satu ayat yang diturunkan dari Kitab Allah nescaya kita tentu akan binasa, ayat itu ialah firman Allah:

ولقد عفا عنکم
“…dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu.”[24]
“Oleh itu tinggalkanlah lelaki ini, janganlah kamu
terpedaya dengan kata-kata Khalid yang mengatakan bahawa dia boleh
membunuhnya, kerana Khalid tidak akan dapat melakukannnya, sebaliknya
kalau dia cuba memanahnya, maka Khalid akan jadi orang pertama yang
terbunuh oleh tangannya, kerana memang keturunan ‘Abd Manaf kalau
menyerang akan mengalahkan musuh terutamanya ‘Ali b. Abi Talib yang
merupakan taringnya yang terbesar, kemuncak belakangnya yang terpanjang
dan kepalanya yang terbesar. Salam ke atas mereka yang menurut
pertunjuk.”[25]
Ali b. Abi Talib berdiam diri untuk menjaga agama dan syari'at Nabi Sayyid al-Mursalin
Imam ‘Ali berdiam diri dan bertenang supaya tidak
berlaku huru hara dan perang saudara dalam negeri, kerana beliau melihat
bahawa menuntut haknya dalam suasana yang ada pada masa itu akan
membahayakan agama dan menghapuskan Islam, bahawa seandainya berlaku
perang di kalangan sesama kaum Muslimin, maka banyaklah mereka yang
menanti peluang untuk murtad atau kembali semula kepada zaman sebelum
Islam. Oleh itu, banyak riwayat di kalangan Ahl al-Bait menyatakan
bahawa sekembalinya Fatimah Zahra’ a.s. dari masjid setelah memberikan
khutbahnya yang penting dengan membentangkan hujjah yang sangat kuat ke
atas pihak lawan, beliau pun berkata pula kepada Abu al-Hasan (‘Ali),
“Wahai Ibn Abi Talib, anda bersifat seperti janin (anak dalam
kandungan), duduk di bilik seperti orang tidak yakin, anda membatalkan
perjuangan menentang penyelewengan, lalu anda dikhianati kerana sikapmu
yang mengasingkan diri. Ibn Abi Qahafah ini telah merampas pemberian
bapaku dan bekalan dua anak lelakiku, dia dengan terang memusuhiku dan
aku telah pun mengecamnya…”
‘Ali menjawab,
“Kawallah perasaanmu dan sabarlah wahai puteri Nabi pilihan dan baki kenabian, aku tidak mencuaikan urusan agamaku dan tidak pula tersalah dalam menilai kudratku, jika anda mahukan sumber makanan, maka rezekimu dan kehidupanmu adalah terjamin. Apa yang aku dapat sediakan adalah lebih banyak dan baik daripada apa yang diberikan kepadamu.”

Seterusnya para perawi meriwayatkan, sedang ‘Ali
bercakap dengan Fatimah dan menenangkan hatinya, azan pun berkumandang
dari masjid, lalu ‘Ali berkata kepada Fatimah,
“Wahai puteri Rasulullah, jika anda ingin mendengar suara azan ini terus berkumandang di udara dan mengingatkan anda kepada masa hayat bapamu Rasulullah s.a.w. maka berserahlah kepada Allah dan bersabarlah.”

Maka jawab Fatimah,
“Aku berserah kepada Allah.” Kemudian beliau pun diam.[26]
“Aku berserah kepada Allah.” Kemudian beliau pun diam.[26]
Maka ‘Ali pun mengorbankan haknya dan hak isterinya
Fatimah, dan mereka pun berdiam diri demi untuk menjaga agama dan
syari’at Sayyid al-Mursalin dari hilang lesap dimakan huru-hara dan
peperangan.
Fatimah adalah wanita terbaik dan penghulu mereka
Terdapat berbagai riwayat Ahl al-Sunnah yang
mengakui bahawa Rasulullah s.a.w. beberapa kali bersabda bahawa Fatimah
a.s. adalah wanita terbaik. Sabda Nabi s.a.w. ini adalah keterangan
hakiki yang tidak dipedulikan oleh orang yang pertama merampas khilafah
(jawatan khalifah) sedangkan dia berhadapan dengan Fatimah tetapi
membelakangkan perintah Rasulullah s.a.w.
Ini terbukti dengan apa yang diriwayatkan oleh
‘Aisyah yang katanya pernah pada suatu masa, Fatimah a.s. datang
berjumpa Nabi s.a.w., beliau berjalan dengan gaya berjalan yang saling
tak tumpah persis cara berjalannya Rasulullah. Setelah sampai, dia pun
disambut oeh Nabi s.a.w.sambil bersabda, “Selamat datang anakku.”
Kemudian dipersilakannya duduk di sebelah kanan atau sebelah kiri.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w. berbisik kepadanya, lalu dia menangis,
aku pun bertanya kepadanya mengapa dia menangis? Seterusnya Rasulullah
s.a.w. lalu berbisik lagi, lalu dia pun ketawa.
Aku pun berkata kepadanya,
“Aku tidak pernah melihat seperti keadaan hari ini, duka dan gembira begitu berhampiran.” Kemudian aku bertanya kepada Fatimah mengenai yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. itu.
“Aku tidak pernah melihat seperti keadaan hari ini, duka dan gembira begitu berhampiran.” Kemudian aku bertanya kepada Fatimah mengenai yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. itu.
Fatimah menjawab,
“Aku tidak akan membuka rahsia yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.”
“Aku tidak akan membuka rahsia yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.”
Kata ‘Aisyah lagi, setelah Rasulullah wafat aku pun
bertanya kepada Fatimah tentang rahsia itu, lalu jawabnya,
“Rasulullah memberitahu kepadaku satu rahsia, iaitu pada kebiasaannya setiap tahun Jibrail datang membentangkan al-Qur’an sekali sahaja, tetapi pada tahun itu dua kali, katanya lagi, ini menunjukkan ajalnya telah dekat dan aku adalah keluarganya yang paling awal menyusul dan mengikutnya. Mendengar demikian aku pun menangis. Kemudian katanya, tidakkah kamu reda menjadi penghulu seluruh wanita ahli syurga atau seluruh wanita kaum Mu’minin? Mendengar demikian aku pun ketawa.”[27]

Juga dari ‘Aisyah Umm al-Mu’minin yang berkata:
Pada suatu ketika, kami para isteri Nabi s.a.w. semuanya berada di
sisinya, tidak ada seorang pun yang tertinggal. Kemudian datanglah
Fatimah berjalan menuju kami dengan gaya jalan yang saling tak tumpah
dengan gaya jalannya Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah melihatnya,
bagindapun menyambut Fatimah dengan bersabda,
“Selamat datang anakku.”
“Selamat datang anakku.”
Kemudian baginda mempersilakan Fatimah duduk di
sebelah kanan atau sebelah kiri dan memberitahu sesuatu secara rahsia,
lalu Fatimah menangis teresak-esak. Melihat kesedihan yang yang
ditanggung Fatimah, Rasulullah pun memberitahu sekali lagi secara
berahsia satu perkara lain pula, lalu Fatimah pun ketawa.
Kata ‘Aisyah lagi, aku pun berkata kepada Fatimah,
“Aku adalah salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. tetapi beliau telah memberi keistimewaan kepadamu seorang dengan membisikkan satu rahsia, sehingga kamu menangis.”
“Aku adalah salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. tetapi beliau telah memberi keistimewaan kepadamu seorang dengan membisikkan satu rahsia, sehingga kamu menangis.”
Setelah Rasulullah s.a.w. beredar aku pun bertanya lagi kepadanya,
“Apakah yang menyebabkan kamu begitu gembira.”?
“Apakah yang menyebabkan kamu begitu gembira.”?
Fatimah menjawab,
“Aku tidak akan membuka rahsia Rasulullah yang diberikan kepadaku.”
“Aku tidak akan membuka rahsia Rasulullah yang diberikan kepadaku.”
Setelah Rasulullah s.a.w.wafat, aku pun bertanya
lagi,
“Kamu telah berazam menyimpan rahsia itu semasa hayatnya, bolehkah kamu khabarkan sekarang.”?
“Kamu telah berazam menyimpan rahsia itu semasa hayatnya, bolehkah kamu khabarkan sekarang.”?
Fatimah menjawab,
“Sekarang ini bolehlah.”
Lalu beliau menceritakan kepadaku seperti berikut:
“Sekarang ini bolehlah.”
Lalu beliau menceritakan kepadaku seperti berikut:
“Adapun rahsia pertama yang dibisikkan kepadaku
ialah bapaku mengatakan bahawa Jibrail biasanya membentangkan al-Qur’an
sekali setahun, tetapi pada tahun itu dua kali, ini menunjukkan ajalnya
telah hampir, oleh itu beliau menyuruhku bertaqwa kepada Allah dan
bersabar, lalu aku menangis seperti yang kamu lihat. Apabila beliau
melihat aku sangat bersedih, beliau lantas berbisik kepadaku kali kedua
dengan katanya, ‘Wahai Fatimah, tidakkkah kamu redha menjadi penghulu
wanita golongan Mu’minin atau penghulu wanita umat ini.’”?[28]
Di dalam Sunan al-Tirmidhi, iaitu dalam bab Manaqib
Hasan dan Husain a.s., diriwayatkan dari Hudhaifah, katanya: Ibuku
bertanya kepadaku,
“Berapa lama kamu bersamanya.”? Maksudnya bersama dengan Nabi s.a.w.
“Berapa lama kamu bersamanya.”? Maksudnya bersama dengan Nabi s.a.w.
Jawabku.
“Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya, sejak sekian-sekian lamanya.”
“Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya, sejak sekian-sekian lamanya.”
Ibuku terus mendesakku supaya menceritakan dengan
lebih lanjut lagi, lalu aku berkata kepadanya, “Benarkan aku pergi
berjumpa Nabi s.a.w. untuk bersolat maghrib bersamanya dan meminta do’a
supaya diampunkan dosaku dan dosa ibu sekali.”
Seterusnya aku pun pergi berjumpa Nabi s.a.w. dan
bersolat maghrib bersamanya, kemudian bersolat ‘isyak dan solat sunat.
Aku pun mengikuti semua solatnya dan apabila mendengar suaraku ia pun
bertanya,
“Siapakah ini, adakah kamu Hudhaifah.”?
“Siapakah ini, adakah kamu Hudhaifah.”?
“Ya.” Jawabku.
Rasulullah s.a.w. pun bertanya,
“Apakah hajat kamu, untuk minta keampunan Allah ke atas kamu dan ibumu? Pada malam ini ada satu mala’ikat yang tidak pernah turun ke bumi, ia telah meminta izin daripada Tuhannya untuk memberi salam kepadaku dan memberi khabar gembira, iaitu Fatimah adalah penghulu wanita ahli syurga sedangkan Hasan dan Husain pula adalah penghulu pemuda ahli syurga.”[29]

Daripada ‘Aisyah, katanya: Ketika Nabi s.a.w.
sedang sakit yang membawa kepada kewafatannnya, baginda bersabda kepada
Fatimah,
“Wahai Fatimah, tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita seluruh alam, penghulu wanita umat ini dan penghulu wanita kaum Mu’minin.”?[30]
“Wahai Fatimah, tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita seluruh alam, penghulu wanita umat ini dan penghulu wanita kaum Mu’minin.”?[30]
Juga diriwayatkan oleh ‘Imran b. Husain katanya,
bahawa Nabi s.a.w. bertanya kepadanya,
“Aku hendak pergi menziarahi Fatimah kerana beliau sedang sakit, mahukah kamu pergi bersamaku.”?
“Aku hendak pergi menziarahi Fatimah kerana beliau sedang sakit, mahukah kamu pergi bersamaku.”?
“Bahkan, tentulah mahu!” Jawabku.
Kemudian kami pun pergi sehingga sampai ke pintu
rumah Fatimah lalu baginda pun memberi salam dan meminta izin masuk.
Kemudian baginda bersabda,
“Bolehkah aku masuk bersama seseorang yang bersamaku.”?
“Bolehkah aku masuk bersama seseorang yang bersamaku.”?
Jawab Fatimah,
“Ya, dengan orang yang bersamamu wahai bapaku, tetapi demi Allah aku hanya punya kain buruk untuk dibuat tudung,”
“Ya, dengan orang yang bersamamu wahai bapaku, tetapi demi Allah aku hanya punya kain buruk untuk dibuat tudung,”
Maka Nabi s.a.w. pun mengajarnya cara menutup
‘aurat dengan kain buruk tersebut. Kemudian Fatimah berkata,
“Aku tidak ada kain penutup kepala.”
Lalu Nabi s.a.w. pun mengambil kain lusuh di kepalanya dan menyuruh Fatimah menutup kepalanya dengan kain tersebut, kemudian barulah kami masuk.
“Aku tidak ada kain penutup kepala.”
Lalu Nabi s.a.w. pun mengambil kain lusuh di kepalanya dan menyuruh Fatimah menutup kepalanya dengan kain tersebut, kemudian barulah kami masuk.
Nabi s.s.w. seterusnya bertanya,
“Bagaimana keadaanmu wahai anakku.”?
“Bagaimana keadaanmu wahai anakku.”?
Jawab Fatimah,
“Aku sakit, tambahan pula tidak ada makanan untuk dimakan.”
“Aku sakit, tambahan pula tidak ada makanan untuk dimakan.”
Kata Nabi s.a.w. lagi,
“Wahai anak perempuanku, tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita seluruh alam.”?
“Wahai anak perempuanku, tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita seluruh alam.”?
Sahut Fatimah pula,
“Wahai bapaku, di mana pula kedudukan Maryam binti ‘Imran.”?
“Wahai bapaku, di mana pula kedudukan Maryam binti ‘Imran.”?
Kata Nabi s.aw. pula.
”Dia menjadi penghulu wanita dalam alamnya dan kamu menjadi penghulu pada alam kamu pula. Demi Allah aku telah mengkahwinkan kamu dengan seorang penghulu di dunia dan di akhirat.”[31]
”Dia menjadi penghulu wanita dalam alamnya dan kamu menjadi penghulu pada alam kamu pula. Demi Allah aku telah mengkahwinkan kamu dengan seorang penghulu di dunia dan di akhirat.”[31]
Dari Jabir b. Samurah katanya, Nabi s.a.w telah
datang ke suatu majlis lalu baginda duduk kemudian berkata,
“Fatimah sedang sakit.”
“Fatimah sedang sakit.”
Kata para sahabat,
“Kalaulah kami dapat menziarahinya.”
“Kalaulah kami dapat menziarahinya.”
Nabi s.a.w. pun bangun mengajak mereka pergi dan
berjalan hingga sampai ke pintu rumah Fatimah yang mempunyai alat
pengetuk pintu, lalu Nabi s.a.w. mengetuknya dan menyuruh Fatimah
berpakaian menutup aurat dan berkemas diri kerana beberapa orang ingin
menziarahinya.
Fatimah pun berkata,
“Wahai Nabi Allah, aku tidak mempunyai apa-apa kecuali sehelai kain buruk.”
“Wahai Nabi Allah, aku tidak mempunyai apa-apa kecuali sehelai kain buruk.”
Nabi s.a.w. pun mencampakkan kain selendangnya ke sebalik pintu sambil berkata,
“Gunakanlah kain ini untuk menutup kepalamu.”
“Gunakanlah kain ini untuk menutup kepalamu.”
Kemudian Nabi s.a.w. dan kumpulan tersebut pun
masuk ke dalam serta duduk seketika. Selepas itu mereka pun keluar
sambil berkata,
“Demi Allah! Anak perempuan Nabi kita s.a.w. dalam keadaan begini (tiada pakaian kecuali kain buruk).”
“Demi Allah! Anak perempuan Nabi kita s.a.w. dalam keadaan begini (tiada pakaian kecuali kain buruk).”
Kata Jabir, aku pun berpaling kepada Nabi s.a.w.
lalu baginda bersabda,
“Sesungguhnya dia adalah penghulu wanita pada hari Qiyamat.”[32]
“Sesungguhnya dia adalah penghulu wanita pada hari Qiyamat.”[32]
Terdapat juga riwayat dari Abu Hurairah, katanya:
Pada suatu hari yang panas, Rasulullah s.a.w. lambat datang menemui
kami, apabila menjelang petang, seorang daripada kami berkata,
“Kami merasa susah hati kerana lambat melihatmu hari ini wahai Rasulullah.”
“Kami merasa susah hati kerana lambat melihatmu hari ini wahai Rasulullah.”
Jawab Rasulullah s.a.w,
“Ada satu malaikat di langit yang belum pernah menziarahiku, lalu ia meminta izin dengan Allah untuk menziarahiku dan memberitahu khabar gembira kepadaku, iaitu, anak perempuanku Fatimah adalah penghulu wanita umatku serta Hasan dan Husain pula adalah penghulu para pemuda ahli syurga.[33]

Kata ‘Aisyah pula, ketika Rasulullah s.a.w. sakit,
iaitu sakit yang membawa kepada kewafatannya, baginda bersabda,
“Wahai Fatimah anak perempuanku, tundukkan kepalamu ke arahku.”
“Wahai Fatimah anak perempuanku, tundukkan kepalamu ke arahku.”
Fatimah pun menundukkan kepalanya dan Nabi s.a.w.
pun membisikkan sesuatu kepadanya buat seketika, lalu kelihatan Fatimah
menangis dengan disaksikan oleh ‘Aisyah, kemudian Nabi s.a.w. menyuruh
Fatimah tunduk kepadanya sekali lagi dan membisikkan sesuatu, lalu
Fatimah ketawa.
‘Aisyah bertanya keapda Fatimah,
“Apa bapamu bisikkan.”?
“Apa bapamu bisikkan.”?
Jawab Fatimah,
“Adakah kamu menyangka beliau membisikkan rahsia kepadaku dan kemudian membuka pula rahsia itu kepada orang semasa hayatnya.”?
“Adakah kamu menyangka beliau membisikkan rahsia kepadaku dan kemudian membuka pula rahsia itu kepada orang semasa hayatnya.”?
‘Aisyah berasa marah kerana ada rahsia yang tidak
diketahuinya, sehinggalah Rasulullah s.a.w. wafat. Setelah itu baharulah
dia bertanya kepada Fatimah,
“Tidakkah boleh kamu ceritakan rahsia itu sekarang.”?
“Tidakkah boleh kamu ceritakan rahsia itu sekarang.”?
Jawab Fatimah,
“Adapun sekarang ini bolehlah, beliau berbisik kepadaku pada kali pertama dengan mengatakan bahawa Jibrail selalunya turun membentangkan al-Qur’an sekali setiap tahun, tetapi pada tahun itu ia membentangkannya dua kali. Beliau juga mengatakan bahawa setiap seorang nabi yang datang, umurnya hanya separuh daripada umur nabi sebelumnya, beliau seterusnya menerangkan bahawa Nabi ‘Isa berumur 120 tahun, oleh itu tentulah beliau akan pergi pada umur sekitar 60 tahun, iaitu separuh umur Nabi ‘Isa. Mendengarkan itu, aku pun menangis. Kemudian beliau bersabda, ‘Wahai anak perempuanku, tidak ada wanita kaum Mu’minin yang lebih menderita daripadamu, oleh itu janganlah kamu menjadi perempuan yang paling kurang sabarnya.’ Kemudian beliau berbisik kepadaku sekali lagi dan memberitahu bahawa aku adalah orang yang pertama mengikutnya pergi ke alam akhirat dan mengatakan sesungguhnya aku adalah penghulu wanita ahli syurga.”[34]

Setelah itu kata ‘Aisyah kepada Fatimah binti
Rasulullah s.a.w.,
“Sesungguhnya aku juga memberi khabar gembira kepadamu, iaitu aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda,
“Penghulu wanita ahli Syurga ada empat orang, iaitu Maryam binti ‘Imran, Fatimah binti Rasulullah s.a.w., Khadijah binti Khuwailid dan Asiah.[35]

Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi daripada ‘Ali
a.s. bahawa Nabi s.a.w. bersabda kepada Fatimah a.s.,
“Tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita ahli syurga dan dua anak lelaki kamu menjadi penghulu pemuda ahli syurga.[36]
“Tidakkah kamu redha menjadi penghulu wanita ahli syurga dan dua anak lelaki kamu menjadi penghulu pemuda ahli syurga.[36]
Diriwayatkan juga dengan ungkapan,
“Tidakkah kamu redha kerana aku kahwinkan kamu dengan orang yang pertama memeluk Islam dan yang paling luas ilmunya di kalangan kaum Muslimin. Kamu juga penghulu wanita umatku sebagaimana Maryam menjadi penghulu wanita kaumnya. Tidakkah kamu redha wahai Fatimah, sesungguhnya Allah telah melihat penduduk bumi, lalu Dia memilih dua orang lelaki, satu daripadanya bapamu dan yang satu lagi suamimu.”[37]

Diriwayatkan oleh al-Tabari, daripada Ibn ‘Abbas,
daripada Nabi s.a.w., sabdanya,
“Ada empat wanita yang menjadi penghulu untuk zaman mereka masing-masing, iaitu Maryam binti ‘Imran, Asiah binti Muzahim, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad s.a.w., tetapi yang paling berilmu di antara mereka ini ialah Fatimah.” Kata al-Tabari, Hadis ini ditakhrijkan oleh al-Hafiz al-Thaqafi al-Asbahani.[38] Al-Suyuti juga menyebutkannya di dalam al-Durr al-Manthur, iaitu di hujung tafsiran ayat :

و اذ قالت الملائکةیا مریم ان الله اصطفک و طهرک علی نساء العالمین
“Dan ketika mala’ikat berkata:
‘Wahai Maryam, sungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu, dan telah memilihmu melebihi wanita-wanita seluruh alam (yang sezaman denganmu).’” (Surah Ali ‘Imran ayat 42).
Kata al-Suyuti Hadis tentang Fatimah ini
ditakhrijkan oleh Ibn ‘Asakir dari saluran Muqatil, dari al-Dahhak, dari
Ibn ‘Abbas, dari Nabi s.a.w.
Diriwayatkan pula oleh al-Hakim dari Ibn ‘Abbas
katanya: Nabi s.a.w. telah mengggariskan empat garisan dan berkata,
“Tahukah kamu apa ertinya ini.”?
“Tahukah kamu apa ertinya ini.”?
Jawab yang hadir,
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Jawab Nabi s.a.w.,
“Sesungguhnya wanita yang paling afdal (utama) ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad s.a.w., Maryam binti ‘Imran dan Asiah binti Muzahim.”[39]
“Sesungguhnya wanita yang paling afdal (utama) ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad s.a.w., Maryam binti ‘Imran dan Asiah binti Muzahim.”[39]
Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr daripada Abu
Hurairah katanya, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sebaik-baik wanita di seluruh alam ialah empat orang, iaitu Maryam binti ‘Imran, Asiah binti Muzahim, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad s.a.w.”[40]
“Sebaik-baik wanita di seluruh alam ialah empat orang, iaitu Maryam binti ‘Imran, Asiah binti Muzahim, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad s.a.w.”[40]
Diriwayatkan juga dalam Kanz al-‘Ummal dengan
lafaz,
“Sebaik-baik lelaki kamu ialah ‘Ali, sebaik-baik pemuda kamu ialah Hasan dan Husain, dan sebaik-baik wanita kamu ialah Fatimah binti Muhammad.”[41]
“Sebaik-baik lelaki kamu ialah ‘Ali, sebaik-baik pemuda kamu ialah Hasan dan Husain, dan sebaik-baik wanita kamu ialah Fatimah binti Muhammad.”[41]
Menurut al-Munawi dalam Fath al-Qadir,
“Khadijah ialah wanita terbaik dalam alamnya, Maryan wanita terbaik dalam alamnya, Fatimah wanita terbaik dalam alamnya.” Katanya Hadis ini ditakhrijakan oleh al-Harith b. Abi Usamah dalam musnadnya dari ‘Urwah b. al-Zubair.[42]

Thabit al-Banani meriwayatkan dari Anas b. Malik,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sebaik-baik wanita di dunia ini ialah empat orang, iaitu Maryam binti ‘Imran, Asiah binti Muzahim isteri Fir’aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Rasulullah s.a.w.”[43]
“Sebaik-baik wanita di dunia ini ialah empat orang, iaitu Maryam binti ‘Imran, Asiah binti Muzahim isteri Fir’aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Rasulullah s.a.w.”[43]
Tentang kelebihan Khadijah pula, diriwayatkan
dengan sanadnya daripada Anas, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Cukuplah
bagi kamu mengetahui bahawa Maryam binti ‘Imran, Khadijah binti
Khuwailid, Fatimah binti Muhammad s.a.w. dan Asiah Isteri Fir’aun
merupakan wanita terbaik di seluruh alam ini.”[44]
Dari Qatadah katanya, disebutkan kepada kami bahawa
Nabi Allah bersabda,
“Cukuplah bagi kamu mengetahui bahawa Maryam binti ‘Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad s.a.w. dan Asiah isteri Fir’aun adalah wanita terbaik di seluruh alam.[45]
“Cukuplah bagi kamu mengetahui bahawa Maryam binti ‘Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad s.a.w. dan Asiah isteri Fir’aun adalah wanita terbaik di seluruh alam.[45]
Dari Abu Musa al-Asy’ari katanya, Rasulullah s.a.w.
bersabda,
“Lelaki yang sempurna banyak, tetapi tidak ada wanita sempurna kecuali Maryam, Asiah isteri Fir’aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad s.a.w.”[46]
“Lelaki yang sempurna banyak, tetapi tidak ada wanita sempurna kecuali Maryam, Asiah isteri Fir’aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad s.a.w.”[46]
Kata al-Suyuti ketika mentafsirkan firman Allah
yang bermaksud,
“Dan ketika mala’ikat berkata: Wahai Maryam sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu, dan telah memilihmu melebihi perempuan-perempuan seluruh alam.” (Surah Ali ‘Imran ayat 42), Hadis ini ditakhrijkan oleh Ibn Mardawaih, dari Anas katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Allah memilih empat orang wanita dari seluruh alam ini, iaitu Asiah binti Muzahim, Maryam binti ‘Imran, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w.”[47]

Oleh itu bagaimana Abu Bakar boleh melayani Fatimah
dengan keras begini sedangkan banyak sekali Hadis yang diriwayatkan
dari sumber Ahl al-Sunnah tentang kelebihannya dan karamahnya, benar
percakapannya, dan bahawa beliau telah pula dipilih oleh Allah S.W.T?
Selain itu para ‘ulamak besar Ahl al-Sunnah mengakui dan mengakui
kelebihan dan kemuliaannnya sebagaimana yang diterangkan oleh lidah
Rasulullah s.a.w., namun sekalipun begitu, Abu Bakar masih lagi berani
menzalimi seorang yang sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. ini.
Sebahagian dari karamah Fatimah a.s.
Kata al-Tha’labi bahawa al-Zamakhsyari menyebutkan hal ini dalam al-Kasysyaf, iaitu ketika beliau menafsirkan ayat,
کلما دخل علیها زکریا المحراب وجد عندها رزقا
“…tiap-tiap kali nabi Zakaria masuk untuk menemui
Maryam di miihrab, ia dapati rezeki disisinya.” (Surah Ali ‘lmran ayat
37) , juga disebutkan oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur di akhir
tafsiran ayat tersebut, iaitu dinukilkan dari Abu Ya’la bahawa Hadis ini
ditakhrijkan oleh Jabir dengan lafaznya oleh al-Tha’labi katanya:
Dikhabarkan kepada kami oleh ‘Abdullah b. Hamid dengan isnadnya dari
Jabir b.’Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w. beberapa hari tidak
menyentuh makanan sehingga baginda terasa sukar, lalu baginda pergi ke
rumah semua isteri-isterinya, tetapi seorang pun tidak ada yang
menyediakan makanan. Kemudian baginda pergi ke rumah Fatimah dan
bertanya,
“Wahai anakku, adakah di rumah kamu sesuatu untuk di makan, kerana aku lapar.”?
Jawab Fatimah,
“Demi Allah tidak ada suatu apa pun.”
“Demi Allah tidak ada suatu apa pun.”
Setelah Rasulullah s.a.w. keluar, datanglah seorang
wanita jiran Fatimah membawa dua keping roti dan seketul daging untuk
diberikan kepada Fatimah. Lalu Fatimah mengambilnya dan diletakkan dalam
mangkuk serta ditutupnya sambil berkata,
“Aku akan berikan makanan ini kepada Rasulullah kerana aku lebih mengutamakan dirinya daripada diriku sendiri dan seisi rumahku.”
“Aku akan berikan makanan ini kepada Rasulullah kerana aku lebih mengutamakan dirinya daripada diriku sendiri dan seisi rumahku.”
Pada masa itu semua isi rumah Fatimah juga
memerlukan makanan, tetapi Fatimah menyuruh Hasan dan Husain menjemput
datuk mereka datang semula. Setelah Rasulullah s.a.w. balik semula,
Fatimah pun berkata,
“Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah telah memberi kita sedikit makanan lalu aku sembunyikannya untukmu.”
“Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah telah memberi kita sedikit makanan lalu aku sembunyikannya untukmu.”
Jawab Rasulullah s.a.w.,
“Kalau begitu marilah kita makan.”
“Kalau begitu marilah kita makan.”
Fatimah pun membawa makanan yang tertutup dalam
mangkuk itu, lalu dibukanya. Tiba-tiba dilihatnya mangkuk itu penuh
dengan roti dan daging, beliau terpegun sebentar, tetapi beliau
mengethui semua itu adalah berkat kurniaan Allah, lalu ia memuji Allah
dan bersalawat ke atas Nabi-Nya.
Rasulullah s.a.w. pun bertanya,
“Dari mana kamu dapati makanan ini wahai anakku.”?
“Dari mana kamu dapati makanan ini wahai anakku.”?
Jawab Fatimah,
“Ia dari Allah, sesungguhnya Allah itu memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”
“Ia dari Allah, sesungguhnya Allah itu memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”
Rasulullah s.a.w. pun memuji Allah dan barkata,
“Segala puji bagi Allah yang menjadikan kamu seperti penghulu wanita Bani Isra’il, kerana apabila Allah mengurniakannya makanan yang baik ia pun berkata,
“Ia datang dari Allah, sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”

Kemudian Rasulullah menyuruh supaya menjemput ‘Ali,
lalu ‘Ali pun datang dan Rasulullah s.a.w. pun makan bersama Fatimah,
Hasan dan Husain serta semua isteri-isteri Nabi s.a.w. sehingga kenyang,
tetapi mangkuk itu tetap penuh seperti asalnya.
Kata Fatimah,
“Aku memberi isi mangkuk itu kepada semua jiran-jiranku dan Allah telah memberinya berkat hingga beberapa lama, sedangkan pada mulanya ia hanya berisi dua keping roti dan seketul daging, tetapi tambahan yang lain itu adalah berkat dari Allah Ta’ala.”[48]

Fatimah a.s. adalah Siddiqah (yang benar) dan beliau adalah pilihan Allah
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id dalam Syarq
al-Nubuwwah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ‘Ali,
“Kamu diberi tiga perkara yang tidak diberi kepada sesiapa, walaupun kepadaku sekalipun, iaitu mertua sepertiku, sedangkan aku tidak mempunyai mertua sebegitu, kamu juga diberi isteri siddiqah seperti anak perempuanku, sedangkan tidak ada orang lain yang memperoleh isteri seperti itu, dan seterusnya kamu diberi Hasan dan Husain, iaitu keturunan asal darimu, sedangkan aku tidak ada anak seperti itu, tetapi kalian adalah dariku dan aku dari kalian.”[49]

Dari Ibn ‘Abbas katanya, Rasulullah s.a.w.
bersabda,
“Pada malam aku mi’raj naik ke langit aku melihat tertulis di pintu syurga: Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, ‘Ali yang dikasihi Allah, Hasan dan Husain pilihan Allah, Fatimah pilihan Allah dan orang yang memusuhinya dilaknati Allah.[50]

Fatimah a.s. manusia paling benar percakapannya
Diriwayatkan oleh al-Hakim bahawa ‘Aisyah apabila
disebutkan tentang Fatimah a.s.binti Nabi s.a.w., maka dia pun berkata,
“Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih benar percakapannya dari Fatimah kecuali bapa (yang melahirkannya).” Kata al-Hakim, Hadis ini sahih menurut syarat Muslim.[51]
“Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih benar percakapannya dari Fatimah kecuali bapa (yang melahirkannya).” Kata al-Hakim, Hadis ini sahih menurut syarat Muslim.[51]
Dari ‘Amr b. Dinar katanya, bahawa ‘Aisyah berkata,
“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih benar percakapannya selain bapanya.”[52]
“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih benar percakapannya selain bapanya.”[52]
Allah murka seiring dengan kemarahan Fatimah dan reda dengan keredaannya
Rasulullah s.a.w. telah menerangkan dalam beberapa
tempat bahawa kemarahan Fatimah adalah selaras dengan kemurkaan Allah
dan keredhaan Fatimah adalah selari dengan keradhaanNya. Tetapi Abu
Bakar mengabaikan apa yang telah diwasiatkan oleh Nabi s.a.w. lalu
mengambil jalan memusuhi darah daging Rasulullah s.a.w. ini dengan
merampas tanah Fadak daripada Fatimah setelah tiga tahun tanah itu
berada di dalam miliknya. Abu Bakar menggunakan alasan dengan Hadis yang
bermaksud, “Apa yang kami tinggalkan adalalah sadaqah.”
‘Ali a.s. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda
kepada Fatimah,
“Sesungguhnya Allah murka dengan kemarahanmu dan redha dengan keredhaanmu.”[53]
“Sesungguhnya Allah murka dengan kemarahanmu dan redha dengan keredhaanmu.”[53]
Ditakhrijkan oleh al-Dailami, daripada ‘Ali a.s.
dengan lafaz,
“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla murka dengan kemarahan Fatimah dan reda dengan keredhaannya.”[54]
“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla murka dengan kemarahan Fatimah dan reda dengan keredhaannya.”[54]
Kata al-Dhahabi, diceritakan dari al-Tabarani
tentang sebuah Hadis dengan sanadnya sampai kepada ‘Ali yang diiktiraf
sebagai sahih bahawa Rasululullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah,
“Sungguhnya Tuhan murka kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu.”[55]
“Sungguhnya Tuhan murka kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu.”[55]
Kata al-Tabari, dari ‘Ali b. Abi Talib a.s. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla murka disebabkan kemarahanmu dan redha dengan keredhaanmu.” Kata al-Tabari lagi, Hadis ini ditakhrijkan oleh Abu Sa’id dalam kitab Syaraf al-Nubuwwah dan Ibn al-Muthanna dalam Mu’jamnya.[56]

Tentang sabda Nabi s.a.w., “Fatimah adalah darah
dagingku, siapa yang menjadikannya marah sesungguhnya ia juga menjadikan
aku marah.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam bab Manaqib
kerabat (keluarga) Rasulullah s.a.w. dan Manaqib Fatimah, diriwayatkan
dengan sanadnya dari al-Miswar b. Makhzamah, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menjadikannya marah
bererti menjadikanku marah.”[57]
Diriwayatkan juga dalam bab “Lelaki yang
mempertahankan anak perempuannya.” Satu Hadis dari Miswar b. Makhramah
katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Fatimah adalah sebahagian daripada
darah dagingku, seseorang itu membohongiku sekiranya dia membohongi
Fatimah dan menyakitiku sekiranya dia menyakiti Fatimah.”[58]
Masih daripada Miswar b. Makhramah, katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku, apa yang menyakitinya adalah menyakitiku juga.”[59]
“Sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku, apa yang menyakitinya adalah menyakitiku juga.”[59]
Juga diriwayatkan dari Miswar b. Makhramah, bahawa
Nabi s.a.w. bersabda,
“Sesungguhnya anak perempuanku, iaitu Fatimah a.s. adalah darah dagingku, membohongiku jika membohonginya, dan menyakitiku jika menyakitinya.”[60]
“Sesungguhnya anak perempuanku, iaitu Fatimah a.s. adalah darah dagingku, membohongiku jika membohonginya, dan menyakitiku jika menyakitinya.”[60]
Dari ‘Abdullah b. al-Zubair, meriwayatkan sebuah
Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bersabda, “Fatimah adalah darah
dagingku, apa yang menyakitkannya menyakitkanku, dan membohonginya
bererti membohongiku.”[61]
Dari ‘Ubaidullah b. Abi Rafi’, dari Miswar, bahawa
telah datang kepadanya utusan Hasan b. Hasan a.s. untuk meminang anak
perempuannya, lalu kata Miswar kepada utusan itu,
“Katakan kepada Hasan supaya datang berjumpaku awal malam ini.”
“Katakan kepada Hasan supaya datang berjumpaku awal malam ini.”
Menjelang malam, Hasan pun datang berjumpa Miswar,
lalu Miswar pun mengucap Alhamdulillah dan berkata,
“Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya tidak ada nasab dan semenda (pertalian perkahwinan) yang lebih aku suka daripada tali perkahwinan dengan keturunan Nabi s.a.w. tetapi Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘Fatimah adalah darah dagingku, aku akan merasa tertekan jika dia tertekan dan merasa senang jika dia merasa senang, sungguhnya nasab keturunan itu akan terputus dan berakhir kecuali nasabku dan persemendaanku.’ Sekarang anda mempunyai isteri dari keturunan Fatimah, sekiranya aku kahwinkan anda dengan anak perempuanku nescaya Fatimah merasa tertekan kerana memadukan cucu perempuannya.” Kemudian Miswar pun pergi setelah meminta maaf kepada Hasan b. Hasan a.s. kerana menolak pinangan itu. Kata ‘Ubaidullah, Hadis ini sahih isnadnya.[62]

Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apakah yang lebih baik bagi perempuan.”? Kami tidak tahu bagaimana
untuk menjawabnya, lalu ‘Ali pergi menemui Fatimah dan menceritakan
tentang soalan tersebut. Fatimah pun berkata kepada ‘Ali,
“Katakanlah kepadanya bahawa yang lebih baik bagi perempuan itu ialah, mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka.”
“Katakanlah kepadanya bahawa yang lebih baik bagi perempuan itu ialah, mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka.”
‘Ali pun kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan
memberitahu jawaban tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. pun bertanya,
“Siapakah yang memberitahu kamu jawaban ini.”?
“Siapakah yang memberitahu kamu jawaban ini.”?
Jawab ‘Ali,
“Fatimah.”
“Fatimah.”
Sabda Rasulullah s.a.w.,
“Dia adalah darah dagingku.” Kata Anas, Hadis yang sama maksudnya juga diriwayatkan oleh Sa’id bin Musaiyab.[63]
“Dia adalah darah dagingku.” Kata Anas, Hadis yang sama maksudnya juga diriwayatkan oleh Sa’id bin Musaiyab.[63]
Kata al-Muttaqi al-Hindi, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda,
“Sungguhnya Fatimah merasa duka dan suka sama sepertiku, aku senang bila dia merasa senang dan rasa tertekan bila dia merasa tertekan.” Kata al-Muttaqi, Hadis ini ditakhrijakan oleh al-Tabarani dari al-Miswar.[64]

Al Muttaqi meriwayatkan juga hadis yang berasal
dari al-Hasan al-Basri bahawa katanya, ‘Ali b. Abi Talib berkata, “Pada
suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada kami, “Apakah yang paling
baik bagi seorang perempuan’”? Tidak ada pun di antara kami yang hadir
di situ dapat menjawabnya. Oleh itu, apabila aku balik bertemu Fatimah,
aku pun bertanya kepadanya, “Wahai anak perempuan Muhammad, sungguhnya
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada kami satu soalan yang kami tidak dapat
menjawabnya.
Kata Fatimah,
“Apakah soalan itu.”?
“Apakah soalan itu.”?
Aku menjawab,
“Beliau bertanya, apakah yang paling baik bagi seorang perempuan.”
“Beliau bertanya, apakah yang paling baik bagi seorang perempuan.”
Kata Fatimah lagi,
“Kamu tak tahu jawabannya.”?
“Kamu tak tahu jawabannya.”?
“Tidak.” Sahutku.
Jawab Fatimah,
“Tidak ada yang lebih baik bagi seorang perempuan itu selain dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya.”
“Tidak ada yang lebih baik bagi seorang perempuan itu selain dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya.”
Menjelang petang, kami pun bertemu Rasulullah
s.a.w. lagi, lalu aku pun berkata kepadanya,
“Wahai Rasulullah, anda telah bertanya kami satu soalan yang tidak dapat kami jawab, sekarang jawabannya ialah, tidak ada yang lebih baik bagi seorang perempuan itu selain dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak pula melihatnya.”

“Siapa yang memberitahu kepadamu jawaban ini.”? Tanya Rassulullah s.a.w.
“Fatimah.” Jawabku.
Sabda Rasulullah s.a.w.,
“Benarlah jawaban itu, sungguhnya dia adalah darah dagingku.” Kata al-Muttaqi, Hadis ini diriwayatkan juga oleh al-Daruqutni dalam al-Ifrad.[65]
“Benarlah jawaban itu, sungguhnya dia adalah darah dagingku.” Kata al-Muttaqi, Hadis ini diriwayatkan juga oleh al-Daruqutni dalam al-Ifrad.[65]
Riwayat al-Nasa’i, dari Miswar b.Makhramah katanya,
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah di atas mimbarnya ini dan pada ketika itu aku baru akil baligh, ia bersabda, “Fatimah adalah darah dagingku.”[66]
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah di atas mimbarnya ini dan pada ketika itu aku baru akil baligh, ia bersabda, “Fatimah adalah darah dagingku.”[66]
Kata Ibn Hajar, ‘Abdullah b. al-Hasan al-Muthanna
Ibn al-Hasan al-Sibt masuk berjumpa ‘Umar b. ‘Abdul ‘Aziz, iaitu pada
masa ‘Abdullah masih sangat muda dan rambut di kepala sebelah hadapannya
sangat lebat, lalu ‘Umar mempersilakannya duduk di tempat yang tinggi
dalam majlisnya’ perbuatan ‘Umar ini dikecam oleh kaumnya.oleh itu ‘Umar
berkata, “Para perawi yang thiqqah (boleh dipercayai) menceritakan
kepadaku sehingga aku merasa seperti mendengarnya sendiri dari mulut
Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda, ‘Sesungguhnya Fatimah adalah
darah dagingku, mengembirakan aku apa yang mengembirakannya.’ Aku tahu
kalau Fatimah masih hidup nescaya beliau gembira dengan apa yang aku
lakukan terhadap anak cucunya.” Kata ‘Umar lagi.[67]
Dalam kitab al-Imamah wa al-Siyasah, di bawah
tajuk: “Bagaimana cara bai’ah ‘Ali b. Abi Talib.” Penulisnya
menceritakan bahawa Fatimah berkata kepada Abu Bakar dan ‘Umar, “Mahukah
kamu berdua mendengar satu Hadis Rasulullah s.a.w. untuk kamu tahu dan
mengamalkannya.”?
Jawab Abu Bakar dan ‘Umar,
“Ya.”
“Ya.”
Kata Fatimah,
“Aku merayu dengan nama Allah, adakah kamu berdua tidak mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Keredhaan Fatimah adalah keredhaanku dan kemarahan Fatimah adalah kemarahanku, barangsiapa yang kasihkan puteriku Fatimah bererti dia mengasihiku aku, barangsiapa yang menyebabkan Fatimah redha bererti membuatkanku redha dan barangsiapa yang membuatkan Fatimah marah bererti membuatku marah.”?

Abu Bakar dan’Umar menjawab,
“Ya, kami mendengarnya dari Rasulullah s.a.w.”
“Ya, kami mendengarnya dari Rasulullah s.a.w.”
Kata Fatimah,
“Sesungguhnya aku naik saksi atas nama Allah dan mala’ikat-Nya bahawa kamu berdua telah menjadikanku marah dan tidak membuatku redha, kelak, apabila aku bertemu Nabi s.a.w. akan aku adukan perbuatan kamu berdua ini kepadanya.”

“Aku berlindung dengan Allah dari kemarahannya dan kemarahanmu, wahai Fatimah.” Kemudian Abu Bakar menarik nafas dan menangis sekuat-kuatnya sehingga hampir putus nafasnya, sedangkan Fatimah pula berkata,
“Demi Allah aku akan berdo’a setiap kali lepas solat supaya Allah membalas perbuatanmu itu.”

Kemudian Abu Bakar pun keluar dan ramailah orang
datang mengelilinginya, lalu Abu Bakar berkata,
“Semua kamu boleh tidur nyenyak sambil memeluk isteri masing-masing dengan gembira dan meninggalkan aku berseorangan dalam keadaan sukar begini, oleh itu aku tidak memerlukan bai’ah kamu dan lepaskan aku dari bai’ah kamu!”[68]

Tetapi sikap Abu Bakar yang telah lembut itu
kembali keras setelah dipujuk oleh ‘Umar dan seterusnya khalifah pertama
dan kedua itu berani mengingkari perintah Rasulullah s.a.w. supaya
menghormati Fatimah, sebaliknya mereka menzaliminya dan menyerang
rumahnya, membakar pintu rumahnya, menyebabkan janin dalam kandungannya
gugur sedangkan dia telah diberi nama Muhsin. Kemudian ‘Ali pula diikat
untuk dipaksa memberi bai’ah dan mereka tidak pula menghormati kemuliaan
Ahl al-Bait. Oleh itu Fatimah tidak bercakap dengan Abu Bakar dan ‘Umar
selama-lamanya, beliau juga mewasiatkan supaya jenazahnya dikebumikan
pada malam hari supaya pusaranya tidak dikenali dan tidak dihadiri oleh
kedua khalifah itu kerana beliau tidak redha terhadap perbuatan kedua
mereka.
Imam ‘Ali a.s. telah berusaha mempertahankan hak
Fatimah al-Zahra’ dalam masalah tanah Fadak ini, beliau menentang Abu
Bakar dengan memberikan hujjah dan dalil yang meyakinkan tentang hak
Fatimah.
Sungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa
orang yang paling bijak memberi hukum ialah ‘Ali, seterusnya ‘Ali ialah
al-Siddiq yang terbesar, orang yang paling alim, penyabar dan paling
banyak kelebihannya. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, ‘Ali adalah wali kamu
selepasku. ‘Ali ialah khalifah atau pengganti Nabi, Wasi Nabi,
barangsiapa yang mentaati ‘Ali sesungguhnya dia taat kepada Allah, ‘Ali
bersama dengan yang haq dan haq bersama ‘Ali. ‘Ali bersama al-Qur’an dan
al-Qur’an bersama ‘Ali, Aku kota ilmu dan ‘Ali pintunya, sesungguhnya
‘Ali tidak didahului oleh mereka yang awal tentang ilmunya dan tidak
dapat dikejar oleh mereka yang akhir. Allah berseteru dengan orang yang
berseteru dengan ‘Ali dan dialah orang yang paling hampir zamannya
dengan Rasulullah s.a.w. ‘Ali adalah qadhi agama Nabi dan dialah yang
melaksanakan perintahnya serta paling berhak menjalankannya.
Sesungguhnya aku adalah rumah hukum hakam dan ‘Ali pintunya.
Walaupun begitu banyak Hadis seumpama ini yang
menerangkan hak-hak ‘Ali, tetapi ia bukanlah banyak bagi Abu Bakar yang
berani mencabul wasiat Rasulullah s.a.w. dan apa yang disabdakan baginda
mengenai ‘Ali. Abu Bakar mengetahui akan dalil-dalil yang diberikan
namun masih sahaja dia enggan menerimanya demi mencapai matlamat dan
tujuannya, dan tidak pula dia mempedulikan seruan kebenaran dari Imam
‘Ali.
Yang menghairankan, walaupun begitu banyak sabda
Nabi di berbagai tempat dan masa menerangkan kelebihan Imam ‘Ali
berbanding orang lain, bagaimana masih mampu Abu Bakar menyalahinya dan
tidak memperdulikan dalilnya?
Daftar Isi:
Tanah FADAK.. 1
(Satu memori luka, satu kezaliman nyata) 1
Sya’ir Fatimah al-Zahra. 1
Fatimah as bersabar dan berserah kepada Allah. 2
Fadak. 4
Pemberian Fadak kepada Fatimah as. 5
Fadak adalah pemberian atau hadiah kepada Fatimah. 5
Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah memberikan tanah Fadak kepada Fatimah. 7
Hukum fiqh berkaitan Fadak. 9
Dalil yang diberi Fatimah dan khutbahnya. 12
Imam ‘Ali mempertahankan tanah Fadak. 19
Kandungan surat ‘Ali a.s. kepada Abu Bakar tentang Fadak. 19
‘Ali b. Abi Talib berdiam diri untuk menjaga agama dan syari’at Nabi Sayyid al-Mursalin. 24
Fatimah adalah wanita terbaik dan penghulu mereka. 25
Sebahagian dari pada karamah Fatimah a.s. 37
Fatimah a.s. adalah Siddiqah (yang benar) dan beliau adalah pilihan Allah. 39
Fatimah a.s. manusia paling benar percakapannya. 39
Allah murka seiring dengan kemarahan Fatimah dan reda dengan keredaannya. 40
Catatan:
[1]Al-Kafi, I. 158[2]Majma’ al-Zawa’id, VII. H.49; Durr al-Manthur, Mizan al-I’tidal, II. h. 228; Kanz al-‘Ummal, II. h.158
[3]Al-Tabrasi, al-Ihtijaj, I.h.280-284
[4]Abu Bakar Ahmad b.’Abdul `Aziz al-Jauhari, Kitab al-Saqifah wa Fadak, h.29; al-Hamawi, Mu’jam al-Buldan, IV.h.239; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, 16-21.
[5]Riwayat atau khabar ini tidak sahaja diceritakan oleh golongan Syi’ah, tetapi juga oleh para ‘ulamak mazhab lain, contohnya apa yang disebut oleh ‘Ali b.Buhanuddin dalam kitabnya al-Sirah al-Halabiyah, II. h.270; Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir
[6]Contohnya khalifah ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz mengembalikan Fadak kepada keturunan Fatimah. Ibn Abi al-Hadid menyebutkan di dalam Syarh Nahj al-Balaghah, XIV. h.216 katanya, “…apabila ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz dilantik menjadi khlifah, ia memanggil al-Hasan b. al-Hasan b. ‘Ali b. Abi Talib dan ‘Umar lah khalifah yang pertama memulangkan tanah Fadak. Ada pula riwayat mengatakan ia memanggil ‘Ali b. al-Husain dan mengembalikan tanah Fadak kepadanya. Oleh itu fadak menjadi milik anak- cucu Fatimah beberapa ketika zaman pemerintahan ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz. Tetapi apabila Yazid b. ‘Atikah dilantik menjadi khalifah, ia merampas kembali tanah itu dan diberikan hak milik kepada Bani Marwan sehingga pemerintahan khilfah mereka digulingkan. Setelah Abu ‘Abbas al-Saffah dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiyah, ia mengembalikan semula tanah Fadak kepada `Abdullah b. al-Hasan b. al-Hasan, kemduian diambil semula oleh khalifah Abu Ja’far al-Mansur, kemudian dipulangkan semula oleh al-Mahdi kepada anak cucu Fatimah dan diambil semula oleh oleh khalifah Musa b. al-Mahdi dan khalifah Harun. Tanah itu tetap berada di dalam milik mereka sehiggalah datang khalifah al-Ma’mun yang mengembalikan semula Fadak kepada keturun Fatimah.
[7] Bihar al-Anwar, XXVIII.h.305
[8]Durr al-Manthur, IV.h.177 ketika mentafsirkan ayat 26 surah al-Isra’. Juga diriwayatkan oleh al-Tabarani seperti yang disebut al-Dhahabi dalam Mizan al-I’tidal, II.h.228, dan dianggap sahih oleh al-Muttaqi dalam Kanz al-Ummal, II:h.185. Diceritakan di dalamnya bahawa ketika turun ayat “Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya.” Nabi s.a.w. pun bersabda, “Ya Fatimah, bagimu tanah Fadak.” Katanya telah ditakhrijkan pula oleh al-Hakim dalam kitab Tarikhnya.
[9]Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, XVII.h.275
[10]Al-Suyuti, Durr al-Manthur, IV.h.177 dalam mentafsirkan ayat 26 surah al-Isra’
[11]Al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, VII.h.49.
[12]Surah al-Isra’ ayat 26
[13] Al-Tha’labi dalam tafsir Kasyf al-Bayan, dan diriwayatkan oleh Jalaluddin al-Suyuti, di dalam Durr al-Manthur, V.h.234; juga diriwayatkan oleh al-Hafiz ibn Mardawaih Ahmad b. Musa meniggal tahun 325 H.; al-Hakim, Syawahid al-Tanzil, I.h.436; Abu al-Qasim al-Hakim al-Haskani; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Ibn Kathir al-Dimasyqi, al-Faqih sl-Syafi’i dalam Tarikhnya; al-Syaikh Sulaiman al-Hanafi al-Qanduri dalam Yanabi’ al-Mawaddah,I.bab 38, h.142 yang dinukil dari al-Tha’labi, dan Jam’ al-Fawa’id serta ‘Uyun al-Akhbar.
[14]Setelah tanah Fadak dirampas oleh Abu Bakar, Fatimah mengemukakan bukti, saksi dan hujjah yang menunjukkan tanah itu adalah miliknya, tetapi Abu Bakar tetap berdegil mengatakan ia adalah milik kaum Muslimin. ‘Ali juga telah berdailog dengan Abu Bakar secara panjang lebar, tetapi Abu Bakar tetap juga dengan pendiriannya.
[15]Wasa’il al-Syi’ah , XXVII. Bab 3.h. 233.
[16]Surah Fatir ayat 28
[17]Surah al-Taubah ayat 128
[18]Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, XVI:211.
[19]Abu Bakar al-Jauhari, Kitab al-Saqifah wa Fadak, h.144.
[20]Al-Suyuti, Durr al-Manthur, IV:177, dalam mentafsirkan ayat bermaksud,“Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya.”; lihat juga al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id , VII:49
[21]Bahagian yang sahih daripada Haith itu ialah bahagian pertama yang bermaksud, “Kami para nabi tidak meninggalkan warisan pusaka.”
[22] Hujjah Imam ‘Ali ke atas Abu Bakar dan ‘Umar tentang tentang hak Fatimah adalah berdasarkan Kitab dan Sunnah.
Dari Hammad b. ‘Uthman, dari Abu ‘Abdullah
katanya,
“Apabila Abu Bakar dilantik menjadi khalifah, ia pun mengutus orang ke Fadak dan menghalau wakil Fatimah yang menguruskan tanah itu, lalu Fatimah pun datang berjumpa Abu Bakar dan berkata, “Mengapa pula aku dihalang untuk mewarisi tanah pemberian bapaku Rasulullah s.a.w. dan mengeluarkan wakilku dari Fadak, sedangkan tanah itu telah dijadikan hakmilikku dengan perintah Allah Ta’ala.”?

“Bawalah saksi untuk membenarkan hal itu.”
“Bawalah saksi untuk membenarkan hal itu.”
Kemudian Fatimah pun membawa Ummu Aiman sebagai
saksi, lalu Ummu Aiman berkata,
“Aku tidak menjadi saksi kecuali anda mengaku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Ummu Aiman adalah salah seorang wanita ahli syurga.”
“Aku tidak menjadi saksi kecuali anda mengaku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Ummu Aiman adalah salah seorang wanita ahli syurga.”
Jawab Abu Bakar,
“Bahkan aku mengaku mendengarnya.”
“Bahkan aku mengaku mendengarnya.”
Kata Ummu Aiman pula,
“Aku naik saksi bahawa ketika Allah menurunkan ayat yang bermaksud,
“Maka berikanlah kepada kerabatmu haknya…(surah al-Rum: 38) lalu Rasulullah s.a.w. memberikan tanah Fadak kepada Fatimah dengan perintah Allah Ta’ala.”

Kemudian datang pula ‘Ali memberikan saksi
sebagaimana saksi Ummu Aiman, lalu ia menulis surat menyatakan hal itu
dan memberikan surat itu kepada Fatimah. Selepas itu masuk pula ‘Umar ke
majlis itu dan terus bertanya,
“Surat apa ini.”
“Surat apa ini.”
Jawab Abu Bakar,
“Fatimah mendakwa tanah Fadak adalah miliknya, lalu disaksikan oleh Ummu Aiman dan ‘Ali, kemudian ‘Ali menuliskan kesaksian itu.” Umar pun mengambil surat itu dari Fatimah dan mengoyakkannya. Fatimah pun menangis dan keluar sambil berkata, “Alllah akan mengoyak perutmu sebagaimana kamu mengoyak suratku.” (pada akhir zaman ‘Umar ia benar-benar mati ditikam dan dikoyak perutnya. Pent.).
[23]Abu Bakar sebenarnya mengiktiraf hak
‘Ali menjadi khalifah sesudah Nabi s.a.w. seperti yang disebut dalam
khutbahnya yang panjang riwayat dari ‘Amir al-Sya’bi, dari ‘Urwah b.
al-Zubair, dari Zubair b. al-‘Awwam. Di antaranya Abu Bakar mengatakan
ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Fatimah mendakwa tanah Fadak adalah miliknya, lalu disaksikan oleh Ummu Aiman dan ‘Ali, kemudian ‘Ali menuliskan kesaksian itu.” Umar pun mengambil surat itu dari Fatimah dan mengoyakkannya. Fatimah pun menangis dan keluar sambil berkata, “Alllah akan mengoyak perutmu sebagaimana kamu mengoyak suratku.” (pada akhir zaman ‘Umar ia benar-benar mati ditikam dan dikoyak perutnya. Pent.).
“Hak (kebenaran) itu bersama ‘Ali dan ‘Ali bersama yang hak.”
[24]Surah Ali ‘Imran ayat 152
[25]Al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I. h.243-252; juga diriwayatkan separuh darinya oleh al-Sayyid al-Radi dalam Nahj al-Balaghah, khutbah no.5, juga disebutkan oleh al-Hilwani dalam Nuzhat al-Nazir wa Tanbih al-Khatir; h.55; Ibn al-Jauzi, Tadhkirat al-Khawwas, h.121, juga dirwayatkan darinya dalam al-Bihar.
[26]Al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I.h.280-284
[27]Sahih al-Bukhari, dalam bahagian kitab Bad’ al-Khalq; diriwayatkan juga oleh Ahmad b. Hanbal dalam Musnadnya, VI.h.282, dia menyebut Fatimah sebagai penghulu umat ini atau penghulu wanita kaum Mu’minin; diriwayatkan juga oleh Ibn Sa’d dalam Tabaqatnya, II.h.40 dengan ungkapan penghulu wanita umat ini atau wanita seluruh alam; diriwayatkan pula oleh al-Nasa’i dalam khasa’isnya dengan lafaz penghulu wanita umat ini atau wanita kaum Mu’minin.
[28]Sahih al-Bukhari, dalam kita al-Isti’dhan, bab
“Siapa yang berbisik di hadapan orang ramai…dan diriwayatkan juga oleh Muslim di dalah Sahihnya, dalam bab Fada’il al-Sahabah, iaitu dalam bab Fada’il Fatimah. Muslim menambah ungkapan,
“Kamu adalah keluargaku yang paling awal mengikutku ke alam akhirat. Muslim seterusnya meriwayatkan sekali lagi di dalam bab tersebut melalui saluran riwayat lain tanpa sebarang tambahan. Al-Nasa’i pula meriwayatkan dalam Sahihnya, iaitu dalam bab yang menyebutkan tantang Rasululllah sakit dan ia menyebutkan dengan tambahan kalimat itu. Abu Dawud juga meriwayatkan dalam Musnadnya, (vol.6) iaitu tentang Hadis berkaitan dengan wanita. Ia menyebut dengan lafaz “penghulu wanita seluruh alam” atau penghulu wanita umat ini. Abu Nu’aim juga meriwayatkan dalam Hilyahnya, II.h.29 dengan lafaz “penghulu wanita seluruh alam” atau wanita umat ini. kemudian ia menyebutkan Hadis ini menerusi beberapa turuq yang lain. Al-Tahawi jug meriwayatkan dalam Musykil al-Athar, I.h.48-49 melalui dua turuq, dan riwayat al-Nasa’i dalam Khasa’isnya, h.34, ia menggunakan ungkapan “penghulu wanita umat ini” atau penghulu wanita seluruh alam.
[29]Sahih al-Tirmidhi, bab Manaqib Hasan dan Husain h.327, Hadis no. 65; Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak , III: 164, katanya Hadis ini sahih isnadnya. Juga diriwaytkan oleh Ahmad ibn Hanbal dalam Isnadnya V:291 dan diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyahnya, IV:190; Ibn al-Athir juga menceritakannya dalam Asad al-Ghabah, V.h.574; al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, VI, h.217, katanya Hadis ini ditakhrijkan oleh al-Ruyani dan Ibn Habban dalam Sahihnya dari Hudhaifah, di halaman 218 ia mengatakan Hadis ini ditakhrijkan oleh Ibn ‘Asakir dari hudhaifah, di dalam vol.VII, h. 102 pula ia mengatakan ditakhrijkan oleh Ibn Jarir dari Hudhaifah dan di halaman 111 ia hanya menyebut Hadis tentang Fatimah ini dan mengatakan ia ditakhrijkan oleh Ibn Abi Syaibah.
[30]Mustadrak al-Sahihain, III.h.156.
[31]Hilyat al-Auliya’,II. h.42; diriwayatkan juga oleh al-Tahawai dalam Musykil al-Athar, I.h.50 dan ia menambah lagi ungkapan pada akhir Hadis, “Dia (suamimu) tidak dibenci kecuali oleh orang munafiq.” Disebutkan pula oleh al-Muhib al-Tabari dalam Dhakha’ir al-‘Uqba. Katanya Hadis ini ditakhrijkan oleh al-Hafiz Abu al-Qasim al-Dimasqi, dan ia menyebutkan tambahan itu.
[32] Hilyat al-Aulia’, II.h.42
[33] Al-Nasa’i, Khasa’is, h.118; al-Muttaqi juga
menyebutkannya di dalam Kanz al-‘Ummal, VI.h.221, katanya Hadis ini
ditkhrijkan oleh al-Tabarani dan Ibn al-Najjar dari Abu Hurairah.
[34] Kaanz al-‘Ummal, V:111, katanya Hadis ini ditakhrijkan oleh Ibn ‘Asakir
[35] Mustadrak al-Sahihain, h.2053, Hadis no.4853.
[36] Kanz al’Ummal, VII.h.111
[37] Kanz al-‘Ummal, VII.h.153, katanya Hadis ini ditakhrijkan oleh al-Hakim, al-Tabarani dan dan al-Khatib.
[38] Dhakha’ir al-‘Uqba, h.440
[39] Mustadrak al-Sahihain, II.h.539.
diriwayatkannnya juga pada tempat lain dalam Mustadraknya melalui
sarluran lain, iaiitu Hadis sahih dari Ibn ‘Abbas, juga diriwayatkan
oleh Ahmad dalam Musnadnya,I.h.293,316,322 melalui berbagai saluran dari
Ibn ‘Abbas, diriwayatkan juga oleh Ibn ,Abd al-Barr di dalam
Istai’abnya, II.h.720 melalui dua saluran, al-Suyuti juga menyebutkannya
dalam al-Durr al-Manthur, iaitu di hujung tafsiran ayat yang bermaksud,
“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang Mu’minin,
iaitu hal isteri Fir’aun…” (Surah al-Tahrim ayat 11). Kata al-Suyuti,
Hadis ini ditakhrijkan oleh al-Tabarani dan diriwayatkan juga oleh Ibn
al-Athir di dalam Asad al-Ghabah, V.h.137, disebutkan juga oleh al-Muhib
al-Tabari dalah Dhkha’irnya, h.42, katanya ia ditakhrijkan oleh Ahmad
dan Abu Hatim. Ibn Hajar juga menyebutkan dalam Isabahnya, VIII.h.158,
juga disebutkan di halaman ini sebuah Hadis dari ‘Aisyah yang bermaksud,
“Aku tidak melihat seorang pun yang melebihi Fatimah kecuali bapanya.”
Kata Ibn Hajar ia ditakhrijkan oleh al-Tabarani dan diriwayatkan juga
oleh Abu ‘Amr dalam Istai’abnya, II.h.750. al-Haithami juga
menyebutkannya dalam Majma’nya, IX, h. 223, katanya ia diriwayatkan oleh
Ahmad, Abu Ya’la dan al-Rabarani. Diriwayatkan juga oleh al-Tahawi di
dalam Musykil al-Anwar, I.h.50 dan sebutkan juga oleh al-‘Asqalani dalam
Fath al-Bari, VII.h.258, katanya ia ditakhrijkan oleh Ibn Habban,
Ahmad, Abu Ya’la, al-Tabarani dan Abu Dawud dalam kitabnya al-Zuhd wa
al-Hakim.
[40] Ibn ‘Abd al-Barr, al-Istai’ab, II.h.720 dan 750
[41] Kanz al’Ummal, VI.h. 217, juga diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, V.h.157
[42] Al-Munawi, Faid al-Qadir, III.h.432
[43] Tafsir Ibn Jarir, III.h.358
[44] Sunan al-Tirmidhi, V.h.367; diriwayatkan
juga oleh al-Hakim dalam Mustadrak al-Sahihain, III.h.172 melalui dua
saluran, bagi saluran kedua, katanya Hadis ini sahih mengikut syarat
Bukhari dan Muslim. Diriwayatkan juga oleh Ahmad b. Hanbal dalam
Musnadnya, III.h.135; dan Abu Nu’aim dalam Hilyahnya, II.h.344;
al-Tahawi juga meriwayatkannya dalam Musykil al-Athar, I.h.50, juga
diriwayatkan oleh al- Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya,VII.h.184,
IX.h.404 melalui dua saluran dengan menggunakan ungkapan, “Sebaik-baik
wanita di seluruh alam ada empat orang…” hingga akhirnya. Ibn al-Athir
juga menyebutnya dalam Asad al-Ghabah, V.h.37 dan ia juga menggunakan
ungkapan, “Sebaik-baik wanit diseluruh alam …(hingga akhirnya). Ibn
Hajar juga menyebutkannya dalam Tahdhib al-Tahdhib, XII.h. 391, dari
al-Sya’bi, dari Jabir secara marfu’; Ibn ‘Abd al-Barr menyebutkannya
dalam Istai’abnya,II.h.72 melalui dua saluran; al-Muttaqi juga
menyebutnya dalam Kaz al-‘Ummal, VI.h.227; al-Fakhr al-Razi juga
menyebutnya dalam Tafsir al-Kabir, ketika ia menerangkan satu ayat dalam
Surah Ali ‘Imran; al-Suyuti juga menyebutnya dalam al-Durr al-Manthur
ketika ia mentafsirkan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 42, kata
al-Suyuti, Hadis ini ditakhrijkan oleh Ibn al-Mundhir dan Ibn Habban.
[45] Tafsir Ibn Jariri al-Tabari, III.h.257
[46] Ibid. h.358, disebutkan juga oleh
al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf ketika mentafsirkan Surah al-Tahrim
ayat 12, al-‘Asqalani juga menyebutnya dalam Fath al-Bari, VII. h.258,
katanya ia ditakhrijkan oleh al-Tabarani dan al-Tha’labi dalam
Tafsirnya.
[47] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, iaitu ketika ia mentafsirkan ayat 42 Surah Ali ‘Imran.
[48] Al-Tha’labi, Qisas al-Anbiya’, h.513 dan ayat itu dari Surah Ali ‘Imran ayat 37
[49] Al-Riad al-Nadrah.
[50] Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, I. h.259
[51] Mustadrak al-Sahihain, III.h.160; diriwayatkan juga oleh ‘Abd al-Barr dalam Istai’abnya, II.h.751
[52] Hilyat al-Aulia’, II.h.41
[53] Mustadrak al-Sahihai, III.h.153; juga
diriwayatkan oleh Ibn al-Athir dalam Asad al-Ghabah, V.h.522; juga oleh
Ibn Hajar dalam al-Isabah, VIII.h.159 dan dalam Tahdhib al-Tahdhib,
xii.h.441; juga disebutkan oleh al-Muttaqi dalam Kanz al-‘Ummal,
VII.h.111, katanya ia ditakhrijakan oleh Ibn al-Najjar.
[54] Kanzal-‘Ummal, VI.h.219
[55] Mizan al-I’tidal, II. h.72
[56] Dhakha’ir al-‘Uqba, h.39
[57] Sahih al-Bukhari, dalam bab Bad’ al-Khalq,
ia juga disebutkan oleh al-Muttaqi dalam Kanz al-‘Ummal, Vi.h.220;
al-Munawi juga menyebutkan dalam Faid al-Qadir, IV.h.42, katanya lagi,
al-Suhaili mengambil dalil dari Hadis ini bahawa mencaci Fatimah adalah
kafir kerana ia menimbulkan kemarahan Nabi s.a.w. dan Fatimah adalah
lebih afdal daripada syaikhain (Abu Bakar dan ‘Umar). Hadis ini juga
diriwayatkan oleh al-Nasa’i dalam Khasa’isnya, h.35
[58] Sahih al-Bukhari, kitab al-Nikah;
diriwayatkan juga oleh Abu Dawud dalam Sahihnya dalam bab “Apa yang
makruh tentang berkumpulnya wanita di kalagan mereka.” Diriwayatkan juga
oleh Ahmad b. Hanbal dalam Musnadnya, IV. H.328, diriwayatkan juga oleh
Abu Nu’aim dalam Hilyah, II.h.40
[59] Sahih Muslim, dalam kitab Fada’il
al-Sahabah, iaitu bab Fada’il Fatimah; al-Fakhr al-Razi juga menyebutnya
dalam mentafsirkan ayat Mawaddah, iaitu surah al-Syura ayat 23, dengan
ungkapan, “Ia menyakitiku apa yang menyakitinya.” Al-Razi juga
menyebutnya dalam mentafsirkan surah al-Ma’arij, iaitu ketika
mentafsirkan firman Allah yang bermaksud, “Dan kaum kerabatnya yang
melindunginya.” Ayat 13, ia menggunakan lafaz “Fatimah adalah darah
dagingku.”
[60] Sahih Muslim; diriwayatkan juga oleh
al-Tirmidhi dalam Sahihnya, II.h.319, dalam bab “Kelebihan Fatimah binti
Muhammad s.a.w.
[61] Sahih al-Tirmidhi, II.h.319, diriwayatkan
juga oleh al-Hakim dalam Mustadrak al-Sahihain, III.h.159, katanya Hadis
ini sahih mengikut syarat Syaikhain (Bukhari dan Muslim), juga
diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dalam Musnadnya, IV.h.5
[62] Mustadrak al-Sahihain, III.h.158. Hadis
no.4747; diriwayatkan juga oleh Ahmad b. Hanbal dalam Musnadnya,
IV.h.323 dan 332 melalui dua saluran yang berlainan, diriwayatkan juga
oleh al-Baihaqi dalam Sunannya, VII. h.64 secara ringkas, diriwayatkan
juga oleh Abu Nu’aim secara ringkas dan katanya Hadis ini muttafaq
‘alaih, iaitu daripada Hadis ‘Ali b. Husain dan Ibn Abi Malikah dari
al-Miswar b. Makhramah.
[63] Abu Nu’aim, Hilayat al-Aulia’, II.h.40;
diriwayatkannya juga dalam juzu’ II.h.174 dari Sa’id b. Musaiyab, dari
‘Ali b. Abi Talib a.s.
[64] Kanz al-‘Ummal, VI.h.219 diriwayatkan juga
oleh al-Hakim dalam Mustadrak al-Sahihain, III.h.154 dari al-Miswar b.
Makhramah, dari Rasulullah s.a.w. dan katanya Hadis ini sahih isnadnya.
[65] Kanz al-‘Ummal, VIII.h.315 dan
diriwayatkannya juga selepas Hadis ini kali keduanya, dan katanya ia
ditakhrijkan oleh al-Bazar dan Abu Nu’aim dalam Hiluahnya.
[66] Al-Nasa’i, Khasa’is, h.36
[67] Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h.107, ia
juga menyebutnya dalam h.138 dengan sedikit perbezaan, katanya, Hadis
ini ditakhrijkan oleh Abu Farj al-Asfahani.
[68] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, h.14
Tidak ada komentar:
Posting Komentar